Isnin, Februari 12, 2007
Kamu boleh dikatakan penggemar filem. Pantang ada filem baru kamu cepat-cepat menontonnya. Mengkritik pun kamu bijak juga lebih-lebih lagi filem Melayu. Ada ketikanya kamu defensif mengalahkan DY Haslam atau Prof. Razak. Tapi selalu-selalunya kamu sarkastik, mengalahkan Mansor Puteh ataupun Siti Jarum. Walaupun kamu sebenarnya tidak pernah pun menonton filem Melayu !

Kamu jangan sesekali salahkan produser dan sutradara kalau kualiti filem yang kamu tonton itu tidak seperti ekspektasi kamu ataupun tidak seindah promo yang dikhabar-khabarkan media. Jangan disalahkan teknik pencahayaan dan pewarnaannya jika tata cahaya dan warna filemnya sentiasa kelam dan suram sedangkan adegannya teruna dan dara sedang berendut di bawah terik matahari.

Kamu jangan salahkan jurukamera pula jika sedang kamu khusyuk menonton itu ada pula kepala-kepala hitam yang melintas mengganggu visual dan mencacatkan sinematografi filem. Ataupun visual di skrin sekejap ke kiri, sekejap ke kanan sehingga sakit tengkok kamu dibuatnya. Dan jangan juga kamu persalahkan aktor-aktor dan aktres-aktresnya tidak pandai menghayati dialog atau berbahasa rojak bila tiba-tiba ada pula suara tergelak-gelak geli, sesekali dialog berbisik-bisik dan sesekali bunyi berdehem-dehem.

Dan jika kamu menonton filem orang putih ditemani adik kamu yang katanya mahu menonton sambil belajar bahasa Inggeris, pastikan adik kamu tidak terkeliru dengan sarikatanya bila dialog seperti “Mr. Glass, I’ll call you back…” menjadi “En kaca, saya akan memanggil kamu belakang…” atau “right here, baby” menjadi “ kanan sini, bayi…”

“Itu la, yang kamu beli aku siapa suruh?,” Cakera padat yang dicetak secara tidak halal yang kamu beli di Puchong Perdana itu pun mengutuk kamu.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/12/2007 01:35:00 PTG. |


42 Ulasan


Isnin, Februari 12, 2007 2:00:00 PTG, Blogger zwitterion

haha..aku dah lama x beli cd cetak rompak ni

 

Isnin, Februari 12, 2007 2:02:00 PTG, Blogger Sastri

err... beli gak... tapi tgk je belum... almaklum, vcd/dvd player pun takde lagi...

 

Isnin, Februari 12, 2007 2:17:00 PTG, Blogger rudy bluehikari

wo..cetak rompak.tpo kalu dvd cetak rompak ok sket kot. cuma yg vcd jer mcm.....

org jawa kalu jumpa duit kat memana mmg ludah. ekekek..sy pun buat.

 

Isnin, Februari 12, 2007 3:19:00 PTG, Blogger Alpha

Heheh...sebab tu aku kalau nak beli DVD cetak rompak aku tunggu setahun lepas filem tu keluar....

 

Isnin, Februari 12, 2007 3:28:00 PTG, Blogger achik

hehe tu la dah beli cetak rompak lg mau komplen byk2...

 

Isnin, Februari 12, 2007 3:34:00 PTG, Blogger Pa'chik

aku dah lama tak beli sidi/dividi pirate ni...

aku muat turun saja... sarikata pun cari yang untuk orang pekak juga. Pasal, telinga aku pekak inggeris yang penuh dengan slang.. haha..

 

Isnin, Februari 12, 2007 4:06:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Teringat pada seorang sahabat yang gila-gila dan huha-huha. Juga gila-gila direct-transalation...

Dia pernah berkata, Micheal Learns To Rock itu sebagai Micheal belajar macam mana nak rock. Dan yang membuatkan kami terburai ketawa apabila dia mentafsirkan Come Undone itu sebagai "Datang tak buat apa-apa.."

