Rabu, Mac 21, 2007

Di dadaku puncak tinggi, pejal, megah.
Di dadaku alur dalam penuh sampah.
Tubuhku telanjang hangat penuh ghairah.
Bibirku menguntum senyum palsu, gundah.
Sedang lukaku kian melarat parah,
sedang kakiku kudis hanyir bernanah,
sedang celah punggungku kurap bersepah.


Batin menjerit-jerit minta ditolong.
Sakit, seksa memikul dosa menggunung.
Jiwaku mati, jiwaku sepi, kosong.
Sudah jauh benar hidupku terpesong.
Dulu, aku suci, maruah ku junjung.
Kini, celah kelangkangku busuk pekung.
Selaput daraku lama robek, bolong.


Aku sudah puas meratap, menginsafi.
Dan puas sudah mataku ini menyaksi.
Umat Muhammad lupa iman dan janji.
Manusia hanyut bertuhan nafsu nafsi,
mengejar dunia, lupa tempat bersaksi.
Dan fakir sebangsa menagih simpati,
“bagaimana nasib kami esok hari ?”


Mataku juga sudah muak melihat;
anak muda bangsaku akhlak melarat,
mayat bernyawa khayal menyembah madat,
kaki jalang dan sundal mengangkang nikmat.
tuan berdarjat alpa menjilat pangkat,
tuan berkuasa, korup, harta bertingkat….
tersengih, “peduli apa pada rakyat… !”


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/21/2007 07:57:00 PTG. |


49 Ulasan


Rabu, Mac 21, 2007 8:41:00 PTG, Blogger Sastri

Waduh, cukup serius dan sedikit keras nadanya... memang sinis... memang menggambarkan realiti kehidupan sebenar... syabas yo Mas... :D

 

Rabu, Mac 21, 2007 9:13:00 PTG, Blogger Kemat

Teringat lagu lama M. Nasir
' Sesat di Kuala Lumpur,
Dosa dan pahala bercampur '

 

Rabu, Mac 21, 2007 9:28:00 PTG, Blogger KAMATO

Kalau jalan malam kat bukit bintang rasa macam bukan kat malaysia

 

Rabu, Mac 21, 2007 9:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas
Itulah sebalik wajah ibu kota yang kita bangga-banggakan.... :)

Tq

Kemat
Sesat Di Kuala Lumpur
Lagu dan Lirik: M. Nasir

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa

Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa

Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya

Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya



Kamato
Tapi 'mereka' tak terima kalau kita kata begitu... :)

 

Rabu, Mac 21, 2007 10:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Asmk
Alahai, tersesat masuk blog blackpurple. Okay kan? Tak, ta' malu! Suka tengok kucing you bila dia terdudok.

Hm, tersentap jugak baca sajak tu. Kalau ianya dalam bahasa jawo, memang saya ta' akan faham 100%. Ya, memang sedih bila tengok anak bangsa kita yang hidup macam ta' sedar diri. Dan pemimpin2 yang rakus dg kekayaan. Apa akan jadi pada 2020?

 

Rabu, Mac 21, 2007 10:50:00 PTG, Blogger aNIe

Kotaraya Kuala Lumpur memang menyimpan seribu rahsia ...mau pun yang jelek atau pelik...

 

Rabu, Mac 21, 2007 11:04:00 PTG, Blogger kingbinjai

tiba tiba aku rasa terbakar

 

Khamis, Mac 22, 2007 12:23:00 PG, Blogger debikdebuk

"peduli apa pada rakyat" tu ayat yang yang best tu..

 

Khamis, Mac 22, 2007 8:34:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

sang teruna menjaja cinta
membeli "dara" sewenangnya
sang dara pun jua
apa kurangnya
rela diri "dijajah"
hanya kononnya ingin
membuktikan "cinta"

cinta di kuala lumpur
dah tiada "harganya"....

 

Khamis, Mac 22, 2007 8:34:00 PG, Blogger Pa'chik

kau rakyat purp, mana kau tau susah pemimpin ni. Betapa jerih perih mereka untuk meneruskan hidup mereka. Mana kau paham semua tu.

haha..

 

Khamis, Mac 22, 2007 9:28:00 PG, Blogger Unknown

its bitter but it's also a fact. donia sudah mau kiamat.

