Pisang-pisang percuma di kaki pintu itu tidak tersia begitu sahaja. Tangan-tangan jemaah silih berganti menyiat satu demi satu dari sikatnya. Abang itu di sebelah. Bersalam. Dia senyum. Aku membalas senyum. Tiada kata yang diucap.
Sebelum azan, di dalam.
Jemaah belum ramai. Aku bersila di ruang tengah. Betul-betul di bawah kipas. Sedang tazkirah tentang ideologi Wahabi dari penceramah jemputan.
Dan kelibat abang itu lagi. Dia masuk dari pintu sisi kiri dan berhenti. Sekeping kertas berwarna merah dari kocek kemejanya dimasukkan ke dalam celah sempit peti kayu empat segi bujur beroda empat di tepi tiang. Dia beredar ke sebelah kanan mimbar di sebelah rak kitab. Selepas bertahyatul masjid dia bersalaman dengan jemaah di kiri dan kanannya. Dia kemudian mengambil Al Quran disebelahnya. Dan bersila tunduk, nampak khusyuk.
Selepas salam kedua, di dalam dan di luar.
Pisang-pisang itu hampir tidak bersisa lagi. Jemaah keluar berpusu-pusu menyarung kasut dan selipar sedang mulut imam masih lagi terkumat kamit membaca doa. Bahu-bahu jemaah yang masih bersila menadah tangan bersenggol-senggolan dengan lutut-lutut jemaah yang tidak sabar-sabar mahu keluar.
Di persimpangan pintu masuk itu, kenderaan berasak-asak, yang berjalan kaki berbondong-bondong bersesak-sesak. Matahari membahang di atas kepala.
Honk…honk…! “Hoi…. Tak reti-reti nak ke tepi ke ? $#@&*% *&%$#..!” Pemandu kereta buatan tempatan itu menjongolkan kepala. Ah.…abang yang tadi itu rupanya..! Kemudian dia menekan minyak, memecut sombong meninggalkan asap dan deruman dari ekzos keretanya yang bergarispusat seperti bazooka itu.
Pemuda berkopiah itu masih tergamam. Mungkin mencari-cari apa silapnya.
TTFN
Label: Jumaat
Sabtu, Februari 03, 2007 2:25:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Orochi
Selalunya di mana yang sempat la. Yang ini di sebuah masjid IPT di Lembah Klang.
Amora
Siapa agaknya orang 'kita' itu..? hu hu
Indera
Mungkin dia spesis yang cepat panas....
Ohh...yang itu kena tanya DBP.. :D
Goboklama
Tekanan yang menekan. Kurang Sabar. Itu mungkin juga sebabnya.
Pa'chik
Sekelip mata boleh bersalin kulit..
Sastri
Di tengah kota KL lampu hijau pun mereka jalan lagi. Huh...
Cikin
Kesabaran itu mahal harganya sekarang...
Wongetan
Mungkin ya mungkin tidak. Semuanya bergantung pada sikap. Kalaulah abang itu membawa anaknya bersama, apa contoh yang boleh anaknya itu ikut...?
Am
Itulah. Bila sudah alah bisa tegal biasa, lama-lama nanti takut jadi budaya...
Kamato
Ya ya. Mungkin juga. Kita bersangka baik sajalah walaupun susah...
Sabtu, Februari 03, 2007 2:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kaklong
Salam kembali.
Itulah. Orang kita juga.
Iman
Macam-macam rupa manusia sekarang. Kadang-kadang elok pada kosmetiknya saja...
Mengingatkan diri sendiri juga...
Hakim
Mungkin. Tapi itu bukan alasannya untuk dia boleh berkata kurang ajar begitu...
Amiene
Saya pernah tiga kali. Saya ulangi tiga kali hilang kasut di masjid...! huh..
skidg8
Moga-moga...
lindosh
Di dalam masjid bukan terjaga santunnya, di jalan raya terus berubah karakter...
raf
Jangan semasa sembahyang pun kau terbayangkan cendol dah la.. he he..
TedungS
Di bandar-bandar besar terutamanya, kalau baru lesen P jangan la berani-berani di jalan raya. Kalau tak kena buli, kena maki....
Yang itu, cuba tanya dia
Ahad, Februari 04, 2007 12:40:00 PG, Pa'chik
sikap macam ni berkaitan dengan soal kuasa. Bila pegang je stereng, mereka rasa mereka berkuasa. yang buat keputusan, ke mana nak dihalakan kereta tu. Mungkin pasal biasa diarah-arahkan oleh orang lain, jadi, bila dah ada kuasa kat tangan, mula la nak menunjuk-nunjukkan kuasa tu.
Penafian
Ini hanyalah khayalan penulis semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati.
Isnin, Februari 05, 2007 4:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kingbinjai
Itulah. Memang hangin kalau ada makhluk yang kurang ajar di jalanraya.
sastri
Tersilap la..Merah tu...he he he
Bagonk
Kuwilah. Njero mejid apik tenan koyokan ney.......
Jakarta banjir kan..? Enggon mu banjir opo rak mas.....?
Pa'chik
Kau beranalogi ke ni pa'chik...? Agaknya lah
Kel@mbu
Di luar masjid susah nak cerita ekk...
Kak Lady
Walaupun baru sekejap tadi bukan main baik dan sopannya ekk..?
Zwit
Ya ya. Kadang-kadang kita pun begitu juga...
Ayu
Tapi bab yang jemaah berkejar-kejar keluar masjid semasa imam belum habis membaca doa itu aku tak setuju....
Zino
Ya. Sama-sama kita muhasabah diri..Ada la yang tak kena di mana-mana tu.
ad3ck
Kena dididik dari kecil lagi sepatutnya...
Sayuti
Di situ, di sini, di sana. Kepincangan ada di mana-mana..
Marlina
Memandu di tengah-tengah KL memang menyeksakan...!
Alphawolf
Macamana nak buat tu Alpha...?
Wan
TK. Hari jumaat di masjid itu seribu satu macam kisah manusia boleh diceritakan... :)
ayu-mkay
Dia itu kadang-kadang kita juga... :D
Kak Sya
Kadang-kadang nak tengok muka orang yang tengah hangin macam itu pun seram...!
Huhu.. kat mana ko semayang Jumaat?