Khamis, Disember 07, 2006
Kami di darjah dua. Bilik darjah kami paling hujung. Disebelahnya tangga. Dibelakangnya pokok Pterocarpus indicus besar tempat kami biasa makan ‘jajan’, mee siput cicah sambal atau ais kerim Malaysia buatan Wak Tarom di waktu rehat.

Hari itu, ada yang aku dan Mael tak puas hati. Kami bergaduh besar. Betul-betul bergaduh. Bergasak sungguh-sungguh. Kami bertumbuk, berguling-guling di lantai bilik darjah. Seluar kami habis kotor. Baju putih kami habis keromot.

Klimaksnya, kami dipanggil berdiri di depan kelas. Cikgu ambil kapur. Cikgu lukis satu gambar besar di tengah-tengah papan hijau. Di sebelah atas gambar cikgu tulis ‘Jantung’.

“Kamu bertumbuk kalau kena yang ini, boleh mati kawan kamu….…!” Lebih kurang antara kata-kata cikgu itu yang masih aku ingat sampai sekarang. Hujung pembaris panjang cikgu di gambar besar itu. “Bla..bla..bla…”. Cikgu marah, kami cuma tunduk.

Tidak sia-sia kami mempamerkan keberanian kami bertumbuk hari itu. Cikgu memberi kami ‘penghormatan’. Berdirilah kami di atas kerusi sampai habis kelas.

Dua-tiga hari aku dan Mael tak bertegur. ‘Tak kawan’ kata budak dulu-dulu, tapi biasalah, gaduh-gaduh kami tak sampai ke mana. Sekali kami gaduh, sepuluh kali kami tambah akrab.

Senakal-nakal dan sebrutal kami pun, setiap kali ujian penggal, nombor satu dan dua jarang bukan kami yang punya…….!

Itu dulu....

BP: Zaman sekolah rendah tahun 80an dulu lain. Kami bergaduh taklah sampai berbunuh. Cikgu lempang murid sampai herot muka, cikgu ‘jotos’ sampai berlekuk kepala tapi murid tetap hormat cikgu, emak bapak tetap sanjung cikgu. Sekarang, jangan…..silap-silap kena saman masuk mahkamah…!


Terima kasih kepada CIKgu SIKENIT AMINBAKISH yang sudi menyapa di Yahoo Messenger petang semalam. Secara tak langsung terhasil entri ini.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/07/2006 11:29:00 PG. |


42 Ulasan


Khamis, Disember 07, 2006 12:02:00 PTG, Blogger Alpha

Itulah gaya bersahabat...macam aku tak bertumbuk, tapi bertekak. Sampai sekarang kamcing..walaupun dah tak bertekak lagi...

 

Khamis, Disember 07, 2006 12:25:00 PTG, Blogger arianna adrizal

3 kali sy bc entri ni. tgk jumlah pengomen kemudian scroll lg ke atas utk tgk tarikh dan masa. mcm tak percaya. hmm...
kalau sy kata sy dah pun bc entri ni 2,3 hari lepas bagaimana?


mengajar anak2 zaman sekarang mmg mencabar. cikgu semakin berat tanggungjawab. tp masih ada sesetengah pihak pandang lekeh tugas ni. hmm..

 

Khamis, Disember 07, 2006 12:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

anak-anak,
pikir pendek,
bergaduh mcm nak membunuh.

mak bapak,
pikir pendek,
tak puas hati mcm sekolah tu dia yg punya

 

Khamis, Disember 07, 2006 12:39:00 PTG, Blogger Unknown

wah, alpha no. 1 ganti Sas ye. Sas pergi bercuti.. bolehla, hehehe :D

bertumbuk sekarang dengan dulu mmg tak sama. tapi tu tumbuk budak2 sekolah rendah. ok lagi. kalau bertumbuk budak sekolah menengah. cikgu tak tunjuk gambar jantung dah. cikgu tibai je punggung tu... :D

 

Khamis, Disember 07, 2006 1:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Alpha
Bergaduh kalau tak simpan-simpan dalam hati tak apa. Kalau berdendam itu yang bahaya... Bila boleh meletus macam gunung berapi..!

Kapalayar
Mael itu keding sebab genetik. Harap maklum. Haha

Arianna
Wah...Misteri ni. Macamana boleh begitu. Entri ini baru publish hari ini. Sebelum ini tersimpan dlm bentuk draft. Awak punya ESP & telepathy ni.....?!

