Khamis, Oktober 19, 2006
1. Saya menyusun jari 10....Salam Eid Ul Fitr buat semua rakan-rakan blogger dan sesiapa jua yang pernah menyinggahi blog Jowopinter ini.

Dikesempatan ini, izinkan saya dengan penuh rasa keinsafan menghulur kedua tangan saya menyusun sepuluh jari bersalam memohon kemaafan zahir dan batin dari semua seandainya ada lisan saya yang tak terjaga, kata-kata saya yang terlanjur, hati saya yang berperasangka, gurau saya yang keterlaluan, dan janji-janji saya yang belum tertunai .

Sesungguhnya yang indah indah itu dari Allah dan yang buruk buruk itu dari kejahilan saya sendiri. Semoga di Eidul Fitr 1427 ini, rahmat, berkat, hidayah dan keredhaanNya sentiasa bersama kita. InsyaAllah.

Dari saya, yang sentiasa dekat di hati
www.jowopinter.blogspot.com
www.jowopinter.neezmo.net



2. Cerita saya ditag lagi...........
Photo hiasan: T shirt untuk Hari Raya ketiga ini ditaja oleh Sas. Terima kasih kepada pihak penaja... Hehehe


Saya agak senang dan santai pagi ini lalu saya berkesempatan menyahut permintaan Wear , Nieys dan Faizah yang beriya-iya meminta saya menjawap tag ini. Saya tidak sampai hati untuk menghampakan permintaan mereka. Atas semangat kesukanan yang jitu dan tinggi, inilah jawapan saya.........

5 things I would do if I were a millionaire :
  • Bina Yayasan Jowopinter untuk anak-anak yatim piatu dan orang-orang tua.
  • Sewa Boeing 747 pergi haji bersama keluarga. Sesiapa yang berminat nak ikut sila email saya ....
  • Membina banglo untuk emak dan abah. Tak perlulah sebesar Sri Perdana. Itu membazir namanya. Asalkan cukup luas dan selesa....
  • Sesiapa yang tak cukup duit untuk kawin ke.. untuk bayar hutang ke... janganlah malu-malu berjumpa saya.....saya akan sponsor......saya kan millionaire ...!
  • Dah millionaire, goyang kaki la... la la la.... tapi percayalah, walaupun saya millionaire saya tak akan beristeri lebih dari satu ... hahaha

5 bad habits :

  • Bila dah 'hangin' susah nak control tapi sekejap jer la...
  • Suka buat kerja last minute.
  • Kadang-kadang malas menjawap telefon.... biar la masuk mesej...
  • Masuk ofis sesuka hati. Laa..suka hati saya la... syarikat saya apa....
  • Memandu secara merbahaya... sesekali la...ha ha ha...

5 things I hate doing :

  • Beratur panjang lebih dari 7 orang....
  • Memandu di KL..... .
  • Kejar payment dari client.
  • Membuat sesuatu bukan sebab kerelaan... Tak rela you....!
  • Mengumpat....busy body...

5 things I'll never do :
  • Menderhaka pada emak dan abah.
  • Membunuh diri.
  • Masuk reality show....sebab takut menang nanti glamour pulak....ha ha ha..
  • Hubungan sejenis.. Astaghfirullah...
  • Berlakon jadi pondan....

5 things I regret doing :
  • Tak suka menyesal...

5 fave toys or thing :
  • Coupe ungu itu... kalau dapat speed 200km/j...perghhhh....!
  • Semua barang hadiah orang teristimewa.......hehe
  • PC, kalau tak ada tak boleh buat kerja, nak blogging pun tak boleh woo...
  • Dompet duit; ada MyKad, lesen, kad ATM dan macam-macam kad lagi....
  • 2 handphone, official dan private.

5 people I choose to do this :( You may do this after Raya...hehehe)
  • Siapa lagi kalau bukan Sas
  • Gadis yang pernah mengetag saya dulu, Arianna
  • Rakan blogger yang berjumpa dengan Blackpurple versi lain...Bunga Rampai...haha
  • Peminat saya...ha ha... yang baru saya balas kad rayanya semalam, Shahril
  • Celebriti yang mengsms saya pada 08:11:07pm semalam, Cikgu Nizam Rusli

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/19/2006 11:07:00 PG. |


47 Ulasan


Khamis, Oktober 19, 2006 11:12:00 PG, Blogger zwitterion

apahal lak aku org first komen ni.. selamt hari raya.maaf zahir batin

 

Khamis, Oktober 19, 2006 11:19:00 PG, Blogger Sastri

aaaa... menci laa seber ni... tak dapat lagi nomot 1... takpe laa..

