Jumaat, Mac 30, 2007

Bilik mandi dan tandas bernama ‘kamar sunyi’ di rumah atok itu letaknya di luar rumah, sebelah-menyebelah. Bila semua balik kampung serentak, kenalah ambil giliran untuk mandi ataupun menunaikan qada hajat.

Tidak lama dulu, suatu subuh. Hari masih gelap. Perutnya meragam, memulas-mulas. Tersilap makan agaknya.

Dia bergegas ke ‘kamar sunyi’ tapi berkunci dari dalam. Entah siapalah pula di dalam. Puas ditunggu tidak juga keluar-keluar. Lama sangat. Betullah, menunggu itu satu penyiksaan. Dia sudah tidak boleh menahan. Duduk tak kena, berdiri pun tak kena. “Isk… berak batu ke apa orang di dalam ni…!”, tapi berbisik di dalam hati sajalah. Ingin juga dia mengetuk pintu ‘kamar sunyi’ itu tapi takut terencat pula nanti hajat orang yang di dalam itu. Lagipun imejnya kenalah dijaga juga.

Ahh…Menunggu buah yang tak gugur memang sia-sia, tapi menahan ‘buah’ yang bila-bila masa akan gugur akan lebih sia-sia. Dia berkira-kira memang tidak sempat kalau dia terus menunggu di luar ‘kamar sunyi’ itu. Memang sudah sampai masanya. Silap-silap boleh terkucil. Lalu sambil mengekalkan momentum kemutan, dia mencicit lari jauh ke hujung tepi depan sempadan rumah. Di celah pokok-pokok kopi. Kalau sudah darurat bukannya ada pilihan lain, terpaksa. Ahh..lega !. Dalam kegelapan dan kedinginan pagi, sambil berkelubung kain pelikat, hajatnya itu disudahkan tanpa berbekas, senyap dan rahsia.

Sewaktu dia kembali ke bilik mandi, ‘kamar sunyi’ di sebelah itu masih juga bertutup. “Isk… orang di dalam ni tertidur ke apa …,” pun berbisik di dalam hati juga.


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/30/2007 03:27:00 PTG. |


54 Ulasan


Jumaat, Mac 30, 2007 3:41:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... gelak besar baca entri nih... isk isk... tak senonohhhhh tulllll.... LOL...

 

Jumaat, Mac 30, 2007 4:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ha ha...
dah tahu sape kat dalam tu?

 

Jumaat, Mac 30, 2007 4:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ha ha...
dah tahu sape kat dalam tu?

*kes lupa letak nama...ha ha

 

Jumaat, Mac 30, 2007 4:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam, ada soalan tak berkaitan kisah terkucil/kamar sunyi... boleh tumpang tanya apa nama saintifik daun salam? ke, dia ada nama inggeris...? tq v much.

 

Jumaat, Mac 30, 2007 4:47:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Haha..Apa jadi dengan pokok-pokok kopi selepas tu? Hidup subur ke terus mati? Kalau hidup subur..kena cuba elakkan dari membeli kopi keluaran kampung BP hehe

 

Jumaat, Mac 30, 2007 5:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas
Apa pulak tak senonohnya... Habis tu takkan beliau nak membiarkan dirinya terkucil di depan kamar sunyi itu.. Tercalar la nanti imejnya...he he he..

MohdIsmail
Rasa-rasanya tau siapa dia di dalam itu, tapi biarlah identitinya dirahsiakan..ha ha ha

lee lin
Nama botani pokok Salam yang biasa diguna untuk tujuan ornamental horticulture dan lanskap, Eugenia polyantha. Segenus dengan pokok jambu, mempunyai buah yang kecil yang rasanya seperti jambu air tetapi agak pahit dan kelat sikit.

Kalau spesis Salam yang itulah yang anda maksudkan. Saya tak pasti kalau ada daun Salam dari spesis yang lain...

