Sabtu, Disember 02, 2006
Sepanjang hujung tahun cuti sekolah ini kami berdua.

Malam tadi kami makan mee bandung Muor. Perencah jenama Barkat buatan En Md Rabu dari Sri Menanti, Muor itu memang amat menyelerakan. Kuahnya sudahlah lemak dan manis-manis pedas, terasa perisa udangnya. Ditambah pula daging lembu dan telur, memang lazat. Jangankan Maya Karin, Sas lalu di depan pun terpaksa buat-buat tak nampak !

Kami duduk-duduk di sofa di depan TV. Cerita di TV itu langsung tidak mengujakan. Mee bandung Muor itu membuat aku betul-betul ‘tersadai’.

Aku selak t-shirt ke atas. Seluar panjang ala-ala Sheqal bercorak kain pelekat biru itu aku londehkan sedikit ke bawah. Aku usap-usap perut dengan penuh kasih-sayang. Ramping tapi terasa kembang semacam.

“Pusat abang cantik la…lubang ke dalam…’cute’..” Adik. Dijolok-joloknya pusat aku itu.

“Isk… perut abang tengah besor ni memang la pusat masuk ke dalam.”. ‘Besor’ sebab kekenyangan bukan sebab ‘boroi’…ha ha.


BP : Tak kiralah pusat kita berdiameter kecil atau besar, berlubang masuk ke dalam atau terkeluar, biar sentiasa bersih dari ‘gudal’. Bagi adik-adik dan kakak-kakak yang berkenaan, se’cute’ mana pun pusat kita, tak perlulah nak tayang pada semua orang…! Itu bukan perhiasan…!

‘Gudal’ = Daki yang tersembunyi di celah-celah.
.

PROMOSI : Jalan-jalan cari makan di Sastris's Ramblings

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/02/2006 12:18:00 PTG. |


52 Ulasan


Isnin, Disember 04, 2006 12:24:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... u nihhhh.... :p

 

Isnin, Disember 04, 2006 12:38:00 PTG, Blogger Alpha

Mak aku kata tu pusat Bujal...macam aku jugak, heheheh.
Pusat tu memang barang perhiasan...tapi classified - orang yang dah ada ikatan yang sah aje boleh tengok!

 

Isnin, Disember 04, 2006 1:00:00 PTG, Blogger debikdebuk

Bini aku cakap lubang pusat aku besar sampai boleh tutup dengan duit 50 sen... Aku cakap mana adaaaaa!!!!

 

Isnin, Disember 04, 2006 1:06:00 PTG, Blogger ontahsapo

aku ingat kau dah ke jakarta...

 

Isnin, Disember 04, 2006 1:42:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

eh.kau punya pusat kena jolok?dalam sangat ker?

 

Isnin, Disember 04, 2006 1:50:00 PTG, Blogger zwitterion

ape la BP ni cerita pasai pusat. kalau pusat terjojol keluar tu, orang kata ketegaq orangnya!..hehe

 

Isnin, Disember 04, 2006 1:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
U mana boleh tengok lagi...tungguuuu...(sila rujuk komen Alphawolf). Hehehe

Alpha
Tak la dalam sangat pun. Tak sampai 10cm pun...hehehe

Oooo..patutla ada yang 'tindik'...

Debik
Siling 50sen...! memang besor tuh... haha

Ontahsapo
Aku lain tahun la baru pergi...hehehe

Semut
Bukan jolok sebetulnya. Cuma cuit-cuit jer...haha..

Zwitterion
Kalau pusat masuk ke dalam..?
hahaha..

 

Isnin, Disember 04, 2006 2:36:00 PTG, Blogger 13may

pompuan tayang pusat atau lelaki tayang pusat...yg mana lebih bahaya dan cute??? hehhe...

 

Isnin, Disember 04, 2006 2:50:00 PTG, Blogger Pandang Dengar Diam

orang kata kalau lubang pusat dalam lubang nya kita kahwin ngan orang jauh, tul ker?

