Selasa, Oktober 31, 2006
Dah nak sampai dah dengan kampung kami. Balik kampung …oooo… oooo.. balik kampung… Hati girang..! Nampak tak mamat Mynmar dan Nepal tengah melintas jalan, sibuk nak beraya juga....!

Papan tanda di simpang keluar kampung. Selain menunjuk arah juga tempat mempromosi ubat kuat…Kreatif...kreatif....Yang berminat jangan malu-malu contact jer nombor tu… Hehehe


Sejak dari dulu-dulu lagi, dua kali setahun disitulah tempat atuk Tuk menggantung koleksi ketupatnya. Itu baru seperlima, yang lain tak muat nak masuk dalam gambar la…


Anak-anak kecil bermain bunga api. Terasa gian pulak nak main meriam buluh, mercun katak, mercun roket…….. Kalaulah boleh menjadi budak-budak balik…kan seronok....


Berposing selepas solat sunat aidil fitri. Tiada dalam gambar seorang adik ipar lelaki kerana bertugas dan si tuan punya blog … Tuan punya blog ni pemalu orangnya…hehehe…


Raya pertama di rumah atuk Tuk. Kunikan masakan atuk dengan ketupatnya, rendangnya, kuah kacangnya dan lodehnya yang diletak kacang ‘tolo’ dan hirisan pedal ayam. Perghhhh……Pinggang 31 pun silap silap boleh jadi 32..... !


Semasa hari raya inilah, setahun sekali baru dapat jumpa kuih-kuih tradisional dan klasik macam tumpi, kuih keras, kuih siput, dodol….…. dan macam-macam lagi....


Raya-raya juga tapi sempat merayau keliling rumah. Buah epal di belakang rumah. Sayangnya varieti ini tidak boleh dimakan. Dulu-dulu bijinya kami buat main congkak di bawah rumah. Ada yang kata isi buahnya boleh juga dibuat tempe. Tak tau pulak yang tu…..


Berseni juga abah mencantas pokok melinjau ini. Buahnya sedap direbus atau dibuat emping, pucuk mudanya kami panggil daun so sedap dibuat sayur bening. Kadang-kadang menjadi tempat menjemur kasut dan stokin…


Sekali pandang macam buah anggur. Coffea robusta ini juga menjadi sumber pendapatan sampingan. Maknanya kami pun ada saham dalam Kopi 434 tu…..


Ceh…….Mamat ni tak habis habis nak tutup muka…Menyampah…!!!


Akan datang Cerita Aku Balik Muor – Siri 4.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/31/2006 10:38:00 PG. |


63 Ulasan


Selasa, Oktober 31, 2006 2:41:00 PTG, Blogger Sastri

wah wah... byk gambar raya kan? Sas tak sempat laa nak tangkap gambar... sibuk manjang... nak tangkap gambar juadah pun tak sempat...

jejaka yg berbaju melayu purple tu ebelebel tak? :p pemalu owangnyer ekk... :-)

 

Selasa, Oktober 31, 2006 3:04:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

meriah tenan royo nang kampung...okeh yo tunggalmu blek...
tapi ngopo orak ditonjol ney gambarmu...isin yo?

 

Selasa, Oktober 31, 2006 4:10:00 PTG, Blogger Unknown

kalau datang beraya rumah ko ada hidang kopi 434 ker? haha..

 

Selasa, Oktober 31, 2006 4:38:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Salam untuk BP,
Baru hari ini berani nak tinggal komen.
Sebagai balas kunjung sebenarnya.

Hehehe.. memang best blog BP dengan gambar yang mencuit hati terutamanya pokok melinjau tu. Yang paling tak tahan nak tergelak tu siap boleh jadi tempat jemur kasut sekolah tu. Haii.. budak-budak, kat mana-mana pun jadi...

