PJ. Awal 80an. Masih sunti.
Hari itu aku membonceng ‘kapcai’ tua Wak Sangit. Honda cabuk berkuasa 70cc itu menyusuri jalan kampong bertanah merah laterit. Laju. Malanglah siapa yang mengekori di belakang. Makan debu jalanlah jawapnya.
Di satu simpang Wak Sangit menekan brek. Emergency brake. Wak Sangit berhenti. Wak Sangit berjalan beberapa langkah. Aku membontoti dari belakang. Tajam betul penglihatan Wak Sangit. Memandu pada kelajuan sebegitu pun masih perasan sekeping duit kertas entah milik siapa tercicir di tepi jalan.
Wak Sangit kutip duit itu. Wak Sangit masukkan ke dalam kocek bajunya. Kemudian, ptuiiii….!. Air ludah Wak Sangit betul-betul tepat di tapak tempat duit itu dijumpai.
“Njalok halal karo wong ngey……”**, Wak Sangit.
II
SKPN. Darjah Enam. Suara dah mula pecah.
Aku memang jarang berenggang dengan Mael Keding. Atau lebih tepat kalau dikata Mael Keding yang tak boleh berenggang dengan aku. Kami memang serasi bersama, seperti Nurul - Ajai dulu-dulu. Bezanya kami sejantina. Di dalam kelas pun meja kami sentiasa sebelah-menyebelah. Selalunya meja di baris belakang-belakang.
Ptuiii………!!! Air ludah aku jatuh di lantai simin betul-betul di sebelah kaki kerusi Mael Keding. Betul-betul di sebelah kasut Fung Keongnya itu. Duit seringgit itu cepat-cepat aku masukkan ke dalam kocek seluar biru aku.
“Woi…. Itu duit aku la….!”, Mael Keding.
** Bahasa Jerman Timur itu bermaksud “minta halal dari tuan punya”.
TTFN
Label: Retrospektif
Selasa, Januari 30, 2007 1:28:00 PTG, Pa'chik
KB, 90'an
Hari tu aku membonceng moto Y110 ali, mata ku tak tajam, pasal baru nak gerak, aku ternampak duit potostet RM50, aku suruh ali berenti, amek duit tu, terus masuk kocek, sampai umah baru ku bukak, rupenya duit sungguh, 2 keping.
Masa tu, tengah sengkek dan jauh pula dari ugama, tambah lagi, wak sangit tak ajar aku sebut macam tu... hehehe..
Selasa, Januari 30, 2007 1:57:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
goboklama
Kamu pandaiiii......
'Sunti' itu belum masuk jawi kot.. :D
Kaklong
Salam kembali.
Itu nakal namanya.
lindosh
Jarang simpan duit dalam poket. Duit syiling ada la.. he he
Sastri
Mana boleh ambil hak orang. he he he
nbk
Itu cerita dulu-dulu jang. Masa zaman 'jahiliah' dulu. ha ha
Ekau jangan fikir bukan-bukan pulak jang..he he he
Pa'chik
Pandai la kau....ha ha
Mulut kau berkata itu duit fotostat, hati kau pula berkata itu duit betul..kan..?
goboklama
Apa lagi yang harus saya katakan...? ahaks
orochi
Itu kau kena cakap dengan boss kau...
Indera
Bertumbuk kami dulu-dulu 'bertumbuk manja'... :D
Owh..macam itu manja ekk.. :)
Selasa, Januari 30, 2007 4:21:00 PTG, DeeN
s4, 90 an..
Tgh melepak kat ruang tamu rumah. Tiba2 terpandang bawah kerusi. Ada sekeping kertas. Amik. Wow! ada duitlah. Tanya org dlm umah, duit sapa. Takda sapa mengaku. Tiba2 baru teringat. Owh! minggu lepas duit aku tercicir. Mungkin itu duit aku. Xper dlm umah sendiri tak dikira mencuri. lagipun mungkin itu duit aku sendiri. Hihihi...
Rabu, Januari 31, 2007 12:18:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kingbinjai
He he he. 'Mengenakan' Mael adalah satu hiburan percuma waktu itu....
Zwit
Ada banyak cerita pasal dia tapi kena ingat-ingat balik... :D
Pa'chik
Dulu masa remaja kalau ada RM50 kira kaya raya dah tu.. he he
cikdinz
Itu fatwa baru ke...? he he
Kak lady
Mael memang beruntung sungguh dapat kawan macam saya ni kan... he he
Kak Sya
Saya ludah 'angin' sebenarnya. Bukan betul-betul. :D
Nak hafal boleh tapi saya tak bertanggungjawap... he he
Mimie
Eh.. tau semua ni. Kenal ke..?
