Rabu, Mac 07, 2007
Aku menunda lebih 2 minggu sebelum dapat bercerita tentang yang ini kerana ingin memberi laluan kepada cerita lain. Kebetulannya hari ini 7hb. Walaupun begitu cerita tertunda ini tidak sedikit pun akan mengubah sejarah peribadi aku. Aku ingin jelaskan betapa berharganya masa lalu dan susur galur yang pernah aku lalui. Saat yang tak mungkin dapat dinikmati oleh generasi aku akan datang.

Orang tua dulu-dulu memanggil struktur di simpang jalan ini sebagai ‘angkruk’. Dulu tempat anak-anak muda melepak. Sekarang fungsinya sudah bertukar. Anak-anak kampung pun sudah ramai yang berhijrah ke bandar. ‘Angkruk’ ini sudah menjadi pusat bersosial warga Nepal dan Myanmar.


Pokok rumbia di depan rumah itu tinggal sebatang. Tinggi mengalah tidak berpelepah. Sudah di hujung-hujung nyawanya. Teman berpohon di sebelahnya baru tumbang menyembah bumi. Di perdunya tempat kami bermain pondok-pondok dan kahwin-kahwin. Atap, gam dan sagunya sudah jadi lipatan sejarah. Bila yang sebatang ini pun tumbang nanti, mungkin generasi aku yang akan datang hanya dapat mengenali pokok rumbia melalui buku atau Google Image.


Lokasi tempat aku kecil-kecil dulu mandi berbugil, berkubang, belajar berenang, menangkap ikan tempala (?) dan berakit batang pisang. Belajar menjadi lelaki dewasa. Hari ini airnya sudah mencetek, menyempit dan bersemak-samun. Airnya sudah keruh berbirat, tidak sejernih dulu. Bila kemarau panjang, parit ini kontang mengering sehingga boleh dilalui motorsikal atau basikal.


Bila airnya mengering, di dalam jambatan kalbat (culvert) itulah pernah tempatnya aku kecil-kecil dulu ‘bertapa’ mencari ilham atau merajuk bila dimarahi emak, abah atau atok. Di dinding dalamnya masih ada lagi gurisan-gurisan, contengan-contengan, jeritan batin dan karya seni abstraks (he he !) seorang budak kampung yang ditulis dengan batu laterit. Escapisme….?


Dulu pokok kekabu itu tidak setinggi dan serendang ini. Dulu-dulu menjadi tempat kami bermain polis-polis. Sekarang buahnya terbiar melandut begitu sahaja. Ahh…nyamannya melayan mimpi yang sempurna beralaskan bantal kekabu. Lebih lembut, lebih sejuk dan lebih nostalgik berbanding bantal sintetik.


Surau tinggal. Tempat aku belajar berjemaah dan bermain galah panjang di halamannya. Dulu atok imam kampung. Bila atok dan seorang demi seorang kawan-kawan seangkatan yang sama-sama meneroka hutan dan membuka kampung itu dipanggil menghadap Tuhan, surau semakin terbiar. Sekarang jemaah di situ telah bergabung dengan jemaah kampung sebelah.


Ini tiada kena mengena dengan cerita di Muor. Cuma untuk 'menujuhkan' gambar. Ini di Lembah Kelang hari Ahad yang lepas. Aku memasak mee bandung Muor. Siapa kata lelaki bujang tak reti memasak ? Nyum…nyum…nyum.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/07/2007 11:07:00 PG. |


57 Ulasan


Rabu, Mac 07, 2007 11:17:00 PG, Blogger Sastri

Hunn... main kawin2? keskeskes... i masa kecik dulu tak penah main masak2 ataupun kawin2 nih... main bola, main perang, main panjat2 pokok... dah geng pun dgn pakcik 2 org...

 

Rabu, Mac 07, 2007 11:41:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

emm... nanti ita amek gambor sekitar kg ita lak eh...ita wat entry k...

pssttt... mee bandung tue berminyak bp.... [but tahniah, pandai masak, untung arr sass nanti kan kan kan.....]

