Khamis, Disember 21, 2006

Pagi itu, di pekan Parit Jawa. Aku di kedai buku Wak Biran sedang membelek-belek suratkhabar sewaktu aku terpandang kelibat dua rakan yang amat aku kenal. Ijam dan AC. Dulu kami di Matrikulasi dan IPT yang sama. Ijam ke bidang Kejuruteraan Mekanikal, AC pula Statistik. Mereka cuma berseluar Bermuda dan t-shirt, berkejar-kejaran di pinggir jalan. Aku cuma memandang dari jauh. Aku keliru. Mimpi apa pula mereka singgah di pekan itu.

Tengahari itu. Aku bersila di hujung anjung tengah rumah membelek-belek suratkhabar. Aku tak pernah membeli Utusan Malaysia dan Berita Harian tapi entah kenapa hari itu aku membeli dua naskah itu.

Makan tengahari hari itu pun di anjung rumah. Lauk sudah terhidang. Lantai beralas tikar pandan. Aku masih membelek-belek suratkhabar sedang yang lain sudah bersila menghadap dulang berlauk itu. Seingat-ingat aku, belum pernah kami sekeluarga makan tengahari di situ kecualilah bila ada kenduri atau rewang-rewang.

Aku tersentak bila tiba-tiba abah marah-marah. Abah tengking Ifa. Ifa tunduk terisak-isak. Kami semua senyap. Entah dosa apa dah dilakukan adik perempuan yang baru belajar-belajar menjadi anak dara itu sehingga abah sebegitu marah.

Aku bingkas bangun. Aku campak suratkhabar ke lantai. “Bla…bla...bla…!” Aku tengking abah. Ya Allah..... seumur hidup tidak pernah aku meninggikan suara pada abah sebegitu. Entah apa yang merasuk fikiran saat itu.

Petang itu. Aku sudah di KL. Fikiran keliru. Berserabut. Aku membawa diri ke rumah seorang teman. Aku ada kuncinya. Dulu aku pernah menumpang sebulan dua di situ. Rumah itu telah berbulan lamanya kosong tidak dihuni, masih menanti penghuni baru.

Aku sedang menyapu debu-debu melekat di dapur saat daun pintu depan diselak. Emak muncul bersama seorang lelaki muda yang seperti pernah aku kenal. Ada apa pula emak mencari aku hingga ke KL? Bagaimana emak boleh menjejaki aku sampai ke rumah itu ? Emak dan lelaki itu nampak mesra dan terus ikut sama mengemas tanpa diminta. Aku betul-betul keliru.

Tok...tok...tok...! Bunyi ketukan. Berdentam-dentum. Sesekali tapi agak kuat. Ah....Jiran sebelah. “Apa pulak yang ditukangnya pagi-pagi ni…” Aku celikkan mata, bangkit dari sofa panjang itu. Aku capai telefon bimbit Nokia di atas meja.

"Yang...mimpi...Ijam...AC...bla...bla...abah...bla...bla...emak...bla...bla...". Sms itu untuk seorang gadis di Jakarta.

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/21/2006 01:56:00 PTG. |


48 Ulasan


Khamis, Disember 21, 2006 2:55:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

moral cerita BP yang panjang lebar ni ialah... BP rindu sama Sas hehehehe
sabar yerrrr

 

Khamis, Disember 21, 2006 3:06:00 PTG, Blogger zwitterion

dah agak nih..mesti mimpi..Bila Cik Sas nak balik ni?, kesian blackpurple...huhu

 

Khamis, Disember 21, 2006 3:17:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

Pergh BP rindu banget nih..takper sabar2 byk2....

 

Khamis, Disember 21, 2006 3:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hah, bahasa melayu.
aku gak begitu mudeng :-(

 

Khamis, Disember 21, 2006 3:21:00 PTG, Blogger Ungku Nor

hehehe, kalo dari mula dah merapu je citer..memang sahih la mimpi semata-mata.

Waa..ada owang windu kaa..??

 

Khamis, Disember 21, 2006 3:24:00 PTG, Blogger Pa'chik

belum balik lagi ye...
nasib baik kamu tulis seorang gadis di jakarta, kalau seseorang di jakarta, aku syak bukunota dah.

 

Khamis, Disember 21, 2006 3:48:00 PTG, Blogger achik

hahahaha hampeh tul... tapi dah agak dah ;p

 

Khamis, Disember 21, 2006 3:56:00 PTG, Blogger WRA

waaaah...mcm ni ek org lelaki rindu oopss...salah, blogger lelaki rindu...
Sas balik kampung ke? Tertinggal cerita nampaknya akak ni...patutla tak de komen dia...selalu dia yg no. 1 hehehe

 

Khamis, Disember 21, 2006 4:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ayu
Banyak moralnya entri ni ayu ....He he

Zwit
Tempat kau banjir tak..? ha ha

Tiara
Habis kau jadi pakai 'perisa' apa..? (rujuk entri terbaru kau...) ha ha

luthfi
Orak opo. Suwi-suwi mengko paham la...

