Sabtu, Mac 03, 2007
Aku tidak mahu dikata mengelat. Dari kecil aku dididik agar sporting. Apalah salahnya pun sekali dalam seusia hidup mendokumentasikan kepelikan diri sendiri di dalam blog. Terima kasih Yus, Tiara, Penyu, Qisst dan Shahril. Aku mentafsirkannya sebagai ‘pelik’ walaupun ianya bukanlah istilah yang tepat. Agak biasa. Tapi yang biasa bagi orang itulah agaknya agak pelik bagi aku.

Siji, 1
Aku lebih bernafsu pada kenderaan berpintu dua (tidak mengambil kira lori, van, jentolak dan seangkatannya). Buah hati kedua aku sekarang, sicoupe ungu itu berpintu dua. Dan jentera impian aku berteknologi Jerman itupun berpintu dua.

Loro, 2
Bagi yang baru mengenali jasad aku secara langsung, mungkin akan melihat aku sebagai lelaki kontemporari berjiwa urban, sombong. Sebenarnya aku penyegan dan berjiwa pekat dan akrab dengan kekampungan, ‘ketotokan’ dan ‘ketempean’.

Telu, 3
Walaupun lahir di era 70an, aku lebih menjiwai karya-karya berlandskapkan era dahulu-kala. Aku baru habis membaca semula Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Hamka), Sungai Mengalir Lesu (SN A. Samad Said) dan sedang membelek-belek kisah romantika terlarang era 50an, After Glow (Judith Plowden).

Papat, 4
Aku selalu mahu berfikir melawan arus dan tidak selesa mengangguk-anggukkan kata-kata orang tanpa menimbang rasional dan kelogikannya. Berlainan idea dan pemikiran itukan kebebasan berekspresi dan kreativiti ? Kegagalan menerima yang berlainan dan kebencian untuk berbincang itu menjurus kepada kacau-bilau. Antagonis tidak semestinya ‘pembangkang’, lagipun aku non-partisan !

Limo, 5
Aku mempunyai nama selepas Md di hadapannya yang lain dari yang lain. Setakat ini aku belum pernah terjumpa nama samada bangsa Melayu, Jawa, Portugis atau apa bangsa malah genus dan spesis flora dan fauna mana sekalipun di muka bumi dan di mana-mana enjin carian internet yang menyamai nama aku.

Nenem, 6
Aku menggunting rambut aku sendiri. Segala spesis rambut di kepala dan di tubuh. Dengan 2 cermin, sikat, gunting rambut dan pisau cukur. Sesekali bila bentuk rambut sudah terlalu lari dari kebiasaan atau jelas ‘ketokal-takilan’nya, barulah aku ke kedai gunting rambut, itupun setahun sekali agaknya.

Pitu, 7
Taksub dengan angka 7. Samada kebetulan atau memang sengaja aku menujuhkannya. Dua digit nombor perdaftaran kereta aku adalah 7. Lima digit terakhir dua telefon bimbit aku berangka 7. Telefon ofis berakhir dengan 7 kosong 7 kosong. Kebetulan, 7 beradik. Dan banyak lagi ‘ketujuhan’ aku……..


Aku nak 'tag' Rosnah Mat Aris, Khairy Jamaluddin, Datuk S. Subramaniam, Hishamuddin Rais, Karim Raslan , Mark Dacascos dan Jefrydin. Buat, jangan tak buat tau.

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/03/2007 03:27:00 PTG. |


50 Ulasan


Sabtu, Mac 03, 2007 3:41:00 PTG, Blogger Sastri

Haa... owang mintak 6 leh kasik 7 lagi... I gak takleh wat lagi... I think i'm nothing out of the ordinary... :D

 

Sabtu, Mac 03, 2007 3:43:00 PTG, Blogger Sastri

Lagi satu lupa lak nak tambah, u ni perfectionist betul... :p

 

Sabtu, Mac 03, 2007 4:00:00 PTG, Blogger Unknown

waah..nak tahulah nama selepas Md di hadapannya yang lain dari yang lain tu...apa agaknya ekk?? Mesti susah nak teka ni sbb lain dari yg lain.

