Sudahnya atok akan mengajak cucunya ini juga. Jalan benteng berhabuk berlekuk-lekuk itulah satu-satunya jalan yang menghalalkan aku ‘merempit’ C70 kelabu abah itu tanpa perlu berlesen dan bertopi keledar. Atok kalau membonceng motorsikal, tangannya akan memegang erat besi di belakang tempat duduk itu. Badan kudut atok akan mengeras tegak. Bila aku membuat corner baring olok-olok pun badan atok masih mengeras tegak. Sungguh ‘gonjol’ aku waktu itu. Motorsikal itu bergetar kasar bila dipandu pada kelajuan tidak munasabah. Bila sesekali terlanggar lubang badan atok akan terlambung-lambung tapi tangannya masih memegang erat besi itu dan badannya masih tetap mengeras tegak juga.
Di pasar lambak itu atok akan berjalan dari pangkal ke hujung dan patah balik dari hujung ke pangkal, yang dibelinya mungkin cuma daun rokok, tembakau, cengkih atau minyak Geliga. Mungkin pasar lambak itu tempat hiburan bagi atok. Saban hari menghayun tajak dan parang pun agaknya boleh stress juga.
“Atok, kalaulah hari ini atok masih ada lagi, atok tak perlu membonceng dan memegang erat besi di belakang tempat duduk motorsikal antik abah itu lagi tok. Atok tak perlu mengeras dan menegakkan badan lagi. Badan atok tak akan terlambung-lambung lagi. Atok boleh duduk senyap-senyap, diam-diam bersandar di sebelah. Tapi sayangnya atok tidak sempat…”
Semoga roh almarhum atok sentiasa dicucuri rahmat.
Label: Atok, Retrospektif
Selasa, Mac 27, 2007 12:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sas & sas
C70 abah tu walaupun dah jarang digunakan, tapi sentiasa berkilat. Sesekali diguna untuk ke surau. :)
Kalaulah itu nombor yang betul, agaknya lagilah mahal tak terkata harga motor itu. He he he
Kamato
Ramai juga orang cari Honda jenis ini kan. Ada yang sanggup berhabis beribu ringgit semata-mata nak make up motor ni bagi cantik dan berseni lagi. :)
Menyesal pulak saya jual C90 buruk saya dulu.
loveujordan
Banyak kenangan pahit dan manis bersama atok.
Cerita aku dan atok
Ila
Bersyukur dan beruntung kalau masih mempunyai atok lagi. Saya cuma tinggal seorang nenek.
Rasa terkilan juga tak sempat belajar banyak ilmu-ilmu Jawa sebelum atok meninggal dulu. Maklumlah masa itu saya budak lagi. :)
Jamri
Ha ah. Kau kenal tak dulu Wak Usop dan Wak Map yang bawak bas tu..?
Aku berbasikal ikut jalan beteng itu dengan adik aku ke Parit Jawa beli Gila-Gila dan kaset cetak rompak. Ha ha ha.
Pa'chik
Berminat nak beli ke ni pa'chik...? He he he
Skyline ungu tu pakai nombor 77... :P
Art
Kau kira bertuah la dapat menumpang sesiapa. Aku masa Matrik dulu berpeluh menapak. Masuk tahun dua degree baru mampu beli motor, itupun kapcai buruk. Awek langsung tak pandang. Hu hu hu
bang gugar
Di KL ini seram sikit kalau nak bawa motorsikal, kena berjiwa cekal dan berani mati, maklumlah terpaksa bersaing dengan Mat Rempit. He he he.
Bayu
'Gonjol' itu macam 'kepala gila-gila' la.. :)
Saya sempat berjumpa kedua-dua atok saya sebelum keduanya meninggal dunia. Sekarang seorang nenek masih ada lagi. Masih kuat dan bertenaga. Alhamdulillah.
Amin Bakish
Atok saya pun cuma berbasikal. Basikal mainan pertama saya dibelikan oleh atok dan salah satu basikal berjenama Raleigh ke sekolah juga dibelikan oleh atok. Owh...syahdu..
PB
C70 itulah jentera pertama saya belajar memandu. Sebelum pandai puas juga terbabas dan melanggar bermacam-macam benda. He he he
Nostalgia...
nbk
Itulah. Boleh jadi artifak yang tak ternilai harganya nanti tu.. :)
Kingbinjai
:). Moga-moga aman di sana.
Qisst
Seumur hidup tak pernah naik beca. Ada lagi tak ek beca di Bandar Maharani tu..? Tak perasan pulak. :)
Azzam
Wah... Sego ambeng. Wenak ey. Setaun sekali kenduri arwahan agek ketemu. Kangen tenan.
Mengko aku mampir ngomah mu la yo. :D
Mummy Rizq
Saya ada lagi seorang nenek... :)
Selasa, Mac 27, 2007 1:40:00 PTG, ILA
utk kali k-2 dtg k sini:)
BP, kau minat dgn jawa alus ker...
Atuk sya dulu kerap gi Tanah Jawa, b'tapa kat sna & bawa kitab yg mcm2.Dia kerap b'citer pasal wali songo(9).Malah mngakui dia salah s org keturunannya..sbgai cucunya hanya angguk2 jer ler...
lindosh, d mng of gonjol = gila
meh blajar bahse jawa:)
Rabu, Mac 28, 2007 1:54:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Lindosh
'Kepala gila-gila'.. ha ha
Ila
Banyak ilmu Jawa tak sempat menuntut. Ilmu Primbon tu juga. Selain Wali Songo tu, atok pernah juga bercerita tentang Sheikh Abd Qadir Jalani. Atok saya hafaz AlQuran dan di rumahnya sekarang pun banyak kitab-kitab kuno Jawa, tapi tak faham.. :)
Indera
Banyak lagi kenangan bersama atok yang masih aku ingat dan akan aku cuba ceritakan di masa-masa akan datang. Sekurang-kurangnya untuk koleksi sendiri :)
Bahasa aku tak selembut bahasa kau Indera... :)
Terima kasih.
