Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Saat terkapai-kapai itu hadir sepasang tangan menghulur bantuan. Jam, penolong pengurus besar syarikat yang sudah hampir tidak bernyawa itu mempelawa aku menjadi rakan kongsinya. Kami bermula dengan syarikat kelas D menjalankan projek-projek landskap, sivil dan struktur.
Menguruskan syarikat setahun jagung bukanlah mudah. Kami cetek ilmu dan pengalaman, limitasi modal dan peluang. Kami cuma mampu mengambil projek-projek kecil dan menjadi sub kontraktor kepada syarikat-syarikat besar. “Bukan senang dapat tender kalau tiada orang dalam”, “kalau tak berkawan dengan orang politik jangan harap la...” Itu antara kata-kata orang. Banyak rupanya ketidakadilan, tipu helah dan sepak terajang dalam ‘gelanggang permainan’ yang penuh persaingan.
Tuhan itu maha adil, kalau sudah rezeki tidak akan ke mana. Tanpa muslihat pun kami mampu berdiri. Tidak sampai setahun kami sudah mampu berjalan sendiri, kalaupun belum mampu berlari laju.
Tapi begitulah. Kehidupan ini ibarat roda, ada kala di atas, ada kala di bawah. Saat kami di atas sekejap cuma. Iklim ekonomi yang muram dan ketandusan projek menyebabkan syarikat kami hampir tumbang. Kepincangan dalam pembayaran tambah menyeksakan. Masalah datang satu demi satu. Dua kali kami terpaksa berpindah pejabat. Staf yang ramai tinggal berdua. Pekerja kontrak samada kami hantar pulang atau lari ke syarikat lain. Lima bulan kami tidak bergaji. Untuk hidup terpaksa meminjam sana sini. Kereta terpaksa disorok bila lima bulan ansuran tertunggak. Belum lagi hutang rumah dan lain-lain. Saat menangis, menangislah seorang diri. Kawan-kawan sama ketawa mula menjauh.
Aku hampir berputus asa. Terdetik keinginan untuk menarik diri. Kebetulan aku ditawarkan jawatan di sebuah anak syarikat pemaju hartanah di Sunway. Tawaran gaji yang menarik dan sebuah kereta pacuan empat roda. Kalau bukan kerana keinginan yang begitu membara untuk melihat syarikat bangkit semula, aku tak akan berfikir panjang untuk terus menerima tawaran itu. Biarlah orang berkata aku bodoh menolak tawaran itu tapi aku punya matlamat.
Aku dan Jam bertekad untuk tidak mengalah. “Kita bukan gagal, kita cuma belum berjaya..!”. Aku masih teringat lagi kata-kata itu. Aku percaya, usaha bukan sekadar kata-kata mengharap tapi menuntut pengorbanan. Kalau nak, akan ada seribu daya. Kalau tak nak, seribu dalih akan direka.
Kami kumpul kekuatan dan semangat yang masih berbaki untuk berdiri semula. Kami merangkak dalam kepayahan sehingga kami mampu berjalan dan berlari semula. Pengorbanan kami bukan sia-sia. Hari ini kami tidak hanya berfokus kepada bidang pembinaan dan landskap tapi juga cuba meneroka bidang bioindustri.
Apa yang kami capai hari ini cuma persinggahan sementara. Perjalanan sebenar masih jauh dan panjang. Belum pun separuh jalan beronak dan berduri yang telah kami susuri. Di hadapan banyak lagi ranjau, liku dan simpang-siur yang perlu kami lalui.
Jiwa ini berazam menjadi ‘seseorang’ dalam tempoh dua tahun akan datang. Jarak yang kelihatannya masih jauh tapi masanya terasa begitu pendek.
'Alon-alon angger kelakon. Tibo sekali orak opo. Tangi..! Nek orak keneng belayu, melaku. Nek orak keneng melaku, mberangkang. Ojo mengalah...!!!'. Perlahan-lahan dan tekun asalkan terlaksana. Terjatuh sekali, tak mengapa, Bangkit..! Kalau tak boleh berlari, berjalan. Kalau tak boleh berjalan, merangkak...Jangan mengalah !
Di mana kita bermula tidak penting, di mana kita berakhir itu yang lebih penting…!
Bukan di mana dan siapa kita hari ini, tapi di mana dan siapa kita lima, sepuluh, lima belas tahun akan datang….!
TTFN
Sabtu, Disember 16, 2006 7:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Esis
Terima kasih pada kau juga....
Zabs
Terima kasih. Biasalah manusia. Sentiasa ada PhD.
pa'chik
Dah la bentes dari belakang buat-buat tak nampak pulak tu....
Shami
Salam kenal juga. Semoga kita semua sama-sama berjaya. Dalam apa-apa bidang sekalipun.
Alex lacey
Dah setahun blog ni baru ada peluang nak cerita falsafah di sebalik kata-kata tu... :)
Basri
Terima kasih juga pada anda yang memberi motivasi sehingga terhasilnya entri motivasi ini. Ahaks.
Gitartong
Tq. Nyanyikan satu lagu untuk aku GT...hehehe
Ahad, Disember 17, 2006 12:32:00 PG, Pa'chik
kamu tulis,
“Bukan senang dapat tender kalau tiada orang dalam”, “kalau tak berkawan dengan orang politik jangan harap la...”
aku tulis,
sorang kawan aku, dia buat lanskap jugak, macam kamu, satu hari masa nak mohon tender, sorang stap (orgnya berkupiah selalu) ni mintak habuan, selamba je member cakap, "Oit, dosa pahala dah takdak nilai ka?" Terus senyap orang tu.
