Selasa, Januari 02, 2007
i
Tahun baru harga tol pun baru
Harga minyak bilalah nak turun
Bila nak naik tak tunggu-tunggu
Bila nak turun tunggulah berkurun

Tol naik rakyat pun gundah
Orang di atas buat tak kisah
Menteri kata 'kadar masih terendah'
Syarikat konsesi sengih tak sudah

Tiga puluh tahun konsesi tamat
Ramai yang sudah menjadi mayat
Marhaen sudah semakin tenat
Nak berdemo pun dah tak larat !

ii
Sana sini tanah runtuh
Pihak penguasa tak kisah pulak
'Istana idaman' berdiri utuh
Pondok setinggan dirata jentolak

Kilang haram pencemaran berleluasa
Mereka kaya rakyat teraniaya
Bila Karam Singh Walia mula berbicara
YB dan penguasa mengelabah jadinya

Kononnya projek nak tolong rakyat
Belum ditender dah ada yang punya
Indeks rasuah terus meningkat'
'Tutup sebelah mata' dah jadi budaya

Suap di sini sogok di sana
Halal haram belakang kira
Cuma bilis yang masuk jala
Jerung terus bermaharajalela


TTFN





Puisi oleh Jowopinter. Melodi dan vokal 'sumbangan' Gitartong aka Cikgu Nizam. YouTube sumbangan oleh Abdullah Jones
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/02/2007 09:11:00 PTG. |


46 Ulasan


Selasa, Januari 02, 2007 9:22:00 PTG, Blogger Sastri

alahai... berpantun pulak dia ye... hikhikhik...

semua naik tapi gaji masih di takuk lama...
orang atasan tak bising sebab dorang tak merasa kesusahan yang sama...
tak apa, di akhirat nanti pandai2 la jawabnya...

 

Selasa, Januari 02, 2007 9:55:00 PTG, Blogger Pa'chik

best best...
memang kena sungguh.

 

Selasa, Januari 02, 2007 11:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ganas! haha!

 

Rabu, Januari 03, 2007 1:27:00 PG, Blogger Sayuti

luahan hati yang terbuku dalam bentuk puisi. nice~

 

Rabu, Januari 03, 2007 8:59:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

Kritis dan puitis.... *mrasalah esok2 blog ko kena pantau hehehe...

 

Rabu, Januari 03, 2007 9:14:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP. Ada tujuh rangkap pantun! Menarik sekali. Padat isinya.

 

Rabu, Januari 03, 2007 9:22:00 PG, Blogger NBK466

Betul juga kata seorang TUA
Melayu mmg mudah lupa
Waktu dibegini ramai yang bersuara
Waktu mengundi mereka2 itu jua yg dipangkahinya…

 

Rabu, Januari 03, 2007 9:32:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP!
ohhh...sungguh tajam & dalam makna pantun tersebut.
Apa sekalipun kita perlu sedar,sebagai seorang manusia juga kita masih x perfect & x bley memuaskan hati semua pihak.Aptah lagi pihak pmerintah yg kena m'jaga b'bilion rakyatnya..sudah pasti apa yg di buat betul d mata mereka dan punyai alasan t'sendiri tp di mata rakyat m'bebankan.Cukup syukur Bumi M'sia ini tidak huru hara dgn peperangan..harap di jauhkan lah yeak..

 

Rabu, Januari 03, 2007 9:58:00 PG, Blogger kasutVINCCI

waduh waduh waduh...kv setuju aja nooo.

 

Rabu, Januari 03, 2007 12:56:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Haaiii..susahnya nak dapat tender

 

Rabu, Januari 03, 2007 1:44:00 PTG, Blogger me3n

tersirat dan tersurat.

 

Rabu, Januari 03, 2007 2:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas
Kalau dah di depan mata, tak perlu dah nak berkias... :D

Kata sifu M Nasir dalam 'Kupu-kupu'nya;
Yang benar tetap benar walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah walau diselindungkan.


Aminbakish
Sesekali. Kadang-kadang nak juga merasa bermain bunga api. :)

Pa'chik
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang pedas itu cili
Yang terasa itu siapa ?

:D

Gitartong
Kalau setakat ganas berpantun jangan harap la mampu buat istana 4 tingkat...! Ha ha ha..

Terima kasih kerana melagukan pantun itu. Kalau dapat royalti jangan lupa bagi dua... he he he...

Sayuti
Itulah. Kita kan cuma mentimun...