 

Rabu, Mac 07, 2007 11:59:00 PG, Blogger Unknown

BUdak2 zaman skrg bdk2 IT...main PS2, main game semedang..asyik berdepan dgn komputer..dorg dah tak rasa nikmat hidup kat kg, main panjat2, main kotor..bdk2 skrg wpun kat kg dah tak kotor cam bdk2 dulu.. (padahala diri sendiri pun masa kecik2 tak penah main kotor, main tanah, tp still rasa cam BP masuk bwh culvert tuh untuk lepak. skrg pun dah bdk2 dah tak leh main lg..air penuh jer)

 

Rabu, Mac 07, 2007 12:19:00 PTG, Blogger WRA

waah...bestnya suasana kampung...dapat imagine BP bermain2 dilaman surau tinggal tu...zaman kanak2 dulu best ek?

Laaa...lelaki bujang memasak sekarang memang dah tak heran sbb chef2 kat TV tu pun mostly lelaki....yg mengherankan bila lelaki yg dah kawin memasak....hehehehe

 

Rabu, Mac 07, 2007 12:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Melihat tempat kenangan dikampung memang menyeronokkan terutama tempat kena kejar dengan mak kita hehehe

Wah pandai BP ni masak rupanya ya, terliur Am hehehe

 

Rabu, Mac 07, 2007 12:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bro balik kg masa cuti CNY tu ek ? kalo mimie tau mimie gi skodeng bro kat umah Wak Samat pawang terkenal tu ....ari parit tu dulu2 kaler cam nes 'o kan bro . sejuk jer bile berendam

 

Rabu, Mac 07, 2007 1:33:00 PTG, Blogger pB

tertarik dengan gambar last..
tapi bukan pada mee bandung itu
tertarik pada botol botol ubat itu..

kenapa ek...begitu byk botol botol itu..??

 

Rabu, Mac 07, 2007 1:56:00 PTG, Blogger Unknown

BP, bila teringat zaman dulu2 mmg rindu kan he he.

tp bab gambar no.7, isk isk.... x bleh tahan.. kat KL mana nk dpt mee bandung muor best?

 

Rabu, Mac 07, 2007 2:10:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Dulu masa kecik main kawen-kawen..
Cuba dah besar-besar ni ko main kawen-kawen, Bang. Aku rasa, kalau tak mengamuk sakan Sastri, sajalah...

 

Rabu, Mac 07, 2007 2:12:00 PTG, Blogger me3n

tul ke mee bandung ko wat tuh? nampak macam maggi perisa kari jer hehe.

 

Rabu, Mac 07, 2007 2:13:00 PTG, Blogger aNIe

BP...bertuahnya BP kerana masih ade lagi tinggalan sejarah masa kecil yang bersisa di kampung tu...kalau kampung kak lady...rasanya dah takde dah....

Pokok rembia di kampung dulu pun dah pupus...semasa kecil disitulah orang2 kampung mengambil sagu rumbia untuk di buat kuih lempeng...kitorang budak2 kecik ambil kumbang rembia & diikat di kakinya....heheheh....

Nostalgia sungguh....

 

Rabu, Mac 07, 2007 2:14:00 PTG, Blogger pekan

oo.. kat puchong ker..? ramai rupanyer blogger dari puchong nie..

 

Rabu, Mac 07, 2007 2:34:00 PTG, Blogger ILA

oho...pok.kekabu tu skrang tmpat pontianak main lompat2 ker???

aha...mee kari tu, redy made kuttttt...snang jer buatnya:p

sya ada 1 set rempah beriani,rendang & evrthg import dr Muar:)

 

Rabu, Mac 07, 2007 2:46:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas
Kami juga main lontop, main baling tin, main getah 'tagen', main lastik, :D

Syahdu. Dah semakin pupus permainan itu sekarang... :)

Ita
Terima kasih kepada Saudara Md Rabu yang memberi diskaun harga perencah mee bandung jenama 'Barkat'nya itu.. he he he

Anielza
Budak-budak muda kota (yang spara rosak) sekarang pun suka lepak bawah jambatan juga tapi menghisap madat...! :D

Alex Lacey
Nostalgia itu terlalu mahal, tiada nilaiannya...