 

Sabtu, Mac 03, 2007 7:19:00 PTG, Blogger Pa'chik

Md Race, cerita pi mai pi mai tang tu.

 

Sabtu, Mac 03, 2007 11:49:00 PTG, Blogger BaYu SenJa

wah, berjiwa ketempean itu yang penting :)
saya juga tumpang menunggu 6 lagi yang di tag oleh blackpurple..heh

 

Sabtu, Mac 03, 2007 11:53:00 PTG, Blogger hakim dirani

Saya suka yang papat itu.
adakah anda jenis yang suka berhujah? sekadar bertanya.

 

Ahad, Mac 04, 2007 4:13:00 PG, Blogger kingbinjai

padan muka kene tag! hohohoh

 

Ahad, Mac 04, 2007 10:54:00 PG, Blogger zwitterion

rosnah mat aris nak jwb tag ke?..haha

 

Ahad, Mac 04, 2007 11:30:00 PG, Blogger Iman Mawaddah

rosnah mat aris dah kena banned mana leh jawap hehe..ni sure lahir tahun 77 ni

 

Ahad, Mac 04, 2007 5:51:00 PTG, Blogger zizie ali

nama kau tentu bukan md maradona atau md ismet ulamraja

 

Isnin, Mac 05, 2007 8:22:00 PG, Blogger NJ@Goboklama

yeayy,thnks Bp! Yg.7 tu sama tapi for sure tak lahir tahun 77. Bp mungkin kut? Yelah, Rosnah Mat Aris dah kena banned,bole jawab ke? Sy nak tag Jaafar Onn la pulak,hi..hi..

 

Isnin, Mac 05, 2007 8:59:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

7?

Kalu dalam Bible ada 7 sins.

Tapi takpa, hang tak rujuk Bible.

 

Isnin, Mac 05, 2007 9:20:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

heheh peliknya si BP nih..keh keh...

 

Isnin, Mac 05, 2007 10:50:00 PG, Blogger weAr

yg ganjil kesukaan tuhan...yg pelik?

 

Isnin, Mac 05, 2007 10:54:00 PG, Blogger achik

apa la agaknya nama itu??

saya pun suka no 7 ;p

 

Isnin, Mac 05, 2007 10:59:00 PG, Blogger ayu_mkay

angger koyo kui, bulan songngo songngoh hr bulan thn iki kenolah mak mu mantu yo :D

 

Isnin, Mac 05, 2007 11:20:00 PG, Blogger Ajzie

huhuhu Rosnah Mat Aris sempat ker nak jawab tag nih.. Hahhhh KJ pun sama sempat ker.. banyak benda dia tengah fikir tuh.. Piala Monsun bila eik?

 

Isnin, Mac 05, 2007 11:42:00 PG, Blogger DeeN

Wei..wei..aku tolong jawab bagi pihak Mark Dacascos leh?
- Dia tak cedera parah meskipun dibelasah oleh 3 -4 org dalam satu masa. Herankan...
- Dia tu aku ingatkan org jawa. tiba2 cakap Inggeris plak. Herankan..
- Selalu sangat tunjuk body. Ingat eloklah tuh perangainyer.. humm..

hehehe.. aku bukan PA dia, saje jer aku nak menterjermahkan kepelikan aku neh hehehe..

Brader, ko suka tujuhkan, tengkujuh ko suka gak tak? :D

 

Isnin, Mac 05, 2007 11:45:00 PG, Blogger NBK466

Kete 2 pintu yek...enjoy it while you still bujang & belum ada anak. Teringat kato2 kawan den semasa den beli 1st car den (satria) - "nanti bising mertua ko nak tumpang kete ko"..ha..ha..ha..

p/s : Ko kena tag mmg 7 ker atau sebenarnya 6 jerk tapi ko buat 7 sebab ko suka no 7??