Cuaca
Kalau anti bukannya benci
Kalau menentang tandanya sayang

Menentang tak semestinya membangkang
Mengangguk tak semestinya tak boleh mengutuk...

:D

Bunga Rampai
Salam.

Pantun cuma luahan rasa
Bahasanya biasa lenggoknya tiada
Tersurat ada tersirat pun ada
Yang makan lada terasalah pedasnya

Tujuh rangkap yang tidak disengajakan.. Kebetulan atau suratan..?

NBK
Mula-mula pakat bersemangat
Nak pangkah yang sebelah sana
Tapi dah dapat batik dan pelikat
Masing-masing terpukau terus lupa

Ha ha ha

Ila
Salam Ila,

Sayang anak tangan-tangankan
Sayang isteri tinggal-tinggalkan
Sayang negara tegur-tegurkan....

Siapa agaknya yang bertepuk tangan bila harga tol dan minyak naik..?
Golongan mana senyum lebar makan bersuap...?
Makhluk Allah mana yang bernafas dengan asap dan minum air longkang kilang haram..?
Siapa yang menangis, siapa yang tertawa..?

:) :D

KV
Ya ya..
Diam dalam setuju
Protes dalam bisu

Indera
Itulah cabarannya... Jom bela lembu, kambing, ayam pulak...

ad3ck
Yang tersurat dah nyata
Yang tersirat carilah maknanya..

:D

 

Rabu, Januari 03, 2007 2:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha..apa buleh buat.dah majoriti pilih depa,depa besaq kapla la.

 

Rabu, Januari 03, 2007 4:58:00 PTG, Blogger achik

hehehe... betul sesangat ;p

 

Rabu, Januari 03, 2007 5:17:00 PTG, Blogger Unknown

lain mcm bunyi N3 kali ni.

tol naik,minyak naik perit woo...

eh dah jumpa sas? hilang rindu dah? hu hu..

 

Rabu, Januari 03, 2007 5:30:00 PTG, Blogger 13may

hehhe...cuba convert pantun nih dlm bahasa jawa...nak baca gak mcmana bunyinya:))

 

Rabu, Januari 03, 2007 5:43:00 PTG, Blogger Ungku Nor

memang sakit hati tapi kita bising pun sekadar umpama anjing menyalak bukit!

yang ada kuasa jugak yang masih bermaharajalela, ye tak?

 

Rabu, Januari 03, 2007 5:46:00 PTG, Blogger aNIe

Heheh...BP dah berpantun dah...kak lady ni dah berkarat dah nak pantun...tunggu nanti kalau nak meminang nak dara orang boleh le asah bakat balik....

Tadi pagi...terperanjat beruk kak lady...maner tak nyer...hulur duit RM1.00 kat tol Guthrie tu...Ude cakap...'Ibu...bak sini lagi 40 sen'...Hah! 40sen? Tol dah naikkkkk!!

 

Rabu, Januari 03, 2007 6:05:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam lagi. Eh, menyibuk sungguh saya petang ni :(

Tujuh. Sukar untuk memberi hukum. Yang pasti antara DIA dan saya ada BP sebagai perantara ... pembuka mata hati saya untuk menilai yang tersurat dan menyelidik yang tersirat. Syukur.

 

Rabu, Januari 03, 2007 10:14:00 PTG, Blogger merapuman

ya kau memang betul ... baru semalam crita bodoh masuk tv lagi. bas plkn takde permit. hampes punya coordinator, macam plkn ni baru start semalam, nampak sgt kronisme

 

Khamis, Januari 04, 2007 11:30:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

gempakzz, selamat tahun baru bp

 

Khamis, Januari 04, 2007 11:47:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hidup karam singh...

 

Khamis, Januari 04, 2007 12:46:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tahun baru....kadar tuk tandas awam tak naikkah???

Kena banjir tak kampung awak???

 

Khamis, Januari 04, 2007 3:54:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mr Penyubiru
Hang yang majoriti ke yang minoriti..? :D

achik
Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka...!

Amora
Darah pun ikut naik..!

13May
Boleh tapi takut tak sama rimanya nanti.. he he

Ungku Nor
Bukit dah banyak yang gondol, anjing pun tak tau nak menyalak pada siapa sekarang... huh..

Kak Lady
Pantun itu kan warisan.. :)

LDP = RM1.60..hu hu hu....

Bunga Rampai
Wah..apa pula yang tersirat sebalik komen BR ni agaknya....

Tujuh itu banyak tersiratnya.

Mengikut bahasa Arab yang dipakai Al-Quran, terminologi tujuh atau tujuh puluh merujuk pada angka yang tak terhitung....

Komen saya di entri pantai BR tu cuma metafora. Disebalik tujuh anak-anak Rasulullah SAW; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Fatimah, Umi kalsum. Pun mempunyai tujuh karakter berbeza...

Pantai itu. Kita memandangnya dari tujuh perpektif berbeza...

Merapuman
Supply kasut PLKN pun boleh kaya woo....

Tuan tanah
:D

Faizah
Salam 2007. Salam tol baru...!

nbb
Kalaulah Karam Singh itu ada tujuh puluh...tujuh ribu...tujuh ratus...

nananging
Yang itu boleh naik sesuka hati , ikut citarasa sendiri...cuma tahap kebersihannya barangkali tak naik-naik.. :D

Kampung saya selamat dari banjir. Alhamdulillah.

 

Khamis, Januari 04, 2007 4:16:00 PTG, Blogger Pa'chik

nak tangkap jerung, kena ramai-ramai. tp bila diberi peluang utk tangkap, mereka lepaskan pulak. Sindrom hidup selesa dan tak apa dah mula memakan diri sendiri.

Mengikut sejarah cukai pula. Dulunya utk biaya perang salib, habis perang, takde cukai. kemudian, rakyat pertengahan dan bawahan mintak KERAjaan cukaikan orang kaya.
Bila kena cukai, orang kaya gunakan orang dalam utk kurangkan cukai, then, KERAjaan tak cukup duit, dicukaikan kelas pertengahan pulak. Bila dah lama-lama KERAjaan jadik tamak, then semua orang kena cukai.
Pulak tu, orang kaya bisa elak dari cukai kerana;
Mereka guna dulu baru bayar cukai (Ini boleh buat guna syarikat)
Kelas pertengahan, bayar cukai dulu baru guna.
Kelas bawah, kerja utk bayar cukai.

 

Khamis, Januari 04, 2007 4:50:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

aku tak nak komen pasal entri ni..cuma aku tumpang seronok...ehhhhh sas dah balikkkkkkk

 

Khamis, Januari 04, 2007 11:39:00 PTG, Blogger adadia

haha, pantun yang berkesan untuk tahun baru dan sempena tahun pilihanraya ni (mungkin).

 

Jumaat, Januari 05, 2007 12:25:00 PG, Blogger KAMATO

kalau nak tunggu harga minyak turun, jangan harap

 

Jumaat, Januari 05, 2007 2:20:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Tidak ada yang tersirat di sebalik komen. Semua nyata. BP guru dan saya murid :) Terima kasih untuk itu. Salam.

 

Jumaat, Januari 05, 2007 10:21:00 PG, Blogger kingbinjai

tula sokong la lagi. tak serik serik ya!

 

Jumaat, Januari 05, 2007 12:41:00 PTG, Blogger zino

kena tulis pantun juga ni..

apa di harap padi seberang
entah berbuah entah tidak
entah di makan pipit melayang
jangan di harap tol nak kurang
usah mimpi minyak turun mendadak
letih mengeloh tak sape yg pandang.

selamat tahun baru..

 

Jumaat, Januari 05, 2007 12:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

satu perkara, saya rasa ini bukan pantun. kerana pantun harus ada pembayang dan maksud. Airmas_sz mungkin lebih maklum.

 

Jumaat, Januari 05, 2007 3:09:00 PTG, Blogger Unknown

sungguh dalam maksud pantun BP ni. Kalaulah orang atasan dapat membacanya, mungkin mereka dapat turut rasa keperitannya.

 

Jumaat, Januari 05, 2007 3:24:00 PTG, Blogger DeeN

kita semua rasai kekurangan dan kelebihannya. Erk..ada ke kelebihannya? Ai..skang brader purp leh jadik penulis lirik plak. Kena plak ngan brader gt jadik komposer hikhik..nanti boleh la kita wat lagu baru yer ..pisss!!

 

Jumaat, Januari 05, 2007 4:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik
Itu bukan menangkap jerung namanya. Itu seperti membela jerung di dalam Aquaria...

Cukai jalan, cukai tanah, cukai pintu.....bermacam-macam cukai lagi. Lepas ni cukai tingkap, cukai bumbung, cukai lantai pun ada kot...!

