Aku merasakan cerita yang diadun dalam Mukhsin itu terasa begitu amat dekat rasanya di jiwa aku. Filem berfokus zaman kanak-kanak yang sedang melalui zaman awal remajanya, sedang belajar mengenal erti kasih-sayang dan sedang tercari-cari sesuatu dalam hidupnya. Cerita ini tambah mengesankan lagi apabila berlatar-belakangkan lanskap yang sinonim dengan kehidupan era waktu itu. Penuh nostalgik dan jujur penceritaannya. Disokong pula dengan sinematografi yang ringkas tapi hidup dan mengesankan.
Ada bersulam kelucuan yang bukan sengaja diada-adakan untuk memaksa kita turut sama ketawa, ada terselit hiba yang bukan dibuat-buat untuk meminta kita ikut bersedih, ada watak agak sinikal yang bukan sengaja direka-reka untuk menyindir segelintir masyarakat kerana di sebalik ceritanya itu sememangnya membawa dan membuai kita dengan realiti yang sebenarnya. Istimewanya bagi penonton seperti aku yang pernah melalui era sezaman seperti yang ingin diceritakannya.
Aku tidak mahu terlalu berlebih-lebih memuji Yasmin Ahmad. Tapi aku juga tidak pandai untuk 'menghentamnya' secara nyata. Filem ini mungkin mengundang sedikit kontroversi jika dilihat secara halus dari sudut moral dan agama tapi aku bukan orangnya yang layak untuk mengupas dari sudut itu. Walaupun (atau mungkin aku yang tersilap atau jahil dalam mentafsir) ada beberapa sudut yang agak di luar logika samada dari segi cerita atau propnya (atau mungkin disengajakan), keseluruhannya filem ini memang cemerlang, sekurang-kurangnya bagi 'penonton biasa' seperti aku.
Aku hadiahkan 4.77 / 5 untuk filem ini.
TTFN
Sabtu, Mac 10, 2007 6:08:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sastri
Tahniah. Bukan berdosa pun kalau tidak menonton filem-filem kita. Sebagai 'pengguna' kan kita berhak memilih mana yang kita suka.. :)
Kalau filem itu ibarat makanan, kita kena juga memilih makanan yang berkhasiat dan berzat kan..? :D
Pa'chik
Jarang memuji filem Melayu sebenarnya Pa'chik. Bukan sebab anti tapi memang banyak filem-filem kita yang stereotype dan tak berpijak di bumi yang nyata...Syok sendiri.!
"Filem kita wajah kita.." Ye ke.? Ada la satu dua kot dalam sepuluh..
Yus
Di Malaya mula ditayangkan 8/3/07. Kalau ingin mengimbau kenangan 'cinta pertama' semasa kecil-kecil dulu, filem ini mungkin sesuai agaknya....
Neeziee
He he he.
Jangan makan makanan segera banyak sangat Neeziee...!
Isnin, Mac 12, 2007 9:06:00 PG, shahril aley
tahniah BP filem Yasmin Ahmad telah membuka hati & pandangan yang sayu orang melayu terhadap filem yang bagus di Malaysia sendiri. Dengan sejujurnya aku tidak pernah kecewa atau menyesal untuk menonton filem beliau kerana ia dilahirkan secara natural & sejujurnya dan bukan seperti penerbit yang lain hanya mementingkan nilai komersial iaitu RM. Aku merupakan salah seorang tidak sabar menantikan kehadiran filem yang diilhamkan beliau.
Isnin, Mac 12, 2007 11:55:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Debik
Rasanya tiada kontroversi sangat dalam 'Mukhsin' kalau nak dibandingkan dengan sequel 'Sepet' dan 'Gubra'. Kalau ada pun mungkin dari segi moral dan agama tentang 'percintaan' seorang pasangan kanak-kanak'(akan ada yang melihatnya sebagai maksiat mungkin)
eisraa
Hmmm.... Terpulang dari sudut mana ingin ditonton filem ini. Saya suka kepada cara dan latar belakang penceritaannya. Walaupun dari beberapa sudut saya tidak setuju dengan 'moral'nya. :)
Kak lady
He he he. Saya suka filem ini sebab nostalgianya. Nostalgia main kawin-kawin, rambut bertepek minyak rambut Tancho, berbasikal sekeliling kampung, main galah panjang, panjat pokok, banyak lagi.... :D
KelAmbu
Ok juga, yang penting ceritanya. Pastikan yang ori..ha ha
MohdIsmail
Betul...! :D
Orang biasa
Tahniah... ! tengok jangan tak tengok... :D
Xis
I like 'main kawin-kawin' scene... he he he
Ted
Best tak bestnya itu mungkin subjektif. Kena tengok dulu baru boleh menilai. Rasanya tiada kontroversi 'besar' dalam filem ini melainkan moral 'percintaan kanak-kanak' itulah kot..
Ainin
Seorang novelis berbakat memang selayaknya menonton cerita ini...! :)
Ayu
Baguslah tu.... Tengok dengan suami memang sesuailah.....:D
Isnin, Mac 12, 2007 12:27:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
B Rampai
First love... Hmmm.... Hanya yang melalui dan merasainya dapat bercerita dengan jujur mungkin...
Tetiba teringat cikgu Jamilah yang mengajar BI semasa darjah empat dulu. Boleh dikata first love juga ke..? :D
Salam kembali.
Ajzie
Saya juga terlalu selektif dalam memilih filem-filem Melayu. Itulah, ramai yang tidak bersetuju dalam beberapa isu dalam 'Sepet' dan 'Gubra' itu. Saya menjangkakan akan ada juga yang tidak akan bersetuju dalam satu-dua isu dalam 'Mukhsin'. Terpulang dari sudut mana kita mentafsirkannya...
Fysal
Kita serupa. Kalau begitu, kau memang WAJIB menonton 'Mukhsin'...
Bayu
Memang banyak kalau ingin dikongsi tentang cerita ini. He he he. Tak mengapalah. Biarlah kawan-kawan sendiri menontonnya ... :D
Marlina
Jangan tunggu lama-lama... :D
Cikin
Alah... Bukan mahal pun tiketnya Cikin.... RM7 jer... he he
Malasnya nak buat 'tag' tu... :p
Shahril
Tahniah juga untuk kau. Aku pun selektif dalam menonton filem kita. Kalau tidak cukup 'perisa' dan 'aura'nya aku tak akan membuang masa dan duit aku ke panggung.
Filem Yasmin biasanya mengundang kontroversi, tapi dari sudut lain ada rasional dan moralnya.
Bagaimana kita melihat masyarakat kita, itulah yang sejujurnya diceritakan oleh Yasmin dalam filemnya walaupun ada-kalanya agak 'keterlaluan', sarkastik dan sedikit meminggirkan nilai akhlak, budaya dan agama. Tapi kalau itu realitinya dalam masyarakat kenapa kita harus berpura-pura dan menceritakan cuma segala yang baik-baik dalam masyarakat ke dalam filem? Kan ?
KasutVincci
Kalau iklan pun sudah mempersonakan, apatah lagi ceritanya... :D
achik
Owh. Mungkin boleh menunggunya keluar dalam format VCD/DVD (pastikan yang ori tau..!) :D
Indera
Itu secara peribadi Indera. Kalau seorang penonton yang anti dengan filem sebegini dan menontonnya dari segi lain mungkin akan menghadiahkan tak sampai 0.77 untuk filem ini. :) :D
nbb
Kena memilih juga. Kalau filem seram biar betul dan logik seramnya. Kalau filem lawak, biar betul dan 'pandai' lawaknya.. :D
Orochi
4.77 itupun dah cukup bagus. Kebanyakan filem Melayu lain aku bagi tak sampai pun 2.77. He he he.
Isnin, Mac 12, 2007 2:59:00 PTG, DeeN
Hmm.. mungkin tak tengok kot. Bukan anti filem melayu, cuma banyak benda lagi yg lebih berbaloi utk dibuat selain menonton wayang yg bila selesai menonton akan terasa.. "aisey, rasa macam rugi plak. silap ar pi tgk wayang.."
Aku mmg begitu, Nyesal dulu pendapatan, nyesal kendian perbelanjaan. Takkan balance sampai bile2..!!
* aiceh, ape aku ngarut neh!!
Isnin, Mac 12, 2007 3:32:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Encik Betul
Ya memang betul. Selera orang tak sama. Kalau sudah biasa makan nasi dengan sambal totok, manakan mahunya kalau disuruh makan lasagna.. :D
Amora
Itulah dia. Kalau tak suka tengok, duduk diam-diam tengok Berita RTM1. :D
Azhar
Alah...sekali-sekali datang pun dah cukup. Kalau selalu takut jemu pulak nanti :D
NurAddeen
He he he. Itu ekonomi terpimpin namanya :D
Kalau boleh nak tengok juga 'Lelaki komunis terakhir' dan 'Apa khabar orang kampung' tapi sayangnya 'mereka' menganggap kita terlalu 'bodoh' untuk berfikir dan membezakan mana yang betul dan mana yang salah sehingga mahu diajar apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk ditonton... (Eh... macam terkeluar tajuk la..ha ha)
Selasa, Mac 13, 2007 9:54:00 PG, ILA
Saya baru nak buka entry baru pasal Mukhsin, tpi BP dah mendahului rupanya.
Kami sekeluarga terhibur dgn jalan ceritanya.Tidak m'biarkan penonton merasa bosan lebih dr 5 saat.
Apatah lagi pengambaran byak di lakukan di sekitar Kuala Selangor,tmpt kegemaran sya.
cerita ini adalah b'landaskan reality yg pernah terjadi ttpi tak di nafikan Yasmin punya filem nie..masih tak leh lari dgn unsur keterlaluannya...contohnya..ade ker..Emak C Orkid menari d tgah2 ujan & beberapa adengan lain..hmmm~~
Selasa, Mac 13, 2007 2:06:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa’chik
'Filem kita wajah kita’. Wajah yang bertopeng, bertempek kosmetik dan cucuk sini cucuk sana ek...
Filem cerita pasal Mat rempit dan bohsia semua dah ada, pasal komunis pun ada, pasal segala macam spesis hantu pun dah ada. Pasal blogger bila lagi pa’chik… ? Ha ha ha.
Ontahsapo
Ha’ah. Yang penting aku tak sempat mengantuk di dalam panggung. Nak menoleh ke arah lain pun rasa rugi. Lagu keroncong itu pun syahdu….
Art
Yelah Art. Bukan selalu dapat jumpa filem Melayu yang betul-betul berpijak di bumi yang nyata. Filem bukan semata-mata pelakon yang cantik dan seksi tapi 'jiwa' dan pengisiannya. Aku rasa kau lebih arif tentang seni ni kan. :)
Anony
Owh...kamu suka juga babak 'main kawin-kawin' tu ek.. Sama la..:p
Lindosh
Si Ayu yang mulut 'laser' itu pun berkesan dan bersahaja lakonannya.
Kingbinjai
Aku tunggu ulasan kau. Aku rasa tentu kau akan mengupasnya dari sudut yang lain ni kan... :)
Ila
He he he. Kalau nak ulas sekali lagi pun apa salahnya Ila. Setiap orang mungkin ada perspektif yang lain untuk diulas. Kan…?
‘Kerterlaluan’ itu bagi saya subjektif. Terpulang dari sudut mana dan bagaimana kita mentafsirkannya. Selain dari babak tarian itu, babak-babak lain seperti babak selepas sembahyang jemaah, pasangan kanak-kanak berkasih-kasihan dan satu dua adegan lain juga ada yang mempertikaikannya. Tapi saya menilainya secara mudah. Kalau memang ada di dalam masyarakat kita sebegitu, memaparkannya di dalam bentuk visual filem bukanlah sesuatu yang janggal.