Selalunya masuk dari Pt penyengat via Pt Jamil atau Pt Pali. He he
nur@ddeen
Aku pulak biasanya terjumpa duit kertas renyuk dalam poket seluar masa nak keluarkan dari dalam mesin basuh. he he.
saharil
Susah nak terangkan ni sebab tak tau jawapannya.
Tapi kalau mencuri itu dah lain konsepnya.
Ayu
Tapi dalam kes dengan si Mael tu bukan terjumpa. Itu sengaja 'bergurau senda'. he he
Tuan tanah
Moralnya, Jangan ambil hak orang. Apatah lagi ambil hak rakyat....Penindasan itu namanya :D
(Owhhh..pasangan penyanyi dari Seberang itu...)
Yus
Sekarang ni dah tak pernah jumpa duit lagi tepi jalan la...he he
anony..siapa ni ?
Itulah. Lain tempat lain caranya.
Semut
Bab Wak Sangit itu aku tak nak komen. Bab aku dengan Mael itu saja aku nak kenakan dia la. Ha ha
ayu mkay
Itu wak Sangit dulu-dulu. Sekarang tak kot.
wongetan
Ya ya.
Kau pernah tak 'terjumpa' duit dalam kocek seluar abah kau lepas itu kau ambil....? He he
Rabu, Januari 31, 2007 3:00:00 PTG, Pa'chik
kawan aku bro, dia keje jaga parking, jumpa wallet, tebal sungguh. tapi dia tak bukak la. Lepas tu, ada la orang datang carik, dia pun bagi la.
Yang celakanya, orang tu, terus kira duit dalam wallet tu, lepas tu cakap,
"nasib baik tak ilang, ada lima ribu dalam ni," lepas tu terus blah, tima kasih pun tidak, apa lagi nak ulur seketul dua.
Rabu, Januari 31, 2007 4:28:00 PTG, achik
tajam sungguh mata wak itu :D
mak saya penah masa nak gi GH lalu kat terowong tu dia nampak ramai org berenti.. dia pun berenti la tengok... nampak org tgh kutip duit bertaburan kat jln... banyak sgt (RM50)... mak saya x kutip sama la sbb dia dah lambat... tapi dia amik 3 keping yg terbang kat dia.. sbb duit x 'berkat'... pastu dia kena kuar duit balik tv rosak la mesin basuh rosak la.. lg byk dr yg dia 'dapat' tu huhu... tobat x kutip duit jumpa lagi :)
Khamis, Februari 01, 2007 12:40:00 PTG,
ini kes Finders Keepers!..:)) tak pernah dengar org pakai mentra begitu, kalau yg pakai pangkah tu ada la.
Darjah 6, tercicir purse dlm bas balik dari sekolah...kena marah dgn mak. Malam tu ada orang telefon, orang yang jumpa purse saya nak dtg pulangkan purse saya..sungguh tidak percaya mcm nak peluk abang tu bila dia datang.
Sekolah Menengah, tercicir purse juga, di shopping mall, dapat balik org cina jumpa, punya la malu kerana di panggil dari alat pembesar suara...fofular la sekejap.
Minggu lepas baru tercicir duit kertas, jgn tanya berapa. Alhamdulilah tak tercicir telefon bimbit..nangis tak berlagu la. :D
Khamis, Februari 01, 2007 5:25:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
areyoung
Itu semasa Wak Sangit masih di dalam zaman kegelapan kot, dan semasa aku dalam zaman kenakalan. He he
Zino
Kalau seguni belum sempat nak ludah, dah pengsan kot.. :D
B Rampai
Dah disahkan. Memang tiada yang keliru. 100% tulen. :D
Salam
Mamarisyia
Idea Sas? MR baca komen yang mana ni ...?
Pa'chik
Isk.. Ada juga kaum macam tu ekk. Kedekut sungguh...!
Achik
Betul. Tak berkat ambil hak orang....
Shahril
Ada ramai lagi manusia masih dalam zaman kejahilan bro'.
Tapi kau jangan salah faham pulak. Aku dengan Mael tu cuma gurau-gurau manja jer.. ha ha..
Wan
Beruntunglah kalau dompet hilang boleh dapat semula dengan selamat. Silap-silap terus 'selamat' selama-lamanya. Nak-nak lagi kalau tercicir di tengah2 bandar. Diaorang bukan mengira halal-haram..
Debik
Aku ajar kau satu lagi. "Wes ngeseng..." ha ha
PJ tu Pt.Jawa? sunti? he..he..