Selasa, September 19, 2006
Ini rumah nenek sebelah emak. Disinilah seorang jejaka kacak bernama Blackpurple diputrakan. Kami lebih senang panggil nenek atuk Tuk.... Wah! Bendera itu.. atuk Tuk pun berjiwa patriotik...


Ini halaman rumah atuk Tuk. Walaupun atuk Tuk tak belajar subjek senibina landskap seperti cucunya ini tapi atuk cukup kreatif menyusunatur pokok-pokok ornamental di halaman rumah.


Ini rumah atuk sebelah abah. Anjungnya banyak menyimpan nostalgia. Rumah ini sekarang diwarisi oleh emak dan abah. Di sinilah aku dibesarkan sebelum berhijrah ke ibu kota.


Lihatlah adik-adik sekarang. Dulu aku sampai tingkatan tiga naik basikal berbatu-batu jauhnya ke sekolah. Bukan dekat....Sekarang adik-adik masing-masing bermotorsikal. Di belakang itu adalah kebun getah peninggalan atuk. Hasil dari kebun itulah yang membesarkan kami adik-beradik.


Dalam perjalanan balik ke kota, melalui satu jalan kampung. Tertarik dengan rumah usang ini. Kasihan penghuni rumah ini. Mungkin setelah masuk 'Bersamamu' nanti barulah wakil rakyat menunjukkan muka..


Ini nasi ambeng versi kampung kami. Satu dulang ini untuk hidangan empat orang jemaah. Nasi ambeng inilah antara tradisi dan simbol kemaufakatan masyarakat jawa.


Ini ayam masak semur. Memang lazat apatah lagi kalau ayam kampung..... Lazat sangat. Maya Karin lalu belakang pun boleh tak nampak...!


Ini nasi ambeng yang di'tapau'. Bungkusan itu kami panggil 'berkat' atau 'bontrot'.. Jangan pulak tertinggal huruf 'r' tu ekk, nanti lain pulak bunyinya...


Ini antara ole-ole yang sempat dibawa balik Kay Ell. Kopi 434, mi siput dan rempah mi bandung Muor..... Selain dari itu tiada dalam gambar pisang tanduk dan ikan kapak.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/19/2006 02:49:00 PTG. |


65 Ulasan


Selasa, September 19, 2006 4:03:00 PTG, Anonymous sastri

Dah lepas rindu kat kampung kan hunny... tumpang happy for u... ayam semur tu sedapppp.... mcm nenek i masak....tengkiu sbb share those with me...

 

Selasa, September 19, 2006 4:56:00 PTG, Anonymous mimie

BP......cam penah tgk arr ghumah tu . kalo tak silap kat jln antara pj nak gi bp kan . sbb mimie slalu gi bp cam ade terprasan umah tu .

 

Selasa, September 19, 2006 5:34:00 PTG, Blogger cuaca

Suka ayam tu teruja plak tengok bila nak ajak pun tak tau??

 

Selasa, September 19, 2006 6:16:00 PTG, Blogger Syikin

salam,

BP, samalah nasi ambeng kg BP ngan kampung mil saya, mee goreng tu pun samalah, ada juga.

wah..mee siput tu, nampak menggoda2 aje. buatan org kita ke? susahlah kat kay ell ni nak jumpa buatan org kita...

 

Selasa, September 19, 2006 6:22:00 PTG, Blogger Hamka

kau mengingatkan aku pada kampungku..

kampungku sudah maju...
sebab ada jentera dan kereta proton saga..

sawah padi menguning..

 

Selasa, September 19, 2006 7:00:00 PTG, Blogger amanitium

mee siput? woah! rindu zaman aku belajar kat pontian dulu. woaahhh!

 

Selasa, September 19, 2006 9:08:00 PTG, Blogger Kak Lady

BP...Kak lady ni suka tengok suasana kampung...tapi sekarang banyak pemandangan kampung yang cantik2 dulu dah dimodenkan...takde lagi sawah padi yang terbentang...takde lagi anak2 air yang mengalir bersih...