 

Isnin, Mac 05, 2007 11:52:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sastri
I rasa u lagi banyak 'kepelikan' kot, dari kacamata I la. He he he

U are absolutely right !. Entri 7 yang 'pelik' ini mengambil masa 7 hari 7 malam dan 7 kali proses pengeditan. Memang agak perfectionist, satu titik atau koma tertinggal pun, I tak boleh lena tidur ... He he he

Yus
Saya pun pelik (bercampur kagum..) dari manalah agaknya keluarga saya mendapat idea meletak nama sebegitu...he he

Pa'chik
Kalu 'Race' tu biasa pa'chik. Ini luar biasa la... ha ha

Bayu
Tempe itu kan sumber yang kaya dengan protein. He he he.

Sengaja menamakan penama 6 + 1 = 7 itu untuk di'tag' untuk 'mematikan' 'tag' berantai ini. :D

Hakim
Boleh dikatalkan 'ya'. Bekas pemidato semasa masih penuntut dulu-dulu :)

"Kritis bukan semestinya anti". Memetik kata-kata Prof Khoo Kay Kim dalam majalah Millenia Muslim keluaran terbaru.

King
Ha ha ha.

Luthfi
Silap aku tak 'tag' kamu. Kalau tidak rantaian ini akan berkembang di Indonesia juga kan... :D

Zwit
He he he. Kalau dia malu, dia boleh emel aku...(dia tau malu ke..?) he he he

Iman
Dia kena 'haram' di RTM jer kan.. he he he

77? No comments..he he he

Zizie
Nama itu pun dah ada orang pakai. Yang ini belum ada dipakai di mana-mana pun.. :D

 

Isnin, Mac 05, 2007 11:56:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

aku pun rasa aku terlalu old-fashion,membaca buku-buku hamka aja lewat-lewat februari lepas~setiap kali membaca tenggelamnya kapal van der wijck aku merasa sangat marah dengan wanita!yeahh!!

 

Isnin, Mac 05, 2007 12:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku pon suka 7 jugak..!
pd aku 7 tu sexy..huhuh...

 

Isnin, Mac 05, 2007 12:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Qisst
Dan kebetulan juga lahir dua puluh tujuh hb..

Alah... Boleh 'tag' sesiapapun... Memang diaorang tak akan jawap pun. He he he

Pegawai khalwat
Dalam AlQuran pun banyak di sebut angka 7 kan...

Tiara
Taklah pelik mana Tiara..? he he he

Wear
Aku tak berapa faham sangat komen kau la Wear... :D

Achik
Tak payahlah susah-susah teka...he he he

Ayu Mkay
Opo pulak bulan Songo. Bulan Pitu la apik.. Nek oleh 7/7/2007 tapi koyok orak sempet..he he he

Ajzie
He he he. Sebab tak sempatlah saya 'tag' diaorang. Diaorang mana ada blog pun. Kalau adapun manalah diaorang jumpa blog ni. :D

nurAddeen
Weh...Kau kutuk sifu aku ek... he he he

Kalau Mark Dacascos tunjuk body taklah pelik. Yang pelik, bila Hajah dot dot dot (artis-artis Melayu Islam yang dah menunaikan haji)menunjukkan body..

Tengkujuh itupun rahmat juga kan... :D

nbk
Kalau nak berjalan-jalan bawak famili nanti pakai la kereta wife jang.. he he he

p/s. Ya. Ya. Aku memang suka menujuhkannya... :D

Shamsul
Aku tak rasa old fashion. Aku cuma nak tahu pergolakan dan situasi kehidupan masa itu.

Lepas ni aku nak cari novel Adik Datang (SN A Samad Said).

Cikin
Patutlah aku rasa seksi.. he he he..