Isnin, Disember 18, 2006 1:49:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mazudi
Belum berjaya lagi Zudi. Masih merangkak... :D
Eh...kursus motivasi boleh sedih-sedih ke..? :)
Kingbinjai
You can do it too !
Cik TT
Anda juga...! InsyaAllah...
pa'chik
Yang pergi Mekah pakai duit 'panas' pun ramai juga.
Biarkanlah mereka. Yang penting biar dapat sedikit asal berkat....
Kel@mbu
Ya. Setuju dengan kau.
Kejayaan di dunia & akhirat.
KasutVincci
Baru nak belajar-belajar jadi motivator kot....hehehe
ibuvouge
Salam.
Jatuh dan bangun itu yang akan mematangkan kita. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... :)
Isnin, Disember 18, 2006 4:54:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kamato
Terima kasih. InsyaAllah nanti akan saya emelkan CV sykt.
alpha
Itu baru ujian dalam kerjaya. Hidup ini memang penuh dengan ujian...
Ya. Yang tak halal lebih banyak dari yang halal. Ujian juga tu...
Lan Rambai
Ha ha. Kau memang bijak....
'Makan gaji' pun kena bagi yang TERBAIK juga. Tak gitu Lan..?
Zino
Semangat kadang-kadang datang dan pergi. kena kuatkan azam. InsyaAllah.
TedungS
'Orang dalam', 'duit bawah meja', pengampu, 'potong jalan', 'duit kopi'...bla...bla... macam - macam kita jumpa buat bila masuk bidang kontrak ni. Kalau tak kuat iman habis....
InsyaAllah.
Syikin
Salam.
Terima kasih. Bukan saja dlm bisnes. Apa-apa pun yang kita buat dalam hidup kena ada kesungguhan dan bagi 100%.
Mr penyubiru
Cerita yang tak seberapa tu.
Page ni yang mengong kot. Sekejap laju, sekejap perlahan.
Zwitterion
Kau juga..!
Qisst
Hidup begitulah. Sentiasa diuji Tuhan.
Indera
Alhamdulillah. Masih ada kawan sama menangis.
Dalam kejatuhan, baru kita kenal siapa kawan dan siapa lawan.
Amora
Yang baik itu dari Allah.
Terpengaruh dengan Zag Ziglar & Anthony Robbin kot.. he he...
pa'chik
Diri sendiri kena cemerlang bang sebelum boleh men'cemerlang'kan orang lain. Ha ha.
Rabu, Disember 20, 2006 10:03:00 PG, ILA
wowowowohhhhh~~~ dah lama x masuk sini ,Rupanya dah post entry jumaat lepas ngupernya.Hampir 50 komen kat sini..fuhhhh~~~teruja okey..
btw..kesukaran yg kita hadapi(ujian) & apa yg tuhan berikan, ada sebab.Malah kejayaan yg kita kecapi bukan pghujung segalanya, malah kita masih di uji oleh yg berkuasa.Kesimpulannya walau di mana kita berada jgn lupa kpd yg maha p'cipta..bersykur kpdnya selalu.anywy saya kagum dgn BP.Awak kuat smangat!!!
Khamis, Disember 21, 2006 2:38:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Qasseh
InsyaAllah. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan yang menunggu..
Wan
Thanks..!
Amanitium
Ha ha ha. Aku suka no 38 tu. Orang cina kata maknanya 'hidup kaya'. (tapi aku tak percaya dengan nombor..!).
Kaya itu kan subjektif...
pa'chik
Ha ha. Betul juga tu. Billy Lim yang tulis siri buku 'dare to fail' tu pun bukan berjaya sangat.....
wongetan
Dah kerja dan belajar bidang yang sama, mungkin tak ada masalah sangat kot.
Tiara
Betty tu siapa Tiara...? He he
Kita semua memang boleh kalau kita betul-betul nak...!
Maniq
Bukan susah pun Bah. Jawa Maniq, tapi kena praktis la. Hehehe
Ina
Sy pun bukanlah sekuat seperti dalam entri tu. Tapi kalau tidak diri sendiri yang beri semangat, siapa lagi...kan..?
nbk
Terima kasih. Kalau dah ada impian pun dah kira ok tu... hehe
ayu mkay
Wong jowo memang kenteng...! Orak ngono..?
InsyaAllah. Nek wes sugeh, orak lali karo konco-konco enggon kene. :D
pegawai khalwat
Susah kalau staf kawan-kawan ni. Nanti tak sampai hati nak marah. hehehe
Pa'chik
Kampung aku dekat-dekat dengan Bkt Mor tu tanah tinggi.. Selamat la...:D
Ila
Alhamdulillah. Saya bukanlah kuat sangat sebenarnya. Selalu juga down. Ujian yang datang itu yang tambah menguatkan semangat kita sebenarnya.
Semut
Apanya yang best semut.. ha ha ha..
adikyah
Salam perkenalan. Kalau kau baca semua bhg 1 & 2 tu mesti nanti kau akan faham sebalik kata-kata tu. :)
Selasa, Januari 02, 2007 8:30:00 PTG, Sastri
Lumrah kehidupan... dan bila menceburi dunia perniagaan, begitulah ujiannya Hunn... Kena kekal tabah, kuat minda dan jiwa serta sabar dalam mengharungi kesukaran yang datang... All will be fine and you will come out of this stronger, wiser than ever... Believe in yourself and your ability di samping doa dan tawakal kepadaNya, Insya Allah, you'll make it... I have faith in you and I'll always be there for you...
waahh aku suka kata-kata pasal jatuh tu.lagi satu yang aku suka camni bunyinya "biar jatuh mahkota ke tanah, takkan melayu tunduk menyembah".