80an. Dulu bila kami sampai darjah dua atau tiga sekolah kebangsaan kami mendaftar pula darjah satu sekolah agama. Sekolah kebangsaan waktu pagi, sekolah agama waktu petang.
Kami berbaju melayu putih bersampin hitam 'dagang dalam'. Macam-macam yang kami belajar. Dari kitab-kitab ringan sampailah ke kitab Muta’al badrin. Dari darjah satu sampailah ke darjah enam. Kalau cemerlang sambung pula ke darjah khas dan sekolah Arab.
Kami antara rakan-rakan sekampung yang sampai ke darjah khas. Ada yang mendapat pangkat pertama, kedua dan yang malas cuma mendapat pangkat ketiga. Cuma setakat itulah. Tiada seorang pun di antara kami yang menyambung pelajaran dalam aliran agama selepas itu.
Alhamdulillah..
Cerita Mael Keding
Petang itu ujian Bahasa Arab. Soalan subjektif. Kami tak pernah score pun dalam subjek itu. Kalau nasib baik kami lulus tapi biasanya memang ‘cukup-cukup makan’.
Macam selalunya. Kami akan terkulat-kulat. Kalau ikutkan hati mahu keluar awal. Bukan sebab siap cepat tapi sebab tak pandai menjawap…!
Tapi petang itu kami perhatikan Mael beriya-iya dan nampak bersemangat sungguh dia menjawap soalan, sedangkan kami tahu dia pun lebih kurang ‘lembab’ macam kami yang lain juga dalam Bahasa Arab.
Itu yang kami musykil. Semacam rasa kagum pun ya. Semacam cemburu pun ya juga.
“Respect la kat kau….. bukan main beriya-iya kau menjawap tadi…semua penuh pulak tu jawapan kau kitaorang nampak..?”. Aku.
“Tengok orang la…”, Mael tersengih-sengih, bangga. Jelas giginya yang berlapis-lapis itu.
“ Haaaa…..kau mesti bawak toyol nih…”. Kami memang tak puas hati.
“Mana adaaa….Aku salin balik soalan la..... janji nampak penuh “ Mael, selamba.
BP: Mael..Mael....Mael salah seorang kawan baik semasa di kampung. Dulu sama-sama mandi 'bogel', berkubang di dalam parit, pernah bertumbuk di kelas, pernah sama-sama mencuri limau di kebun cina kampung sebelah.....macam-macam.......Sekarang dah jadi pengurus di sebuah pasaraya mega di Kuantan. Dan semasa di kampus Mael memakai pendakap gigi, gigi Mael dah cantik sekarang....!
TTFN
Sabtu, November 25, 2006 2:59:00 PG, tumismenumis
Aku terasa ada betulnya jugak la walaupun tak selalu. Kawan kawan aku yang tak pandai dan nakal dan degil dan seumpamanya tu masa sekolah dulu, ramai yg dah jadi org yg berjaya, berbanding dengan mereka yg cerdik dan genius dan dapat markah tinggi dan seumpamanya masa sekolah yang rata rata nyer jadik cikgu atau makan gaji ngan gomen.
Sabtu, November 25, 2006 9:59:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sas
Tapi dari segi kacak tak boleh lawan sipencerita ni kot...hehehe
isk..letak intan..?.. macam kes lebih mahal tali dari kerbau la ni ekk...
Indera
Bukan ada markah pun tulis balik soalan...hehehe
Zabs
Nak mintak Mael belanja makan ni sebab entri ni buat dia jadi popular...
Harap2 Mael tak terjumpa blog ni.. hehehe
13May
Banyak lagi cerita sulit Mael dalam poket aku ni... hahaha
Kemat
Aku bahasa Arab faham la sikit-sikit tapi nak menjawap tu yang tak reti..haha
Pegawai Khalwat
Mael ambik course lain dulu tapi bila kerja jadi pengurus pasaraya... jauh betul dia lari bidang...
Wear
Hahaha... Balik raya hari tu tak dapat jumpa dia, kalau tak, boleh tengok gigi apa dia pakai sekarang...
merapuman
Dalam bendang ? Tak ada pacat gigit ke..? hahaha
Mazudi
Memang, walaupun tak semua.
Dalam ramai-ramai batch kitaorang dulu, yang score CGPA tinggi-tinggi, kebanyakannya jadi cikgu atau belajor sampai PhD jadi lecturer. Yang bukan kaki study dan hu ha hu ha...kebanyakannya kerja power-power atau bukak syarikat sendiri (Aku la tu..hahaha).