 

Isnin, Mac 05, 2007 12:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wah, kalu gitu ko musti suka baca Hikayat Misa Melayu, Bustanus Salatin, Tajus Salatin, HIkayat Pelanduk Jenaka dan Adab Raja-Raja.. :D

 

Isnin, Mac 05, 2007 1:56:00 PTG, Blogger Unknown

wah mementang suka 7.. tujuh ko kasi.. hehe.. aku lak suka no 8 ngeh ngeh

 

Isnin, Mac 05, 2007 3:11:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

rindunye kat tempe lama tak makan. boleh pos tak? kalau kat sini abang indon yang buat. oh abang tempe...aku merinduimu (tempe). jangan kau berangan.haha

apa ye nama pelik mu itu? agak2 kita sama2 pelik tak? (nama) jangan kau berangan. haha

 

Isnin, Mac 05, 2007 3:42:00 PTG, Blogger Pa'chik

Md Luar Biasa ibni...

 

Isnin, Mac 05, 2007 4:30:00 PTG, Blogger Unknown

hohoho.. pelik.. sungguh pelik..

 

Isnin, Mac 05, 2007 4:38:00 PTG, Blogger Unknown

aku suka nombor 4..
ah, pegi 'mampos' sape yg x suka.. :P

 

Isnin, Mac 05, 2007 7:36:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

- Md Wiranata?!...:D

- David Beckham pernah pakai jersi angka 7.

- 7 Wonders of the World.

- Jula-juli bintang 7...heeheehee!

kebetulan, saya pun ada 7 beradik, empat perempuan dan 3 lelaki dan saya tak taksub angka 7. Peace! :D

 

Isnin, Mac 05, 2007 7:36:00 PTG, Blogger shahril aley

ko ni mmg pelik dgn potongan rambut sendiri. macamane la ko nak potong rambut kat belakang kepala ko tu? klu rerambut kat badan ko tu aku paham la. ishish jimat betoi la mamat ni.

 

Isnin, Mac 05, 2007 8:13:00 PTG, Blogger Kemat

bgtau jika artis2 yg kne tagged dgn kamu jawab soklan tentang kepelikan itu.. rasanya antara benda pelik bagi diaorng biler dlm setahun nama tak kluar papaer, tak der kisah2 sensasi

 

Isnin, Mac 05, 2007 8:30:00 PTG, Blogger debikdebuk

Pasni leh la tag ko lagi. mesti ko bagi lebih kan?

 

Isnin, Mac 05, 2007 10:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

nak tambah, dan awak akan memilih tarikh 7/7/2007 sebagai hari yang bersejarah dlm hidup awak...heehee..pandai2 aje teka...err, kalau tak silap, ada artis fofular yg akan kahwin this date, kan?

 

Isnin, Mac 05, 2007 11:43:00 PTG, Blogger aNIe

BP...dari apa yang u tulis...kak lady rasa...u ade pendirian sendiri dan tau apa yang diinginkan dalam hidup...

 

Selasa, Mac 06, 2007 10:05:00 PG, Blogger ILA

aha..pcaya gak ckap kat Wan tu..kbetulan 7/7/2007 jatuh pada hari jumaat..penghulu sgala hari..sungguh Afdal m'dirikan masjid kat ari tu:p
eeerrr..kau kena wat pelan dulu ye sebelum drikan masjid tu..pas tu wat ladskap cantik2 kat pintu masjid tu.
(Ape yg aku citer nie~~~)

 

Selasa, Mac 06, 2007 10:09:00 PG, Blogger ILA

Amendment!!!
7/7/2007=> sabtu ler..
27/7/2007=> baruler jumaat..
so sesuai ler..kat 27hb tu..lalala~~

 

Selasa, Mac 06, 2007 12:52:00 PTG, Blogger zino

kereta pintu dua ni sama le dengan angahkat rumah tu..

zino kata kereta orang kedekut.. hehe susah nak menumpang..setiap kali zino bawa baby akan komplain dia rasa terkurung duduk kat belakang tu hehe

 

Selasa, Mac 06, 2007 12:56:00 PTG, Blogger Lan Rambai

aku nak komen pasal non-partisan tu.. tapi nanti jadi macam entri blog pulak.. so tak jadi lah haha

 

Selasa, Mac 06, 2007 1:35:00 PTG, Blogger Unknown

so BP tarikh kawin musti 07/07/2007 jugak kan kan kan

 

Selasa, Mac 06, 2007 2:25:00 PTG, Blogger TedungS

mmg ko ni pelik. aku cuba2 gak gunting rambut sindri, mcm cipan jadi eh. rambut tu ok le ;p

 

Selasa, Mac 06, 2007 2:43:00 PTG, Blogger Sya

BP

Setakat minat kereta berpintu dua tak pe ..

 

Selasa, Mac 06, 2007 4:10:00 PTG, Blogger Xis

Blackpurple
wonder why no 7?? hmm..

 

Selasa, Mac 06, 2007 6:00:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orang biasa
Itu dah masuk kategori hikayat klasik lama kan...?

lindosh
Puteri kraton itu pun suka angka 8. He he he

eisraa
'Kat sini' tu di mana..? Kat KL ni pun susah nak cari tempe. Kena balik Muor jugak baru dapat tempe yang ori.. :D

Pa'chik
Salah. Cuba lagi ek.. :D

orochi
Pelik ke..?

kel@mbu
Aku dulu berangan no plat kereta JAW4 atau JAV4..! he he he

Wan
'Wiranata' itu bukan luar biasa la...

7 lapisan langit
7 warna pelangi
7 anak Rasulullah
antaranya, banyak lagi....... :D

Shahril
Alah bisa tegal biasa .. Bukan nak berjimat tapi lebih selesa dan yakin dengan 'potongan' sendiri... :D

Kemat
Agaknyalah kot.. He he he

Debik
Bagi la 'tag' yang mencabar sikit. Jangan soalan yang bukan-bukan dah la.. ha ha ha

Wan
Ya lah tu.... :D

Kak lady
Hmmm.... Rasanya begitulah.
Hidup kenalah berprinsip kan...

Ila
Pelan rekabentuk bangunan dan landskap masjid dah ada cuma lokasi tapak tanahnya belum jumpa yang sesuai. He he he.

27 hb? Doa-doakan lah ye.. :D


Zino
Kepuasan bila dapat memegang stereng kereta berpintu dua, nak-nak lagi kalau Skyline GTR34. he he he

Lan
Tak apa. Kau buat la entri kat blog kau. ha ha ha

Amora
Mana kau dapat tau ni...? :p

tedungS
Ha ha ha.
Kalau tak pandai jangan, macam kena makan tikus jadinya nanti...ha ha

Sya
Betul. Faham...faham.... :)

Xis
Tak tau kenapa. Itulah yang pelik... :)

 

Selasa, Mac 06, 2007 6:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

betul ke jentolak ada pintu 2 ye? rasa macam takde pintu je. mungkin bumbung ada 2 kot?

 

Rabu, Mac 07, 2007 12:09:00 PG, Blogger Unknown

77... haha :D

tag orang glamer tu ha... :D

apa kata langsungkan majlis istimewa pada 070707 ni... tak gitu Sas??? :D

 

Rabu, Mac 07, 2007 10:00:00 PG, Blogger Mummy Rizq

kalo boleh aku nak tulis 10 kepelikan... heee.......

 

Rabu, Mac 07, 2007 10:46:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

13may
Apa yang 777..? :D

nbb
Jentolak yang berair-cond tu 2 pintu apa... he he he

Aminbakish
Apa yang 77..?
'Tag' itu untuk 'mematikan' rantaian tag sebenarnya.. :D
InsyaAllah... Doa-doakanlah ye... :D

marlina
Nak tulis lebih 10 pun apa salahnya.. he he he..

 

Isnin, Mei 28, 2007 2:56:00 PTG, Blogger lassadad

:-)
pak cik tebak2an bahasa kromo inggil 1 sampai yuk :-)
1 = setunggal
2 = kalih
3 = tigo
4 = sekawan
5 = gangsal
6 = gangsal langkung setunggal
7 = gangsal langkung kalih :-)