 

Selasa, Oktober 31, 2006 4:48:00 PTG, Blogger zwitterion

yg tutup2 muka tu mesti ko la! haha..
lps ni ko dah boleh letak banyak gambar makanan..:)

 

Selasa, Oktober 31, 2006 6:06:00 PTG, Blogger arianna adrizal

gambar yg pertama tu, signboard ke parit jamil, kampungku! tahun ni kami tak balik beraya di sana. kalau tak, boleh singgah rumah BP sekali.. haha!

p/s: sy blum smpt jwb tag. esok lusa insyaAllah :)

 

Selasa, Oktober 31, 2006 7:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku musykil, mamat yang tutup muka tu, tangan kirinya pegang apa? haha!

Maaf zahir batin..

 

Selasa, Oktober 31, 2006 8:47:00 PTG, Blogger Raf

weh...buah melinjau tuh buah kemende??

Raya umah ko mesti ada tempe goreng kan?kan?kan?...huhuhu

 

Selasa, Oktober 31, 2006 10:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

iklan ubat kuat tu sama macam yang kat ipoh.cuma kat ipoh ada tambahan skit.ditanggung halal.hahaha.siapa yang tanggung aku tak tau.

 

Selasa, Oktober 31, 2006 10:18:00 PTG, Blogger tumismenumis

Agaknya semua orang sama la, lepas semayang raya mesti ada sesi fotografi.

bp, aku suka ngan biji buah epal tu untuk dibuat main laga laga kalau yg dah matang tu. Pastu setiap biji biji tu ada nama nama tertentu yang menggambarkan kekuatan dia. waaa... mizz that buah epal.

 

Selasa, Oktober 31, 2006 10:34:00 PTG, Blogger weAr

gmbr sign board first..bleh antr kt Lensa Bahasa utusan.com.my neh..

buah epal tu x masak g..ijau g..

 

Rabu, November 01, 2006 8:14:00 PG, Blogger 13may

ceh! hampir2 aku terpedaya ngan buah epal tuh...

sib baik aku budak kampung...biasa tengok buah epal spesis tuh:D

 

Rabu, November 01, 2006 9:03:00 PG, Blogger Unknown

wah BP!! seronok balik kg yek! byk gambaq menarik nak nak bab buah epal tu, terpedaya skejap he he.

tp kan dlm byk byk gambar tu satu je yg mushkil sampai sekarang. gambar yg lassssssst skali tu. mmg sah jejaka pemalu...nanti ty sas :P

 

Rabu, November 01, 2006 9:37:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tensyen tol ngan mamat gamba last tu,ashik kaver muke je isk isk

 

Rabu, November 01, 2006 9:37:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tensyen tol ngan mamat gamba last tu,ashik kaver muke je isk isk

 

Rabu, November 01, 2006 9:39:00 PG, Blogger kingbinjai

loh!!! balik muor ke?! dekat dah kita tu! boleh dating kat ayer hitam! isk isk isk

 

Rabu, November 01, 2006 10:28:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sastri
Banyak lagi gambor tapi yang ni jer sesuai untuk dipertontonkan keopada umum...hehehe..

Jejaka itu memang pemalu orangnya.... Beruntung kalau dapat jadi menantu... Single but not available....hehehe..

Wongetan
Tunggal ku seng ijek urip ono nenem..

Payah mengko nek wong kabeh kenal...hehehe..

orochi
Rugi kalau kau tak pernah pekena 434..Macam tak lengkap hidup..hehe

Indera kencana
Selamat datang ke dunia Jowopinter.

Satu gambar boleh menceritakan seribu kisah...hehehe..

Zwitterion
Hahaha... Entah apa-apa mamat tu..!

Gambar makanan takde... Sibuk makan sampai tak sempat nak tangkap gambor...hehehe

Lan
Nasib baik macho kan...hahaha..

Arianna
Sekampung nih.... Patut macam pernah nampak... hehehe..

Jawap jangan tak jawap...! :D

Gitartong
Hahaha.. Cikgu Nizam ni memang tajam pemerhatiannya...

Zahir dan batin jugak..!