Kalau tidak silap saya juga, daun Salam yang ini mempunyai kegunaan dari segi aplikasi perubatan kan...

:)

Iman
Isk..... ke situ pulak... he he he...

 

Jumaat, Mac 30, 2007 5:14:00 PTG, Blogger ILA

hehe...nak tau teramat sgat..spa yg kat dlam tu yeakkk???
pgajaran kat sini..sila buat "toilet" lebih dari satu.
Kalau buat "sinoman"(rewang)..tak der ler teruk d buatnya.Maklum ler...time knduri, byak mkanan masuk:p
ehhh...bila kau nak buat "sinoman" ha??? confirm ker..tahun nie??jeng..jeng..:p

 

Jumaat, Mac 30, 2007 5:31:00 PTG, Blogger Unknown

hihi n3 ni lawaklah BP. Saper kat dalam tu sebenarnya? Nasib sempat juga cari tempat nak lepaskan hajat kan..haha

 

Jumaat, Mac 30, 2007 7:06:00 PTG, Blogger Pa'chik

betul ke ada orang dalam tu?
kamu pasti?

 

Jumaat, Mac 30, 2007 10:09:00 PTG, Blogger weAr

kamar mandi lg luas..swimming pool di dlm?

 

Jumaat, Mac 30, 2007 11:30:00 PTG, Blogger Unknown

Ha ha ha... misterius sungguh makhluk yang mengeram dalam 'kamar sepi' itu. Tapi 'dia' yang membuang hajat sehingga pohon-pohon kopi yang tidak berdosa itu menjadi mangsa, lebih 'misterius' lagi. 'Dia' itu siapa ya?

Misteri betul ni.

~Spy Si Pembuang Hajat~

 

Sabtu, Mac 31, 2007 2:49:00 PG, Blogger adie

haha...kalu bab2 nak qada hajat nih,x bleh main2 tau.silap2 buleh terkuncil dalam seluar.

 

Sabtu, Mac 31, 2007 3:31:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah. kalau malam2 tak tatut ke nak pegi 2 bilik yang terasing itu?

 

Sabtu, Mac 31, 2007 5:12:00 PG, Blogger Monster Mom

ala.. biasa la tuh..
pokok kopi, pokok getah, pokok amra, suma mangsa mangsa awak ler gamaknyer! hehe...
patutla subo subor jer pokok kat kg awok ;yek!

 

Sabtu, Mac 31, 2007 10:30:00 PG, Blogger banggugar

salam,
baja asli yg menyuburkan mana2 tanaman juga.. tnyalah tkang kebun.

(",)

 

Sabtu, Mac 31, 2007 11:11:00 PG, Blogger silversarina

patutlah dia yang kat dalam tu sunyi menyendiri , nama pun kamar sunyi.....biji kopi tu mesti aromanya lagi kawwwww :P

1. siapa di luar ?
A. bp
B. atok

2. siapa di dalam ?
A. atok
B. bp

lulus tak soalan2 tu :D

 

Sabtu, Mac 31, 2007 3:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ila
Baru dalam peringkat perancangan untuk membina 'kamar sunyi' baru di dalam sebelah dapur pulak..

'Sinoman' tu bulan tujuh InsyaAllah..tapi tahunnya tak tau lagi la..he he he..

Yus
Kurang pasti, tapi rasa-rasanya tau la siapa. Masa tu di kampung semua adik beradik dan adik ipar balik kampung.....

Di kampung kalau 'darurat' tak jadi masalah, cuma masalahnya 'sempat' dan 'tak sempat' dan 'selamat' dan 'tak selamat' jer la..he he he..

Pa'chik
Pasti. Sebab 'kamar sunyi' itu cuma boleh dikunci dari dalam dan lampunya menyala.. :D

Wear
Swimming pool tak ada. Kolah ada la.... :D

Ainin
Rasanya tau siapa di dalam tu tapi biarlah identitinya dirahsiakan.