1. cam familiar jer bab susun 10 jari ni... keskeskes... anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri hunn...

2. lepas raya la ekk...

nota kaki: jejaka ini tidak available lagi yea... harap maklum... :p

 

Khamis, Oktober 19, 2006 12:29:00 PTG, Blogger ontahsapo

saya menyambut 10 jari tuuuu... kosong2...

 

Khamis, Oktober 19, 2006 12:30:00 PTG, Blogger shahril aley

being 3rd person ok la.1st time jadi org terawal ni kat blo BP. ko dah dapat kad raya aku.bagus....& terima kasih membalasnya...

 

Khamis, Oktober 19, 2006 12:30:00 PTG, Blogger shahril aley

arghhh bukan org ketiga tp ke-4 kire ok la tu.hehehe.......

 

Khamis, Oktober 19, 2006 12:39:00 PTG, Blogger JBM8141

sesama la kita menyusun 10 jari yg banyak menaip kata2 yg mungkin berdosa, mintak maap banyak2... aku balik kedah dulu tahun nih, raya ketiga baru balik muar.

 

Khamis, Oktober 19, 2006 1:03:00 PTG, Blogger NBK466

Salam Aidilfitri & maaf zahir kepada BP...Wah ..'ehem2' siap sponsor baju raya tuh....

p/s : kenapa den tgk jari yg ko susun tu ada 11 pulak? HE..HE.HE..

 

Khamis, Oktober 19, 2006 1:15:00 PTG, Blogger Unknown

salam eidul fitri.. maaf zahir batin. Wah, dah baju raya lak tu.. aku tak beli lagi.. hahaha...

 

Khamis, Oktober 19, 2006 1:22:00 PTG, Blogger ayu_mkay

amboiiii smpi 3 enpon...display ke apa tu.. heheheh

oooooo sas sponsor ekkkk... hang plak sponsor hapa kat sas..?

apa pun salam aidilfitri.. maaf segala silap & salah.. :)

 

Khamis, Oktober 19, 2006 1:33:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

salam aidilfitri.....& maaf zahir batinnn...taking care........

 

Khamis, Oktober 19, 2006 1:54:00 PTG, Blogger tumismenumis

Sama sama. Saya juga nak mintak maap kalau ada apa apa yang tersinggung dan terlebih buat lawak ngan ko sepanjang perkenalan yg tak berapa lama sangat ni.

Selamat Hari Raya.

 

Khamis, Oktober 19, 2006 2:10:00 PTG, Blogger Unknown

Selamat Hari Raye gak... hehe...

maaf?? ermmm... tak de dosalah, sume ok-ok je... :D

Speed 200 ..pergh..Berhati-hati di jalan raya...Ingatlah orang tersayang.. :D

 

Khamis, Oktober 19, 2006 3:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zwitterion
Eh...heran ke..? hehe

Selamat juga untuk anda...

sastri
Jari yang 10 tu la yang menaip entri dan komen kat blog ...hehehe

Ontahsapo
Orait.... kalau termasuk jari kaki ada 20..tapi jari kaki tak pandai menaip...hehe

Shahril
Aku baru pos semalam... tak tau boleh sampai ke sebelum raya..?

JBM
Begitulah. Kita cuma manusia biasa tak sunyi dari salah silap.

Aku seminggu beraya kat Muor & BP ...hehehe

NBK
Sama-samalah kita jang... Buat lomang ko jang..?

Rajin pulak kau kira jari aku ekk..hehe

Orochi
Kalau takde yang menaja, aku pun tak beli...hehehe

Selamat hari raya... sama-sama lah kita..

Ayu_Mkay
Sekarang hp tu cuma tinggal dua....

Tajaan rahsia...hehehe

Salam idul fitri gak. Maaf zahir batin.. :)

Lovelyz
Salam idul fitri..maaf zahir & batin.. :) Tq.

Mazudi
Sama-sama. Kita cuma manusia, memang tak sunyi dari salah silap... :)

Aminbakish
Selamat...

Yang 200km/j tu 'kalau'lah...hehehe

 

Khamis, Oktober 19, 2006 4:50:00 PTG, Blogger 13may

Selamat Bergembira Di Hari Raya...

hati2 memandu okeh:)
Lesen memandu hidup lagi ker???

 

Khamis, Oktober 19, 2006 5:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tag-tag itu, jika berkesempatan saya akan menjawap.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin juga. Dosa anda pada saya hari tu, saya dah ampunkan. haha!

 

Khamis, Oktober 19, 2006 8:02:00 PTG, Blogger weAr

kalau da jadi millionaire nnti jgn x ngaku lak.nk tumpang boeing ja...