 

Isnin, Februari 12, 2007 4:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zwit
Kalau pinjam pun kira 2 x 5 juga... he he

Sas
Tak apa... beli dulu banyak-banyak. Dah ada player nanti boleh baca sarikatanya puas-puas... Bahan lawak tu..he he he

shouganai
Nasib-nasib la. Kalau dapat yang elok, elok lah...

Kamu Jawa juga ke..?... he he

Alpha
Yang ori mahal la Alpha. Nak tengok sekali jer......Tapi kalau filem yang hebat, aku sanggup berhabis beli yang ori la.

Kalau cerita Melayu tak apa la, hari ini main di panggung, raya tahun depan dah keluar di tivi...ha ha

achik
Ada yang dah tengok habis baru komplen dan mintak tukar kat kedai VCD/DVD tuh... huh..

Pa'chik
Aku tak rajin la nak 'muat turun'. Aku suka 'tangkap muat' jer.. ha ha

Tapi muat turun tu kira dalam kategori cetak rompak jugak kan...

Indera
Bukan 'Michael belajar untuk membuat batu' ke..? He he he

 

Isnin, Februari 12, 2007 4:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

abg ipar aku slalu ckp,
"xbaik bli vcd pirate tempatan, merosakkan industri filem negara"
tp dia bli vcd pirate mat salleh xpe plak. cesss...

* puchong perdana? dekat dh dgn bndr bkt puchong tu...

 

Isnin, Februari 12, 2007 5:08:00 PTG, Blogger NBK466

Tapi syok jugak laya subtitle yg merapu meraban nie...especially subtitle Indo...kalau tgk cite Ali G yang tak semengah itew sampai perkataan PUNAI pun keluar...sakit perut den gelak...ha..ha..ha..

 

Isnin, Februari 12, 2007 6:35:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

rentikan la beli menda2 tak berfaedah ni.

XD

 

Isnin, Februari 12, 2007 8:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Saya sudah lama serik!

 

Isnin, Februari 12, 2007 9:18:00 PTG, Blogger aNIe

ahahaha...hari tu hubby akak balik...dia memang suka beli cd...dah pesan berapa kali jgn beli cetak rompak cerita Eragon..tapi dia kata murah...malas nak argue...dia beli lah 5 CD 20 hengget...last2 tengok cerita eragon tu...gelap aje yang nampak..terus takde mood nak tengok...anak kak lady tengok Cicakman...kejap senget ke kanan...senget kekiri...simpan balik...yang geli hati dulu pernah beli cerita Puteri Gunung Ledang..ade pulak bunyi orang lepas angin...ceh...!! Nyesal tak sudah...

 

Isnin, Februari 12, 2007 9:29:00 PTG, Blogger Unknown

dulu suke beli cd2 ni. terutama cite hindustan hehe :D

 

Isnin, Februari 12, 2007 9:44:00 PTG, Blogger me3n

hehe. subtitle tak leh harap. anak saper la yg menterjemah hehe.

da tau da ttfn, ingat nama ko hehe.

 

Isnin, Februari 12, 2007 11:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha...
mangkane mas... sesuk meneh golek sing gambare apik... :)

 

Selasa, Februari 13, 2007 9:52:00 PG, Blogger ILA

aisey...bila masa lak..org nie bukak entry baru...
sya cuma nak tanya 1 jer.."bioskop" tu apa ha????
(feeling garu kpala:p)

 

Selasa, Februari 13, 2007 9:54:00 PG, Blogger Lan Rambai

tak baik beli cd cetak rompak ni hahaha

 

Selasa, Februari 13, 2007 11:56:00 PG, Blogger Unknown

haha.. tu la.. lain kali tengok wayang..

 

Selasa, Februari 13, 2007 1:20:00 PTG, Blogger kingbinjai

nak beli yg cetak rompak ni ada tips dia takleh semborono je

 

Selasa, Februari 13, 2007 1:59:00 PTG, Blogger DeeN

haha..aku dah lama tak beli cd. yelah, nak tengok tivi pon tak dan. camno eh. Tp kan ust aku cakap beli cd pirate nih bukan masuk neraka pun [masuk syurga pun tak].. tp kalo asyik dok tgk vcd [pirate ke ori ke] yg hot n blue tuh konpom masuk neraka! uhuks...