Mamarisyia
Nak tengok saya pakai belangkon tak MR..? he he

Adadia
Itulah. Setiap kali tahun baru mesti ada harga yang baru ... Itulah harga menjadi rakyat Malaya.

Kamato
Benda ajaib ke 8 kalau harga minyak turun...!

Bunga Rampai
Tidak layak dan masih terlalu jauh untuk dipanggil 'guru'. Saya cuma berkongsi ... :)
Salam.

Kingbinjai
Aku non partisan... Undi aku rahsia...he he he...

Zino
apa di harap padi seberang
entah berbuah entah tidak
entah di makan pipit melayang
kami bukan minta ditatang
kami marhaen pun punya hak
bukankah menegur tandanya sayang ?

Gitartong
Betul. Ini mungkin kategori 'pantun' kontemporari alternatif...:D

Yus
Mereka cuma akan berkata, "Kenaikan tak dapat dielakkan...", "Kami memahami masalah rakyat...", Kenaikan tidak akan membebankan...", "Kadar masih terendah... bla..bla..bla.."

nuraddeen
'Kelebihan' merasa sengsara kot....

Pantun kontemporari yang tak dirancang menjadi lagu. Tahniah kepada Cikgu Gitartong...

 

Jumaat, Januari 05, 2007 7:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

purp, Abdullah Jones cakap "Blackpurple Rocks" kat blog GT.
Kita yg bela jerung-jerung tu. Mereka yg bagi makan.

 

Sabtu, Januari 06, 2007 4:19:00 PTG, Blogger Ajzie

hihihi..sungguh bermakna.. Selamat Tahun Baru dan selamat membayar tol baru..

 

Sabtu, Januari 06, 2007 5:40:00 PTG, Blogger Sya

Apa agaknya kita boleh buat
kalau nak demo pun kena sekat
hanya 5 tahun sekali yg kita dapat
Peluang nak halang jerung menjerat

Tapi Melayu kan mudah lupa
Tahun ke 4 jerung jadi ikan lumba2
Kita pun lembik tak ingat semua
Dacing jugak yg nak dipangkahnya

Benaunya kita ni takut agaknya
Dah biasa jerung tu yg jaga
Kalau kita pangkah yg lain juga
Bertukar penjaga takut buruk jadinya

Orang kita tak berani amik risiko
Takut pulak nak berubah parti negara
Oleh itu lelama kita yg KO
Pot pet pot pet hanya di belakang aja

 

Sabtu, Januari 06, 2007 7:40:00 PTG, Blogger hakim dirani

Baik, baik, 5 bintang saya bagi untuk pantun ini. :)

 

Ahad, Januari 07, 2007 12:01:00 PTG, Blogger Alpha

Alamak pantun pulak....
Takpe la semoga yang berkuasa mendengar rintihan hati dan amik tindakan.

Yang tak berkuasa pula jangan la pula konon nak jadi jaguh kami masa ni aje...dapat 'X' kami hangpa pun seghope!

 

Isnin, Januari 08, 2007 7:38:00 PG, Blogger Mummy Rizq

Selamat Berpantun & Selamat Tahun Baru BP..

 

Isnin, Januari 08, 2007 12:17:00 PTG, Blogger Rie

sabtu lepas demo di tol Karak

ahad lepas demo di tol LDP

kamu join ker??

 

Isnin, Januari 08, 2007 1:13:00 PTG, Blogger zwitterion

tu la, semuanya naik jer..turun x de. semangat sungguh..ko ni berbakat.:)

 

Isnin, Januari 08, 2007 7:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik
Memang peminat 'rock kapak'pun. he he

Jerung di bela oleh raja jerung, mana taknya...

ajzie
Nak lalu jalan bertol, tol mahal..
Nak lalu jalan tak bertol.. jauh, minyak pulak mahal..
isk..

Kak Sya
Negara merdeka dah setengah kurun
Penguasa tamak mengumpul harta
Nampak peluang semua nak pulun
Marhaen juga yang melarat merana

Hakim
Gitartong kata ini bukan pantun. Ada betul juga katanya, lalu aku kata ini pantun moden kontemporari. Agaknya.:D

Alphawolf
Mereka ada telinga tapi buat-buat tidak mendengar....
Mereka ada mata tapi tutup sebelah...

Marlina
Selamat 2007. :D

Esis
Aku dah tak larat nak berdemo la sis...

Zwitterion
Bilalah agaknya menteri tol itu nak 'turun' takhta....