Eh!...Kak lady dari hari tu sejak baca pasal Kopi 434 di Blok BP ..kak lady asyik mencari kat kedai2 tp takde lah...kat maner ye nak beli selain dari Muor...kak lady ni memang penggemar kopi...

 

Selasa, September 19, 2006 9:17:00 PTG, Anonymous yus

waah...nasi ambeng, lamanya tak makan.....nampak sedap betul tu.

Tumpang jawab utk kak lady, kopi 434 cuma ada kat Muar jer kan BP....

 

Selasa, September 19, 2006 11:17:00 PTG, Anonymous bagonk

weeeh... enak tenan kayane...
fotone apik-apik mas... tapi kok gak ono fotone sampeyan mas...? :)

 

Rabu, September 20, 2006 12:16:00 PG, Blogger Lan Rambai

kenapa nasi ambeng tu tak dimakan kat rumah yg kenduri tu jer ek? kenapa mesti ditapau? atau kat umah ko boleh makan terus guna talam tu?

 

Rabu, September 20, 2006 4:25:00 PG, Blogger Raiedzall

halaman rumah atuk Tuk pastinya sgt mendamaikan jiwa...

 

Rabu, September 20, 2006 4:47:00 PG, Blogger Tenno Miyake

elleh.. balik muar pun nak citer.. hehe.. misti jarang balik kampung ni :p

jgn marah.. gurau aje.. but i like the landscape ler.. very nice.. i wonder why my village people tak buat macam tu..

kat sini (bandar baru uda) ada nasi ambang special.. memang best.. kalau makan nasi ambang tu, confirm kalau perempuan bogel lalu pun buat tak tau aje..

tapi nasi ambangnya takde mee goreng..

 

Rabu, September 20, 2006 8:25:00 PG, Blogger Alpha The Kerastangan

Ah sedapnya nasi ambeng dimakan beramai-ramai pakai dulang!

p.s. Lan, kenapa nasi ambeng dibontrot/berkat/tapau - yang makan kat rumah kenduri tu mmg makan kat situ la. Tapi setiap tetamu diberi satu bungkusan. Tujuannya biar keluarga dirumah dapat merasa sekali. Satu lagi tujuan ialah sebagai bukti yang si suami mmg pergi kenduri, bukan ke dangdut! (mcm cite Nasib Do Re Mi)

 

Rabu, September 20, 2006 8:36:00 PG, Blogger zwitterion

ko ni memang..kalau tak masukkan gambar makanan tak sah!...hehe.
Waktu kt johor dulu penah la mkn nasi ambang ni < 5x..bila lg boleh mkn tak tau la..

 

Rabu, September 20, 2006 8:37:00 PG, Blogger kingbinjai

nasi ambeng ada,
ayam smeur ada,
kopi 434 ada,
mee ada,
err milo ais aku? mana?

 

Rabu, September 20, 2006 8:40:00 PG, Anonymous wan

Cantiklah, kampung awak. Saya dah lama tak masuk kampung. Teringat waktu kecil dulu kalau berlari di dalam rumah berlantai kayu, bergegar mcm nak roboh rumah. :))

versi nasi ambeng kat tempat saya, selalu lauknya, rendang daging, sambal goreng jawa, acar nenas & acar timun, paru goreng, bagedil, serunding, ikan bilis n kacang and terung goreng. Lauk ayam optional. Takde mee goreng.

bp, orang jawakan..tak tahu nasi rawon/rawan and nasi jengganan?.. Pelik! :))

Kalau di JB kopi 434 di mana boleh di beli?

 

Rabu, September 20, 2006 9:02:00 PG, Anonymous orochi

tapau la untuk aku nasi tu.. hahaha...

 

Rabu, September 20, 2006 9:06:00 PG, Blogger Azwa

azwa pong nak satu nasi ambeng tapau aka 'bontrot' tu muahahaha...nak order rempah mee bandung muor boleh takkkk???

 

Rabu, September 20, 2006 9:06:00 PG, Blogger .:HalogamoRa:.

waduh waduh BP balik kampung...jumpa family, dpt mkn nasi ambenG lepas rindu dah kan.

tp tu tu kopi 434 tu bg sket kat wa la wei...