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 1:28:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

selamat hari raya maaf zahir.....batin tak..hehe..

balik kg tak?
pegi umah kekaseh hati tak?
keje masuk bile?

dah tu je soalan..hehe

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 1:42:00 PG, Blogger me3n

Salam Eidul Fitr. & Maaf Zahir Batin..

btw, gambar yg pertama tuh sebenarnyer ko nak tunjuk h/phone yg sampai 3 kan? haha! jk

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 8:05:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Ya, BP yang ini dan yang itu amat berbeza :)

Tag? Alamat makan tak kenyang tidur tak lena, mandi tak basah :D

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

Salam.

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 8:21:00 PG, Blogger Unknown

if you be a billionaire you won't have more than one wife? wah ini sas kene monitor ni. mana sas ni...SASSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!

HEH, BP selamat berhari raya berhati hati d jalan raya bila balik kg nnt tau!!!

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 9:52:00 PG, Blogger BooK

aku nak join holiday kat mekah kau tu.

aku tak tau sama ada perlu berasa lega, sebak atau terharu kerana tidak di tag. hahaha.

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 10:06:00 PG, Blogger Cik Ketumbar

Hi BP, orang sekampung..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 10:45:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

amboi muka...penuh tanda tanya... hehe

selamat hari raya, maaf zahir batin.

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 11:47:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

13may
Selamat...selamat....
Biar laju dan selamat.... :D

Gitartong
Terharu sungguh saya kerana En Nizam sudi mengampunkan dosa-dosa saya itu... hehehe

Wear
Booking awal awal. Takut penuh nanti..hehe

Ted
Selamat hari raya, maaf zahir.....batin tak... jugak...hehehe..

Balik kg Ahad
Rahsiaaaaa..
Tak tau lagi.....

dah tu je jawapan.....hehe

ad3ck
Sama- sama lah kita ekk..

Hahaha... sekarang hp tinggal dua... :P

Bunga Rampai
Untuk membezakan dua versi itulah saya letak gambar tak siap saya di atas tu..! hehehe

Tag tu lepas raya pun ok...hehehe

Salam eidul fitr'. Maaf zahir & batin..

Amora
Satu pun dah tak larat nak jaga, kalau lebih lagi la...hahaha..

Selamat hari raya... Semoga ceria-dan ceria.....

Book
Hantar nama cepat sebelum penuh...!

Macamana aku boleh termiss nama kau ni ekk...hahaha

Chuq
Selamat hari raya. Beraya kat Pt Jawa la ni ekk...

nbb
Saya memang low profile
hehehe

Salam eidul fitr'. Maaf zahir & batin

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 1:45:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

Dari Jawa untuk Jowo

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL KEPADA ENGKO SEKELUARGA...

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 2:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP
Selamat Hari Raya Aidilifitri.. mintak maaf zahir batin kalau ader kesalahan, kesilapan or ape2 saje yg tak disengajakan selama berbalas kunjungan blog nie ekk..

"keluputan ku seng okeh2.." :D

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 4:27:00 PTG, Blogger Unknown

Selamat Hari Raya buat BP dan keluarga. Berapa hari beraya di Muar ni?? Kalau makan ketupat, lodeh, rendang tu jgn lupa kami di sini yer....

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga di perantauan. Minta maaf kalau ada tersalah kata dan bahasa.

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 5:30:00 PTG, Blogger Unknown

Susun betul-betul jari-jari tu ye...

Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.

 

Jumaat, Oktober 20, 2006 5:48:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

marlina
Sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran. ... :)

Duit raya ada tak..? hehe

Kingbinjai
Selamat utk kau sekeluarga jugak. ... Walaupun tak ada road block kena tetap berhati2 di jalan raya.. hehe

Cikin
Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin jugak.

Yo podo-podo.... :D. Bodo nang endi cikin..?

Yus
Sayunya dengar...
Selamat menyambut Eidul Fitr juga buat Yus sekeluarga di Sheffield. Maaf zahir dan batin.

Mungkin seminggu kot di Muor... :)

Jiwarasa
Boleh susun rata tapi tak sama panjang...hehehe

Sama-sama...

 

Sabtu, Oktober 21, 2006 7:36:00 PG, Blogger tuan tanah

selamat hari raya.

maaf zahir batin, fizikal & mental.

 

Sabtu, Oktober 21, 2006 10:47:00 PG, Blogger Azhar Ahmad

Ngauhahahaha, kena taggg...

Samat hari raya....

 

Sabtu, Oktober 21, 2006 6:11:00 PTG, Blogger Amanitium Cho

encik ungu hitam, selamat hari raya kepada kau.

angger alon alon kelangken. haha.