 

Isnin, Disember 04, 2006 3:09:00 PTG, Blogger Ajzie

hahahha ada orng siap tindek pusat lagi? Huhhhh tak sakit ker???? Mee Bandung muar kesukaan ramai...Tak sabar nak balik Msia rasanya..

 

Isnin, Disember 04, 2006 3:50:00 PTG, Blogger Unknown

aphal pusat tunjuk kat org nih? cute ke? isk..

 

Isnin, Disember 04, 2006 3:55:00 PTG, Blogger Sya

Eh orang lelaki malu tunjuk pusat... kalau pi KLCC ke Mid Valley ke.. ramai yang tayang pusat.. tak kira le pusat ke dalam ke keluar ke depa tayang gak.. bukan setakat pusat. Yang spare tayar macam lori 10 tan pun tak malu tayang.. hish

 

Isnin, Disember 04, 2006 4:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Pusat dalam tu nanti kahwin orang jauh tu. Sampai Jakarta kot....

 

Isnin, Disember 04, 2006 4:31:00 PTG, Blogger NBK466

Kat blog lain mmg takde...kalt blog nie jerk yg buleh baca pasal bulu idung...pasal pusat serta gudal...ha..ha.ha..ha

 

Isnin, Disember 04, 2006 8:51:00 PTG, Blogger TedungS

so kira kalau pusat ke dalam ni macho la, so aku ni pun kira dalam golongan macho gak lah.. hins hins gimme5

 

Isnin, Disember 04, 2006 9:12:00 PTG, Blogger kingbinjai

tak pasal pasal aku plak terasa nak check pusat aku

 

Isnin, Disember 04, 2006 9:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

eeuuu! citer pasal pusat pulak, gelinya. Adik tu cuci tangan tak lepas jolok pusat abang tu..eeee! really gross. Perut yg buncit, pusatnya dalam :)) Ada satu joke pasal pusat..ops, nevermind :D

 

Isnin, Disember 04, 2006 10:48:00 PTG, Blogger merapuman

aku pun tak pasal2 angakt baju and check pusat .. ok lagi .. takde daki ...

 

Selasa, Disember 05, 2006 12:30:00 PG, Blogger Kemat

first time aku dengar perkataan gudal nie..bahasa johor atau jawa atau memang bahasa mesia

 

Selasa, Disember 05, 2006 12:55:00 PG, Blogger LindaMunshi

tulah...arwah nenek aku pun kata kalo pusat dalam kawin dgn org jauh...aku kira-kira base on kedalaman pusat aku...aku ingatkan sure aku kawin dgn mat salleh...rupanya distance tak sampai pun...habis kuat aku kawin dgn org penang jek...ceh...

 

Selasa, Disember 05, 2006 1:21:00 PG, Blogger Amanitium Cho

dulu aku pernah jumpa pusat yang besar gila. pusat sains negara. haha.

gudal takde, gadis adelaa. haha.

 

Selasa, Disember 05, 2006 7:27:00 PG, Blogger tuan tanah

orang putih panggil pusat ke dalam - innie.
kalau yang ke luar - outie.

*takde kaitan tentang entri.
saja je nak tunjuk pandai.

hoho

 

Selasa, Disember 05, 2006 7:45:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

"pusat itu bukannya hak milik, tetapi anugerah" - anonymus.
hehe

 

Selasa, Disember 05, 2006 7:47:00 PG, Blogger Sir Mute Key Chicks

"pusat itu bukannya hak milik, tetapi anugerah" - anonymus.
hehe

 

Selasa, Disember 05, 2006 9:29:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hmmmm..saya cuma bley ambik tauladan dr cerita nie..iaitu sindiran t'hadap kaum hawa yg suka tunjukkan "pusat" yg mbawa imej seksi dan prasangka bagi yg memandang.
hmmm..so simple story tapi amat mudah d simpulkan makna d sebaliknya.