Raf
Buah tu tak jumpa kat bandor raf.. Ada yg panggil belinjau. Kelat2 sikit rasanya tapi sedap... Empingnya pun sedap...!

Tempe goreng dah memang makanan asasi kami...hehehe..

Neeziee
Wah.. kau ni macam pernah beli jer ubat tu neeziee... Berkesan tak kau makan ubat tu...? haha

Mazudi
Banyak kegunaan biji buah epal yang tu... Cantik corak kulit bijinya...Masa kecik2 dulu itu salah satu permainan budak2 kampung...masa tu mana ada play station atau games macam sekarang ni..hehe

Wear..
Hehehe

Buah tu bila masak dia meletup...pop..pop... Kulitnya boleh buat kipas mini...hehe

13may
Bertuah kita jadi budak kampung ekk... Kesian anak-anak bandor ekk...hehe

Halogamora
Nak kirim ke buah epal tu...hehe

Bukan pemalu...low profile dan bersopan santun.. Anak siapalah agaknya...hahaha..

Kurekure
Aku pun tensen...Susah jadi orang popular ni......(perasan tul...) hahaha..

Kingbinjai
Laa...Memang dekat sangat la tu..Apasal tak call hari tu...? hehe

 

Rabu, November 01, 2006 12:23:00 PTG, Blogger me3n

ko kalau orang datang umah pon tutup muker gak ker..haha..

psst..jgn gtau orang..nak kirim ubat tuh..haha~!

 

Rabu, November 01, 2006 12:28:00 PTG, Blogger Mamamanja

salam bp...

wahhh.. meriahnya berhari raya.

agak2nya sampai bila jejaka gambo last tu nak hilangkan kemaluan dia erk?

selamat ari raya...

 

Rabu, November 01, 2006 1:10:00 PTG, Blogger Amanitium Cho

gambar nombor 2 (iklan) dan gambar last sekali tu ada kesinambungan ke?

yang last sekali tu model produk di atas? haha.

gaya menggoda.

 

Rabu, November 01, 2006 2:38:00 PTG, Blogger NBK466

Tetiba dah part 3 nie camno????

p/s : Nyampah tul org yg 'camera shy2 cat' nie ler...kononnyer
...he.he..he..

 

Rabu, November 01, 2006 2:49:00 PTG, Blogger Azhar Ahmad

Aku yang dah tua neh, tak penah balik naik moto. Sereeemmm...

 

Rabu, November 01, 2006 3:27:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

patut ler komen kita pasal dah abih en3 raya. Rupanya hak dia punya lg pjg. Hihihi....single but not evelebel eh? Nanti nak tanya sas!

 

Rabu, November 01, 2006 3:35:00 PTG, Blogger JBM8141

selain nak cover muka, dgn posisi sebegitu, dia nak cover perut sekali la tu... whahha. err ko lalu jalan baru muar-batu pahat ke?? rumah aku dkt je dgn jambatan baru muar tu

 

Rabu, November 01, 2006 4:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ad3ck
Kat rumah nyuruk dalam bilik jer..hahaha...

Aku tak perlu ubat2 tu semua...hehehe...

Mamamanja
Salam MM..

Isk... cuba sebut ssekali lagi MM... hehehe..

Amanitium
Tukang tangkap gambor tu silap angle la ambik gambor..... hehehe...

Isk...tak payah pakai ubat tu pun dah kuat......hehehe..

nbk
Siri 1 dan 2 dah lepas la jang... ada kat entri 2-3 bulan lepas....

Malu-malu kucing jer tu..hehehe

Azhar
Balik kampung bawak kereta. Berenti tepi jalan semata2 cuma nak tangkap gambor....hehehe..

Kasutvincci
Ada lagi sambungan dia tu... hehe

Tak caya..? hehe

JBM
31 ok lagi apa....Teringat iklan tummytrim ke apa entah.."Lihat pinggangku.. ramping kan... "..haha

Aku balik ikut jambatan lama...Saja nak lalu bandar Maharani...

