I
Bangun dari tidur jejaka kacak itu (he he he) bergegas-gegas ke bilik air untuk menggosok gigi. Rupa-rupanya bukan Colgate yang dicoletnya di berus gigi tapi pencuci muka Nivea for Men.
II
Masih jejaka itu, memandu kereta pinjam di Besraya. Di plaza tol dia ke laluan tunai, rupa-rupanya bukan duit RM1.30 yang dia cuba hulurkan kepada gadis tol yang wajahnya seperti bermasalah itu tapi kad akses masuk ke kondominium tumpangannya.
III
Jejaka itu juga, memandu di Sprint. Di laluan ‘Sentuh dan Pergi’, dia sentuh-sentuhkan kad beberapa kali tapi palang di hadapan itu tidak juga mahu naik-naik. Di belakang sudah ada kereta-kereta berpemandu yang kurang sabar. Rupa-rupanya bukan kad T n G yang disentuh-sentuhkannya tapi kad akses kondominium.
IV
Pun jejaka itu, ke kedai Tujuh-Sebelas untuk membeli roti jenama Gardenia. Sampai di rumah, rupa-rupanya roti itu tidak dibelinya tapi cakera padat yang disalin secara curi-curi yang dijual di kaki lima luar kedai itu pula yang dibelinya.
Moralnya walaupun nawaitu betul tapi bila minda tidak berfokus, matlamat jadi kabur.
TTFN
Jumaat, Februari 16, 2007 6:03:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Wan
Sotong...? huh.... Itu lembut sangat. Tak sesuai dengan jejaka itu... he he
Sastri
Kad Komdo memang la.. :P
Sebab itu memandu kena tumpukan perhatian 100%. He he
Amora
Mungkin sebab fikiran belum register lagi pagi-pagi tu kot...
Dua kali terlanggar bontot kereta orang. Pun kes yang serupa. Minda melayang. he he
Lan
Aku belum tengok pun lagi VCD tu wei...! Ha ha
Orochi
Kau tak pernah kena ke macam tu, atau lebih kurang macam tu..?
Iman
Masalahnya saya tak berapa suka makan nasi minyak. Nasi ambeng suka la. He he..
Kingbinjai
Ya ya. Istilah yang agak tepat untuk menggambarkan situasi itu. Huh...
Kak Sya
Minda berserabut kot...
Betul. Iyer la tu kot.... He he
Cikin
Kau ni peminat AF ekk..?
Tak apa. Kalau ada yang mengundi tetap boleh menang walaupun nyanyi macam katak panggil hujan.
13may
Baru first time aku dengar kategori seumpama itu. . He he
Khamis, Februari 22, 2007 11:10:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Kemat
Kau macam tau tau jer ni dude..?
Amiene
Ikut bukan prokrastinasi ke..?
Pa'chik
Kalau cuma ada seorang, tak boleh tersilap orang punya.. he he he
anony
Iyer lah tu...
Bunga rampai
Jejaka itu begitu cerewet dalam pemilihan berpakaian. Warna kena padan temanya. He he he
Luthfi
Siapa lagi...? he he he
Zizie Ali
Itu dah kritikal sangat tu....
Kamato
Ha ha. Tak juga...
Ajzie
He he. Entah apa-apa jejaka itu.
Zwit
Sebab banyak sangat nak difokus sebenarnya. Langsung semua tidak terfokus..!
Khamis, Februari 22, 2007 11:23:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Hakim
Itulah namanya tidak fokus...
Mamarisyia
"muncuk" tu apa MR.. MR mesti tak fokus masa mengomen ni ek. he he he
achik
Berangan...! he he
Pegawai
Pandai hang meneka... Ha ha
nbk
Eleh...Kawan ekau ke ekau jang...? he he he
Ontahsapo
Ha ha. Kalau terlalu fokus pun tak boleh juga ek.
Amin bakish
Maklumlah orang seni....
...seni bina tapinya. He he he
orang biasa
He he he
Nasib baik di kaki. Kalau di kepala..?
Tedungs
Ok la tu. Tercuci segala bakteria dalam mulut kau. Ha ha
Indera
Sesekali dalam hidup, bila kita lalai kita akan terlari dari fokus. Itu memang lumrah kehidupan kan.
Kak Long
Salam.
Itu cuma perkara kecil. Jangan sampai kita lari dari fokus tujuan kita dihidupkan.
Nivea itu belum sempat masuk ke dalam mulut lagi.. he he
Debik
Aku pulak tengah fokus menjawap komen nih...
I'm 1st!! Unbelievable!!
Ini kes blurrr sotong...hahahaha!
"The Day When Everthing Goes Wrong"