Ngomong Indon karo ngomong Melayu meh podo waey..

ungku nor
Nama pun mimpi... hehe

pa'chik
Bukunota blogger tu ke..? Tak jugak. Pekerja kontark aku pun orang seberang jugak...

achik
Mengarut la mimpi tu...

alex lacey
Satu rahmat. Satu anugerah. he he.

Di kepulauan Jawa. Dalam 1-2 hari nanti dia muncul la tu.. ahaks...

 

Khamis, Disember 21, 2006 5:30:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Sastri,
Pulang segera. Bro BP sekarang tenat. Sakit Rindu.

 

Khamis, Disember 21, 2006 5:42:00 PTG, Blogger tuan tanah

keliru saya baca entri ni.

heh :)

 

Khamis, Disember 21, 2006 5:43:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

ooo.sastri itu isterimu.aku baru tau

 

Khamis, Disember 21, 2006 7:32:00 PTG, Blogger Unknown

senyum baca komen semut. Black, seru dah panggil.. hehe :D

 

Khamis, Disember 21, 2006 9:04:00 PTG, Blogger zino

ni mesti tidur tak basuh kaki ni.. pasal tu mimpi macam macam.. hehe

 

Khamis, Disember 21, 2006 9:09:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

cehss.. mimpi ker??? buat aku keliru..

 

Jumaat, Disember 22, 2006 12:24:00 PG, Blogger KAMATO

esok kau sambung balik mimpi ni... sedap cerita....

 

Jumaat, Disember 22, 2006 8:10:00 PG, Blogger Unknown

ceh.. mimpi.. hampeh tul.. tempat kampung halaman ko banjir tak?

 

Jumaat, Disember 22, 2006 9:55:00 PG, Blogger ILA

ohhh..BP,
1st..rasa keliru
2nd...dah mula faham
3rd....amat faham..akan mimpi tu~
4th....teramat faham...smemgnya x di nafikan sdang merindu..kesian ~
~ wings ~

 

Jumaat, Disember 22, 2006 10:44:00 PG, Blogger hakim dirani

Saya yang membaca ini pun hampir terkeliru..

 

Jumaat, Disember 22, 2006 11:25:00 PG, Blogger me3n

lepas bace komen baru paham cerita haha..

rindu wong chowo ker? ;p

 

Jumaat, Disember 22, 2006 12:00:00 PTG, Blogger DeeN

aisey, ingatkan betul. Baru aku nak marah ko hehe.. mimpi la plak. Tak jadi la nak wat pape.. :D

Len kali nak tido baca doa tau.Baru tak mimpi yg bukan2 hehe.. sape awek kat jakarta tu?

 

Jumaat, Disember 22, 2006 12:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ko ni sebenarnya mimpi tu tak de mendatangkan apa2 pun yang pasti aku tau ko tu tengah rindu kat Sas!!!

 

Jumaat, Disember 22, 2006 3:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kesiannn BP.. kangen sungguh nih..! hehehe

 

Jumaat, Disember 22, 2006 3:11:00 PTG, Blogger Unknown

alaaaaaaaaaaaaa...manjanye BP. mimpi ngadu kat sas ye...lg 3 ari je bp rilek aar..

 

Jumaat, Disember 22, 2006 5:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Indera
He he :D

tuan tanah
Yang di tiga para terakhir itu bukan keliru dah... :D

Semut
Ha ha. Kau kena faham betul-betul makna 'gadis' itu semut....

pegawai
Ha ha... Sarkastik kau ni...

Aminbakish
Semut gurau jer tu... he he...

InsyaAllah.. :)

Zino
He he. Tapi sesekali mimpi pelik-pelik ni seronok jugak..

winterbride
Ha ha. Kau kena faham beul-betul..

Kamato
Jiran cina sebelah tu memang potong 'stim' la... Nak mimpi pun tak senang.. he he..

Orochi
Kampung aku tanah tinggi. Alhamdulillah selamat..

ila
Punyalah panjang entri. Para terakhir itu juga yang difokuskannya.. he he he..

Hakim
He he he..

ad3ck
Jangan terpedaya dengan komen-komen diaorang ni.. he he..

Nuraddeen
Ha ha.

Ada la...

Mamarisyia
MR ni macam tau -tau jer... :P

Cuaca
'sembrono' la cuaca.. he he he

Anony
Kau ni menyamar la pulak.. he he

Amora
Mana tau 3 hari lagi.. he he he..