 

Selasa, Disember 05, 2006 9:50:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tergelak aku baca perkataan 'gudal'. lamer dah xguner.. heheheh.. :D

 

Selasa, Disember 05, 2006 11:02:00 PG, Blogger zino

sekarang ni manusia dah balik ke zaman batu..tak cukup kain nak buat baju dan seluar.. terpaksalah di buka sana sini..

kadang tu memalukan.. bila kita berjalan dengan anak anak dan yg pelaku tu budak2 muda melayu..

 

Selasa, Disember 05, 2006 11:25:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

sat, nak tengok pusat cute ker tak hehehe

 

Selasa, Disember 05, 2006 11:30:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

pusat kalo adik beradik tengok ok lagi...
kalo org lain? heheheheh.. aku selalu tengok pusat org... terutama sekali lepas bersukan--- tapi antara lelaki je lah--- pusat adelah satu bende yg best.. ye lah memula makanan dpt dr pusat...
tapi kalo aku gi kl.. yg aku tak tahan adelah tengok awek pusat.. memacam jenis pusat yg ade.. huhuhu

 

Selasa, Disember 05, 2006 12:08:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

brapa sas bayar tolong promote tu? Heheheheh

pusat? errrr..nak komen apa ek?

 

Selasa, Disember 05, 2006 1:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

13may
Dua-dua bahaya....! Tapi pusat lelaki kot lebih cute haha

Tapi ingat..pusat itu aurat..!

Cuaca
Patut laaa...hehehe

wilhelm
Sekarang ni semua tempat kalau boleh nak ditindiknya..!

Hidup mee bandung Muor.. !

Amora
Tunjuk kat adik beradik tak apa... Cuteeeeeeeeeeeeee..!. hehehe

Kak Sya
Itulah dia umat akhir zaman. Yang disuruh tutup itu jugak yang suka dibuka-bukak..!

Zabs
'Jauh' tu subjektif... hehehe..

nbk
Lepas ni tak tau nak cerita apa dah...hahaha..

TedungS
Tepat sekali..! Tapi tengok jugak, pinggang kau saiz berapa..? hehe

Kingbinjai
Selama ni kau tak check ke..? Habis macamana kau cuci..? Haha

Wan
Tak semestinya Wan. Habis saya yang ala-ala six pack ni kenapa dalam jugak..?

Hahaha

Merapuman
Hahaha..jangan sampai berkerak dah la....

Kemat
Tak pasti la pulak bahasa apa..? Alah..Bahasa Malaysia memang kaya, cuma kita yang mengada-ngada malu nak guna..

Linda
Berapa cm kedalaman tu..? hehehe

 

Selasa, Disember 05, 2006 1:31:00 PTG, Blogger achik

dulu ketiak kecik skang pusat cute hehehe... mcm2 ada ;p

belajar perkataan baru ~ gudal

ps: makasih hr tu singgah :)

 

Selasa, Disember 05, 2006 1:39:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Heh, ada juga pusat yang cute ye..??

 

Selasa, Disember 05, 2006 1:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amanitium
Dekat-dekat tempat aku ni ada pusat yang baik-baik. Pusat Islam..hehehe

Cik TT
'Gudal' itu diaorang panggil apa pulak..? Hehe

Semut
Nak cuba-cuba bayangkan Datok Rahim Razali yang sebut macam tu.....

Berapa kali kau tengok CINTA ni..? hehe

Asya
Ya...ya... Begitulah.

Itu belum lagi yang menayang alur di depan dan belakang...!

Cikin
Kalau bukan kita yang guna siapa lagi cikin...hehehe

Zino
Bukan setakat budak-budak muda zino, emak budak pun ada..! isk....

Am
Kalau tak cute mengaku cute pun bukan ada siapa yang tahu am.. hehehe

Muor76
Wah..kau pun pencinta pusat rupanya..hehehe..

Emak aku kata, dulu masa bersalin tali pusat aku terbelit, kata orang tua-tua bila besor nanti popular...hahaha

KasutVincci
Sebenarnya nak promote makan-makan kat BASIL tu la....