Kira pembajaan juga tu. :P

'Dia' itu seorang jejaka. Memang misterius sungguh beliau tu..he he he..

Mr Penyubiru
Betul. Tercalar imej nanti kalau terkucil dalam seluar / kain pelikat...ha ha ha.

Eisraa
Lokasinya cuma di tepi rumah jer, lagipun berlampu taklah takut sangat. Tapi kalau tengah-tengah malam & takut, berteman la. :)

monster mom
Eh... macam dah biasa buat jer ni. Biasa ke..? he he he

Bang gugar
Salam.

Kalau nak diikutkan haram berqada hajat' di bawah pokok buah-buahan. Tapi nak buat macamana, dah darurat.. :)

Loveujordan
He he he

1. Rahsia laaa siapa 'dia' tu....
2. Selain dari 'dia' ... di rumah waktu itu ramai orang, dan semua balik kampung, salah seorang darinya la di dalam tu...

He he he

 

Sabtu, Mac 31, 2007 4:02:00 PTG, Blogger Kemat

Banyak2 bilik kat umah, bilik kecil sunyi itu jugak yg direbutkan orang

 

Sabtu, Mac 31, 2007 4:55:00 PTG, Blogger Unknown

wa.. da lama tak membuang dlm tandas klasik macam tu.. da makin pupus.. hehe

 

Sabtu, Mac 31, 2007 9:46:00 PTG, Blogger ZaKiN

Wah.. kalo tunggu org tue kuar musti bersembur kat luar.. wakakkkaka..!!

Kalo lah takde pokok kopi tue.... pokok apa plak jadi sasaran menabur baja.. hehhehe..

 

Sabtu, Mac 31, 2007 10:48:00 PTG, Blogger tuan tanah

Rumah arwah nenek saya pun bilik air dengan kamar sunyi asing2.
Zaman sekarang ni bilik air dan kamar sunyi combined together. Susah gak kalau time nak gi toilet ada orang tengah mandi. Tensi woooo!

 

Sabtu, Mac 31, 2007 10:50:00 PTG, Blogger zino

kesian pokok kopi hehe

 

Ahad, April 01, 2007 12:45:00 PG, Blogger KAMATO

dan pokok kopi itu akan menghasilkan buat yang cukup kelat

 

Ahad, April 01, 2007 9:12:00 PG, Blogger 13may

hehhe...'bilik sunyi' tu aku selalu panggil 'bilik ketenangan'...hahha

 

Ahad, April 01, 2007 1:50:00 PTG, Blogger Unknown

kalu benar la ia 'pnunggu' brmakna ia telah jadikan 'premis'itu sbagai 'hak milik kekal'nya. huargh!

 

Ahad, April 01, 2007 2:07:00 PTG, Blogger ManjLara

wah, ade gak citer blogger yg misteri canggini ek.. pepon mekasih
sbb b'kongsi :)

 

Ahad, April 01, 2007 7:10:00 PTG, Blogger AyunasiA

memang ada jenis orang yang lama waktu qada' hajatnya. usus panjang. biasanya jenis yang membuang seminggu sekali. walau pun tak elok berlama2 dalam tandas, tapi kalau dah tabiat atau resmi nya begitu, memang tak boleh nak halang. kita merancang, Tuhan menentukan. hikhik.

 

Ahad, April 01, 2007 10:10:00 PTG, Blogger BaYu SenJa

menunggu 'buah' yang bila-bila sahaja mau jatuh itu lebih menyiksa...
baru kita sedar nikmat itu bukan sahaja waktu masuk,
tetapi lebih besar ketika keluar :)

 

Isnin, April 02, 2007 10:01:00 PG, Blogger Titicaca

apsal lepas baaca n3 ni tetiba hidung saya mengemus persis terbau sesuatu..erkk..