 

Sabtu, Oktober 21, 2006 11:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

takde orang nak sponsor baju untuk aku ke?aku satu lai baju pun takde beli untuk taun ni.baju melayu mahupun baju bangsa2 lain.

 

Ahad, Oktober 22, 2006 5:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

cikgubiz.
Selamat juga utk cikgu......

p/s.. Seringgit dua bole ke cikgu..? hehehe

Tuan tanah
Salam eid ul fitr'.

Sama-sama. Spiritual juga.. :)

Azhar
Tu la.. 3 orang sekali tag..!

Selamat hari raya juga..

Amanitium
Selamat hari raya utk kau juga..

Alon alon tapi ojo alon bangeti, engko ketinggalan.. :D

Neeziee
Kesiannya kau...... Aku baju melayu pun tahun lepas punya...

 

Isnin, Oktober 23, 2006 9:23:00 PG, Blogger Ku Keng

Wak,

Selamat lebaran. Maaf dzahir bathin.

 

Isnin, Oktober 23, 2006 4:20:00 PTG, Blogger hamka

selamat hari raya buat sahabat...

MALAM INI JUGA DI KENALI DENGAN MALAM "LAILATUL JAIZAH" IAITU MALAM ANUGERAH DI MANA SEBANYAK 30 JUTA 'SENARAI' AHLI NERAKA DI BEBASKAN..BERUNTUNGLAH MERKA YANG TERUSKAN IBADAT MACAM BULAN RAMADAN GAK..ISH..ISH, INSYAALLAH..ISK..ISK..

SELAMAT HARI RAYA!!

 

Selasa, Oktober 24, 2006 12:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sori kang, agi iso dolan mrene meneh saiki...
selamet rioyo bakdo ya... maap lahir batin... :)

 

Sabtu, Oktober 28, 2006 9:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

keng
Selamat lebaran. Minal aidil wal faiezin. Sama-sama.

Hamka
Sekali bila Hamka bersuara, meremamg bulu roma...!

SELAMAT ... SELAMAT segala-galanya...

bagonk
Patut la wes suwi orak ketok...

Podo-podo. Maaf lahir & batin. Meriah yo bodo enggon Indon..?

 

Ahad, Oktober 29, 2006 11:19:00 PG, Blogger Sang Pencinta

jowo @ bipi

slaam perkenalana, solamat hari rayo..ensem jugak ekau lebih kureng eden ni ha cuma tak de tahi lalat kat bibir..hak hak..apa pun semoga ramadham menyembalikan kiter kepada fitrah

 

Isnin, Oktober 30, 2006 1:55:00 PTG, Blogger Lan Rambai

apsal muka ko ada tanda soal bp? memang sejak lahir cam tu ek? haha

 

Isnin, Oktober 30, 2006 3:25:00 PTG, Blogger ZaKiN

tang hubungan sejenis tue yang aku nak gelak.. muhahhaha.. aku pon tak sanggoppp.. weii lewat arr nak ucap selamat hari raya kat ko.. dalam mood raya lagi ker.. hehehe

 

Isnin, Oktober 30, 2006 6:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pencinta
Salam. Singgah la selalu ekk..
Hensem tu tak la....tapi kacak tu mungkin la..hahaha..(gurau jer weh...)

Lan rambai
Aku sejak lahir memang low profile sikit lan hehehe..

Maniq
Sejenis tak...berjenis jenis pun tak..hehehe..

Raya kan sebulan... :D

 

Isnin, Oktober 30, 2006 10:54:00 PTG, Blogger zino

salam aidil fitri buat BP.. harap sambutan raya tahun ni lebih meriah dari tahun2 sebelumnya.. amin..

 

Rabu, November 01, 2006 2:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino, sama-sama lah kita ekk..... InsyaAllah...

 

Jumaat, November 03, 2006 2:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Siul..sib baik aku tak jatuh kerusi tengok gambar last sekali tu!!!nasib baik aku aku yang amik gambo tu..kalau tak harus ketuk2 ngan kamera...baik tak yah amik gambo kalau nak tutp muka lagu tu!!Salam Aidilfitri untuk ko ngan Sas...Cepatlah...bila aku nak merasa nasi minyak kenduri korang ni!!!

 

Sabtu, November 04, 2006 12:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

MR, ni komen entri yg atas kan...

Laaa... tengok badan, tangan dan kaki lepas tu imagine la Anuar Zain ke, Ken Wahl ke.......hehehe...

Salam aidil fitri. Tak buat open house ke MR...? hehehe