Cikgu tetap kerjaya yang mulia pada yang memuliakannya.

ron97
Dunia akhir zaman semakin serabut seserabut penghuni didalamnya.

Aminbakish
Hehehe

Sekarang nak bertumbuk di sekolah kena siap sedia dengan lawyer dulu.

 

Khamis, Disember 07, 2006 1:26:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Dah kawan tu keding, kena tumbuk kat jantung harus boleh mati la... sebab tak de zon penampan..

 

Khamis, Disember 07, 2006 2:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

mael kena tumbuk tanf dada, BP pula tang mana, tak beritahu pun hehehe

 

Khamis, Disember 07, 2006 3:07:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

ada gak sahabat kita yg dulu kamceng tp tak tau kes apa sampai ke hari ni melarikan diri. BP ada tak yg gitu? Kv ada sorang dua. Masalahnya bukan kv sorang yg perasan. Geng lain pun perasan jgk. Hohohoho. No komen weh.

 

Khamis, Disember 07, 2006 3:56:00 PTG, Blogger tumismenumis

Pernah aku bergaduh dan kena tumbuk ngan kawan sekolah (masa tu aku cikeding, kalau bergaduh mesti kalah) sebab berebut sarang burung gembala kerbau. Hari ni, orang tu dah jadi adik ipar aku. Tak logik sungguh.

 

Khamis, Disember 07, 2006 4:07:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

alamak.. dedulu aku penah juga gadoh hahah siap bawak bawang putih letak kat kerusi sbb nak bg org yg duduk kat kerusi tuh terkentut-kentut hehehehehehe

 

Khamis, Disember 07, 2006 4:07:00 PTG, Blogger zino

moral of the story..

kalau nak kamcing dengan sesiapa.. kena lah belasah dia dulu hehe.. asal jangan sampai patah riuk dah le..

 

Khamis, Disember 07, 2006 5:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

zaman sekolah rendah, byk kenangan pahit, kena jadi prefect, mmg saya tidak suka, benci..benci..benci dan dapat cikgu from Hell...arghh! hated her so much.

 

Khamis, Disember 07, 2006 5:06:00 PTG, Blogger TedungS

aku penah bertumbuk gak masa sek rendah dulu. lepas habis cuti sekolah igt nk minta maaf, tp dia dah meninggal pasal eksiden, abis satu family dia. smp skrg aku tk bertumbuk dah

 

Khamis, Disember 07, 2006 5:52:00 PTG, Blogger Unknown

wa pun murid zaman 80an...tp x pernah kene berdiri atas kerusi. kene ketuk ketampi adala..

 

Khamis, Disember 07, 2006 9:18:00 PTG, Blogger debikdebuk

Aku posting pertama dulu kat sekolah lama aku. Masih ada cikgu aku kat situ. Tapi bila diaorang tengok muka aku... "Laa...tak sangka awak jadi cikgu ye debik"... (dalam hati aku...macam tak suka aku jd cikgu je bunyinya...)

So, cikgu kena la dihormati (sejak aku jd cikgu)

 

Jumaat, Disember 08, 2006 3:20:00 PG, Blogger Pa'chik

Budak dulu kalau kena denda ngan cikgu, diorang sorok, taknak makbapak tau, sekarang, satu melaya dia nak hebohkan.

p/s: ini pun terjadi kerana ada beberapa titik nila yang merosakkan susu itu.

 

Jumaat, Disember 08, 2006 10:51:00 PG, Blogger Lan Rambai

eeee.. apalah ko ni BP.. dahler mamat tu keding.. ko belasah dia cukup2 pulak... ee.. jahatnya ko BP haha

 

Jumaat, Disember 08, 2006 11:48:00 PG, Blogger Unknown

haha.. terkenang zaman sekolah dulu-dulu la plak.. kenangan indah tu..

 

Jumaat, Disember 08, 2006 12:14:00 PTG, Blogger achik

budak lelaki ye la gaduh tumbuk2.. perempuan gaduh2 manja... gaduh mulut je.. masa sekolah dulu slalu gaduh utk sbb yg ntah apa2 ntah ;p

 

Jumaat, Disember 08, 2006 1:25:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

dan jowo,kau juga akan mengetahuinya jika sekarang ini kau seorang cikgu yang mengajar budak-budak zaman ini.juga harus berdepan dengan ibubapa di zaman ini.