Ya. ya. Chef-chef yang terkenal adalah lelaki.. :D

Am
Pernah kena hambat juga dengan tali pinggang dan raket badminton. Dulu-dulu la.. :D

Tak nak belajar ke Am buat mee bandung Muor..? he he he

Mimie
He he he. Wak Samat tu lama dah tak jumpa. Biasa berdukun dengan dia ke..?

PB
Saya ambil 1 set penuh food supplement Nutrilite tu PB. Ada dalam 11 ke 12 botol. Sekali makan segenggam.. :D

Amora
Kalau makan di kedai di KL ni, tak boleh jamin keaslian rasanya. Entah apa-apa rasanya. Selalu buat sendiri bila gian nak makan. Pakai perencah jenama Barkat tu, tapi tak dijual di sini.
Nak cuba ke..? he he he

Indera
He he he. Sensitif tu Indera....Jangan sampai tersebut !

ad3ck
He he he. Kalau kau rasa, mesti menangis punyalah. Aku pun kagum ni, macamana aku boleh masak mee bandung selazat itu. Pergh....!

Kak lady
Kampung-kampung di Johor terutama yang dalam-dalam masih suci, belum dinodai 'keurbanan' sangat. Tapi permainan2 klasik dah semakin pupus rasanya...

Ya, ya. Seronok 'menyeksa' kumbang bertanduk itu kan..

Pisces
Bandar satelit lah katakan. Bakal kosmopolitan tu. he he he...

Ila
Pokok itu jadi sebahagian dari hiasan lanskap. Ornamental. :D

Itu mee bandung Muor la. Memang pakai perencah pun, cuma tambah air, telur, daging dan sos sesuka hati. he he he.

 

Rabu, Mac 07, 2007 3:15:00 PTG, Blogger Unknown

ikan templa tu ikan apa yerk? owh, pandai memasak.. boleh aku nak rasa mewe bandung..? hehehe...

 

Rabu, Mac 07, 2007 3:26:00 PTG, Blogger achik

cam sedap je mee bandung tu... selalu kalau makan kat kedai mesti rasanya macam mee sos tomato...

 

Rabu, Mac 07, 2007 3:43:00 PTG, Blogger DeeN

Nostalgia yang tak boleh dibeli dgn wang ringgit. Kalo ikutkan hati, leh tangkap syahdu neh. Nanti bila dah tua (kalo panjang umur) akan lebih terasa lagi detik2 sejarah - pahit manis masam masin -

Ko pandai jer tunjuk gambo mee jawa tuh, lepas nih nak suruh makcik aku org muor tu buatkan hekhekhek . . .

 

Rabu, Mac 07, 2007 4:38:00 PTG, Blogger zwitterion

ko ni buat aku terliur je tgk mee bandung tu ptg2 mcm ni..

 

Rabu, Mac 07, 2007 4:56:00 PTG, Blogger Lan Rambai

ko ko letak gambar ko masa kecik2 dulu lagi best weii...

 

Rabu, Mac 07, 2007 5:12:00 PTG, Blogger Pa'chik

sory dude, aku nak jawab kumen achik tu, kalau kat kedai yang tukang masaknya pekak, macam tu la, mereka tak guna perencah asal pun, cuma guna ciliboh, sama cili sos saja.

kampung aku takde sungai, cuma belajar berenang taim banjir saja.

 

Rabu, Mac 07, 2007 7:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orochi
Meh la datang rumah aku. Kalau kawan-kawan aku caj RM5.00 jer sepinggan. He he he

Achik
Mee bandung kat KL tak boleh percaya. Entah apa-apa dibubuhnya. Hilang terus rasa keasliannya.

