Lorong sempit di celah-celah kebun getah peninggalan atok. Jalan pintas kami berbasikal ke sekolah dulu-dulu. Dulu cuma bertanah gambut, sekarang sudah berturap batu merah. Selamat dilalui kenderaan ringan seperti basikal, motorsikal dan gerabak ringan beroda empat. Tapi hari itu, sepupu kami dengan bangganya bercerita kepada semua, dia berjaya melalui jalan ini dengan Kancilnya !
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Label: Siri balik Muor
Isnin, Mac 19, 2007 1:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sas
Kesemua itu ada lagi sekarang. Banyak cerita dan nostalgianya. Boleh dijadikan perhiasan takpun boleh simpan dalam muzium peribadi tu... he he he
pa'chik
Pokok itu boleh dikatakan pokok hiasan mewah. Harganya bergantung kepa trunk height dan kalau yang bercabang lagilah mahal, boleh mencapai ribuan ringgit.
Ayam kampung kalau dimasak semur..pergh.....
David santos
Hi...:)
(silap la hari tu tak tag beliau ni.. :D)
Yus
Lampu tu elok lagi cuma penuh jelaga la. Yang ni pakai minyak tanah. Yang moden sikit dari ini menggunakan karbait. :D
Owh... Wak Paiman yang ini bekas tentera.. :D
Lindosh
Diaorang entah ada blog entah tak... he he he
Zwit
Elok kau simpan. Kalau di bandar diaorang buat elemen lanskap ala-ala tropikal garden. :D
alaboleblah
Urong....Ijek warek wetengngey...he he he
Iman
Itulah untungnya jadi anak kampung. Cabaran menjadi dewasa dan nostalgia yang dilalui sewaktu kecil dulu lain dari anak-anak kelahiran bandar :)
Pegawai
Baik kau tangkap ganmbar sementara saki-bakinya masih ada. Esok-esok bila semuanya dah pupus dan kampung pun dah menjadi urban, sayang... :)
Ajzie
Kenal wak Paiman ke..? Garang dia tu... he he he
Bkt Mor itu sekarang dah jadi pusat rekreasi untuk orang yang minat mendaki bukit. Jalan Bkt Mor itu boleh menghubungkan Pt Jawa ke Batu Pahat via Pt. Yusof :)
Kamato
Lampu tedeng yang ini pakai minyak tanah bang. Entah ada jual lagi entah tak...
Isnin, Mac 19, 2007 1:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Ayu mkay
Bawah pokok getah itu sejuk dan nyaman tapi kalau petang banyak nyamuk...! he he he
'Mahal' nilai lampu tedeng tu...:D
orochi
Cikgu besor sekolah rendah aku dah meninggal la orochi. Al-Fatihah.
King
Ha ha ha. Kang tak pasal-pasal nama aku naik macam kes blogger wartawan wanita Indon tu pulak... :D
Cikin
Wak Paiman itu kira pemangku ketua kampung la.. :p
Jangankan ada blog, nak on komputer pun tak reti agaknya beliau...
Tedungs
Aku tak reti menoreh, mengangkit dan memusing mesin getah tu memang expert masa kecik-kecik dulu....he he
Itu R33. Ingat nak upgrade ke R34 pulak la bro.. ha ha ha.
Izinni
Di mana kampung ? Dah jadi bandar ek...
Di kampung atok saya, jangankan nak melintas jalan, nak baring-baring tengah jalan pun selamat lagi... :D
Gitar
Betul. Aku dah kumpul-kumpul saiz yang kecil, sederhana dan besar. Nak buat dekorasi rumah aku. Baru nampak klasik kan....
Isnin, Mac 19, 2007 2:56:00 PTG, izinni
kampung belah ayah di changkat jering, taiping. betui2 kat simpang tol. kereta lalu lalang ngalah kat bandar.
kampung belah mak di lenggeng, N9. masih terpelihara keasliannya tapi kami jarang balik sebab dah takde sesiapa disana.
kampung saya di PJ :D saya ni boleh dikira anak bandar jakun gak la! hahahaha .. sebab tu anak2 saya bila balik ke kampung suami di tapah road, saya suruh depa jadi jadi budak kampung panjat dan redah apa yang ada. :)
Isnin, Mac 19, 2007 3:38:00 PTG, ILA
yessssss!!!! akhirnya dpat masuk gakkk..selepas kali k-5 mg'hadirkan diri k sini.
apabila mlihat kebun getah dan lampu gasolin yg kat kpala tu...penuh m'berikan fobia pd kami skeluarga.Kerna Atuk saudara pnah hilang d tgah2 ladang getah .Kami hanya mnemui aksesori utk mmotong getah & basikalnya saje.Tiada b'kait dgn binatang buas @ pnculikan.Polis pun Poning kepala.