 

Selasa, Februari 13, 2007 2:01:00 PTG, Blogger Unknown

ha ha saudara BP musti dah pernah beli kan kan

 

Selasa, Februari 13, 2007 3:35:00 PTG, Blogger areyoung

Bioskop mengingatkan aku pada Janji Joni. VCD original dgn extra scenes cuma rm5 je kat Extra JB. Heaven!

 

Selasa, Februari 13, 2007 4:23:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

banyak thrill nya kalo nonton dvd cetak rompak nie!

 

Selasa, Februari 13, 2007 6:00:00 PTG, Blogger 13may

original dah habih....tinggai cetak rompak ajer....so, sebab nak tengok, kena beli gak ler....

okeh tak alasan aku??
hehhe...

 

Selasa, Februari 13, 2007 7:14:00 PTG, Blogger Kemat

tapi kengkadang cd ori langsung x der translate..lagi susah woo..cam ko tgk movie kat ASTRO

 

Rabu, Februari 14, 2007 7:44:00 PG, Blogger Pak Malau

Kalau ke bioskop, jangan lupa bawa arlogi. Nanti terlambat.

 

Rabu, Februari 14, 2007 9:08:00 PG, Blogger Pandang Dengar Diam

CD aku tak beli tapi DVD aku cari jugak kadang2 OPS!

 

Rabu, Februari 14, 2007 3:29:00 PTG, Blogger zino

zino beli VCD power ranjers je.. tak perasan pulak seritaka dia tu merapu ke tak.. hehe

 

Rabu, Februari 14, 2007 4:41:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Cikin
Apa yang nak aku cakap sama la macam yang abang ipar kau cakap tu... he he

Puchong Perdana di kawasan masjid terapung tepi tasik tuh..

nbk
Ekau beli ni nak tengok ceritanya ke baca sarikatanya... ha ha

Neeziee
Sebab tak berfaedah la kena beli yang cetak rompak punya, kalau berfaedah baru beli ori punya..!

Gitartong
Bagus...bagus.... Ha ha ha.

Kak Lady
Oooooo... Kak Lady beli filem Melayu cetak rompak punya ekk.. Tak baik tau. Hancur industri perfilemen negara nanti... ahaks..

Aminbakish
Cerita Hindustan kat tivi pun tak tertengok... he he

ad3ck
Dia translate sebiji-sebiji. Itu pasal..

Kau google kan ekk... he he

Bagonk
Nek arek entuk gambar seng apik, tuku waey seng asli.. he he

ila
Ha ha. Tulis entri ikut mood...

Bioskop itu panggung wayang..

Lan
Itu la. Aku dah insaf dah. Lain kali kalau nak beli jugak kena try dulu...ha ha ha..

 

Rabu, Februari 14, 2007 5:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orochi
Kalau ceritanya memang betul-betul hebat aku memang tak lokek tengok di panggung....!

Kingbinjai
Wah... Macam dah biasa beli jer kau ni.....? he he

nur@ddeen
Yang 'panas dan biru' itu banyak di jual di pasar-pasar malam secara terbuka...huh... Berani sungguh mereka...!

Amora
Ada pernah TERbeli dan mungkin tak akan serik-serik akan TERbeli lagi. He he he.

Areyoung
Kat Carrefour pun ada kan. VCD original cerita2 Melayu yang tak berapa laku cuma dalam RM5 - RM 9.90.

Wujud lagi Extra kat JB ekk....

Marlina
Yang DVD ok lagi, kalau VCD hancusssss...!

13may
Tak logik la.. Filem tengah tayang di panggung mana ada lagi jual yang ori bro'... ha ha

Kemat
Betul. Aku pernah terbeli VCD filem seram Thai, tak ada sarikata. Tengok hantu berlakon aje la...Sepatah haram tak faham.