Tak perlu komen KV, pergi la check pusat KV lepas ni... hehehe

Achik
Kalau ketiak dah 'kecik', lepas tu pusat pulak 'innie' (pinjam istilah cik Tuan Tanah), memang sesuai la..... hehehe

Indera
Ada yang sepet, ada yang bujur, ada yang 'bujal'(macam Alphawolf komen tu..)...macam-macam ada... :D

 

Selasa, Disember 05, 2006 2:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wah...sedapnya mi bandung, masak sendiri ke?

udel gatel enak dikukur...ojo kuat2...melecet...

 

Selasa, Disember 05, 2006 4:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tetiba aku terasa nak tengok pusat aku..nasib baik tak bergudal...pusat aku pernah terkeluar masa ngandungkan syasya...

 

Selasa, Disember 05, 2006 4:06:00 PTG, Blogger tumismenumis

gudai tu bahse jawa jugak eek?

Ha'aa kan, dulu masa aku study, pusat aku takder la sedalam pusat aku sekarang. Sejak kawin ni, makin dalam pulak. mana yang bagus sebenarnya ni, lagi dalam lagi bagus eek.

 

Selasa, Disember 05, 2006 4:48:00 PTG, Blogger Lan Rambai

mana punya fatwa lah tu kalau pusat dalam kawin ngan org jauh haha.. yg pasti, org yg kawin dgn sesiapa yg berpusat dalam.. dia sebenarnya berkahwin dgn orang yg tidak kurus haha

 

Selasa, Disember 05, 2006 5:27:00 PTG, Blogger Unknown

oit. apsal citer psl pusat nih?? hahaha

 

Rabu, Disember 06, 2006 9:41:00 PG, Blogger me3n

hehe, ku klu kenyang atau tak, pusat ttp ke dalam..hehe..

 

Rabu, Disember 06, 2006 5:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

wongetan
Nek udel ley melebu njero, kepiye arek gentel mas..?

Masukkan minyak dalam periuk kemudian masukkan air, kemudian masukkan perencah, daging, telur, sos...Siap..!!! Semudah itu...hehehe..

Mamarisya
Eh....Magic pusat MR ni. Boleh adjustkeluar masuk pulak dia ekk... hehe

Mazudi
Dalam ke keluar ke... janji bersih...orang bukan nampak pun...hehehe

Lan
Aku tak setuju..! Aku yang ramping apasal masuk ke dalam jugak..? hahaha

Kel@mbu
Saja. Nak lain dari yang lain..hehehe

ad3ck
Kita serupa......haha

Marlina
Ayu..? Tunjuk pada yang 'layak' jer tau..hehehe

 

Khamis, Disember 07, 2006 9:07:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

bukan sri menanti kat negeri sembilan ke?

 

Khamis, Disember 07, 2006 9:29:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kalu pusat terjojol keluar,kitaorang panggil pusat bujal.kadang2 aku terpikir,apa guna pusat ye? yg aku tahu pusat digunakan masa kita kat dalam rahim ibu,pahtu bila dah lahir,pusat menjadi tempat gosokkan minyak angin.sehingga sekarang pabila sakit perut,pusat masih menjadi pilihan utk digosokkan dgn minyak angin.

 

Khamis, Disember 07, 2006 11:54:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hakim
Huhuhu..

Kurekure
Kat Muor pun ada la...

Mr Penyu
Bujal ke Bujel..? haha

Tali pusat tu kira macam tambak johor yang menghubungkan singapura dgn johor...

Untuk geli-geli pun boleh..hehehe..

 

Selasa, Disember 12, 2006 4:37:00 PTG, Blogger ayu_mkay

oittt citer pusat pun leh wat org tergelak simpul...

# sas.. jgn dok byg lagik tau camne.. hahahahha

 

Rabu, Disember 24, 2008 5:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pusaat?
best nih

 

Sabtu, November 10, 2018 10:36:00 PG, Blogger Unknown

Lelaki sebab suka tengok perut dia orang

 

Sabtu, November 10, 2018 10:40:00 PG, Blogger Unknown

Perut pun kedepan kalau kenyang pusat kedalam

 

Sabtu, November 10, 2018 10:41:00 PG, Blogger Unknown

Haha bab perut lak kan