 

Rabu, September 20, 2006 9:21:00 PG, Blogger PB

hari tu member ofis balik MUO, kirim mee siput. sampai sekarang mee siput tu ada lagi, sebab anak anak tak berapa suka nak makan. Kata mereka tawar.

yg sebenarnya mee siput ni, sedapa dimakan bagaimana??

 

Rabu, September 20, 2006 11:08:00 PG, Blogger NBK466

Lamanya tak ikut jalan lama.. tanah2 di Johor berwarna merah. Rumah tuh hemsem ler...Yg diputerakan tuh ler den tak confident hensem ker tidak..he..he.he..

 

Rabu, September 20, 2006 11:22:00 PG, Anonymous Am

byk tapau bawa balik ya, ter5ubat sudah rindu dengan kampung ya BP

 

Rabu, September 20, 2006 11:22:00 PG, Anonymous gitartong

saya ada cerita juga tentang nasi ambeng..

 

Rabu, September 20, 2006 11:36:00 PG, Blogger shahril aley

blackpurple,
dulu kak aku belajar kat hospital muar.kadang2 die balik bawak buah tangan dari sane.mee siput tu pernah die masak tapi tak laku pasal kitorg tak pandai makan.mee siput tu makan dgn sambalkan??

nasi ambeng tu mcm sedop je.kat kay ell ni kat mane boleh dapat yap?lg2 ayam semur tu.ayam masak kicap@madu ke??

paket kuah bandung org ofis aku ade gak jual kat ofis klu die balik muor.tp benda aku paling suke kuih tiram dari muor.sedap & manis.....

 

Rabu, September 20, 2006 11:43:00 PG, Blogger blackpurple

sastri
U r welcome hun... Thanks for making my dreams come true. ...

Dragon fruit tu ok kan...? :)

mimie
Rumah yang mana..? Jalan PJ - BP yang mana ni..? :D

Rumah2 kat sana kan semua bentuk lebihkurang sama cuma mungkin cat dan landskapnya berbeza..

Cuaca
Kat KL ni pun ada ayam masak kicap tapi rasa dan perisanya tak sama... :D

Neeziee
Lain kali yok ikut aku balik Muo..hehehe

Syikin
Salam.

Ha'ah. Mee siput tu buatan orang kita. Salah satu produk industri kampung.

Hamka
Bukan setakat Proton Saga... V6 dan coupe pun ada... :D

Kampung kami cuma ada ladang getah dan kelapa sawit...

Amanitium
Cicah dengan sambal kan....perghhhhh...

Kak Lady
Betul. Kampung kami parit2 besar tempat kami kecik2 mandi bogel dulu pun dah jadi parit kecik...

Rasanya kopi 434 tu tak ada jual kat Klang Valley ni Kak Lady... Tapi kalau nak rasa saya boleh bagi sampel... :)

Yus
Nasi ambeng memang best..!.

Kopi 434 tu paling dekat pun kat Senawang kalau tak salah..

Bagonk
Memang uenakkk tenan kang.... !

Palang la fotoku.... Penak thathi low profile....hahaha..

Lan Rambai
Nak makan dalam dulang tu pun boleh...nak tapau pun boleh.... Tapi biasanya yang makan lain, yang tapau lain...macam komen Alphawolf tu....

Raiedzall
Ya. Suasana seperti resort. Bunyi angin mendesir, kicauan unggas.... mendamaikan...

tenno miyaki
Ingatkan kau ni Nippon... hehehe

Sokay... Entri ini untuk tatapan generasi yg dah merantau ke bandor...hehehe..

Kwsn perumahan kampung di Muor dan BP memang cantik2 landskapnya.

Pssst...jangan lupa Muor dan BP adalah pengeluar dan pengimport tanaman ornamental & horikultur terbesar di Malaysia..!

Alphawolf
Berlaga-laga tangan sambil 'melombong' lauk di dalam dulang tu yang seronoknya.....! :D

Zwitterion
Itu penyeri entri ni...hehehe..