Yus
Terima kasih.
Saya dari darjah satu sampai tingkatan tiga berbasikal ke sekolah. Berbatu-batu jauhnya. Tingkatan 4 & 5 pindah sekolah baru naik bas, kadang-kadang curi-curi bawak motorsikal abah :)
ad3ck
Itu motorsikal abah aku sebenarnya. Atok aku cuma pandai membonceng jer.. :D
Mimie
Pun dah lama tak lalu situ. Singgah situ cuma nak ambil gambar jer.
Bkt Mor tu belah mana ek..? he he he
Iman
Moga-moga.
Saya memang ada menyimpan beberapa buah buku koleksi tulisan Hamka. Saya mencarinya pun merata. Sesetengahnya cetakan terbaru terbitan Dini. Sesetengahnya jumpa di MPH, ada yang terjumpa di kedai-kedai buku tak ternama di sekitar KL. :)
Cikin
Sayang atok/nenek pada cucunya lain.... sukar digambarkan :)
Ajzie
Sayang nak jual. Banyak nostalgianya tu. He he Saya pulak tengah mencari plat nombor yang lama-lama. Dah jumpa satu di Tronoh hari tu JR 3883. Nak cari JJ77 pulak kalau ada :)
Terima kasih.
Cik Kema
Ada masanya seronok dan syahdu mengenang kisah-kisah silam... :)
Pa'chik
Ha ha ha. Berapa RM kau nak beli ? Hantarlah quotation. He he he
eisraa
Itulah. Manja dan sayang cucu pada atok dan neneknya berlainan .. :)
Itu rumput air jenis Cyprus rasanya, bukan padi. he he he
khairyn
Itu perkataan 'klasik' tu. 'Pengor'..? ha ha ha..
Tuan tanah
Sekurang-kurang masih tahu di mana kuburnya kan...:)
Semoga mereka sentiasa dilimpahi rahmat Allah 'di sana'.
ayu-mkay
Bocah cilik ngowo motor koyok ngono la. Koyok arek mabur laju ney.... ha ha ha..
Tapi Alhamdulillah, sai iki wes apik. Manut ngomong wong tuo... :)
Amora
Bagi yang pernah melalui situasi yang serupa memang lain feeling dan syahdunya.. :)
Sesekali salin kulit la... :D
KasutVincci
Ya, betul. Kekadang rindu sangat pada atok. Kalau boleh, nak sangat dia datang dalam mimpi.
Dia tak sempat naik kereta tu yang membuatkan lebih buat rasa sedih dan terkilan.
Am
Saya sempat berjumpa dengan kedua belah atok. Seorang nenek masih sihat lagi sampai sekarang. :)
Mr Penyu
Sama-sama kita doakan kesejahteraan atok/nenek kita 'di sana' :)
Ainin
He he he. Dulu C70 tu kira famous la kan...
Seorang kawan kitaorang pulak, badan extra besar pakai pulak Kancil, kawan-kawan suka mengutuk, Gajah naik Kancil..." he he he..
Jumaat, Mac 30, 2007 9:13:00 PG, Unknown
dulu bapak sedara aku ada sebiji, pastu turun ke anak laki no2, terlibat xcident,sepupu bawa kwn dia kat blkg meninggal, dilanggar kete yg potong double line. pastu sumer dah tak kasi guna motor tp bdk2 biasa la.. motor tuh turun utk adk lak,thn lepas jd mangsa racing haram tuh,meninggal dan terus kami potong motor tuh n jual kat india besi buruk..byk kenangan motor nih, skrg, langsung dah xder kat rmh mtr cam ni yg ada yg baru jer
Jumaat, Mac 30, 2007 12:49:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Zwit
Baik simpan dan jaga elok-elok..
Loveujordan
Itu baru nostalgia bersama atuk sebelah abah, belum atuk dan nenek sebelah emak lagi.. :)
TedungS
Entri-entri aku memang 60% cerita nostalgia... :)
Al-Fatihah untuk atok kau juga..
Luthfi
Di Indonesia tempat mu sana, ada motorsikal seperti itu juga..? :D
13may
Sekarang cuma boleh pergi 60-70km/j jer.. itupun macam nak terbarai enjin la.. :D
MR
Orang tua kalau membonceng motor mesti pegang besi belakang tu kan.. ? :)
achik
Tapi kalau bawak laju, semput-semput juga. Nak kena service kot.. :)
Raden galoh
Itulah. Dah tu duduk jauh ke belakang, tak nak rapat-rapat... :)
AlFatihah untuk nenek anda juga...
OS
Masjid di Muor yang mana satu ni OS..?
Debik
Banyak sentimentalnya tu, mana orang nak jual... :D
Anielza
Rasanya memang dah jarang jumpa Honda lama yang lampu bulat macam tu, kalau yang empat segi tu banyak la...
Maniq
Ha'ah. Dulu nak bawak motor pun curi-curi. Itupun dah sekolah menengah baru abah izinkan pinjam motor.. :)
izinni
Terbekenan ? Nak buat apa motor...? :)
Lama dah tak naik motor ni... Sejak accident yang menyebabkan kecederaan kekal utk jangka hayat berguna ni, terus kena banned dengan my grandma... Al-Fatihah buat Atok...