KESIMPULANNYA; KEBANYAKAN KORANG SEMUA NI KOMEN MACAM LARI TOPIK LA...! HE HE HE

 

Jumaat, Disember 22, 2006 5:25:00 PTG, Blogger Sya

Memula nak komen pasal mimpi tapi tenguk yg lain komen pasal rindu.. mengong le kejap

Sabau sabau...

 

Jumaat, Disember 22, 2006 11:07:00 PTG, Blogger fiq

um..aku blur. keliru gak nih

 

Sabtu, Disember 23, 2006 8:47:00 PG, Blogger Pa'chik

keliru kamu tu belum hilang lagi ke?

 

Sabtu, Disember 23, 2006 10:55:00 PG, Blogger ILA

So..apa sbenarnya yg Bp nak kita komen???? smemgnya motif & ksimpulan dah terang2 bgitu..MENGAKU JER>>LAH!!!!OIIIIII!!!!!!

 

Ahad, Disember 24, 2006 10:26:00 PG, Blogger Alpha

Aku sendiri keliru...ni mimpi ke cerita fiksyen ke...apa? Jeng jejeng!

 

Ahad, Disember 24, 2006 12:32:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

dari awal aku baca mmg aku dah agak dah apa motiff cerita ni. Hahaha...
seksa menanggung rindu weh!

 

Ahad, Disember 24, 2006 8:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pagi tido, tengahari tido, petang tido..ish ish ish... eh eh ke 3 in 1 punya mimpi?

kampung camana bang? rumah aku selamat sebab dekat dengan muara... tapi akak aku nak balik kampung tesangkut kat kesang, tepaksa patah balik ke bangi.

-jbm8141-

 

Ahad, Disember 24, 2006 8:36:00 PTG, Blogger JBM8141

pagi tido, tengahari tido, petang tido..ish ish ish... eh eh ke 3 in 1 punya mimpi?

kampung camana bang? rumah aku selamat sebab dekat dengan muara... tapi akak aku nak balik kampung tesangkut kat kesang, tepaksa patah balik ke bangi.

 

Ahad, Disember 24, 2006 10:21:00 PTG, Blogger aNIe

Dah agak dah mesti BP mimpi ni...heheheh....

 

Isnin, Disember 25, 2006 6:22:00 PG, Blogger Amanitium Cho

aku pernah baca, kalau mimpi buruk, jangan cerita dekat orang, nanti mimpi buruk tu uji.

tp tu bukan mimpi buruk, tu mimpi merapik. haha.

 

Selasa, Disember 26, 2006 12:52:00 PG, Blogger merapuman

crita la mimpi yg 'best'

 

Selasa, Disember 26, 2006 10:47:00 PG, Blogger 13may

mimpi yg mengelirukan...hahha

 

Selasa, Disember 26, 2006 2:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Macam "Sembilu 2" lah ko ni...

-lanrambai-

 

Selasa, Disember 26, 2006 4:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak sya
Rupanya komen-komen pun boleh mempengaruhi minda ekk.. he he..

Kingbinjai
Aku pun...

fiqro
Samalah kita... he he..

pa'chik
He he.. Mamai lagi ni...

ila
Komen la pasai Ijam & AC ke.. pasal penggabungan BH dgn UM ke..? pasal makan dalam dulang ke..? Pasal hp Nokia ke..? he he he..

alphawolf
Mimpi itu fiktif semata-mata..!

kasutVincci
Bagus la kalau faham.. he he....

JBM
Satu mimpi jer tu... lepas sms tu, jam-jam tu gak aku karang entri tu... ha ha..

Kampung aku tanah tinggi, Alhamdulillah selamat...

Kalau lalu plaza tol Pagoh ok tak..?

Kak Lady
He he.. pandai...

amanitium
Ha ha.... Memang merapik...

Merapuman
Mimpi apa yang best ? 18SG..? 18SX...?

13May
Entah apalah firasatnya...

Lan
Ye ker..? Aku jarang la tengok cerita Datuk YH.. ha ha ha...

 

Selasa, Disember 26, 2006 7:54:00 PTG, Blogger Unknown

Laa mimpi ker?? Teruk gak penangan rindukan Sas ni...lain macam mimpinya...hehe

 

Rabu, Disember 27, 2006 7:19:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wah! kronik ni..

 

Khamis, Disember 28, 2006 11:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Yus
He he he... Aduhai...

Gitartong
Banjir luar biasa di Johor tu memang kronik kan... he he

Marlina
I'm fine.... Thanks.. :)

 

Rabu, Januari 17, 2007 9:38:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

eh he, jebul ngimpi to... :)

bagonk.net

 

Khamis, Januari 18, 2007 9:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Bagonk
Ha ha. Nek mimpi 'teles', terus lungo adus...

Wak Joko