Minggu depan tak ada lagi dah gambor2 makanan... Selamat berpuasa...

Kingbinjai
Dah ada kopi 434 , Milo tolak tepi laaa... hahaha

Wan
Betul..Tapi rumah kampung moden sekarang di depan kayu di belakang batu..!

Sama la lauk2 nasi ambeng tu...

Nasi rawon/rawan and nasi jengganan..?.. Hmmm...

Kat JB tak pasti pulak..

Orochi
Kau dah terlambat la orochi... hahaha

Azwa
Rempah mee bandung sekarang dah banyak dijual di merata tempat. Kat Klang Valley ni pun ada. Kena pandai pilih jenama la.. Ada yang ok ada yang entah apa-apa...

Nak order boleh.....:)

Halogamora
Lepas ni rindu balik raya pulak.. :D

Macamana nak bagi ni....? Meh alamat...hehehe..
Tapi 434 memang benar2 kaw...! Kalah kopi cap kapal api.......!

PB
Goreng dan dimakan dengan sambal baru sedap..

Boleh juga direndam dan dibuat sambal mee siput...

nbk
Halaman rumah bertanah merah. Tapi jalan kampung dah bertar...

'Hensem' tu subjektif jang... hahaha

Am
Puas dan seronok walaupun sekejap... Raya nanti baru boleh lama sikit kot... :)

Gitartong
Apa ceritanya cikgu...? Cerita masa zaman bercinta dulu ke..? hehehe

Shahril
Ha'ah makan dgn sambal...

Nasi ambeng kat Kay Ell ni tak seasli nasi ambeng kampung kot.... Tak pasti kat mana ada jual la....Ayam semur tu ayam masak kicap stail jawa... Bumbunya lain...

Kuih Tiram...?

 

Rabu, September 20, 2006 1:11:00 PTG, Blogger zizie ali

di tempat aku. yg glamer ialah singgang, budu, pelara, pecal...

 

Rabu, September 20, 2006 1:44:00 PTG, Blogger weAr

nasi ambeng..mcm mkn dlm usrah kt skolah dulu2...cuci dulang tu bak cuci sebuah masjid..

 

Rabu, September 20, 2006 1:59:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

wahhh...bestnyerr..suasana kampung gitu....dulu kitee maser study ader gak ikut kawan..balik kmpung kat muar...kat parit sulongg...kat air itam

 

Rabu, September 20, 2006 2:17:00 PTG, Anonymous kadok

apsal aku x penah jumpa ayam bontrot tu ekk..dengo x penah..tp nmpk mcm sedap je..

 

Rabu, September 20, 2006 2:31:00 PTG, Blogger ad3ck

dari gambar2 tuh, mesti aman damai suasaner kat kampung ko..tak macam kat kL, bising, kotor, sibuk, and macam2 lagi..isk..isk..

 

Rabu, September 20, 2006 3:05:00 PTG, Blogger Mamamanja

cantik gambo jalan ke rumah tuh. bersih jerk..

 

Rabu, September 20, 2006 4:00:00 PTG, Anonymous raihan

Assalamualaikum bro,

Anda sering mengusik sanubari saya dengan entry anda. Nauzubillah, terasa sangat-sangat rindu dengan kampung halaman, makanan enak yang emak masak apatah lagi ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Berpuasa di perantauan tidak senikmat berpuasa di tanah air sendiri. Semoga Allah berkati amal ibadah kita, insyaAllah.

p/s : orang muor panggil nenek atok, tok. Di pontian, kami panggil 'nyaie' for nenek and 'yaie' for datuk. 'Wo' for uncles and aunties.

 

Rabu, September 20, 2006 5:31:00 PTG, Blogger ontahsapo

pssstttt.... takder bawak tempe lebih ker...?

 

Rabu, September 20, 2006 6:54:00 PTG, Blogger shahril aley

bumbunya tu ape maksud die yap??aku kureng pasti la. ape yang membezakan ayam masak kicap jawa?

kuih tirem ko tak tau ke?
ala snack yang disaluti dgn gula2.kuih org lame2.

 

Rabu, September 20, 2006 7:27:00 PTG, Anonymous Luthfi

aduhh, bahasanya agak susah kumengerti :-(

 

Rabu, September 20, 2006 7:33:00 PTG, Blogger blackpurple

zizie ali
Itulah. Lain tempat lain makanannya.... :)

Wear
Lebih kurang macam tu la...

Lovelyzz
Kalau diberi pilihan lebih suka tinggal di kampung.... Merantau ni cuma mencari rezeki... :)

Kadok
Kau asal mana ni kadok...? Macam Mat Salleh jer kau ni...hehehe

ad3ck
Betul... dulu-dulu bandar pun 'aman' dan nyaman macam di kampung...lama-lama berubah sebab proses modenisasi & urbanisasi.. :)

Mamamanja
Atuk rajin sapu tetiap hari tu.... :)

Raihan
Waalaikumusalam..

Anda lebih-lebih dan lagi-lagilah terasa rindu dan syahdunya kan.... Bila dah tinggal jauh di perantauan barulah terasa nikmatnya tinggal di tempat sendiri... :)

p/s.. juga, pakcik=paman, makcik=bibik....:D

Ontahsapo
Kau selalu ke Mardi tak ada tempe ke OS...? Aku tak bawak balik tempe la...hehehe

Shahril
Bumbu tu ingredient.
Rempah dan benda ynag dibubuh dalam masak semur tu tak sama macam masak kicap..... :D

Ooo...ok..

luthfi
Itu belum bersastera lagi tu Luth...Baru bahasa ringan-ringan saja... :D

 

Rabu, September 20, 2006 9:36:00 PTG, Blogger 13may

syoknya tengok umah usang tuh...mesti jadi port apa2...hahahah....

errr..ikan kapak tuh camna rupanya???

 

Khamis, September 21, 2006 7:54:00 PG, Blogger marlinabaharom

aku pun selalu gi muar.. kg hubby. setiap kali balik mesti tak lupa beli kueh apam jepun yg inti kacang merah tu. kg hubby tu kat tepi jalan jer... jalan sulaiman!

 

Khamis, September 21, 2006 8:31:00 PG, Blogger Sleepless in Gelugoq

adoiii terus rasa lapar la bro. len kali balik nak kirim mee siput ngn rempah mee bandung bleh? hehe.

 

Khamis, September 21, 2006 9:10:00 PG, Blogger shahril aley

tak pe BP klu hang tak dapat tangkap ape itu kuih TIRAM nanti raya aku tangkap gambar post dlm blog aku spesel utk tatapan ko.itu pun klu org muar tu balik kg tlg belikan utk aku la.hehehe....

tak tau plak org muar panggil kuih tiram tu ape!!

 

Khamis, September 21, 2006 9:17:00 PG, Blogger Junita

wow...banyak lagi seni budaya makanan org kat m'sia ni yg kita tak tau...
good info bp...

 

Khamis, September 21, 2006 9:34:00 PG, Blogger kimi

teringat masa makan nasi ambeng kat parit raja. belum apa lagi kami dah bantai abis satu talam...
rupe2nya, nasi tu kena bungkus buat bali (bontrot).. malunya aku..

 

Khamis, September 21, 2006 9:44:00 PG, Blogger arianna adrizal

kg sy kat parit jamil.

btw, tergelak bila tgk gambar mi, kopi & lain2 yg disusun cantik atas meja bersedia utk sesi 'bergambar'. sy ingat sy sorg je yg pernah buat mcmtu. hahaha!!

 

Khamis, September 21, 2006 9:52:00 PG, Blogger Orang Biasa

teringat umah arwah nenek aku kat sekinchan yang skang ni dah tinggal tanahnye jer. selepas arwahnye meninggal, rumah tu terbiar. yela, sbb pacik2 aku sume ade umah sendiri n famili aku plak time tu masih tinggal d srawak. last2 dijual rumah tu ke orang lain.

tau mcm mana umah kayu kampung dijual? caranya - buka dan pasang balik kat tempat baru. jadik, umah yang sama tapi dipindah ke tempat lain.

 

Khamis, September 21, 2006 10:34:00 PG, Blogger Pnut

rempah mee bandung??? ermmmm bestnya..... org johor mmg best, komersil kan rempah briyani, tempah mee bandung, and rempah soto???

tak nak jadi stokis ke?? saya nak order la....

 

Khamis, September 21, 2006 11:21:00 PG, Blogger Mazudi

Aku suka ngan komen pertama dari sastri. :)

Nasik ambeng eek. Pernah sekali makan masa tinggal kat batu Pahat.

Teringat kat nasi kerabu sama nasi dagang kat Kelantan. Dekat dekat puasa pulak nih.

 

Khamis, September 21, 2006 11:56:00 PG, Blogger MaNiQ KaYaNgaN

uii..rumah tue.. cantik. Terasa benor suasana kg.. tapi tak penah makan nasik ambeng.. camana rasa erk..??

 

Khamis, September 21, 2006 12:33:00 PTG, Blogger MAMARISYIA

Aku suka makan mee siput sedap...tambah2 makan ngan sambal dia pergghhh...kopi 434 tu baba kalau balik Muar mesti tak pernah lepas punya...Aku suka rumah atuk ko....rumah yang tingkap dia ala2 luas gitu sedap je lepak2 lepas makan tengahari mata mesti layu jer kat tingkap tu!!!

 

Khamis, September 21, 2006 3:42:00 PTG, Blogger Kak Lady

BP...hari tu kak lady ade lalu kat tepi highway nampak lah iklan tulis...434...tapi tak tau lah iklan aper...cuma dia tulis 434...ingatkan iklan kopi tapi tak tulis aper pon...

Meh bagi kak lady sampelnya...heheeh ...

 

Khamis, September 21, 2006 3:50:00 PTG, Blogger ayu_mkay

suasana kpg mmg bessstttttt... nasi ambeng tu lagik bessssstttttt.. nak pose ni asik mkn nasi ambeng jerk kan..

 

Khamis, September 21, 2006 7:18:00 PTG, Blogger blackpurple

Zizie Ali
Memang best...! :D

13may
Rumah itu masih berpenghuni la...

Ikan kapak tu ada gambornya kat entri May 2006 'Cerita Aku Balik Muor'.

Marlinabaharom
Apam kat sebelah Toko Buku Manaf tu kan...? Memang sedap..!

Sleepless
Boleh. Raya nanti boleh la kalau nak kirim... :D

Shahril
Aku 'konfius' lagi ni... Mungkin aku panggil kuih tu nama lain kot... hehehe

Junita
Masyarakat kita memang kaya dengan makanan klasik dan tradisional... :)

Kimi
Kau ni buat malu la kimi....hahaha..

Arianna
Haaaa... Dah dekat sangat2 la tu.. Parit Jamil belah mana...?

Makanan pun pandai posing apa... hehehe

orang biasa
Begitulah bila generasi muda semua dah berhijrah ke bandar...

Ha'ah. Pernah nampak orang pindah rumah macam tu.

Pnut
Rempah mee bandung tu memang dah dikomersialkan. Ada yg utk pasaran eksport. Cuba ke Anjung Putrajaya. Cari kedai mamak kat aras satu. Ada satu jenama rempah mee bandung ADAMI...

Nak komersialkan tu boleh cuma marketing kena pandai la...

Mazudi
Yang aku jwp komen dia ok tak zudi..? hehehe

Aku tak berapa pandai sangat makan nasi kerabu....

Maniq
Rumah kampung kat Johor begitulah identitinya... :)

Kelazatan nasi ambeng sukar dinyatakan dgn kata-kata.. seeeeeeeeedap sgt...! :D

Mamarisyia
Mee siput tu pastikan beli yg buatan bumiputra ..hehehe

MR tak tau, kitaorang masa kecik-kecik dulu biasa buat stuntterjun dari tingkap tu la..hahaha

Kak Lady
Itu kat PLUS antara Senawang - Bangi ke..? kopi 434 tu la ...

Sampel tu macamana nak antor ekk...? hehehe

btw, ada blogger kat shoutbox tu kata kat Giant Setiawangsa ada jual kopi 434... mungkin kat Giant Shah Alam pun ada jual kot....

ayu mkay
Sepanjang bulan Syaaban ni kat kampung tak payah masak dah...tetiap hari ada orang buat nasi ambeng...

 

Khamis, September 21, 2006 9:34:00 PTG, Blogger zino

harap harap mulai ahad nanti kurang le entri pasal makan ni hehe

selamat berpuasa..

 

Jumaat, September 22, 2006 1:56:00 PG, Blogger bunga rampai

isy...lapar pulak!

sambal tutok ayam semur
nasi ambeng dalam dulang
moga-moga panjang umur
rindu kampung ingin pulang ...

Salam Ramadhan :)

 

Jumaat, September 22, 2006 12:22:00 PTG, Blogger chuq

waaa.. bestnya dpt jumpa orang kampung kat sini...
saya orang parit jawa ... c

 

Jumaat, September 22, 2006 12:38:00 PTG, Blogger Ted

bestnya....makan nasi ambeng..hehehe...dulu ted gila tak suke n sikit geli makan macam tu...

tapi sejak ngan Husin, mama dia ajar makan macam tu.Ted taklehla campur makan ngan org len, just ngan Husin n famili die je makan sama2 macam tu...huhuhuu

 

Jumaat, September 22, 2006 1:33:00 PTG, Blogger RaFFLeSiA MeRaH

waduh...waduh...ramainyer org kat sini, geng2 blog aku pun ramai kat sini rupanyer...kekekeke...slm perkenalan...

 

Jumaat, September 22, 2006 1:40:00 PTG, Blogger arianna adrizal

BP,
belah mana tu yg x reti nk cerita.. haha! tu belah atok lelaki sy. belah atok perempuan dkt parit nipah. BP dkt mana? ntah2 sedara pulak!! haha.

 

Jumaat, September 22, 2006 11:49:00 PTG, Blogger Izhal

apsal tak penaggil embah??? mbah lanag dan embah wedhok... goreng kicap jawa memang kaw2... tak sabar nak balik ke rumah embah di bagan datoh raya tahun ni la tuan :)

 

Sabtu, September 23, 2006 5:32:00 PTG, Blogger blackpurple

Zino
Hehehe... Nak cerita pun kena berkias-kias kot...hehehe

Selamat berpuasa....

Bunga rampai
Ketupat dah lodeh di atas meja
Sambal kacang lama tersedia
Seronok bila lebaran tiba
Berjumpa keluarga sanak saudara

Salam Ramadhan juga :)

Chuq
Parit Jawa belah mana Chuq... ?Sekolah mana dulu...? hehehe

Ted
Mula-mula memang geli, lama-lama ok la nanti tu...hehehe

rafflesia merah
Salam kenal. Tq singgah sini. Singgah-singgah la lagi ekk... :D

Arianna
Pt Jamil, Pt Nipah semua tu kira dalam kawasan Pt Jawa lagi.... Kira kampung2 jiran la tu...hehehe

izhal
Ada juga yang panggil juga yg panggil Nyaie atau Ya'ie..

Jawa Perak la ni... :D

 

Isnin, September 25, 2006 3:25:00 PTG, Blogger angah

Enak'e lah sego ambeng. Minggu mbiek aku pingin mbanget arek mangan sego ambeng. Enek pulak kenduri unggahan. Alhamdulillah, entok jugak sego ambeng.

Anak nang njero perot kepingin mbok...

 

Selasa, September 26, 2006 10:56:00 PTG, Anonymous jamri

Rumat atuk Tuk tu kat parit apa BP?

 

Rabu, September 27, 2006 10:03:00 PG, Blogger blackpurple

angah
Ngidam yo... hehehe

Jamri
Pt No 3.. hehehe

Kau biasa lalu situ ke..?

 

Isnin, Oktober 02, 2006 4:28:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kopi 434 tu ade jual kt giant