Katakanlah kamu warga kota. Kamu akan bergegas-gegas bangun awal pagi. Pun bukan atas kerelaan hati kamu sebenarnya. Kadang-kadang kamu katakan celaka kepada jam loceng atau alat penggera kamu yang mengganggu mimpi indah atau mimpi basah kamu.
Di pejabat pun kamu secara automatis bergegas-gegas juga. Kamu ditakdirkan bergegas-gegas begitu kerana kamu sememangnya di posisi orang yang paling penting dan paling sibuk atau kamu yang bijak melakonkan watak dalam aksi bergegas-gegas agar kelihatan sebagai orang paling penting dan paling sibuk. Tapi selalunya sepenting manapun kamu, kamu tetap akan mengangguk di depan orang atasan kamu. Kadang-kadang kamu bergegas-gegas mengangguk setuju walaupun sebetulnya kamu keliru, tidak tahu atau kamu mungkin ditipu. Kamu kata kamu cuma mempertahankan ‘ketimunan’ kamu.
Jika semua itu boleh ditafsirkan sebagai pengorbanan, lalu yang kamu bergegas-gegas dari terbit fajar hingga terbenam matahari itu, kamu melakukannya secara sedar, keterpaksaan atau sebab kebiasaan? Atau dari perspektif lain melakukan pengorbanan itu ada ketikanya mungkin boleh dianggap sebagai melalui satu proses penderaan? Mungkin serupa situasinya bila kamu sanggup membahayakan diri kamu sendiri semata-mata untuk memenuhi hasrat insan kesayangan kamu. Rela atau terpaksa bukan persoalannya. Kamu sanggup melakukan apa sahaja sekalipun merenangi lautan api tanpa kamu sempat habis berfikir rasionalnya. Apatah lagi akibatnya. Kamu yang melakukan pengorbanan tapi di luar sedar kamu juga yang menjadi korbannya. Bukan.. ?
II
Jika kamu membaca cerita ini di pejabat, di antara masa sibuk kamu, terima kasih. Terharu kerana orang-orang penting seperti kamu yang sedang bergegas-gegas melangsungkan tanggungjawap kamu, kamu masih sudi mencuri (baca : berkorban) seminit dua masa tugas kamu. Bukan masa kamu, masa majikan kamu sebetulnya. He he he.
Bergegas-gegas sungguh saya menyudahkan cerita ini.
TTFN
Rabu, Januari 24, 2007 9:09:00 PTG, ILA
B'fikir seketika~~
Selain tanggungjawab,faktor imbuhan yg lumayan m'jadikan pengorbnan t'sebut.Oleh itu manusia t'sebut harus b'gegas utk mghasilkan tugasnya.
Selesai tugas..b'sambung dgn p'cutian..m'jadi imbuhan tambahan yg perlu d kecapi:p
psstt..masa buat entry ni,BP sdg b'gegas utk k Airport yeakkk:)
Khamis, Januari 25, 2007 7:42:00 PG, Titicaca
"Jika kamu membaca cerita ini di pejabat, di antara masa sibuk kamu, terima kasih. Terharu kerana orang-orang penting seperti kamu yang sedang bergegas-gegas melangsungkan tanggungjawap kamu, kamu masih sudi mencuri (baca : berkorban) seminit dua masa tugas kamu. Bukan masa kamu, masa majikan kamu sebetulnya. He he he."
alamak...opps..
Khamis, Januari 25, 2007 11:52:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Sastri
Itu pengorbanan untuk menjadi pengomen yang pertama namanya.
Dan tuan punya blog ini pun terpaksa berkorban bangun pukul 3 pagi memandu untuk ke airport. La la la.
Kamato
Dan masa terasa semakin pendek dan berlari terlalu pantas .....
Pa'chik
Ha ha ha. Dan mungkin boleh hilang 'kuasa' nanti...
Ila
Kalau redha dan ada keikhlasan, tergesa-gesaan itu akan menjadi suatu pengorbanan yang lebih bermakna.
Kak Lady
Sejak manusia pandai mencipta jam digital, putarannya bertambah laju...!
Bunga Rampai
Salam BR.
Saya melihat kondisi yang bergegas-gegas itu dari dua perspektif. Pengorbanan dan penderaan.
Titicaca
Cerita itu hanya rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada, secara kebetulan semata-mata.
He he he
Ku keng
Untuk mendapat kenikmatan yang optimum barangkali. Mungkinlah, sebab saya tidak merokok.
Kingbinjai
Aku bergegas-gegas 'mengemel' entri ini ke Azhar Ahmad. Ha ha.
Goboklama
Intipati entri ini ada di para empat.
Agak sensitif pertanyaan itu. Bukan posisi saya untuk memberi komen. Aha..
Mamamanja
Terima kasih. Besar pengorbanan MM. He he he.
Baru tidur 2 jam ni. Pengorbanan...
Orochi
Owh... Kau layak menjadi Ketua Jurugegas ni. He he. (Gurau Orochi)
13May
Aku pun bergegas-gegas menjawap komen kau ni.
Tapi aku tak ketawa. Aku tersenyum sinis..
cikdinz
Kamu bukan bermaksud 'apa gunanya berkorban kalau ia menyusahkan diri sendiri....'. Kan.. ?
Khamis, Januari 25, 2007 12:12:00 PTG,
purp, jawapan kepada soalan keng tu,
ada juga bergegas-gegas time isap rokok, contoh isap rokok curi-curi kat tandas opis, kat tandas sekolah.
Err.. para empat tu memang bagus. dan, pertanyaan dari aku, kamu sebagai bos, adakah kamu halalkan masa yang digunakan oleh pekerja kamu untuk berblogging/dan kerja-diluar-tugas-lain ni bro?
Jumaat, Januari 26, 2007 11:53:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik
Itu pengalaman sendiri ke pa'chik..? Nakal kau ni. Ha ha
Kalau di depan mata, aku halalkan. Kalau di belakang, aku potong gaji... He he
Kak sya
Rajinnya. Tapi kerja dah siap ke ni kak sya...? He he.
Amora
Aku pangkal minggu dengan hujung minggu sama jer.. La la la
Ayu
Silap la letak tajuk entri ni 'Cerita bergegas-gegas'.. hu hu
Naga
Itu la. Siapa suruh kau bergegas-gegas gosok gigi. Kan dah tersedak kolget. Ha ha ha.
Achik
Begitulah kehidupan dalam dunia yang bergegas-gegas...! Pengorbanan namanya.
nur@ddeen
Kau jangan terpengaruh dengan Naga tu. He he he.
Semut
Faham. Kau kan orang paling sibuk dan paling penting. (Aku menjawap komen kau ni sambil tersenyum sinis). He he he.
Zino
Tahniah. Hujung bulan bergegas-gegas bayar bil Streamyx kan ? Pun pengorbanan...
Ajzie
Ok la kalau macam tu.....he he he
Yus
Pengorbanan sebagai seorang blogger dan ibu itu namanya. Tahniah...! :)
Zizie Ali
Pengorbanan sebagai pengguna talian yang berhemah. Jelaskan bil anda sebeluam talian dipotong ....!
Indera
Ya ya. Ada kalanya dalam rela, ada kalanya dalam paksa.
Am
Maaf Am. Sila rujuk jawapan saya untuk komen Titicaca di atas. He he.
Isnin, Januari 29, 2007 8:22:00 PG,
bp, bergegas nak mengomen kat sini, sampai naik merah pipi..:))
Semalam menghadiri jemputan kahwin. Kumpulan kompang dan gamelan yang mengiringi pengantin lelaki datang bertandang pakai belangkon, berjaket pendek berwarna merah dan berkain batik wiron(para jejaka dan dua budak lelaki kecil...ada satu mamat tu pun posing dgn belangkon hari tu kan?) dan tiada bunga manggar di ganti dgn payung tinggi bertingkat, ada penari kuda-kepang(5 gadis remaja berkaki ayam) dan juga acara pencak silat...sungguh meriah sekali!
Okay, freakin' late for my appointment, got to go!...ta taaaaa....*whooossh, papers flying*...:))
Isnin, Januari 29, 2007 3:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
cikdinz
Terpakai untuk entri ini rasanya. :D
nbb
Tahniah... dan syukur kerana ada hari jumaat. :D
nbk
Ha ha ha. Aku cuma tukang karang cerita jer jang....
anita
Ya ya. Tapi sayangnya di KL ni tiada pantai.
Pa'chik
Esok lusa kot. :D
Romantis
Kita cuma ada semalam, hari ini dan esok.
Kata seseorang juga.
Dobot
Lama tak nampak kau dobot... Apa khabar haiwan-haiwan kau...?
Wan
Wah... beruntung. Bukan senang nak melihat majlis perkahwinan mengikut 100% tradisi jawa sekarang. Pengantin di pikul dengan pengarak ke..? Dan kalau ada tarian barongan lagi meriah...! :D
zwit
Owhhh..patut la kau eja 'bergegas' tu pun salah... he he he..
Selasa, Januari 30, 2007 9:13:00 PG,
bp, pengantin tidak di pikul...tarian barongan menyeramkan la. :))
Semalam bergegas2 sampai terlupa hendak highlight satu benda penting...para pengiring lelaki dlm kumpulan itu semuanya membawa keris panjang(keris dummy) di selitkan di tali pinggang, di bahagian belakang mcm sunan kalijaga dan ada kalungan bunga melor dihias di kepala keris(org jawa dan bunga melor tak boleh di pisahkan ek)..dua budak lelaki kecil (3-4 yrs old) mata mereka siap dipakai celak hitam..so cuuute dan mahir memukul alat muzik...whatchamacallit..tak tahulah apa mana alat tu mcm xylophone la...hahahaha! Alunan muzik dan tarian kuda-kepang siapa yang ada kat situ pun nak ikut gerak sama, betul...memukau! :D
Selasa, Januari 30, 2007 11:37:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Jamri
Yang kau tulis itu bukan komen ke namanya Jam... :D
Kemat
Itulah. Kita berjalan. Masa berlari.
Arman?
Selamat datang ! Singgah-singgahlah lagi ekk...
Wan
Kalau pengantin itu diarak di atas pengusung lagi nampak klasiknya. Apapun tahniah, dapat melihat kemeriahan majlis perkahwinan Jawa secara live di depan mata.
Lan Rambai
Tak ada komen tapi ps sampai 2 ekk Lan. He he he.
Dan diri ini bergegas2 utk menjadi pengomen pertama sedangkan waktu untuk berlepas dari Sydney semakin hampir (lagi sejam nak board airplane nih)... see u at the airport later, hunn...