 

Khamis, Mac 22, 2007 10:58:00 PG, Blogger Lan Rambai

ko ni kalau buat sajak tak sebut mengangkang nikmat tu tak boleh ke hahaha

 

Khamis, Mac 22, 2007 11:12:00 PG, Blogger ILA

Aduiii...apsai ke sana sini (jenguk blog lain) sibuk bersastra sgala..adakah March nie, bulan bersastra..????
oleh itu SELAMAT B'sastera:)

 

Khamis, Mac 22, 2007 11:22:00 PG, Blogger zwitterion

kan dah cakap sejak dulu, ko ni memnag berbakat

 

Khamis, Mac 22, 2007 11:39:00 PG, Blogger achik

itulah Kuala Lumpur 'tercinta'... ;p

 

Khamis, Mac 22, 2007 1:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

pandai anda berkarya! weih, semlm ko mkn kt kedai sebelah ikan bakor tuh ke :D

 

Khamis, Mac 22, 2007 3:59:00 PTG, Blogger Alpha

Kuala Lumpur cuma satu antara bandar yang penghuninya....nak kata hancur lebur tu tak le sangat tapi dah goyah, rapuh menunggu masa untuk roboh kesemuanya...

Anyway...aku tak boleh nak buat entry camni...tak reti bersastera.

 

Khamis, Mac 22, 2007 4:00:00 PTG, Blogger Alpha

Tambah lagi boleh? Aku pun teringat lagu 'Midnight Blues' Wings

 

Khamis, Mac 22, 2007 4:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orang tengganu
Selamat datang ke dunia Jowopinter. Itu bukan kucing tapi anak rimau :D

Kalau 'diJawakan' puisi itu hilang rimanya, dan tiadalah lagi 12 sukukatanya. :)

Kak Lady
Ya, ya.
Keji dalam puji
Cela dalam bangga

Kingbinjai
'Terbakar' tang yang mana king..? :D

Debik
Itu bukan aku yang cakap tau... he he he

Ita
Mungkin. Agaknya. Barangkali. Entah...! :)

Pa'chik
Ini reverse psychology ke apa ni pa'chik...? :D

Amora
Akhir zaman. Dunia dan nyanyuk... :)

Lan
Ha ha ha..
Aku baru teringat, kau tengah 'puasa'..ha ha ha

Ila
Saya bukan orang sastera. Saya orang senibina lanskap..he he he..

Janji mesejnya sampai... :)

Zwit
Kau copy & paste komen kau yang hari tu ke Zwit... he he he

Achik
Nama pun 'lumpur'.... :)

Faizah
Aku cuma ahli biasa Kelab Ibnu Said. :P

Entah siapa-siapalah kau nampak semalam tu. Kau ni pantang nampak mamat hensem kat Tmn Melawati tu ek, mesti kau ingat aku. Ha ha ha. Semalam aku sehari duduk rumah la.. :D

Alpha
Manusia ni macam bangunan.
'Bangunan' manapun kalau foundationnya tak kuat memang mudah roboh Alpha.. Kalau harapkan cat jer cantik lambat laun akan luntur dan bobrok juga.. :)

Aku dah tak berapa ingat la lagu tu... :D

 

Khamis, Mac 22, 2007 4:46:00 PTG, Blogger weAr

nukilan sendiri ker ni BP?

 

Khamis, Mac 22, 2007 5:56:00 PTG, Blogger 13may

BP,
Buat tentang Penang plak...

hehhe...

 

Khamis, Mac 22, 2007 6:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam menyinggah. bagi saya kalau sajak guna bahasa terlampau berbunga orang kurang paham dan kurang ambik peduli dan kurang terasa hati. ya ya...jika anda baca sajak ni pada hari wilayah nanti apa kata orang2 yang berpangkat tu ya? agak2 anda kena pangkah tak? huhu...

 

Khamis, Mac 22, 2007 7:47:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Aku tak reti nak komen sajak.

Tapi syabas!

 

Khamis, Mac 22, 2007 11:19:00 PTG, Blogger ontahsapo

bab kangkang tu patut dijelaskan lagi, kurang paham...

 

Jumaat, Mac 23, 2007 5:23:00 PG, Blogger khairyn

Kalau tersesat di ibu kota sekitar 3am, saya seakan terdengar keluhannya. Penat, letih barangkali.

Kadang-kadang bila 'berpeluang' melihat kehidupan di lorong-lorong gelap, saya terfikir apa maknanya tanah air sebagai 'negara Islam' yang dibangga-banggakan tu?

