Gadis pingitan dewasanya di desa, susila Melayunya terpelihara.
Agamanya dimulia, surah dan sirah jadi pedomannya.
Tulus pekertinya, santun tingkahnya, sopan berbicara.
Solatnya tak pernah mungkir, mengaji, berzanji tahu segala.
Ilmu dunia, ilmu akhirat separas sempurna di dada.
Atok Tuk kata, “anak gadis bertaqwa jadi mutiara ayah dan bonda,
Doa anak yang soleh memimpin ke pintu syurga”
Gadis Melayu dahulu bila berkasih maruahnya dijaga.
Santun dan susila Melayu dipelihara dimulia.
Berbicara malu-malu tertunduk sipu pada teruna.
Mahkota perawannya cenderahati suami dimalam pertama.
Berbaju kurung, berkebaya, berkain batik, berkelumbung kepala.
Duduknya bersimpuh, jalannya menunduk, lenggangnya dijaga.
Patuh pantang moyangnya, tak menyanyi di dapur, tak duduk di tangga.
Periuk dan kuali petah segala, bukan pandai menjerang air semata.
Gadis Melayu sekarang remajanya di kota kian perlina silunya.
Sunti lagi sudah berpeleseran, terkinja di sini terkangkang di sana.
Bila nafsu beraja di minda, bila tandus iman di dada.
Bunga-bunga gejala sosial berkembang subur bagai dibaja.
Galak renungnya, ranggi tingkahnya, kain tak cukup ela, berbaju jala.
Aurat sulit seorang hawa sudah tidak janggal dibuka.
Lurah di punggung, kaki gunung di dada bangga diperaga.
Atok Tuk bertanya, “tak takutkah berang api neraka?”
Pesan atok Tuk, “gadis lawa bukan cuma paras rupanya,
Dicari lelaki isteri yang wanita, bukan yang betina.
Dipandang akhlaknya, agamanya, keturunannya, hartanya,
InsyaAllah, terpelihara di dunia dan akhirat sana”
TTFN
Sabtu, Januari 13, 2007 9:32:00 PG, ILA
wokey...cukup simbolik puisi "kata-kata" tersebut & sindiran tajam kpd anak2 remaja pompuan skrang.Apa sekalipun ada perkara zaman org tua kita dulu2 yg tak sesuai lagi kita praktik kan..& masih ada lagi p'kara yg harus kita teruskan..
oleh itu ambik yg positif dan teruskan khidupan.Semoga anda semua berbahgia:)
Ahad, Januari 14, 2007 4:46:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sastri
Itu puisi. Tidaklah seseni mana... :).
Seni memasak kan seni juga namanya...? :D
Kngbinjai
Terima kasih. Puisi biasa. Biasa-biasa saja...Harap-harap mesejnya sampai..
Pa'chik
Walaupun suara tak sesedap mana, kalau boleh aku nak nyanyikan sendiri. He he he.
Ku Keng
Waalaikumusalam Tuan..
Tulisan klasik yang pernah saya masukkan di blog saya yang satu lagi www.jowopinter.neezmo.net itukah....?
Saya tak reti. Mungkin pakar Jawa lain seperti Wak Jaman mahir. Temui dia di www.wakjaman.com
Bunga Rampai
Salam.
Tak seindah dan selembut bahasa entri BR rasanya.
Yang penting mesejnya sampai.
ila
Ada sesetengah kata-kata orang tua-tua dulu-dulu cuma metafora. Orang tua dulu-dulu kaya dengan perumpamaan dan bila berkata suka berkias dalam menyampaikan maksud. Mungkin cara itu sesuai untuk zaman dan suasana masa itu.
t u aristocrat
Salam kenal. Sudi-sudikan singgah lagi...
Cikin
Terima kasih.
Tidaklah sehebat mana.
~Pun bukan orang sastera ~
Kak Lady
InsyaAllah. Moga-moga.
Sayang atok Tuk..
Kamato
Nak kena cari orag terjemahkan ke Jawa haluslah pulak... He he.
iman mawaddah
Terima kasih. Sudi-sudikan terus singgah. :)
Zwit
Berbakat apa ? Jadi model seperti entri d bawah itu ke..?:D
Alphawolf
Blog kau pun apa kurangnya Alpha. Yang penting mesejnya.
Alpa, aku tak bermaksud nak mengutuk semua 'gadis melayu'. Cuma yang makan cili barangkali rasa pedasnya.
Selasa, Januari 16, 2007 2:06:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mazudi
Salam kembali bro'.
