Malam tadi kami lepak-lepak di rumah Al. Rumah Al kuih raya banyak lagi, itu yang kami cukup seronok melepak dirumahnya. Maklumlah kami ini sebatang kara di KL, kalau ada kawan-kawan pelawa makan, kami memang tak menolak. Semalam Al bawa balik telur penyu. Walaupun aku penyokong kuat MNS tapi sesekali nak juga cuba macamana rasanya telur penyu rebus.
Kami sembang-sembang sambil makan-makan. Kami membelek-belek akhbar sambil menonton TV. Cerita pasal terbalik. The Star, cerita bas dua tingkat terbalik di Genting Highland. The Malay Mail pun cerita pasal terbalik, Mat rempit mengejar Polis di Puchong. Ahhh....Dunia semakin terbalik. Di Palestine anak-anak muda membaling batu ke arah syaitan. Di sini anak-anak muda membaling batu ke penguasa. Dunia menjadi semakin tidak karuan sekarang...!
Di TV Lapan cerita Lost.
“Lama kat pulau tu pun bulu ketiak dia tak panjang-panjang ekk”, Al. Dia maksudkan si Kate heroin Lost itulah. Tak terfikir pula kami sampai ke situ pemerhatiannya. Mata Al pun teliti juga seperti mata Sas itu rupanya.
“Dia cukur la tu kot, takkan nak tunjuk……...tapi ada satu bulu lain yang tak panjang-panjang juga..”,
“Bulu apa…? Mesti mindanya mula melencung.
“Bulu hidung…!.” Aku, cepat dan pantas.
“Eh..bulu hidung pun boleh panjang la…Tu yang terkeluar dari lubang tu kira panjang la….”
“Memang la tapi mana ada yang panjang sampai ke bibir…..” Jari telunjuk menunjuk ke mulut.
“Hahaha…”, Bukan sahaja kami, tapi Kate, Jack dan Sawyer juga.
BP: Cukup geli tengok bulu misai sampai menutup mulut. Nak makan pun kena selak dulu…. Satu lagi, kenapalah agaknya ada perempuan yang suka cukur bulu kening….. Lawa sangat ke..?
TTFN
Selasa, November 21, 2006 2:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sas dan sas
Setakat nak rasa sekali sekala tu ok la, jangan nak tiap-tiap hari pulak...nanti terlampau power...(sila rujuk komen Faizah tu...hehehe)
Bulu kening I ok tak..? Macho ekk..hehehe
Zwitterion
Yang haram tetap haram... Bukan cantik pun kan..
Kimi
Ada baca entri terbaru kau pasal sinetron kiamat sudah dekat tu..
Psst..bawang merah bawang putih tengok tak..? hehe
Ibuvouge
Kalau semasa zaman jahiliah dulu yang cukur kening tu cuma pros jer...
Zino
..dan lain-lain..? Mesti kacak ni..
Kalau tak salah bulu hidung pun ada potong kat kedai gunting ekk...
Pnut
Jangan tiru fesyen bulu ketiak diaorang dah le kak..? hehehe
Faizah
Ye ke Faizah.... ? Telur penyu tu nampak jer kecik tapi banyak khasiat dan power rupanya ekk..Patut la orang cari...Hahaha
KasutVincci
Saya suka perli "kenapa lepas cukur nak lukis kening tu balik..kenapa tak biarkan botak...?" hehehe
Kena sebut orang yang paling dekat la KV..tak kira mengumpat...hehe
Tq..
Selasa, November 21, 2006 2:19:00 PTG, TedungS
ish ko ni tk cukup national geographic la, penyu tu dah nak pupus tu.. tp camna rasa dia ek? faizah, boleh >seks ke? meh aku orde 50 biji! ;p
ada la skali tu aku cuba bela misai, baru 5 hari, kena "tendang" ngan bini. kalo nak, pi shave dulu haha
ada satu pompuan tonga aku jumpa kat sini, ada misai lagi kehkeh. tu camno tuh?
bulu lain2 ko xnk citer plak? haha
Rabu, November 22, 2006 5:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
tedungS
Aku memang penyokong MNS la...hari tu aku makan tak sampai pun sesuku..
Psst.....Tu pun dah rasa macam power semacam tau...haha
Dulu aku pernah bela janggut & buang misai sekejap... sekarang ni licin terus... Mana-mana pun tetap kacak.. hehehe..
Indera
Kalau bulu-bulu itu tak boleh dipangkas jadi macam orang utan la kot...
Relevan ke jawapan ni...hehe
Mamarisya
Ada tu dah tua bangka pun nak cukur bulu kening... tua tak sador diri betul la ekk...Malu la sikit dengan cucu-cicit...
Sas punya jer ke.? Saya punya tak nak tengok..? maksud saya bulu kening tu....hehehe
13May
Tak boleh nak geli-geli la kalau tak ada bulu langsung..! hahaha
Semua jenis bulu di badan manusia semua ada fungsinya tu...
maniq
Isk....kalau perempuan lebat bulu kaki nampak macam lelaki pulak nanti..
alpha
Entah-entah yg Hitler punya sejemput tu bukan misai, entah-entah bulu hidung....haha
esis
Jarang orang boleh nampak bulu hidung aku sis, sebab aku sentiasa pastikan tidak melepasi sempadan..hahaha..
Anita
Entah. Bukan lawa pun. Perasan lawa la tu...
Alexlacey
Kena pandai pilih bulu la kan. Maksud sy pilih dan cukur bulu-bulu yang berkenaan sahaja... :D
debik
Wah ..itu pun kau perasan. Kau ni salah sorang peminat dia ni kot.. Kau dah beli buku dia..? hehehe
Syikin
Zaman jahiliah dulu pros jer cukur kening ni. itulah dia. Kalau diaorang tahu hukum mesti diaorang tak buat kot...tapi ada yang tahu hukum pun buat jugak..!
ajzie
Ada sesetengah lelaki nampak macho berjambang dan bermisai, tapi ada juga yang nampak serabai... hehehe
Cikin
Kening ni memang agak lebat juga tapi sayang, kau lambat, aku dah tak available la....
Gurau jer cikin...hehehe
asya
Mana kau dapat petua ni..? Patut la kening kau lawa. hehehe
Mazudi
Betul tu zudi. Itulah fungsi sebenarnya...Tapi patut-patutla,kalau bulu hidung dah panjang berinci-inci tu dah kira pengotor...hehehe
B rampai
Sama-sama. Yang baik datang dari Dia.
Rasa 'bersalah' juga makan telur penyu tu. Cuma makan sikit jer hari tu sebab nak rasa..... :)
nbk
Itu la. Pelik betul si Al tu. Orang tengok lain dia tengok lain pulak..Hehehe
Sleepless
Bila dah masuk dunia glamour apa pun jadi.... Hehehe
Zabs
Huh... Macam-macam..
Bersyukurlah dengan apa yang ada...Kalau nak sangat cukur pun cukurlah bulu-bulu berkenaan yang memang disunatkan dicukur tu....
Khamis, November 23, 2006 3:34:00 PG, Pa'chik
purple,
mungkin video ni ada sikit kaitan ngan entri ni,
bila pompuan mogok bercukur...
http://www.metacafe.com/watch/142104/stubble_boy/
Khamis, November 23, 2006 11:18:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Am
Jangankan bulu roma Am, bulu sebatu satu yang kat dagu pun kadang-kadang tak sempat nak cukur..Hehehe..
gitartong
Lebih lawa dari gadis yang kau cerita dalam sms kau tu tau.. Ada iras-iras Sophia Latjuba sikit kot....Hehehe..
pegawai khalwat
Wah..Kau pun perhati juga kadar pertumbuhan rerambut pelakon2 Hollywood tu ekk.....Hahaha..
Aminbakish
No comment... Hehehe..
Hakim
Yang asli lagi lawa...
Cuba kita tengok kalau motor tu dibuang mudguardnya..Lawa ke.. ? haha..
Kingbinjai
Itulah. Majoriti kaum Adam dah bersuara, mencukur kening itu menggelikan mata-mata kami...Sedarlah wahai kaum hawa....
Debik
Ye bang...jaga emak ye bang...Ahaks..
Pa'chik
Sadis juga tengok video 4 minit 56 saat itu... iskk..
Ad3ck
Kalau setakat 1 cm tu boleh terima lagi..jangan sampai 10cm dah la......! Hahaha..
Tuan Tanah
Belum pernah dengar pulak kes bulu mata sampai menutup mata.......
... btw bulu kening seorang adik lelaki sy hampir bercantum ditengahnya...
Lan
Fesyen rambut kau lawa la Lan.. Kau peminat mamat yang menang AF3 tu ekk...hahaha
Khamis, November 23, 2006 4:43:00 PTG,
sesuai ler topik ni, esok hari Jumaat... sunat trim segala bulu2 ni. but sesetengah orang tu hairless, tak byk bulu.... mudah. tapi kalau macam aku ni... banyak sgt berbulu, kena selalu tebas. so far tak der ler sampai selekeh. geli wooo tengok bulu idung terkeluar, hilang selera... misai sampai mencecah bibir, bawah bibir beruntai2 bulu.... anyway, its not an easy task nak trim semua ni... takes time, tak per.. perkara sunat..buat jer laaa...
Jumaat, November 24, 2006 2:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Cuaca
Auw..auw..auw...kot...
Sya
Tak payah la cukur kak Sya, dah nampak anggun dan jelita tu...hehe...
Orochi
Ha ah. Memang ada. Dah Tuhan cipta macam tu nak buat macamana orochi...Jangan sampai tertutup lubang telinga dah la...
faridt
Betul tu...Tak kiralah bulu mana pun, mana yang sunat ditrim tu eloklah ditrim....mana yang haram dicukur biarkanlah seadanya.....
Rush
Betul tu. Lelaki yang hairy ni memang kena buat kerja lebih la sikit....Kalau malas, semak jadinya..hehe
Amanitium
Lepas ni kau nak aku cerita pasal apa pulak..? haha
Dato' Siti... ? hahaha... no comment
Semut
Lamanya tak nampak kau bro'.. Rindu gak kat kau ..
Raya dah habis tapi bermaaf-maafan tak mengira masa..
Amora
Isk..Apa pulak syabas kat aku. Syabas kat rerambut @ bulu la... hahaha
telur penyu mmg i skeeeeee... err... walaupun tau penyu dah makin pupus namun ke'ske'an tu melebihi lak ke'kesian'an yg ada... adeh...keskeskes...
misai cam A Galak tu... tak trim ke pakcik tu... serabai jer... that's why i like my man to be clean-shaven...