Dah berkali-kali diturunkan bala, masih tak ingat-ingat lagi.

 

Jumaat, Mac 23, 2007 9:03:00 PG, Blogger Unknown

aku pong muak melihat kuala lumpur.. ehehe dats wai ai larik2 from there ahaha

 

Jumaat, Mac 23, 2007 11:56:00 PG, Blogger NBK466

Ekau nie SAH jiwang serta puitis.. nak ikutkan KL tuh cuma tanah yg takda nyawa..yg bernyawa tuh yg buat KL menjadi NODA & DOSA..

 

Jumaat, Mac 23, 2007 12:25:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Aisehh, setiapkali nak komen puisi ni, aku mesti garu kepala dulu, bang... Sebab aku memang tak pandai berpuisi.

Metaphor di setiap rangkap nampak kreatif, punya cara tersendiri dan mesej yang disampaikan pun sangat mudah difahami... Tahniah!!

Agak-agak orang pompuan tak marah ke dengan puisi ni..??

 

Jumaat, Mac 23, 2007 4:31:00 PTG, Blogger maklang

I duduk jauh dari kolumpur....

 

Jumaat, Mac 23, 2007 4:32:00 PTG, Blogger Pa'chik

purp, ko kena jugak letak kaki kau tu dalam kasut pemimpin macam aku ni...

baru kau tau penatnya, bini aku bukan macam bini kamu para marhaenis, asik nak tukar itu, ini, takleh tengok member tukar, nak tukar gak. Anak takde nak pakai keta mesia ni, nak kena pakai yang mahal-mahal punya. Apa kelas takat seratus dua ratus ribu tu.

tu tak kira lagi yang nak kena bagi dekat.. ehem! ehem! lagi.. ko paham la yang ni, takleh tulis, nantikan bini aku baca, susah ooo....

hahaha....

 

Jumaat, Mac 23, 2007 4:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Puisi ini sesuai dibaca waktu merdeka nanti, tapi memang manarik puisi ni, nak berguru boleh hehehe

Sajak buat Bangsa
Aduh tingginnya menara itu
Hadiah kita buat dunia
Setinggi itu kah maruah kita
Dimata Dunia.....

Indah sungguh binaannya
Bangga mendabik dada
Perkerti kita pula makin hilang indahnya
Mengeleng kepala pada siapa....

Harumnya bunga itu
Cantik berseri berbagai warna
Tapi bunga bangsa ku
Bagai hilang seri dan harumnya.....

Menara itu tegak berdiri
Lambang kejayaan dan kemodenan
Tapi bangsa ku makin layu dan rapuh
Dipukul rakus ombak kemodenan.....

 

Jumaat, Mac 23, 2007 5:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Wear
Belajar-belajar. Main-main jer wear... :)

13may
Aku bukan orang Penang. Jadi, tak dapatlah aku bercerita tentang karenah Penang. He he he

eisraa
Puisi ini lebih kepada metafora. Saya tak pandai nak menyusun ayat berbunga-bunga.. :)

Jiwa kota itu sudah kasar jadi sesuai agaknya kot disampaikan dalam bahasa yang kasar... :)

Pegawai
Aku pulak tak reti nak komen teater kau. he he he.

Tq

Ontahsapo
Kita mungkin tak akan faham. Cuma pros di celah-celah Bkt Bintang dan kawasan yang sewaktu dengannya itu jer kot akan faham. :P

Iman
Kesian lagi penghuninya... :)

Khairyn
Nafsu nafsi....

Indah cuma pada kosmetiknya... :)

Lindosh
Dah terpaksa. Cari makan...... he he he

nbk
Puisi 'kasar' dan berbunyi 'kurang ajar' tu pun kira jiwang ke.. ha ha ha

Pasal noda dan dosa tu, ekau betul..!

Indera
Terima kasih. Susah juga rupanya menulis puisi bernada yang sama di hujungnya dan bersukukata seimbang (12). Dan tujuh baris...he he he

Itu cuma metafora. Puisi ini bukan tentang suara hati dan keluhan perempuan tapi suara hati dan keluhan kota KL. :)

Tapi tak sekasar bahasa Salleh Ben Joned rasanya kot.. :)

maklang
Kalaulah berpeluang dapat tinggal di kampung kan best.....:)

pa'chik
Ha ha ha....Sarkastik juga pa'chik ni ek...