 

Isnin, April 02, 2007 10:01:00 PG, Blogger Titicaca

apsal lepas baaca n3 ni tetiba hidung saya mengemut persis terbau sesuatu..erkk..

 

Isnin, April 02, 2007 10:13:00 PG, Blogger ontahsapo

titicaca memang suka kentut pagi2... eh kau pernah terkucil ke bp?

 

Isnin, April 02, 2007 11:28:00 PG, Blogger Mummy Rizq

wei.. ko pun tau kemuts yer!

 

Isnin, April 02, 2007 11:40:00 PG, Blogger kingbinjai

so? so? so? sapa yang kat dalam kamar sunyi? ha? ha? ha?

 

Isnin, April 02, 2007 12:20:00 PTG, Blogger debikdebuk

macam2 la ko ni.... kamar sunyi yang penuh cerita...

 

Isnin, April 02, 2007 12:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

eugenia polyantha.. terima kasih. tak tahu lah dia spesis jambu ke tak jambu, tapi keluarga saya guna daun salam ni utk masak mi rebus. dan orang indon/boyan pun suka guna letak dalam kuah lodeh. yang tu la kot? tq very much anyway. ps: keluarga saya dari pt lapis ;)

 

Isnin, April 02, 2007 1:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kemat
Itu kan bank... ha ha ha

kel@mbu
Yang ini dah dikira agak moden la jugak. Yang lagi klasik tu yang pakai 'angkut' tu... he he he

Maniq
Harus... he he he

Pokok kelapa sawit kot... :P

Cik tuan
Sebenarnya bilik mandi dan kamar sunyi itu walaupun bersebelahan tapi bersekat ditengahnya, sebab itu pintunya oun asing-asing :)

Bukan setakat tensi tapi boleh 'mendatangkan kemarahan'.. he he

Zino
Sebenarnya bukan betul-betul bawah pokok itu, sipi-sipi jer...he he he

Kamato
Sebab itu kopi 434 lain rasanya. Agaknya lah..he he he

13may
'Tenang' ke dalam tu...? :D

Azzam
Apa yang nak di'tunggu'nya dalam tu... ? :D

manjlara
Dah boleh dikategorikan sebagai 'misteri' ke ni..?

Terima kasih kerana singgah di 'kamar sunyi'..ops silap, singgah di blog ini.. :D

norasiah
Owh..kalau usus panjang maknanya 'perjalanan' lagi panjang lah ek. Baruku tau.

Wah, boleh jimatlah air ek kalau seminggu sekali.

he he he

 

Isnin, April 02, 2007 1:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

bayu
Ya, betul !

Nasihat pakar pemakanan: Jangan lupa amalkan mengambil makanan berfiber.... :)

Titicaca
Hidung boleh mengemut ke..? :P

OS
Kalau yang 'kecil' pernah la terkucil. Dulu-dulu, masa budak-budak lagi la.. :D

mummy rizq
Kalau tak tau pun kenalah taukan... he he he

Kingbinjai
Rahsia..(sebenarnya sampai ke hari ini tak tau siapa di dalam tu...) he he

Debik
Kau kalau dalam 'kamar sunyi' sambil-sambil tu kau biasa buat apa ? Membaca ? Bermain sudoku ? Berangan ?

lee lin
Owh.... Saya rasa spesis Salam yang itu lah. Juga dipanggil Syzygium polyanthum.

Sama-sama. :)

 

Isnin, April 02, 2007 3:55:00 PTG, Blogger achik

uish lama tul org tu 'mengeram'... hehehe ;p

 

Isnin, April 02, 2007 4:04:00 PTG, Blogger pB

kalau dah darurat tu, mana mana pun jadik asal orang tak nampak..

BP, pB musykil lah...
betul ke ada orang kat dalam bilik kecil tu...

BP tunggu ker sampai orang tu keluar..??