Bagi saya, lebih janggal dan ‘keterlaluan’ contohnya, aktres ‘tua bangka’ yang kononnya sudah ke Tanah Suci tapi mempersendakan isteri Rasulullah. Atau sudah bergelar Hajjah tapi masih mempamerkan pangkal buah dadanya. Atau artis-artis kita yang terbuka sana sini dan mencari ‘rezeki halal’ (kononnya), pandai pula mengungkapkan kata Alhamdulillah, InsyaAllah (walaupun pada tempat yang salah)….… Itu bukan di dalam filem tapi secara realiti..!
Dan saya tertarik bagaimana Yasmin menyindir masyarakat Melayu kita yang suka berhutang, membeli secara ansuran dan suka menyibuk hal orang. Dalam kita tertawa melihat adegan itu, kita sebenarnya mentertawakan diri kita sendiri…
(Wah… ‘ter’panjang pula komen ini :D)
Saudagar Mimpi
Ya. Ya. Mana boleh tak perasan. ‘Eksyen’ dan bangga juga sebab pasukan Muar FC berjaya masuk ke dalam filem. He he he
13may
Akupun pilih-pilih juga. Kalau filem Melayu macam yang ini atau filem-filem Afdlin boleh la sesekali ‘layan’ di panggung…. Lepas ni nak tengok Acocalypto & Primeval pulak tapi DVD jer la.. :D
Raden
Selamat datang ke dunia Jowopinter !
Hidup Jawa...! :D
Am
Perspektif orang mungkin berbeza bila menonton filem ini Am. Bagi saya, ambil yang positif. Kalau nak cari kontroversi, kontroversi bukan saja di dalam filem, tapi ada di mana-mana.
Jamri
Itulah. Macam respon aku untuk komen kawan-kawan blogger di atas-atas itu. Terpulang pada perspektif masing-masing.
Kalau ingin bercerita kontroversi tentang moral, agama dan budaya, bukan sahaja di filem, Berita di TV pun banyak 'mengarut'nya. :)
Lovelyzz
He he he. Si Ayu itu memang natural lakonannya. Kelakar dan bersahaja... :D
Khamis, Mac 15, 2007 12:00:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nbk
Tak sempat nak ber'jiwang' jang. Filem itu banyak yang tersiratnya... :)
PB
Ini lebih best dari Cinta. Bagi saya la.. :)
Kak Sya
Kalau kak Sya berkesempatan tengok 'Muhsin' ini lebih banyak nostalgia lagi yang akan mengingatkan kita zaman kanak-kanak di kampung dulu. :)
Zwit
Tak juga. Kalau tengok sorang-sorang pun aku akan katakan best jugak... :p
bang gugar
Salam. Selamat datang ke dunia Jowopinter.
Kali ini kontroversinya tak terlalu nyata kot..
13may
Kau sepupu-sepapat David Santos tu ke .. he he he
Norasiah
Tahniah...! Si Ayu yang mulut laser itu pun berkesan dan selamba lakonannya kan... :D
Sabtu, Mac 17, 2007 5:33:00 PTG, Azhad
Mukhsin; cerita Orked semasa kanak2
Gubra; cerita Orked ketika dewasa
Sepet; cerita Orked semasa remaja
Filem terbaru Yasmin ini memang layak mendapat rating yang baik kerana ceritanya mudah tetapi sarat dengan yang tersirat.
Begitu juga dengan filem Sepet dan Gubra, Yasmin sentiasa cuba menyampaikan sesuatu melalui filemnya. Walaupun begitu Mukhsin kurang mengandungi isu2 hangat seperti filem2 yang terdahulu.
Filem ini wajar ditonton kerana secara langsung atau tidak langsung kita semua pernah melaluinya iaitu seperti Mukhsin.
yaa... mengaku bersalah kerana kurang menyokong industri perfileman melayu masa sekarang dan hanya menonton beberapa karya yang dirasakan patut diberikan peluang...tapi bukan bermakna tidak menonton filem2 melayu langsung... karya seniman agung P.Ramlee masih mendapat tempat di hati ini... walau apapun, memang seronok dan puas hati menonton filem ini... thank you... :D