Hari ini di garisan ini aku sekali lagi berhenti, cuba bermuhasabah, mentafsir diri.
Iman dan amal di dada ini masih tidak seberapa untuk bekalan di ‘sana’ nanti.
Jalan kehidupan bukan seindah mimpi, penuh simpang siur, berliku dan berduri.
Racun nikmat dunia yang menggoda berpalit dosa, sering melalaikan mata hati.
Aku belum bersedia bila saat denyut nadi terhenti, dipanggil menghadap ilahi.
Hijrah kali ini aku masih lagi keliru, tercari-cari makna kekuatan jiwa yang hakiki.
BP: 'Aku' itu mungkin aku, mungkin kamu, mungkin dia, mungkin mereka, mungkin kita .
TTFN
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/20/2007 07:52:00 PTG. |
Jumaat, Januari 19, 2007 12:30:00 PTG,
ILA
Perhhh!! pertama kali mjadi pengomen pertama d sini...
eerrr..maaflah ye..Sastri..biasanya awak dulu ..tak pe yeakkkk..hehekkk:p
Sungguh ammmat terassssssaaaa...banget..ayat2 t'sebut..lantas saya t'diam seketika & membisikkan sst d dlm diri juga...yeeee...smemngnya benar kdgkala diri dlm klalaian jua..:(
Jumaat, Januari 19, 2007 12:57:00 PTG,
zino
salam maal hijrah..
orang yg beruntung ialah
orang yg lebih baik hari ini dari semalam.. lebih baik esok dari hari ini.. inshaAllah sama sama lah kita berusaha supaya berada dalam keadaan sentiasa beruntung.. amin..
Jumaat, Januari 19, 2007 2:52:00 PTG,
Iman Mawaddah
Termenung..muhasabah diri sendiri bila membaca pengertian HIJRAH tersebut. Jangan lupa doa akhir dan awal tahun menjelang maghrib nanti. Semoga pengabdian diri di tahun tahun mendatang lebih baik dari tahun2 sebelum ini.
Salam Maal hijrah buat semua
Jumaat, Januari 19, 2007 3:11:00 PTG,
Pa'chik
salam maal hijrah ye purp. Semoga tahun ini dan seterusnya; kita, mereka, aku, dan kamu, mendapat keberkatan dari Allah, terus-terusan dilimpahi dengan rahmat-Nya. Amin.
Jumaat, Januari 19, 2007 3:36:00 PTG,
selamat tahun baru black...
kalau ikut umur dunia kita makin tua...
sebenarnya kita ni makin muda kalau ikut umur akhirat...sebab kita akan balik ke 'sana'...
Jumaat, Januari 19, 2007 10:55:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
Ila
Tahniah menjadi pengomen pertama. Tapi maaf, tiada hadiah disediakan. He he.
Kita manusia mana sunyi dari kesilapan. Kan ?
Achik
Amin. Moga-moga.
Sastri
Niat berhijrah dan terus beristiqamah.
Jiwa harus tabah, minda harus pasrah.
Jangan mengalah pada pujukan serakah.
Semoga hijrahmu diredhai Allah.
psst.. Jaga diri di tempat orang. Jangan lupa tangkap gambar dengan kanggaro banyak-banyak ya. He he
Zino
Amin. Dan semoga kita semua sentiasa menjadi umat yang sentiasa bersyukur.
Mamamanja
Sama-sama. Semoga kita sama-sama terus diberkati Allah.
Iman mawaddah
InsyaAllah.
Semoga yang kita kejar di dunia dan di akhirat kita separas di dada.
Kak Lady
InsyaAllah. Semoga kita sentiasa beroleh yang baik-baik.
Pa'chik
Amin.
Ya. Tiada manis kehidupan tanpa keberkatan dan keredhaanNya...
Orochi
Salam. Amin. Moga-mogalah.
Wongetan
Selamat. Hidup kita bak tali pengukur 60 inci. Dikerat seinci setahun, bakinya itulah baki umur kita.
Marlina
Salam. Alhamdulillah selamat sudah.
Ahad, Januari 21, 2007 8:22:00 PTG,
Sya
Hanya Allah yg Maha Mengetahui
Iman dan taqwa yang kita ada
Jalan yang baik cuba diikuti
Rajin dan usaha menjadi azam
Amalan ibadat kita tingkatkan
Harapan dan tawaqal kpd Allah
Amin
Salam Maal Hijrah
Isnin, Januari 22, 2007 5:15:00 PTG,
DeeN
ya, aku terkesima. memang benar kita semakin hampir ke penghujung. kalau dah sedar apa lagi, mari kita pakat2 bertaubat. jgn tau buat jer kan kan kan .. (termasuk aku la tuh)
Isnin, Januari 22, 2007 6:32:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
Azhad
Amin.
Lindosh
Salam juga untuk kamu
Lidah penghunus
InsyaAllah. Ya, memang menghunus ...
Kak Sya
Amin.
Semoga sampai di penghujung.
Indera Kencana
Selamat. Bertambah lagi umur setahun.
Amora
Amin. Begitulah hendaknya.
cikdinz
Amin. Moga-moga.
nur@ddeen
Sedar dan 'taubat' bukan sedar tapi 'tak buat'... ha ha....
Isnin, Januari 22, 2007 10:38:00 PTG,
Bunga Rampai
Salam Maal Hijrah BP,
Saya suka apa yang BP tulis.
Hijrah kali ini aku masih lagi keliru, tercari-cari makna kekuatan jiwa yang hakiki
Jujur sekali suara hati itu.
Maknanya ada di mana-mana, carilah ia melalui ilmu. Walaupun 'di sini' pencarian itu bukan mudah, yang pasti ia akan berakhir dengan kemanisan 'di sana'. InsyaAllah
Selasa, Januari 23, 2007 11:17:00 PG,
NJ@Goboklama
ehh, rasanya dah post tadi tapi tak masuk lak. Salam Maal Hijrah juga untuk semua, semoga kita menjadi Hamba Allah yang sempurna di hari ITU, insyallah..
Silalah berkunjung ke blog saya yang tak seberapa tu ye!
Rabu, Januari 24, 2007 4:40:00 PTG,
NBK466
Salam Hijrah buat BP...kalau masih single bebawak ler HIJRAH kepada berdouble...kalau berdouble HIJRAH ke triple...tapi bukan bermaksud tambah bini tau..he.he.he..
Perhhh!! pertama kali mjadi pengomen pertama d sini...
eerrr..maaflah ye..Sastri..biasanya awak dulu ..tak pe yeakkkk..hehekkk:p
Sungguh ammmat terassssssaaaa...banget..ayat2 t'sebut..lantas saya t'diam seketika & membisikkan sst d dlm diri juga...yeeee...smemngnya benar kdgkala diri dlm klalaian jua..:(