Entri aku akan datang nanti bdr Maharani pulak....

 

Rabu, November 01, 2006 4:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

AAARRRRHHHHHH!!!!!nyampah betui dgn tuan empunya blog nie.dah ler posting yg kat bwah tu muka dia jadi rongak.manakala posting kali ni d tutup lak muka dia..
apa masalahnya dgn muka awak tu.mata cuma 1 je ker!!!! or idung t'lebih jadi 3, 4 lubang..hehe

woi!!!verification kat bwah tu menyemak sajor..hu!

 

Rabu, November 01, 2006 4:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

slmt hr ry mf zhr & btn ...salam blog.

 

Rabu, November 01, 2006 5:35:00 PTG, Blogger Unknown

dah lama tak nampak signboard balik ke Muar tu...hehe

Asyik cover muka jer mamat tu ekk?? Handsome bebenor agaknya..hihi..

 

Rabu, November 01, 2006 5:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Great photos, bp!.

Kenapa semua muka serius waktu bergambar, lapar ek?...opps, just kidding. :D

Let me guess, girls in blue, r yr sisters and the two guys r yr brothers, correct? and the elderly couple, who r they?

Mamat yg kat bawah tu, tak payah tanye ler, posing mcm tu lagik, menyammmpah...:))

Seronok betul Hari Raya ek, buat biskut dan kek raya, masak bermacam2 jenis juadah, penat kemas rumah..betul2 spring cleaning, jumpa family members, anak2 saudara, saudara-mara dan rakan2..lepas tu kocek berlubang tapi takpe Hari Raya setahun sekali aje. This coming weekend, lagi nak terima tamu dan pergi berhari raya sakan...yeay!!

p.s. what is kacang 'tolo'?

 

Rabu, November 01, 2006 5:36:00 PTG, Blogger ZaKiN

sokmo tutup muka.. huhuhu.. nyampah(gaya apek).. pas nih guna la guni plak.. muat separuh badan... dari kepala sampai ke perot.. kekekeke..

 

Rabu, November 01, 2006 9:40:00 PTG, Blogger zino

memang nyampah pun tengok orng yg ambil gambar tutup muka ni.. kalau tak nak tunjuk jangan le ambik gambar langsung hehe..

 

Rabu, November 01, 2006 11:15:00 PTG, Blogger Saudagar Mimpi

Selamat Hari Raya Blackpurle.
Saya pun balik Muar raya kedua hari tu. Jem giler kat jambatan Muo, nasib baik tak de ulo beso kat paso....

 

Khamis, November 02, 2006 7:41:00 PG, Blogger Titicaca

apsal gambor ramai2 tu sumer org nampak cam serius jer..cam tensen je nak beraya..heheheh...
saya akan pegi muor pertengahan ulan ni sbb ada kawan kawen, insyaAllah..

 

Khamis, November 02, 2006 8:43:00 PG, Blogger KAMATO

Apasalla mamat baju baju purple tu malu sangat.....he he.... Salam Aidil Fitri

 

Khamis, November 02, 2006 8:57:00 PG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

seronok jer berkumpul reramai cam gitu kann...salam lebarann

 

Khamis, November 02, 2006 10:15:00 PG, Blogger aNIe

BP...SELAMAT HARI RAYA...

Entry raya dah sampai siri ke 3 baru kak lady dapat baca....

Mamat yang tutup muka tu BP ke? hehehe....

Kak lady dah jumpa dah kopi 434 tu...heheheh...belum sempat buat lagik pun...baru beli...

 

Khamis, November 02, 2006 10:27:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

OIT.. NI YANG GERAM NI..
GAMBAR TEMPE MANA???

hehehehe..
BP samat hari raya..