Pak malau
Kalau tak punya arlogi pun, telefon bimbit pun boleh..

Cuaca
'Kadang-kadang' kau macamana ? Seminggu sekali ? Sebulan sekali ?

Zino
Tengok VCD kartun tak payah dengar dialog pun tak apa Zino. He he

 

Rabu, Februari 14, 2007 9:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahah sama2 ..tergelak juga sekali sekala baca subtitle nya...Princess Dairy...huhhuu.

 

Rabu, Februari 14, 2007 9:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahah sama2 ..tergelak juga sekali sekala baca subtitle nya...Princess Dairy...huhhuu.

 

Khamis, Februari 15, 2007 11:04:00 PG, Blogger ayu_mkay

tengok nasib gak beli yg di cetak nih.. tapi takat nih klu beli mmg sedap mata nengoknyer.. heheehe.

*arek tuku seng larang kok koyo ne rugi manget.. sbb tgk bukan selalu kan.

 

Khamis, Februari 15, 2007 11:22:00 PG, Blogger Unknown

hehehe cetak rompak murah

 

Khamis, Februari 15, 2007 12:59:00 PTG, Blogger Sastri

semlm baru beli dvd player... keskeskes... ptg tu p pasar mlm beli 5 keping cd cetak rompak...:p

 

Khamis, Februari 15, 2007 1:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku layan dvd saja.
kalau subtitle BM huru-hara..
juz tukar ke subtitle BI..
tapi rasa macam orang pekak sbb masa part gelak subtitle kluar tlis - [laughing]..

 

Khamis, Februari 15, 2007 2:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

"lama sungguh aku tidak ke belakang istana...makan ikan bakar terubuk..perghhhh..cecah dgn kicap cili padi..."..blurppp...terkeluar ayaq liuq sedikit ni...hahaha (opsss...ni sepatutnya komen utk n3 sebelum ni..tapi lantakla..:p)

 

Khamis, Februari 15, 2007 2:37:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Hahaha!!!
(ceh, ketawakan diri sendiri)

Salam :)

 

Khamis, Februari 15, 2007 2:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Extra, kalau tak silap, baru ni tukar Giant dah renovate sikit, i belum pergi lagi. Waktu i pergi masih Extra, beli dvd Superman Returns, selalunya beli PS2/X Box games...and girls girls! kalau you all pergi sana, check-out satu mamat ni jual vcd/dvd dekat dgn exit supermarket sebelah hujung, hensem, putih, friendly with out-of-bed hairstyle..very charming..hahaha! Vcd cetak rompak mmg dah lama tak beli..sakit hati tengok...tapi kalau suka dgn sesuatu cerita akan beli yang original tak kiralah vcd atau dvd. :D

 

Jumaat, Februari 16, 2007 11:47:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ajzie
Di Germany sana ada jual yang cetak rompak tak...?

Ayu Mkay
Nek cerito ney apik, orak rugi tuku seng asli. Larang pun orak opo. Tapi nek cerito ney emboh opo-opo kuwi seng roso rugi bangeti... he he

Lindosh
Kualitinya entah apa apa la....

Sastri
Tahniah...! Kalau 5 keping yang 'itu' baru RM25. Kalau beli yang ori baru dapat satu kot.. (bunyinya macam menggalakkan membeli yang cetak rompak pulak i ni ekk )he he he..

Kel@mbu
DVD punya gambar memang ok... Sarikatanya boleh abaikan ....

Kadok
Nanti bila kau nak ke sana lagi call aku dulu ek... ha ha

Bunga rampai
Ha ha ha (mentertawakan diri sendiri juga..!)

Salam kembali.

Wan
Isk...dah bertahun tak ke JB...

Di sini ada satu mamat ni mampu pakai kereta sport hasil berjualan VCD/DVD cetak rompak saja... huh..

Sinaganaga
Pinjam DVD The Marine cetak rompak kau Naga... Ha ha ha

anony
:D