Nur@ddeeen
Memang syahdu yang amat pun masa menulis cerita ini. Lagi-lagi kalau tengah sendiri-sendiri...Boleh menitis air mata ingat balik susah-payah masa kecil dulu-dulu.....

Itu bukan mee Jawa. Itu mee bandung Muor la.. :D

Zwit
Maaf la. Tak teringat pun nak 'meliurkan' kau... :D

Lan
Ha ha ha. Nanti aku pertimbangkan cadangan kau tu ek...

Pa'chik
Sebab itulah malas nak order mee bandung muor kat kedai makan kat KL ni. Mesti rasanya entah apa-apa. Mana ada mee bandung muor letak sotong, taugeh semua beb..!

Rugi la tak merasa mandi parit / sungai...

 

Rabu, Mac 07, 2007 8:02:00 PTG, Blogger Kemat

"Ini tiada kena mengena dengan cerita di Muor. Cuma untuk 'menujuhkan' gambar. Ini di Lembah Kelang hari Ahad yang lepas. Aku memasak mee bandung Muor. Siapa kata lelaki bujang tak reti memasak ? Nyum…nyum…nyum."

ko buat open house, masakkan mee bandung untuk kami sebagai bukti kamu emmang pandai masak..

teringin makan mee bandung la plak

 

Rabu, Mac 07, 2007 8:07:00 PTG, Blogger Pa'chik

teringin nak makan mee bandung indonesia, pandai masak?

 

Rabu, Mac 07, 2007 11:16:00 PTG, Blogger BaYu SenJa

kesian bayu kat sini, boleh terliur je tengok mee bandung tu..
isk, tak patut :)

 

Rabu, Mac 07, 2007 11:22:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Ingatkan saya sorang je suka conteng dinding..rupenya ada yang lebih dahsyat hehe..

Promote amway nampak..dulu buat MLM ni ke :)

 

Rabu, Mac 07, 2007 11:29:00 PTG, Blogger lassadad

selalu dengan ending poto makanan
*ngiler*

 

Khamis, Mac 08, 2007 3:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

waduh rindu banget dengan kampung yang betul2 kampung itu. rindu dengan pokok2 hijau. mee tu nampak sedap tapi cam tinggi je kolestrolnyeee... rasanya camne eh?

 

Khamis, Mac 08, 2007 10:40:00 PG, Blogger DeeN

"Itu bukan mee Jawa. Itu mee bandung Muor la.. :D"

Aiseh, silap tulih plak! Hehehe.. mungkin aku teringatkan mee itu taim pegi rumah kawan aku kat Banting itu hari hehehe...

 

Khamis, Mac 08, 2007 11:39:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

erm...nmpk menarik je mee bandung Muor tu. xde ke rase cam nak bg orang lain rasa? :D

 

Khamis, Mac 08, 2007 11:42:00 PG, Blogger achik

pa'chik, ooo baru saya tau tukang masak tu pekak rupanya ;p

mana nak dpt perencah berkat tu?? kat kl ni ada jual ke?

 

Khamis, Mac 08, 2007 12:19:00 PTG, Blogger NBK466

Patut angkruk tuh diupgrade dgn internet setra berhawa dingin.. baru ler ikut peredaran semasa..he..he.he..

 

Khamis, Mac 08, 2007 1:11:00 PTG, Blogger ILA

owhhh..kal.guna prencah yg dah sedia ada..masih tak aci lagi tu...org nak yg "pure" ler..baru bley passsss dirikan masjid:p

 

Khamis, Mac 08, 2007 2:29:00 PTG, Blogger kasutVINCCI

wah nostalgik sunggoh. Nanti blk kampung, kv nak tgk la apa lg yg tertinggal. Boleh wat en3 nanti.

Eh, sorang suka no.7, sorang lg suka no.8. Wah wah wah....

 

Khamis, Mac 08, 2007 3:30:00 PTG, Blogger sinaganaga

Singgah Bakri weh raya nanti! :)

 

Khamis, Mac 08, 2007 3:56:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orochi
Ikan tempala itu aku pun tak tau ikan apa. Aku translate dari bahasa Jawa, ikan tempolo.. he he he

Kemat
Boleh. Apa salahnya. Confirm dulu bila nak datang. He he he.