 

Isnin, April 02, 2007 4:22:00 PTG, Blogger NBK466

1. Ekau nie mmg tak mengaku bila buat2 HAL cam nie

2. Pokok kopi th lah yg bakal paling SUBUR antara pokok2 yg lain...miah..ha..ha..ha..

 

Isnin, April 02, 2007 4:28:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

muahahahaa..
kalau dok kampung, desperate sgt nk melepas, tandas 'express' mmg slalu jadi pilihan... :lol:

 

Isnin, April 02, 2007 5:54:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Tak pasal-pasal je pokok kopi tu dapat baja free..

 

Isnin, April 02, 2007 6:15:00 PTG, Blogger Rie

kerja tu mesti rahsia kan...
jadi kamu dah pecahkan rahsia kat sini..
jadi yang berak tu BP lah..

tak senonoh sungguh!!

 

Isnin, April 02, 2007 9:08:00 PTG, Blogger Pa'chik

kamu nak berak berapa hari ni purp?

 

Isnin, April 02, 2007 9:35:00 PTG, Blogger TedungS

kalau taik keras teran lagi kuat. tk jadi kamar sunyi dah tu eheh

 

Selasa, April 03, 2007 9:36:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

kalau aku dulu di bawah pokok koko, belakang rumah byk pokok koko...

lepas tu aku timbus, weii ko timbus balik tak?

 

Selasa, April 03, 2007 10:31:00 PG, Blogger NJ@Goboklama

entah2 ada org.lain tumpang ehem2 kat situ. Dulu kitorang pernah tangkap satu couple kat kpg.

 

Selasa, April 03, 2007 10:35:00 PG, Blogger Sya

Ha ha .. bagus jugak org tu bagi baja kat pokok kopi

 

Selasa, April 03, 2007 11:59:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik
Dikhuatiri tertidur jer.... He he he

PB
Pintu kamar sunyi itu berkunci dari dalam dan lampu menyala maknanya ada manusialah di dalamnya :)

Kalau dah 'selamat' di celah-celah pokok kopi tu maknanya tak tunggu la..he he he

nbk
1. Ha ha ha
2. Kau minum kopi cap apa jang...? Kalau kopi 434 dari Muor memang berperisa..ha ha ha


Cikin
Macam dah biasa buat jer ni... :D

Indera
Berbakti pada bumi memang akan ada hasilnya. (Macam tak relevan pulak jawapan ni....)

Esis
Rahsia cuma waktu dan ketika itu sahajalah... he he he


Pa'chik
Biar betul-betul lawas pa'chik. Ha ha ha

tedungS
Kau ni, terlalu berterus-terang sangat la. Tak senonoh la kau. Itu kira sound effect la kan....


Jamri
Ha ha ha. Dulu Parit Jamil memang banyak pokok koko..

Kena la timbus...ha ha ha...

Goboklama
Isk...subuh-subuh tu. Takkan lah... :D

kak sya
Ya, ya. Pembajaan organik secara percuma. he he

 

Selasa, April 03, 2007 1:06:00 PTG, Blogger me3n

kegunaan lain kawar tuh ialah untuk ehem2 kan haha.

 

Selasa, April 03, 2007 3:19:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

BP,

Salam...lorrr...dalam pada berjuraian airmata akak kerana sedih bila membaca entry BP nie, tergelak juga akak dibuatnya. Sapa ler agaknya pemegang watak yang dalam kamar sunyi tu ek...

 

Selasa, April 03, 2007 3:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ad3ck
Memang itupun fungsi utama dia...he he he

Azwa
Salam kembali,

Entri yang mana membuatkan jadi sedih ni ? Takkan baca cerita 'hampir terkucil' boleh sedih.. :)

He he he. Watak hero yang hampir terkucil tu tak nak tau jugak ke..?

 

Khamis, April 05, 2007 2:09:00 PG, Blogger Izham Miyake

mungkin dia sedih baca pasal momentum kemutan.. hehehe. sedih tu...