Selasa, Disember 12, 2006
Kejayaan itu subjektif dan ukurannya dari perspektif yang pelbagai. Kejayaan bukan semata-mata anugerah tapi berkat usaha, tawakal dan pasrah.

Selepas bergraduat, aku bekerja sementara di sebuah syarikat asing dengan gaji cuma RM750 sebulan. Tinggal di kota KL yang serba serbinya berbayar, apalah yang boleh dilakukan dengan duit sebanyak itu. Menyewa beramai-ramai di rumah pangsa sempit, masuk minggu kedua cuma Maggi menjadi makanan ruji. Tapi pengalaman dimaki hampir saban hari oleh ‘tauke’ bangsa asing itu menjadikan aku seorang yang kuat dan lali.

Kerjaya seterusnya bersama syarikat pemaju hartanah terkemuka yang memajukan Resort City di tapak bekas lombong di Sg. Besi. Menjadi satu-satunya eksekutif berbangsa Melayu di jabatan yang mengurus alam sekitar dan landskap itu, memang rasa terpinggir. Biarpun habis tenaga diperah tapi tetap bersyukur dapat menyelami dan belajar budaya kerja dan kegigihan bangsa asing.

Dari kerjaya yang bergelut dengan rekabentuk dan senibina landskap, aku beralih angin dengan menerima tawaran di jabatan kejuruteraan di satu syarikat yang terlibat dalam R & D di Bukit Jalil. Aku melapor terus kepada Datuk Dr Ketua Pegawai Eksekutif. Pun banyak pengalaman dicedok walaupun skop kerja ada-kalanya amat mengarut. Pernah diminta sama-sama berenang menuai ikan jelawat, keli dan talapia di kolam ikan...! Sentiasa tertekan. Mungkin itu sebabnya aku cuma mampu bertahan setahun di situ. Ah....rupanya banyak politiknya bekerja dengan bangsa sendiri.

Kemuncak karier ‘makan gaji’ aku di sebuah syarikat kontraktor pembinaan Bumiputra Kelas A, CIDB gred G7 yang punya taraf berwibawa. Projek pun mencecah ratusan juta ringgit. Memanglah dibayar mahal tapi perlukan ketahanan fizikal dan mental. Berurusan dengan konsultan dan client yang berbagai karenah. Mengejar deadline, ada kalanya jam tiga pagi masih lagi terpacak di tapak projek.

Walaupun sibuk mengurus projek, dikesempatan yang mengizinkan aku membuat freelance. Secara tak langsung aku master dalam pengurusan dan senibina landskap. Kegilaan membuat dua-tiga kerja dalam satu masa memang berbaloi sehingga pendapatan pernah sekali dua mencecah lima angka sebulan.

Malangnya, aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari. Syarikat yang hampir-hampir tersenarai di bursa saham itu tersungkur bila disenaraihitam akibat kecundang menyiapkan satu projek hospital kerajaan. Syarikat yang gagah itu akhirnya bagai nyawa-nyawa ikan. Sebagai staf, aku terkena tempiasnya. Bila sedang berlari laju tiba-tiba tersepak batu dan jatuh, lukanya tak nampak tapi sakitnya memang amat terasa. Sedikit demi sedikit gaji kami dipotong sehingga sampai ke satu peringkat, dua tiga bulan kami tidak dibayar gaji. Cuma bergantung kepada freelance, untuk meneruskan gaya hidup yang dahulu aku sudah tidak mampu.

"Walaupun abang jatuh tersungkur, tapi abang tak biarkan misai abang menyentuh tanah..!". Kata-kata RAB, bekas selebriti bersuara emas, jutawan syarikat jualan langsung itu masih terngiang-ngiang di telinga. Aku tidak berminat pada bisnesnya tapi kata-katanya itu aku jadikan semangat. Sekurang-kurangnya aku belum tersungkur. Lagi pun aku memang tak bermisai…..

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/12/2006 04:07:00 PTG. |


40 Ulasan


Selasa, Disember 12, 2006 5:51:00 PTG, Blogger WRA

Alon-alon tu apa ek? kejayaan ker?

 

Selasa, Disember 12, 2006 5:52:00 PTG, Blogger 13may

bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah....

 

Selasa, Disember 12, 2006 5:59:00 PTG, Blogger Pa'chik

ada sorang taiko jualan langsung yang aku kenal, suka sangat dia sebut;
tak kisah berapa kali kita jatuh, yang penting kita bangun dengan lebih bergaya

dan aku tambah, "buatnya tersungkur tu patah gigi depan, tak de makna nye gaya tu..." dalam hati.

 

Selasa, Disember 12, 2006 6:14:00 PTG, Blogger debikdebuk

Orang takde misai takleh guna pepatah tu...

 

Selasa, Disember 12, 2006 6:16:00 PTG, Blogger debikdebuk

Orang takde misai takleh guna pepatah tu...

 

Selasa, Disember 12, 2006 6:17:00 PTG, Blogger debikdebuk

Orang takde misai takleh guna pepatah tu...

 

Selasa, Disember 12, 2006 7:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

OS
Begitulah...

alex lacey
Tunggu bhg 2 ye kak AL...hehehe

13May
Betul..!

Pa'chik
ye lah...Gigi palsu pun bukannya murah sekarang...! hehe

Debik
Pepatah itu boleh ditukar kepada bulu-bulu lain di muka contohnya janggut..! Harap maklum. Hehehe

 

Selasa, Disember 12, 2006 7:41:00 PTG, Blogger shahril aley

wah bagus la cerita ko ni BP membuat aku bersemangat untuk berkerja keras sambil memblog....hahaha...kadang2 aku terpinga betoi ke keja dgn syarikat bumiputra tak mencabar & lebih baik kerja dgn non-bumi. orang kata tepuk dada tanyalah selera....good luck & all the best dude

 

Selasa, Disember 12, 2006 9:08:00 PTG, Blogger me3n

hidup neh umpama roda, kejap kat atas kejap kat bawah..ku skang kat tgh2 ahaha..

 

Rabu, Disember 13, 2006 5:43:00 PG, Blogger kingbinjai

komanla takde misai ha ha

 

Rabu, Disember 13, 2006 9:36:00 PG, Blogger pB

salam...

buleh lah minta tulun bagi idea macam mana nak cantikkan kawasan rumah yg sekangkang kera tu...??

 

Rabu, Disember 13, 2006 9:38:00 PG, Blogger zwitterion

bersemangat aku baca cerita ko..bila sampai part misai tu, aku dah start gelak2..hehe

 

Rabu, Disember 13, 2006 10:09:00 PG, Blogger tumismenumis

kau ada pengalaman dan ilmu yang rasanya satu kelayakan untuk kau juga menjadi jutawan.

Aku tunggu bahagian seterusnya.

 

Rabu, Disember 13, 2006 11:10:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Pengalaman yang sungguh berharga. Semoga berjaya dengan tender yang dihantar tempuh hari.
Takda misai takpa, janggut ada ke?
Menunggu Bah 2....

 

Rabu, Disember 13, 2006 11:17:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Company ko ada nak amik part time tak :bgrin: ekekek

 

Rabu, Disember 13, 2006 11:31:00 PG, Blogger Pnut

pssttt..
aper email??
ade benda nak bincang nih..heheheh

leh email akak?? senangingat@yahoo.com

or ym je id yg sama gak kat atas tu

 

Rabu, Disember 13, 2006 12:11:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Perrrhh... misai tak cecah bumi tu.

Walau bagaimanapun Bang, sekalung tahniah kerana Bro BP berjaya menempatkan diri di persada perniagaan. Suatu yang amat membanggakan.

 

Rabu, Disember 13, 2006 12:28:00 PTG, Blogger zino

cerita nya zino boleh paham le tapi tang tajuk tu tak paham langsung hehe..

 

Rabu, Disember 13, 2006 1:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shahril
Bekerja mana-mana pun sama. Kita yang kena pandai bawa diri. Tapi disiplin tetap kena ada la. Kena ada fokus.

Macam pakar motivasi pulak aku ni... :D

ad3ck
Hidup ini macam roller coaster juga...

kingbinjai
Haha. Aku jealous betul dengan coupe CLK merah dia tu..

PB
Boleh. Kawan-kawan punya pasal tak ada masalah. Nak tema apa? Tropikal? Bali? Inggeris? hehehe

Zwitterion
Semangat itulah yang penting...!

Mazudi
Amin. It starts with a dream

Zabs
Ini pun ada satu lagi tender...huhuhu

Janggut ada tapi sebatu satu. Cukur jer la..hehehe

faizah
Nak jadi sekretari aku tak..? Dah jumpa belum ofis aku? ahaks...

pnut
Hehehe. Dah boleh agak agenda apa tadi..

Seronok jugak sembang dgn akak ni ekk..hehe

Indera
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..! :)

9/10 rezeki itukan dari perniagaan..

Zino
Bahagian 2 nanti zino akan faham. Dalam falsafahnya tu...hehehe

 

Rabu, Disember 13, 2006 2:35:00 PTG, Blogger ILA

dont b shock!! is me...
org yg sama..cuma addr b'beza.
sungguh teruja m'baca yr new entry.
Pengalaman yang sugguh beharga.

 

Rabu, Disember 13, 2006 4:35:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

tak sabaq nak tunggu sambungan. Pengalaman BP tu, ada sikit2 kv alami. Huhuhu..sadis gak kena buli kan? ;(

 

Rabu, Disember 13, 2006 5:06:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

mula-mula aku nak komen panjang tapi bila part baca kat misai terus hilang aku punya idea nak komen!!!

 

Rabu, Disember 13, 2006 5:14:00 PTG, Blogger Unknown

tak sabar nak tunggu bahagian 2 cerita ni.. haha..

 

Khamis, Disember 14, 2006 1:28:00 PG, Blogger KAMATO

alon-alon banget pun payah juga.. promote sikit com tu kat kawan2

 

Khamis, Disember 14, 2006 10:38:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

entry yg bagus utk dijadikan panduan...

 

Khamis, Disember 14, 2006 11:02:00 PG, Blogger Unknown

hebatlah black... berinspirasi.. :)

 

Khamis, Disember 14, 2006 11:13:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Si BP ni, punyalah serius Am baca tapi hujung nya tergelak juga Am dibuatnya.

*samalah kita BP, Am pun tak da misai juga hehehe

 

Khamis, Disember 14, 2006 11:18:00 PG, Blogger Unknown

everybody has gone through their hard time and we have a long way to go still.....

wht is alon alon angger kelakon anyway?

 

Khamis, Disember 14, 2006 12:37:00 PTG, Blogger achik

usaha tangga kejayaan ;p

 

Khamis, Disember 14, 2006 4:56:00 PTG, Blogger NBK466

Mancung sungguh misai kawan hang tuh BP.

 

Khamis, Disember 14, 2006 5:19:00 PTG, Blogger Unknown

sbb aku tak ada misai maka aku akn pastikan bila aku jatuh, janggut takkan menyentuh tanah!

 

Khamis, Disember 14, 2006 6:13:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

BP..entri hari ini saya baca dengan bersunguh2.sangat terkesan kat hati tiara ni..thanks for sharing!

 

Jumaat, Disember 15, 2006 1:03:00 PG, Blogger Lan Rambai

semoga bisnez ko sekarang sukses terussssss

 

Jumaat, Disember 15, 2006 8:52:00 PG, Blogger Mummy Rizq

rezeki ada dimana mana...

 

Jumaat, Disember 15, 2006 12:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tiada siapa yang suka jatuh. walaupun tahu yang jatuh itu kadang-kadang ada baiknya.
bp..ceritalah lagi. pendek-pendek. biar jadi banyak siri.

 

Jumaat, Disember 15, 2006 2:55:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sleepless
Belum lagi... Cuma baru separuh 'bergaya'..:D

ila
Ok. Pengalaman yang sedikit dan tak seberapa ni elok kalau dikongsi-kongsi.

KasutVincci
Kena 'buli' itu yang buat kita tough. Kan.?

Mamarisyia
Huh.. berbisa rupanya misai Ramli Abu Bakar tu...hehehe

Orochi
Hehehe. Ada dah..

Kamato
Itulah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...

Cikin
Ambillah mana yang baik. Yang buruk jadikan iktibar.. :)

Cikgu aminbakish
Cuma nak bagi semangat pada kawan-kawan.. :D

Am
Tergelak pun dalam falsafahnya tu Am.Hehehe

Amora
Ya..ya..betul.. Apa yang kita ada hari ini cuma persinggahan sementara.

achik
Usaha, tawakal dan pasrah..

 

Jumaat, Disember 15, 2006 3:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk
Ekau kenal ke RAB.? Suara dia pakai untuk suara latar iklan pun sesaat RM60 tuh...

kel@mbu
Syabas..syabas...!

Tiara
Selama ni baca main-main ke Tiara. Ahaks..


Lan
InsyaAllah. Ah..aku masih 'hutang' dengan kau 4 jag teh tarik nih...

Marlina
Ya betul.

Zizie Ali
'Kejatuhan' itu pun satu ujian dari Tuhan. Fikirkan yang positif.

 

Rabu, Disember 20, 2006 2:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hmm rugi plak baru kenal ko yer. Banyak pengalaman buat dua tiga keje at the same time. u tough man! AKu pun bakal menyusul jadi macam ko. Ko doakan aku ek. Aku pun doakan ko berjaya dan terus berjaya (walaupun aku tak kenal ko ~ kitakan satu keturunan hehe..cuma aku jawa campur siam kehkeh).

 

Khamis, Disember 21, 2006 4:54:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

adikyah
Salam kenal. Syabas.... syabas...

Kau ni Jawa mana..? ha ha..