 

Khamis, November 02, 2006 12:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hampeh nyer BP , kg kat pt jamil ghupanye . dekat jer tu seyyy . takper lain kali kalu mimie round kat situ mimie akan carik umah BP tu

 

Khamis, November 02, 2006 1:58:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

salam,

bp ada sedara tak kat parit jawa tu?

baru kenal pokok melinjau tu..suka makan emping melinjau yg agak pahit2 tu..

sapalah tu ek tutup muka ngan songkok..boleh gitu? :)

 

Khamis, November 02, 2006 2:45:00 PTG, Blogger ayu_mkay

royo nang kg.. mmg bestttt

isinan tenan ca kui...

 

Khamis, November 02, 2006 4:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

asya
Jejaka itu pemalu sangat orangnya...susah jadi celebriti nih.... hahaha..

yelah...yelah... dah buang verification tu...

mr penyubiru
Salam..
Penyu pun ada yang 'kaler' biru ekk...hehe

Yus
'Hensem' tu tak la.. manis jer..hehehe..(perasann..)

Wan
Macam betul tekaan itu..hehehe
My abah & emak.......

Memang objektif gambar yg bawah sekali itu untuk me'menyampah'kan orang...hahaha..

Maniq
Hahaha...Mana nak cari guni sekarang....Nasib baik kau tak kata pakai kain kapan...isk....isk...

Zino
Hehehe... Nak kena delete la gambar bawah sekali tu pasni....

Saudagar mimpi
Balik Muor hari tu kat jambatan tak sesak sangat sebab balik waktu tak puncak... Kenapa tak lalu jambatan baru..?

Titicaca
Masing-masing dah tak sabor nak makan ketupat tu...hehehe..

Kamato
Malu-malu kucing tu bang...hehehe

Lovelyzz
Bukan selalu dapat berkumpul macam tu...Setahun 1-2 kali ...
Salam lebaran juga..

Kak Lady
Yang siri 1 dan 2 tak ada kena mengena pasal raya ...

Anak sapa la tu ekk..? hehehe

Kopi 434 tu kalau campur susu, rasa sekali nak lagi...dan lagi..dan lagi...

Tiara
Setakat gambor tempe kau cari kat 'goggle image' la......hehehe

Mimie
Kalau dicari, mesti tak jumpa punya rumah tu...hehehe

babydiana
Seeeeeeeeeeeeeeeedap sangat. 'Kaw' tak terkata..! hehe

Syikin
Ramai juga sedara kat Pt Jawa...Ada kenal sesiapa ke kat sana ?

Makan emping melinjau tu memang mengasyikkan......hehe

Tak sengaja tertutup dengan songkok tu..hehe

ayu-mkay
Bodo nang bandar orak roso bodo ney..

Nggarang bangeti.. kuwi seng isin...hahaha..

 

Khamis, November 02, 2006 7:28:00 PTG, Blogger Rie

buah epal blakang umah ko tu comel.
macam telur Incredible Hulk.

hahahahahaha

 

Khamis, November 02, 2006 8:18:00 PTG, Blogger Nashrex

pehal ko ttup2 muka?
macho sgt??

 

Jumaat, November 03, 2006 2:04:00 PG, Blogger Ted

im back setelah lama menghilang..hehehhe...


anyway, sume ok?hehe..

apehal tutup muka?ada jerawat batu ke?haha

 

Jumaat, November 03, 2006 10:26:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

buah epal tu macam buah pokok getah, ada 3 lekuk gitu.

betul la...tetiba rasa nyampah pulak. hehe

 

Jumaat, November 03, 2006 4:16:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

bukan sayur bening... JANGEN bening....

 

Jumaat, November 03, 2006 5:01:00 PTG, Blogger Sya

Tak ke buah epal tu cam buah getah muda? cam tu rupanya pokok buah belinjau.. dah 40 an ni baru le tenguk sedangkan favourite tuh

Apasal lak tutup ngan songkok tu.. dah le posing cam posing maut.. he he e

 

Sabtu, November 04, 2006 12:45:00 PG, Blogger Sufi is me

whoa.
banyak nyeh komen.

tak jadilah nak komen.