Pa'chik
Mee bandung dan sirap bandung tak ada kena mengena dengan Indonesia la pa'chik.. :p

Bayu
Kesiannyaaa dia..... :D

Iman
Saya conteng berseni.. he he he

Saya dari dulu memang pengguna yang setia...:)

Luthfi
Kemecer yo mas..? :D

Eisraa
Kampung yang tipu pulak macamana..? Kampung Baru ek..:D

Kolestrolnya memang boleh tahan. Udang, daging pelbagai.. :D

nur@ddeen
Mee bandung dgn mee Jawa jauh benor bezanya tu, baik rupa atau rasa... :D

Cikin
Boleh. Meh lah ajak kawan-kawan datang sekali.. he he he

Achik
Kalau nak, boleh. Ada juga kawan-kawan blogger yg kirim, macam 'kak Pnut' tu. Di KL memang tak ada jual yang jenama ini..

nbk
Nanti aku cadangkan pada YB ADUN. Masalahnya YB pun dah 3 tahun tak nampak muka nih.. :D

K Binjai
Tak dijual beli..

Ila
Tak juga. Kalau tak pandai adjust sukatannya, rasanya lain. Tapi nak dirikan masjid kena pandai buat mee bandung ke..? He he he.

Kasut Vincci
Sila sila.

:D

Sinaganaga
Orait. Aku set jer... :D

 

Khamis, Mac 08, 2007 4:25:00 PTG, Blogger Pa'chik

purp, aku nak jawab achik lu lagi sekali.
tukang masak tu dikatakan sebagai pekak pasal tak dengar orang kata cara dia tu salah. Tak dengar=pekak la tu.

 

Khamis, Mac 08, 2007 6:28:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam,

Saya geleng-geleng kepala baca entri ini yang membawa saya kembali ke zaman kecik-kecik di kampung. Alahai, sebak rasanya dada mengenang keindahan dan keikhlasan suasana itu. Terima kasih BP untuk nostalgia ini.

 

Khamis, Mac 08, 2007 7:31:00 PTG, Blogger TedungS

alahai, sebak aku baca entry ko ni, teruamanya yg last skali tu. mee bandungggggggg..!

 

Khamis, Mac 08, 2007 8:30:00 PTG, Blogger zino

tekonang kampong den.. hehe..

 

Khamis, Mac 08, 2007 10:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

peh! syahdunya..

 

Jumaat, Mac 09, 2007 1:58:00 PG, Blogger Unknown

owh org muar.. ape pon ko mesti nak tujuh gak kan eheh

 

Jumaat, Mac 09, 2007 8:46:00 PG, Blogger hakim dirani

Ya, saya yang bujang ini juga pandai masak. memang salah siapa yang kata mecam tu.

 

Jumaat, Mac 09, 2007 9:21:00 PG, Blogger Ajzie

Ajzie suka tgk gambar yg last sekali,, Mee bandung dalam pinggan claytan buatan Negeri Johor.. Mee dari Muar.. Pinggan dari Air Hitam.. Pil2 vitamin tuh dari Amyway..eik?

 

Jumaat, Mac 09, 2007 10:33:00 PG, Blogger NJ@Goboklama

sedih tengok surau tinggal tu.. eikk, mee bandung muor tu pakai perencah segera ke?

 

Jumaat, Mac 09, 2007 11:56:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

nantik anak ko sure 7 orang...

hmmm...kat kampung memane pon skang susah nak jupe parit yg seswai buat mandi manda. kat kpg aku pun sama, dah semak samun n cetek ar.. isk isk..sedih.

 

Jumaat, Mac 09, 2007 12:58:00 PTG, Blogger ZaKiN

uiksss..balik muor lagi erk.. banjir ker dulu.?? teringat zaman kecik2 kat kluang.. uwaaaaaa.. tak mungkin kembali lagi.. huhuhuhu

 

Jumaat, Mac 09, 2007 3:20:00 PTG, Blogger Unknown

mandi parit...bestnya, teringat pulak zaman kanak2 mandi parit kat rumah atok..