Cuma Nek saudara d beri ptanda mimpi yg suaminya dah k alam lain..hmmmm..entah ler...
Isnin, Mac 19, 2007 5:49:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Achik
Setuju. Masukkan babak menoreh sekali ek.. :D
Kemat
Tak pernah guna la dude. Kalau tak biasa pakai rasa panas kat dahi... he he he
Izinni
Owh macam tu.. Nasib baik masih ada kampung. Kalau tak ada kampung langsung lagi kesian ek..
Indera
Wah..kau punya jiwa seni lanskap juga ek Indera. Batu tu dipanggil pebbles.
Nak lagi nampak semulajadi buatkan earth mound, letak natural boulder dan masukkan elemen groundcover sikit... :)
Pa'chik
Dia tu ada darah Alfonso 'Delalbukaki' la aku rasa..... :P
Ila
Terima kasih la bersusah payah datang sampai 5 kali. Hilang sampai sekarang tak jumpa-jumpa ke sekarang dah jumpa Ila ? Misteri nusantara ni..
Debik
Terima kasih la sebab kagum kat aku. he he he.
Itula dia, 'gila' kat Oltromen macamana sekalipun kena ingat asal-usul kita..he he
Mana kau tau tahi kambing bulat2 Debik...? :P
Kak Lady
Saya abadikan cerita dan gambar-gambar ini dalam blog bukannya apa kak lady, sekurang-kurangnya jadi tempat saya menyimpan sejarah peribadi dan nostalgia lama. Tahun 2020 nanti boleh tunjuk blog ini pada anak cucu saya. (Dah bercucu ke masa tu..? he he he)
InsyaAllah...
Pisces
Lampu tu dipakai oleh penoreh getah. Sekarang ini dah jarang jumpa rasanya. :)
Lan
Ha ha ha. Kau nak bagi terbakar katil ke apa..? ha ha ha.
Selasa, Mac 20, 2007 3:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ad3ck
Banding dengan lampu Aladin 'hikmat' lagi lampu 'tedeng' ini... :D
Khairyn
Orang Kg Jawa, Panchor ke..? :)
Daun getah juga dah boleh dikomersialkan menjadi souvenir sekarang...
(Apa nak dimalukan pulak...:))
Qisst
Memang nyaman dan redup tapi kalau petang banyak agas dan nyamuk la... :D
Tempayan itu kena tempah rasanya sekarang, dan harganya agak mahal, diguna untuk perhiasan dan lanskap..
Nananging
Sesekali datang dan 'ngelencer'lah ke Malaysia mas... :D
Mummy Rizq
Elok jaga dan simpan, ada harganya nanti tu.. :)
Anielza
Di kampung kedua atok dan nenek saya ada simpan lagi beberapa biji. Mana nak cari lagi sekarang... :)
nbk
Sekarang ada orang 'mengobor lagi ke jang.. ? :D
PB
InsyaAllah. Kena tunggu saya balik kampung dan atok & nenek saya buat makanan Jawa, baru boleh tangkap gambor... he he he
Loveujordan
Salam kembali. Selamat datang ke dunia Jowopinter.
Anak kelahiran kampung memang tak dapat lari dari nostalgia sebegini :)
Rabu, Mac 21, 2007 8:53:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Mimie
Saya dulu tolong mengangkit susu getah dan memusing stereng mwesin getah jer... :D
Gambar tu diambil dari tepi jalan sebelah jirat cina la. Ha ah, kalau ke kanan arah ke kampung-kampung; Pt Jamil, Pt Salman, Pt Bulat bla...bla...bla... tu semua, ke kiri pulak arah ke Bakri :D
Noraisah
Sayangnya..... Banyak kegunaannya tempayan itu nanti. Kitaorang masih ada lagi menyimpan 2-3 biji. :)
Wear
Boleh pakai lagi. Sekarang tak pasti pulak ada jual lagi ke tak lampu jenis itu. Kalau yang baru, belum diguna sesuai disimpan buat perhiasan di dalam almari. :D
13may
Kau ni pengomen tegar ek. Mana-mana blog mesti ada komen kau. Tahniah !
Ha ha ha. Kecik hati uncle David Santos kau tu kang...
Mamarisyia
Jangan dikacau ibu ayam dah la. Kena kejar jer tak pasal-pasal nanti... he he he
Baby sihat ke MM..? :)
waaa... byk peninggalan sejarah tu... first time tengok lampu suluh antik tu... kalau tak ckp itu lampu suluh, harus i tak tau... laluan sempit tu nampak redup je ek... besarnyer gentong tu... err... shape dan warnanya macam buah ciku laa... :p