Bermula dengan entri-entri terawal dalam Bahasa Jawa yang cuma mampu difahami segelintir rakan-rakan, cerita-cerita saya selama ini terilham dari kelima-lima pancaindera saya, pengamatan mata yang melihat dan membaca, bual bicara sekeliling yang singgah di telinga, objek-objek dari lensa kamera, gerak rasa hati dan nostalgia lama. Saya tafsir dan cari maknanya, Saya cerna mengikut perspektif saya.
Alhamdulillah, saya dikurniakan Tuhan minda yang sihat untuk saya menyusun idea menjadi kata-kata dan jari-jari yang sempurna untuk mentafsir rasa dan bahasa jiwa saya ke dalam bentuk tulisan. Tulisan yang menjadi cerita, suara dan persembahan jiwa saya. Blog inilah pentasnya.
Saya bercerita dari perspektif saya. Ia mungkin memberi tafsiran yang berbeza dan tidak semestinya memberi makna kepada rakan-rakan yang membaca tapi memberi kesan dan makna kepada saya. Tersurat bagi yang membaca tapi tersirat bagi saya. Kalaupun ada bahasa cerita saya yang sinis dan kritis, luka dan duka, suka dan tawa, rindu dan sendu, nyata dan rahsia, realiti dan fantasi, itulah hakikatnya.
Saya cuma bercerita seadanya. Saya bukan ahli sastera yang molek berbahasa, bukan juga ahli seni yang indah berkata-kata. Kadang-kadang saya ingin bereksperimentasi.
Bagi rakan-rakan yang selama ini sudi membaca cerita saya, berkongsi pendapat dan meninggalkan pesan, terima kasih. Saya hargai setulusnya. Cerita-cerita saya cerita biasa, terlalu jauh untuk menjadi karya yang bagus, kesudian rakan-rakan membacanya menjadi satu anugerah amat berharga bagi saya.
Hari ini, jam ini, minit ini dan saat ini, blog ini setahun genap umurnya.
Dan saya mengharapkan agar Tuhan akan terus mengizinkan saya untuk terus bercerita. Kalaupun nanti sudah tiada lagi khayalak yang sudi membacanya, sekurang-kurangnya nanti akan menjadi bacaan hari tua saya. InsyaAllah.
TTFN
Label: Ulangtahun blog
Khamis, November 30, 2006 4:05:00 PTG,
Alhamdulilah..dah setahun rupanya. Namun dgn d sdari @ x d sedari..blog BP m'jadi kunjungan utama bagi mereka yg ingin m'cari cerita ringan b'bentuk hiburan..yg m'punyai p'olahan ayat humor & sinis..
Teruskan Idea fresh anda..walaupun tanpa gmbar..anda dapat mnarik perhatian mereka.Lantas saya b'rasa kagum & cemburu di atas k kretifan awak..TAHNIAH!
Jumaat, Disember 01, 2006 4:18:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas
Tq hun. InsyaAllah. :)
asya
Tq. Tak ada apa yang menariknya pun. Cerita-cerita biasa. :)
Cuma kalau ada makna yg tersirat dlm entri tu carilah sendiri ye... :D
esampah
Sila-sila. Macamana boleh jatuh sini...? :D
amora
Tq. Siapalah yang nak calonkan aku ni. Bukan boleh menang pun, ramai lagi otai-otai yang power power... hehe
indera
Tq. Komen yang tak berbau seks, perkauman dan agama yg melampau memang sangat dialu-alukan. Yang selamba lagi afdal...! hehe
pa'chik
Tq. Amin.
Yus
Tq. Mana boleh tinggal ciri-ciri 'kekapakan' itu..hehehe
baby sihat..?
JBM
Tq. Terharunya kau cakap macam tu...Orang seMuor ni sentimennya lain....huhuhu..
semut
Terima kasih semut. Sekian.
Book
Tq. Kau dah tiga tahun. Lagi otai tu....
Neeziee
Tq neeziee. Kau manusia pertama di dunia ni yang komen di blog aku dulu kan. Kau juga banyak tolong aku merealisasikan blog-blog aku.