2 baris terakhir itu juga yang dihighlight ek.. he he he.

Am
Tq. Sambil-sambil jer Am....he he he...

Sajak itupun apa kurangnya. Menara itu banyak 'wajah'nya.....:)

 

Jumaat, Mac 23, 2007 5:51:00 PTG, Blogger Unknown

lepas ni minta encik gitartong buat jadi lagu.. hoho..

 

Sabtu, Mac 24, 2007 12:12:00 PG, Blogger BaYu SenJa

pak jawok,
blackpurple..
saya setuju dengan cara ini..
bukan masa berlembut lagi dengan kebobrokan merosak dunia.
Biar pedih dan serius menyatakan realiti kemusnahan akhlak anak Malaya..

 

Sabtu, Mac 24, 2007 12:47:00 PG, Blogger banggugar

salam..
buat lagu nanti ala2 hindustan..
baru mengancam.. huhu (",)

 

Sabtu, Mac 24, 2007 8:01:00 PTG, Blogger Pa'chik

purp, tulis la pasal sjer tu, yang sarikat tidak tertakluk kepada peraturan perlu ada 30% tenaga kerja dari golongan bumiputera.

 

Ahad, Mac 25, 2007 1:11:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

waa..lama tak jenguk blog nih, dah macam2 berubah yer.ikhlas cakap,layout nie cantik dan sedap mata memandang.gambar lumpur di kuala pun cantik gak tu.

 

Ahad, Mac 25, 2007 4:23:00 PG, Blogger Pa'chik

waaa... sudah didekor ulang rupanya..

 

Ahad, Mac 25, 2007 1:07:00 PTG, Blogger Unknown

very blueshy la ko punya kata2. terangkat beb! lebih2 lg bila baca lpas kena dmam cmpak...ahak!

 

Isnin, Mac 26, 2007 8:41:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

wuaduh.....kuaget sun ngrungkoake swarane KL, kok iso?

 

Isnin, Mac 26, 2007 9:05:00 PG, Blogger ayu_mkay

alhamdulillah masih duk kat tempat yg di panggil kampung. nyaman dan menenangkan :)

 

Isnin, Mac 26, 2007 9:52:00 PG, Blogger shahril aley

BP - nampaknya ko skrg dah berwajah baru yep. kire nak tukar angin la. sejak bile ko dah terjebak dgn dunia penulisan sajak. lately ramai bloggers gemar masuk entry sajak.

 

Isnin, Mac 26, 2007 11:25:00 PG, Blogger kingbinjai

yeay! tukar template jua akhirnya kau

 

Isnin, Mac 26, 2007 2:38:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orochi
Mesti tak lulus untuk siaran radio punya... ha ha ha

bayu senja
Ya, ya. Untuk apa berselindung...:)

bang gugar
Rentak alternatif lebih sesuai rasanya kot :D

Pa'chik
WPI tu ke..? Nanti, kena cari idea dulu.. :)

Mr Penyubiru
Tapi aku tak puas hati lagi ni. loading masih lembab macam kura-kura. Entah di mana silapnya...

Azzam
Ha ha ha. Amacam 'campak' kau... dah 100% ok ke...?

nananging
Jakarta kerpiye mas...? :)

ayu_mkay
Bertuahlah... :)

Shahril
Sesekali Shahril... Belajar-belajar menulis puisi yang tak seberapa.. :)

King
Ha ha ha.

 

Isnin, Mac 26, 2007 3:47:00 PTG, Blogger Pnut

fuyooo kagum nya leh buat sajak (erkk sajak ke??) camni...ishhh kagum tak abeh lagi nih...

 

Isnin, Mac 26, 2007 7:41:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

'kak' pnut
He he he. Tq. Bila nak belanja makan nih....? :P

 

Rabu, Jun 27, 2007 9:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

assalammualaikum.

Bagus la ko nyer sajak. aku just nak komen je. tak salah ye?. jangan salahkan pemimpin2 kite. kan diorang uruskan negara, besar tanggungjawab diorang. kitalah yg main peranan dalam negara sebenarnya. cume kite tak takecare, tu yg jd mcm ni....

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 12:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Anony,
Memang setiap manusia adalah pemimpin. Tetapi pemimpin masyarakat apatah lagi negara besar amanahnya. Pemimpin yang memimpin jujur, mengikut landasan surah dan sirah memang wajib kita ikut. Tapi pemimpin yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawap wajib kita tegur. :)