BP takde gambar masa kecik2 ker?? masa tgh nakal tu??

 

Jumaat, Mac 09, 2007 3:21:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa'chik
Lain kali cakap direct jer pa'chik.. :D

B Rampai
Dua entri akan datang, InsyaAllah dari sudut yang lain pula. :)

Ya. Bagi yang pernah melalui sejarah yang serupa, tak kiralah di bumi mana sekalipun, akan ikut terkenang-kenang semula. Sebak dan jiwa sedikit 'terkuis' bila teringat-ingat zaman-zaman lalu yang dah jauh ditinggalkan. Tambah sebak lagi, bila sesekali balik ke kampung segala dunia kita dulu hanya tinggal sisa-sisa dan dah jadi tinggalan sejarah. :)

TedungS
Kita kira sejiwa la ni ek. Mee bandung tu bukan syahdu, itu 'ngiler' dan 'kemecer'... he he he

Zino
Kampung mana zino..? he he he

Yang tiada kampung tak merasalah syahdu mengenang kampung halaman ek.. :D

Gitartong
Sesekali... Bila dah pandang ke depan, sesekali nak juga toleh ke belakang :)

Lindosh
Bukan Muar la.. MUOR.. !he he he

Hakim
Kamu di rantau orang, tentulah lebih mahir memasak agaknya... :)

Ajzie
Wah... Tengok gambor pun boleh tau pinggan tu buatan mana ek..? Dulu asal Johor jugak ke..? he he he

Qisst
Surau tu juga tempat kami study semasa SPM dulu. :)

Ha ah. Perencah jenama Berkat buatan Muor..

Orang biasa
InsyaAllah. :)

Entri akan datang, gambar parit yang lebih teruk dari tu pun ada..

Maniq
Dah keluar dari persembunyian ke...? he he he

hari tu kampung selamat dari banjir...
Owhhhh Kluang... :D

 

Jumaat, Mac 09, 2007 3:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Yus
...termiss pulak.. he he

Perempuan mandi bugil gak ke..? tak kan.. he he he

Gambar masa kecil ada tapi tak sesuai kot nak dipertontonkan...

 

Jumaat, Mac 09, 2007 3:24:00 PTG, Blogger 13may

hehhe...teringat plak zaman budak budak aku:)

 

Jumaat, Mac 09, 2007 5:07:00 PTG, Blogger ontahsapo

aku memang tak tahan gambar seksi yg last tu... eh gambar cikgu suraya' kau takder ker...?

 

Jumaat, Mac 09, 2007 11:09:00 PTG, Blogger merapuman

nampak sedap tapi sedap ke? aku pergi aloq staq hari tu. tali air yg aku mandi bugil tu ada lagi :)

 

Sabtu, Mac 10, 2007 12:17:00 PG, Blogger KAMATO

Tang mee bandung tu yang tak tahan tenguk

 

Sabtu, Mac 10, 2007 3:56:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

13may
Ingat-ingatlah sementara boleh.. :D

Ontahsapo
Pergh..tepat..! Memang seksi..!

Gambar cikgu Soraya tak ada. Gambar cikgu Jamilah ada la.. ha ha

Merapuman
Sedapppppppp...

Tempat kitaorang panggil 'parit'. Biasa la.

Kamato
Kalu tak tahan boleh la masak lepas ni bang.. he he he..

 

Ahad, Mac 11, 2007 6:34:00 PG, Blogger Monster Mom

Yesterday once more....
Though tak dpt nak kembali semula but atleast kita dpt simpan kenangan silam disini buat tatapan anak cucu...eh.. bila lagi nak beranak cucu nih.. rugi buat blog elok elok kasi owang lain nengok jer...

 

Isnin, Mac 12, 2007 12:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

monster mom
'Yesterday' itu yang indah....

he he he. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu :D