Dia pantang melihat komputer aku di atas meja itu free. Mulalah di’godek’nya. Zaman aku seusianya dulu, jangankan menyentuh, menengok komputer di depan mata pun tak pernah. Perkataan ‘komputer’ itupun bagai belum berdaftar di minda lagi.
Tapi di zaman ini lain. Secilik itu sudah mempunyai komputer riba sendiri dirumahnya. Sudah cekap melayari internet. Sudah mempunyai blog sendiri di Nicksplat.com. Aku yang sudah melepasi suku kurun ini pun baru belajar-belajar berblog. Kanak-kanak seusianya hari ini belajar seni lukis menggunakan komputer. Zaman aku dulu menggunakan pensil warna Luna cap kapal layar dan keratan batang pisang.
Hasil dari ‘godekan’nya di folder ‘my pictures’ komputer aku. Aku teruja. Aku memintanya menjadikan gambar itu samar-samar, sebab boleh dijadikan entri. He he he.
Kanak-kanak zaman ICT. Sedikit hari nanti, aku rasa bukan setakat meng'godek', menggodam pun dia pandai agaknya....!
TTFN
Khamis, Februari 22, 2007 2:17:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Hakim
Gambar itu dicantum-cantum, diedit-edit dan dikabur-kaburkan dek sicilik itu. Dia bereksperimentasi agaknya.
Dan budak-budak sekarang tak sempat jumpa apa yang kita jumpa semasa kita kecil-kecil dahulu.
Indera
Dokumen dan benda-benda penting dan sulit biasanya aku simpan di thumb drive. Selamat...! He he
Sastri
Anak tunggal begitulah.Agaknya emak ayahnya dah terlebih-lebih duit.... Kanak-kanak zaman ICT..!
nbb
Apa yang 'boleh tahan' ek ? Saya jadi ter'perasan' pula..he he he..
Cikin
Aku dulu masuk U baru merasa main komputer. Hu hu hu....
Zwit
Contoh kanak-kanak orang berada kelahiran bandar hari ini. Anak tunggal orang berduit zaman milineum...!
Iman
Betul. Mereka tidak melalui kesusahan. Tapi jangan sampai terlalu dimanjakan, nanti boleh merosak diri.
Jumaat, Februari 23, 2007 2:52:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ayu mkay
Apa nak dihairankan era sekarang. Budak sekarang 4 tahun dah pandai membaca, kita dulu mengeja pun belum tentu. He he he
pa'chik
Video yang macamana tu pa'chik ?
faizah
Nanti aku tanya-tanyakan. he he
Kau tak jumpa lagi ofis aku ek..? Ha ha
Marlina
Mesti diletak gambar Naruto dengan Aslee Tisdale banyak-banyak nanti. He he he
Kemat
Agaknya kalau kanak-kanak 'tertengok' laman 'biru' apa pulak yang digodeknya nanti ek...
Bahaya jugak tu..
nur@ddeen
Aku game Red Alert yang kuno tu pun tak khatam-khatam sampai sekarang. He he he
Yus
Itulah. Komputer dah jadi permainan. Budak dulu-dulu 5 tahun cuma main pondok-pondok. He he he
Aminbakish
Kenal kenal. Kenal rupa jer la. Berjasa juga anak rimau (bukan anak kucing la)tu ek..he he he
Kingbinjai
Nanti aku cakapkan dengan emak bapaknya ek.
ajzie
Sicilik tu entah apa-apa lagi laman dia masuk agaknya. Jangan tersesat masuk laman 'lain' dah la.
Jumaat, Februari 23, 2007 3:17:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kamato
Itulah dia. Rugi mereka. Tak merasa permainan tradisional dan klasik zaman kita-kita kecil dulu.
Orochi
Isk...tak kuasa aku. Baik guna duit itu untuk naik taraf R34 tu. he he he
B Rampai
Saya bukan pakar IT la BR. He he he
Dengar-dengarnya permainan tradisional pun akan sampai ke angkasa..? Huh.
Mr penyu
Untuk makluman kau aku dah buat tag itu di entri aku yang lama-lama, Mei 2006 dulu. Cuba kau klik CERITA AKU KENA 'TAG'
13May
Tak tau la. Hari ini hilang pulak. Nanti aku tengok-tengokkan..
nbk
Entri ini aku karang, aku tulis, aku taip dan aku terbitkan sendiri la. Gambar itu jer dia buat. He he he
Zino
Itulah. Hari ini hilang pulak. Nanti saya godek-godekkan. He he he
Sabtu, Februari 24, 2007 2:39:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Lan
Dah ok dah gambar tu Lan.
Komputer aku terpelihara dari gambar-gambar yang tidak sah la..! Ha ha
Kak Sya
Kat Giants ada beg lap top yang murah kak sya. Tapi cap 'ayam' la. he he he.
Kak Lady
Akan datang budak tadika pun kena bawak lap top ...
Wear
Aku main 'lontop'...
Junita
Getahnya kena baju tak boleh hilang tu kan.. he he he
Achik
Era ICT begitulah. Kalau tidak nanti dikata ketinggalan...
Isnin, Februari 26, 2007 1:02:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Ila
He he he. Gambar itu cuma menggambarkan 27% jer sebenarnya.
Kel@mbu
Ha ah kan. Bahaya tu..
TedungS
Laa..kan kat para pertama tu ada tertulis umur dia...Cuma gambar-gambar senonoh sahaja aku simpan la.. he he he
Kak Long
Salam.
Memang kreatif adik itu...
Inilah
Itulah dia.
Wongetan
Bocah sa'iki koyok kuwi la mas.
Tapi ono jugak bocah sa'iki sen
g nyusah ke wong tuo. EMBOHLAH BOCAH SA'IKI
Yus
Aduhai. Tag di entri lama saya yang INI boleh dikira tak..? He he he
Goboklama
Cuba rujuk jawapan komen untuk Yus di atas. He he he.
(Mengelat sungguh saya ini !)
Am
Kita dulu berbakat bermain lastik. Kan Am..? he he he
Cik Lari
Ok. Dulu kat mana..?
Sayang saya tak nampak gambar tu ntah kenapa.
Budak-budak zaman sekarang memang dah jumpa macam2 yang tak kita jumpa dahulu. nasib baik "godek" saja, kalau lebih dari tu, naya.