Zino
Dan sekurang-kurangnya dia tak menipu atau meniru...! tapi ustaz yang menanda soalan tu mesti tersengih sorang-sorang...Hehe
JBM
Munakahat, subjek favourite tuh... hehe..selain subjek tarikh. Subjek faraid pun susah jugak ekk esp bab yang ada kira-kira pembahagian harta tu... hehehe
Pa'chik
Hahaha... dari segi 'kecekedingan'nya tu mungkin sama la kot....
ad3ck
Sekarang parit tu dah cetek la. Bila musim kemarau teruk basikal pun dah boleh lalu dalam parit tu.....
Isnin, November 27, 2006 5:24:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kingbinjai
Bukan bijak lagi ..dah kira genius tuh.....!
Aminbakish
Sebenornya aku nak cerita pasal gigi, jadi lain pulak...hehehe..
Mungkin aku rindukan Mael kot..
Amanitium
Elok bagi gelaran Dato' atau Tan Sri semasa orangnya masih hidup..Tak gitu..?
Tuan Tanah
Kasi penghargaan untuk yang masih hidup lagi lebih bermakna kan..
Alpha
Tu belum lagi cerita pasal 'kantul' kitab terjatuh bawah meja..hehehe
Asya
Kitaorang tak sempat nak lepak-lepak kat simpang pun. Selepas SPM memasing bawak haluan masing-masing, sambung belajar...ada yang fly..
Ayaq
Ujian bahasa Arab jer.... Ujian Munakahat dia score..hehehe
Zwitterion
Tak ingat la.. hahaha
Betul, dan kejayaan bukan diukur dari kekayan fizikal tapi spiritual juga.....
Bunga rampai
Tapi saya sayu bila mengingatkan nostalgia kami dulu-dulu....Kalaulah diberi pilihan boleh kembali ke zaman silam.....
'Bogel' itu lebih komersial barangkali... hehehe
Semut
Isk....dengan siapa semut..? Kau ni macam pernah nampak pulak.? Hahaha...
Maniq
Gigi aku dah sempurna, tak perlu pakai dah...hehehe
KasutVincci
Walaupun kami dulu hu ha hu ha...kami anak-anak yang baik dan bertanggungjawap orangnya (masuk bakul ni.. Hehehe...)
Jawap la sas..malu-malu pulak dia.. :P
Cikin
Tutup la mulut 24 jam, mesti tak kena tiup angin...hehehe
Zizie
Kami pernah kena hambat dgn cina tu. Lepas tu kami mintak maaf, dapat sebaldi lagi limau free...
Ungku Nor
'Gigi mancung' pun kadang-kadang ramai peminat...tengok la macam Ronaldinho tu...
wongetan
Bernas juga idea tu. Sekurang-kurangnya ustaz ingat itu mukadimah jawapan..dan elok letak ucapan salam sekali.....hehehe
nbk
Tak la... Aku teringat nostalgia lama. Zaman persekolahan memang indah..!
Debik
Kami kenal cina tuh..Kami bukan merompak betul-betul pun..kami test power jer...Kalau kami mintak bukan sebiji dua, sebakul pun cina tu boleh bagi.....
Kimi
Bukan jahat la. Tu nakal namanya. 'Nakal' yang munasabah tu kan tanda genius... hehehe
Huh... Brutal kau ni...Aku dulu emak aku yang ngajor mengaji sampai khatam, silap sikit jer mesti kena pulas ('puntir' kata orang jawa)telinga... huhuhu...
Cikgu Nizam
'Lawan' ke 'kawan' kau maksudkan ni....? hehehe
Abdullahjones
Erk..Kalau masih hidup tak boleh bagi tribute ke bang....?
Hehehe
Khamis, November 30, 2006 11:38:00 PG, blackpurple @ jowopinter
sas
Isk..sas ni. Kalau iyer pun, jangan la terlalu berterus terang sangat.. :P
Orochi
Pakar menyoal soalan namanya tu...
fiqro
Kebun limau tu pun dah tak ada sekarang.....Rugi agaknya asyik kena curi limaunya...haha
Hakim
Kesungguhannya itu terpuji walaupun tak boleh diikut.. :D
amora
Jangan kau bagi tau dia ekk ada entri pasal dia ni..... hehehe
am
Jangan la malu-malu nak cerita Am. Nama gelaran tu unik apa...hehe
mr penyu
Kalau dah keding tu faham-faham sendiri la.hehehe
p/s sebelum ni memang ada aktifkan lepas tu buang... tengok la macamana nanti..
halda
Ooo...makcik joyah yang suka pot pet pot pet tu ke......? Bukan lah...
Semut
Ohhh...sungguh terharu...
Amin..
Bila kau senang..? Boleh kita minum-minum, aku belanja.... hehehe
Kak sya
Bagi tribute pada yang masih hidup la baru bermakna... :)
asya
Masa mencemburui untuk menulis...
Tungguuuuuuuuuu...sekejap lagi..
waa... dah cantek ek giginya... skang ni braces dah cantik2 tau... siap ada diamond lagi... harga pun cantik gak laa... :p