 

Sabtu, November 04, 2006 1:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Esis
Isk... kau pernah tengok ke telur Incredible Hulk......? hehehe

Nash
Hahaha.. jadi kontroversi pulak gambor tu...

Ted
Metroseksual mana d jerawat batu ted... hehehe

Nbb
Sebiji macam buah pokok getah kan....... hehehe

Marlina
Hehehe.... Wenak bangeti yo....

Kak Sya
Memang buah getah pun..hehehe
Pokok melinjau dari tinggi dan rendang dah tu dah jadi bonsai.

Gambor tu Photographer silap ambil angle tuh..hehehe

Saufiahazzahrah
Tu pun komen juga namanya...hehehe

 

Ahad, November 05, 2006 9:58:00 PG, Blogger debikdebuk

seronok tul beraya ko ekk...

 

Ahad, November 05, 2006 12:21:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam,

Malu-malu kucing konon, sampai guna songkok tutup muka, huh... :))

Suka tengok keluarga BP yang ceria :)

 

Isnin, November 06, 2006 12:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

adeihla...
saperkah jejaka pemalu itu?
bilerkah jejaka pemalu itu akan expose kan diri??

 

Isnin, November 06, 2006 12:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

debikdebuk
Mana kau tau...? hehehe

Bunga rampai
Salam.

Bukan senang nak cari jejaka pemalu di zaman moden ni kan... hehehe..

Cikin
Tungguuuuuuuuuuuu... hehehe

 

Isnin, November 06, 2006 1:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

patut la tak jumpa rumah tok ko tuh...

ehhh rumah ko yang mana satu sihh?

macam perasan dan macam tak perasan interior design rumah ko tuh ...

 

Isnin, November 06, 2006 2:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

wah....kau interior design dia pun kau kaji ekk...hehehe..

Rumah famili kau kat belah mana pulak Jam...?

 

Isnin, November 06, 2006 5:48:00 PTG, Blogger Rush Murad

Salam..... wahhh... meriahnya raya kat kampung.. teringin ler nak ada kampung macam tu... tak jemput arrr datang rumah, muor tu dah dekat lerrr.....

 

Selasa, November 07, 2006 4:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rush.. Raya-raya datang jer la. Tradisi di kampung kalau nak datang beraya tak payah dijemput-jemput. Hehehe....

 

Khamis, November 09, 2006 4:12:00 PTG, Blogger shahril aley

asal gambar ko berbaju melayu tu mcm terkepit je siap cover muke dgn songkok. dah tak macho la mcm tu ;) best ko beraya mcm tu. aku tak boleh menikmati situasi mcm tu psl kg aku kat KL & satu lagi dah tak de. waaaaaaaaaa.......

 

Jumaat, November 10, 2006 5:56:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hahaha.. Jangan la jealous bro'....

Beraya di kampung selain meriah, mengembalikan nostalgia masa kecik-kecik dulu-dulu......huhuhu...

 

Jumaat, Disember 01, 2006 11:35:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

rasa sayu sangat tengok gambar Bp beraya...mak ngan ayah dah takde lama...so kami dah tak rasa suasana..ketupat di gantung, pagi2 raya bangun awal, tugas saya menyapu semula keseluruhan laman rumah yang telah di sapu sehari sebelum raya, siap tugas 2...isi kuih dan buat air..

lepas solat ari raya..terus tetamu datang sampaile malam,raya 2,3 kawan2 kakak pula datang..

lepas mak takde, tetamu ramai lagi datang tapi lepas ayah meninggal, rumah 2 adik yang jaga...so langsung tak ada orang datang...

sedihnyer....Al-fatehah buat mak & bapak..

 

Isnin, Mac 12, 2007 1:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ina
Kehidupan. Begitulah..

AlFatihah...

 

Rabu, Mac 23, 2011 3:53:00 PTG, Blogger "Fd_kZ"

baju biru itu muzamil ka?