Melayu sudah moden.dan semakin melayu diterik kehangatan zaman.

 

Jumaat, Disember 08, 2006 2:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

indera
Tapi kaki Mael panjang, dia boleh guna kaki utk lawan balik kalau dia nak......!

Am
Watak hero macam tu la, selalu nak menang..hehehe

KV
Ada juga tapi bukan sebab menghilangkan diri. Lepas sekolah masing-masing membawa haluan masing-masing, akhirnya lost contact

Mazudi
Dulu benda kecik-kecik pun boleh bertumbuk ekk. Seingat-ingat aku dulu cuma 2 kali yang gaduh betul2 bertumbuk, yang lain cuma gaduh mulut..

Ayu
Hahaha. Macam tu ke cara nak bagi orang kentut..?

Zino
Gaduh budak-budak tak simpan lama-lama. Tak ada agenda tersembunyi, cuma proses suai kenal tu..hehehe

Wan
Masa darjah enam saya ketua murid, tapi masih nakal jugak. Salah guna kuasa sampai kena diri jugak depan kelas...hehehe

TedungS
Kau tak sempat mintak maaf la ni. Isk..isk..isk.... Sedekahkan dia Alfatehah banyak-banyak..

amora
nampak buruk kalau tengok perempuan kena ketuk ketampi ekk...Lepas tu mesti nangis ...hehehe

debik
Cikgu besor sekolah rendah aku dulu siap kawin dengan anak muridnya lagi...! Anak dia pulak sekelas dengan aku. Badul namanya (tak apalah..kau bukan kenal pun...hehehe)

pa'chik
Budak dulu ikut rasional, budak sekarang ikut emosional kot...?

Lan
Aku dulu memang nakal. Tu belum bab bergaduh dengan adik lelaki aku lagi tu. Hahaha...

Orochi
Entri sempena cuti sekolah ni...hehehe

achik
Ye lah. Kat sekolah pakai tudung, dah tak boleh dah nak tarik2 rambut... Ada gaduh sebab boyfriend..? hehehe..

semut
Nasib baik aku bukan cikgu. Sebab aku ni kadang-kadang ada panas baran sikit , takut teruk pulak anak murid aku kena belasah nanti....

 

Jumaat, Disember 08, 2006 2:54:00 PTG, Blogger Izhal

yang gaduh2 tu la yang member sampai bila2 :)

 

Jumaat, Disember 08, 2006 3:11:00 PTG, Blogger WRA

hmmm...tak pernah bertumbuk ngan sesapa dari dulu, sebab tu ker sekarang ni tak de member? hmmmm....

 

Jumaat, Disember 08, 2006 3:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hmmm..Mael keding sungguh glamer d sini ok...
salah satu sekolah kat Klang c-nie,"black list" oleh pihak yg b'kuasa.kes t'baru sorang cikgu terima ugutan oleh ketua kump.gangster.lantas 24hours cikgu nie minta tukar sekolah,minggu tu gak dia dpt pindah.
Hanya gara2 cikgu nie m'warning sorang budak pasal kerje sekolahnya.hmmmm~~~

 

Jumaat, Disember 08, 2006 5:44:00 PTG, Blogger NBK466

Udah 2 kali kisah back to the future ekau dgn Mael XPDC..eh..Keding nie.. sayang betul ko kat dia yek... bagiuh ler kenkawan sejati cam tuh...

p/s : Emmm...nakal gak ekau nie masa bebudak yek...isk..isk..isk..

 

Sabtu, Disember 09, 2006 3:51:00 PG, Blogger Pa'chik

mael tau tak kamu publish citer dia ni purp? kang marah dia org tau dia kalah lawan boxing..

 

Sabtu, Disember 09, 2006 11:43:00 PG, Blogger weAr

sgt rapat BP ngn mael neh..
diuja² mael tu..