Bila kau turun KL, jgn lupa call aku. KFC...!
aminbakish
Dah sy memang budak kampung. Baru tau, sy seorang yang berjiwa santun rupanya. Terima kasih. hehehe
wear
Kue ngomong opo wear. Emboh orak paham tenan aku..!
sayuti
Trimas. Selamat untuk anda juga.
merapuman
Tq :D
debikbeduk
Tq. Aku kenduri mee bandung jer malam tadi. Hehehe
orochi
Tq. Kek kena tunggu la 27 feb nanti... :P
ina
Terima kasih.Yang baik datang dari Allah, yg buruk dari BP @ Jowopinter.
InsyaAllah.
fiqro
Tq. Blog kau pun apa kurangnya..!
nbk
Bukan senang nak meng'goreng' ni. Pagi petang siang malam perah idea. Hahaha
achik
Terima kasih. Nak tumpang mengutuk pun boleh kat blog ni... hehe
Airmas
Seribu tahun lagi tak boleh la bro'..Hehe
Psst...apa cerita album demo..?
wongetan
Kesuwon kang...
Sekali-sekali ngomong jowo nang kene, ilang kangen ney karo wong kampung... :D
cuaca
Tq cuaca. InsyaAllah. Aku pun baru nak belajar-belajar bercerita...
Jumaat, Disember 01, 2006 6:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Ontah
Mengarut tak apa....jangan mencarut...! hehe
am
Tq. Stamina tak cukup kuat la am. Dulu seminggu 3-4 entri. Sekarang nak buat satu entri seminggu pun semput... hehehe
party..? hehehe
Lan
Tq. Jangankan 4 gelas, 4 jag pun boleh Lan. Bila..? kat mana..?
jiwarasa
Terima kasih. Baru nak belajar-belajar menulis. Maklumlah biasa cuma buat rekabentuk dan senibina bukan mengarang... :)
Book
Ops..maaf. Salah maklumat la ni kot...haha
psst..lama juga kat berYM dengan kau ekk...
Sabtu, Disember 02, 2006 2:32:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Arianna
Tq. Anda juga. Aminnn...
Sinaganaga
Kau melatah jugak ke..? ha ha ha..
tedungS
Kalau dari KL kurier ke Ostrolia mau lemau & pecah sejuta tempeyek tu kang..hehehe.
amanitium
'Pesta buih dan bachelor'..? Kau yang nak sponsor ke..?
pnut
Terima kasih. Siapa yang tanya tu....? hehe
Hakim
Tq.. Tak apa..Belajar merangkak dulu baru belajar berdiri..lepas tu baru belajar berjalan....berlari... :D
Tuan tanah
Alhamdulilah. Terima kasih... :)
Ad3ck
Sembrono waey kuey yo..? hahaha
Tq. baru belajar-belajar. :D
Ahad, Disember 03, 2006 6:24:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Alpha
Tq Alpha. Majulah blogging untuk negara..!
Zino
Isk....Mana ada popular zino..?
InsyaAllah. Selagi diizinkan Tuhan..
Zwit
Tq. TERUSKAN SINGGAH DAN MEN'GOMEN'..!
KasutVINCCI
Tq KV. Cuba singgah kat www.sastris-ramblings.blogspot.com Ada makan-makan tu..hehehe
Gitar
Terima kasih cikgu.
Melalui blog juga aku kenal kau dan mendapat peluang keemasan 'kena'kan kau hari tu.....hahaha...
Isnin, Disember 04, 2006 9:33:00 PG, Bunga Rampai
Salam BP,
Membaca entri ini membuat saya melankolik, tiba-tiba Anggrek Bulan menyusup masuk ke dalam benak :) Tersentuh sebenarnya membaca entri ini. Saya kagum dengan teknik penceritaan BP, satu anugerah Tuhan yang telah digunakan sebaik mungkin bukan saja untuk diri sendiri malah untuk orang lain juga. Teruskan menghidang rasa hati di sini, saya akan membacanya selagi ada ruang masa yang mengizinkan.
Selamat menyambut ulang tahun pertama blog:)
Happy 1st Anniversary Hunn... Semoga terus dikurniakan idea2 yg kreatif dan menarik...