Kita berbaik sangka sajalah.. :)
Pa'chik
Ya. ya. Gambar itu sesuai jadi ilustrasi hiasan entri ini kot.. ha ha
Orochi
Erk.... Nenek aku bahagian yang dialog tu jer.. he he
Wongetan
Ha ha. Tak semua gadis begitu. Tapi bila seorang nenek yang masih konservatif berjalan-jalan di KLCC, apalah yang dia akan nampak..?
Aminbakish
Ya . ya. Sesuai cikgu bacakan untuk anak gadis cikgu nanti.
nbk
'Kalau janda dah tentu 'janda'nya, kalau dara dah tentu ke 'dara'nya...?' Di mana aku dengar orang kata ini ekk...
Achik
Terima kasih. Itulah. Siapa kata Bahasa Melayu tak sedap....? :D
Ontahsapo
Yang mana satu OS..? Kalau yang pingitan susah nak jumpa sekarang.
Alex lacey
Permintaan dan penawaran ? Macam teori ekonomi pulak... :D
Indera
Yang baik dari Dia. Yang buruk dari kejahilan kita sendiri. :)
Kemat
Zaman berubah, era berubah, manusia pun berubah. Modenisasi mengikis segalanya.
'Lelaki pingitan' pun dah banyak yang pupus kot sekarang... he he
13May
Kau kagum bengan Bahasa Melayu sebenarnya...! Tahniah kepada Bahasa Melayu..!
Pegawai khalwat
Isk..kau ni. Ada ke nak bandingkan dengan SN tu... Macam bumi dengan langit bezanya.
Ajzie
Tidak sehebat mana. Biasa-biasa sahaja.
Am
Am. Terima kasih.
Bahasa Melayu memang indah. Kita sahaja yang malu-malu menggunakan sepenuhnya.
Rabu, Januari 17, 2007 10:26:00 PG, Sya
BP
Bagaimana ye kita nak kata banyak bezanya?
Wanita sekarang dan dulu banyak jurangnya
Mungkin didikan ayah dan ibu dulu juga tak sama
Dulu wanita dilihat tiada, didengar pun tiada
Sekarang dididik bersemangat dan bersuara
Membela nasib jika disia-sia apa lagi kalau didera
Bagaimana nak mengajar berkasih tanpa berdosa
Sana sini TV dan filem menunjuk berpelukan sentiasa
Kini banyak cabaran nak mendidik teruna dan dara
Menjadi ibu sekarang selalu buat kak sya pening kepala
Hanya satu pesan kak sya pada anak-anak yang ada
Sayangi diri .. dan jasad amanah Allah belaka
Jika tak dijaga nanti di akhirat Allah kan bertanya
Kenapa jasad yg diamanah diberi rokok, dadah dan hilang anggota?
Merempit dan berdua-dua skrg ni masih boleh dijaga
Masa hadapan jika tak didepan mata kak sya hanya mampu berdoa
Semuga Allah melindungi anak-anak yg Allah amanah kepada kak sya
Rabu, Januari 17, 2007 6:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nuraddeen
Biarlah yang makan lada terasa pedasnya... :D
Luthfi
Sdra Luthfi, Kepingin melihat Revalina S Temat itu berbaju kebaya, berkain batik.. :D
Zino
Sesungguhnya segala yang baik itu datang dariNya......Yang buruk itu kejahilan kita...
Cik TT
Terima kasih daun Alocasia macrohiza...
Kak Sya
Menarik komen ini. Nasihat yang bernas dari seorang ibu. :)
Terima kasih.
ad3ck
Masih ramai lagi gadis Melayu di luar sana yang baik. Kena pandai menjala la. Jangan terjala gadis berbaju jala dah la..!
Aku nak bakal suri aku nanti memakai kain batik di rumah.......he he..
Pa'chik
ha ha. Sarkastik sangat kau ni.
Arianna
Ya. Setiap kebaikan itu bukan bersifat kosmetik semata. Ia juga datang dari dalam jiwa.
Jumaat, Januari 19, 2007 11:26:00 PG, blackpurple @ jowopinter
pnut
Buah pagar di luar pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
he he
Cuaca
Kau teruja pada gadis Melayu yang mana..? Yang serupa Vanida Imran dalam Perempuan Melayu terakhir atau Saadiah dalam Musang Berjanggut.
Amora
Anak lelaki dan perempuan zaman sekarang sama 'nakal'nya.
Hu hu..
Yang ni pantun ke puisi ke syair ke gurindam ke? Adeh, puitis, artistik, mendalam sungguh seninya si dia ini... Memang berbeza dengan diri yang kurang serba-serbi dalam bidang seni...