 

Sabtu, Disember 09, 2006 11:46:00 PG, Blogger KAMATO

budak2 nakal ni biasanya cerdik

 

Sabtu, Disember 09, 2006 4:06:00 PTG, Blogger Sya

Kalau budak pompuan gaduh tak le sampai bertumbuk.. tapi kalau jeling menjeling sampai nak kuar biji mata tu biasa aje... Al maklum le sekolah sume pompuan.. ada jugak gaduh tarik rambut.. itu budak pompuan zaman kak sya le tahun 1970an

 

Sabtu, Disember 09, 2006 5:05:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

izhal
Betul, asal tak berdendam dan simpan dalam hati ...

Alex lacey
Kalau perempuan bertumbuk, lain pulak jadinya nanti.....hehehe

asya
Tahniah kepada Mael..!

Baru bagi warning pun dah kena ugut...?! Mencabar sungguh jadi cikgu zaman sekarang ni..

nbk
Kawan sama ketawa dan menangis lagikan dikenang, inikan pula kawan sama bertumbuk...hehe

psst.. bukan jahat tapi nakal tu...!!!

pa'chik
Mael kena terima kenyataan yang dia memang tak kuat....hehehe

Agaknya tengah tersedak-sedak Mael nih..

Wear
Membesar sama-sama, susah senang sama-sama... mana boleh lupa...

kamato
Terima kasih bang... hehe

kak sya
Budak perempuan kalau bergaduh selalu pasal apa ekk..? hehehe

 

Sabtu, Disember 09, 2006 9:55:00 PTG, Blogger kingbinjai

ohh aku budak baik. aku tak pernah bergaduh masa sekolah. ho ho ho

 

Ahad, Disember 10, 2006 1:01:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Check this out (comments).. habis semua kena kencing
http://members.virtualtourist.com/m/99c19/

 

Ahad, Disember 10, 2006 10:19:00 PG, Blogger Ayaq

Cikgu sekarang jentik sikit pun dah kena saman juta2 gamaknya.

 

Ahad, Disember 10, 2006 12:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

dulu ko belajar kat sek rendah mana BP? pt. jamil ke pt. nawi? :-)

dah ronda tiang letrik 156? :-)

 

Ahad, Disember 10, 2006 8:02:00 PTG, Blogger tuan tanah

bagus betul cikgu BP ni. secara tak langsung belajar biologi dan kesihatan :)

 

Isnin, Disember 11, 2006 9:15:00 PG, Blogger zwitterion

anak2 murid n mak bapak zmn sekarang..

 

Isnin, Disember 11, 2006 11:04:00 PG, Blogger achik

ooo gaduh sebab bf x penah dan x mungkin... masa skolah 'rock' la... x main la chentan2... makan mee cintan lagi sedap :)

 

Isnin, Disember 11, 2006 12:21:00 PTG, Blogger 13may

dia tak angkat geng ka lepas tuh??? hehhe...

 

Selasa, Disember 12, 2006 9:12:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

nakal tapi pandai tak per....macam aku jugak hehehehehe

 

Selasa, Disember 12, 2006 12:41:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

dulu sekolah all girls school, so tak merasa nak bertumbuk.. or ditumbuk!

 

Selasa, Disember 12, 2006 1:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

itu yg membezakan budak2 dulu dgn budak skrg bp...dulu kite cukup takut dgn cikgu..tp budak skrg..dok perlekeh je derang tu..lagi2 kalau mak bapak org beso (x semua ye)..lagi la derang nmpk cikgu tu mcm semut..kecik dan kemetot..best di gentel2...hehehe

 

Selasa, Disember 12, 2006 4:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kingbinjai
Tak rugged la tak bergaduh kat sekolah..hehehe

anony
???

ayaq
Mencabar sungguh jadi cikgu sekarang...

Jamri
Aku batch terakhir bangunan kayu kat SKPN tu..Kau sempat jumpa cikgu Sahir..?

Tunggu la nanti Raya Haji aku check..haha

cik tuan tanah
Tak ingat pulak cikgu tu dulu ajar apa.. :D

Zwit
Zaman akan datang entah macamana pulak agaknya...

achik
Caya lah...!

13May
Duduk berjiran, geng pun pusing-pusing orang yang sama jugak...haha

cuaca
Setuju...!!!

Marlina
Tarik-tarik rambut ada tak..? hehe

Kadok
Ada lagi kau rupanya kadok..haha

Dulu nampak kelibat cikgu displin pun dah seram.... Belum kena sergah lagi tu, silap2 boleh terkencing dalam seluar...!