Rabu, April 11, 2007
Hari itu, sicilik itu datang membawa bersamanya komik Doraemon berbahasa Melayu dan majalah Bintang Kecil. Mungkin disebabkan dia sudah terbiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayunya agak janggal sedikit.

Mula-mula dia membelek-belek komik Doraemon. Sesekali wajahnya berkerut.

"Uncle, sukar itu apa..?"
"Susah…difficult…bla…bla…bla…."
"Owh…"

Senyap.

"Uncle, keliru itu apa ?"
"Itu confused…. "
"Owh…"

Begitulah. Senyap bersilih ganti dengan soalan yang sungguhpun mudah tapi sesekali menguji kesabaran.

Kemudian dia membelek-belek majalah Bintang Kecil pula. Majalah itu mungkin terlalu dewasa untuk usia mindanya. Tidak janggallah bila ada istilah-istilah yang masih asing yang belum berdaftar dalam mindanya dan mengelojakkan rasa ingin tahunya.

"Uncle, haid itu apa..?" (dia menyebutnya ha’id)
"Itu period…perempuan…bla…bla...bla…"
"Hmmmm…" Mungkin dia masih kabur.

Senyap.

"Uncle, payu dara itu apa… ?"
"Itu breast… "
"Owh…"

Senyap lagi.
Tiba-tiba,

Pruuuuuuuuuuuuut……! Melodi yang agak sumbang membelah kesenyapan. Memang uncle itu benar-benar tidak sengaja. Bila sudah diluar kawalan, terlepaslah ia.
"Haaaa… uncle kentut yer…"
"Eh.. taklah… mana ada….."
"Tadi tu bunyi apa....?"
"Itu…itu…bunyi mengeluarkan angin dari punggung…..."
"Hi..hi..hi….! Sama la tu. Apa la uncle ni…."

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/11/2007 05:57:00 PTG. |


46 Ulasan


Rabu, April 11, 2007 6:08:00 PTG, Blogger Sastri

Uncle tu kentut... hish... LOL... hmm... sicilik tu err... lebey kurang mcm Sas gak, terbiasa ckp english sampai kadang2 sukar betul nak cari perkataan bahasa melayu yg mempunyai erti yg sama...

 

Rabu, April 11, 2007 8:57:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Hehe..Nasib baik uncle tu cakap itu sendawa dari punggung. Lagi pening la si cilik tu.

 

Rabu, April 11, 2007 10:42:00 PTG, Blogger Unknown

Ankel, nanti bila ankel ada anak, cakap cam ni le dengan anak.

"Pak'e, itu apa?" tanya anak ankel.
"Itu burung bird manok," jawab ankel dengan sabar, siap dengan pronoun yg betul. ;P

 

Rabu, April 11, 2007 11:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha... si uncle iku sampeyan yo... :)

 

Rabu, April 11, 2007 11:08:00 PTG, Blogger akirasuri

Salam.
huwalah, wak ne kentot orah ngaku yo. hahak. bocah tambeng kuwe iki yo :D

 

Khamis, April 12, 2007 5:31:00 PG, Blogger Izham Miyake

heh. itu pun nak copyright ke bang? hahaha

orang biasa cakap kentut ikut mulut ahahahahah!

 

Khamis, April 12, 2007 7:38:00 PG, Blogger khairyn

apa uncle uncle?

wo la hahahahaha....

dulu, kalau marah, otomatis keluar bahasa inggeris. Anak-anak buah bantai gelak je.. kureng assam. Jenis tak makan saman punya.

 

Khamis, April 12, 2007 8:20:00 PG, Blogger Mummy Rizq

anak aku kalau dengar kentut.. dia akan kata "daddy kitutttt...!"

 

Khamis, April 12, 2007 8:49:00 PG, Blogger ontahsapo

tak senonoh punya uncle....

 

Khamis, April 12, 2007 8:55:00 PG, Blogger Unknown

cheh! bau tungkik la uncle! haha ;)

 

Khamis, April 12, 2007 8:59:00 PG, Blogger ILA

perhhhh!!!
tak manis gitu kentut kat dpan budak kecik...
kalau saya, dah kna cubit punggung org tu..hehe
at les c cilik t'sebut jenis tak cerewet sangat.Kal.my Asya, selagi x puas hati, selagi tu ler...mulutnya akan b'tanya mcm keta api..hmmmm~~
ehh...uncle seng d maksud ke guwi= kowe kerrrr???

 

Khamis, April 12, 2007 9:34:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

uncle fart je, huwoo, modern uncle hehe ... kentut in jawa, kentut juga kah?

 

Khamis, April 12, 2007 9:52:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hahaha..
ni mesti budak umo 5-6 taun kan? diorg ni mmg suker tanya itu ini. aku pon slalu kena gak..
"aunty, itu ape... ini ape.. kenape mcm tu... kenape mcm ni..blablabla.."

kalau dah xlarat nk jawab, pas je soalan tu kat mak or ayah dia.
"aunty xtau, cuba tanya mama/papa" hehehe...

 

Khamis, April 12, 2007 10:34:00 PG, Blogger Rie

keluar angin dari punggung tu apa???

boleh ker???

 

Khamis, April 12, 2007 11:35:00 PG, Blogger Unknown

haha..kentut uncle busuk la..

 

Khamis, April 12, 2007 11:49:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ni cerita rekaan ker cerita dari pengalaman ni hehehe, rasanya sampai bila-bila budak tu tak boleh lupa bunyi angin tu hehehe

 

Khamis, April 12, 2007 1:16:00 PTG, Blogger debikdebuk

Budak tu pandai sebab banyak yang ingin tahu...

Uncle dia lebih pandai sebab banyak terlebih tahu...

 

Khamis, April 12, 2007 2:29:00 PTG, Blogger zino

bunyi itupun satu proses pembelajaran ke?..

 

Khamis, April 12, 2007 3:25:00 PTG, Blogger Unknown

uncle ni x senonoh tau. lain kali buang angin kat toilet la.

 

Khamis, April 12, 2007 4:03:00 PTG, Blogger 13may

hoh! cikgu terkentut....hahha...

 

Khamis, April 12, 2007 4:10:00 PTG, Blogger NJ@Goboklama

cikgu,cikgu...baby kuar ikut mana? haa...masa tu baru la tau langit tinggi rendah nak menjawabnya! :)

 

Khamis, April 12, 2007 4:25:00 PTG, Blogger admin

bp... cepat2lah "berdua" leh sebarkan ajaran kat anak sendiri.... ekekekek lalalalalala

 

Khamis, April 12, 2007 4:28:00 PTG, Blogger Unknown

hidung gajah dengan hidung zirafah..mana lbih tinggi? eh..isu lain ke ni?

 

Khamis, April 12, 2007 4:38:00 PTG, Blogger achik

rajinnya uncle melayan sicilik... sampai terkentut... ;p

 

Khamis, April 12, 2007 5:40:00 PTG, Blogger aNIe

At least sicilik terlebih faham bahawa kentut itu ialah angin yang keluar dari punggung...hahahah

Pandai 'cikgu' ye...

 

Khamis, April 12, 2007 5:53:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Supaya anak petah berkata-kata, kita harus mengajarnya cara bercakap dengan betul. Agar anak sentiasa jujur dan bijak, kita harus berani memberitahunya sesuatu itu berdasarkan proses yang harus dilalui. Tidak sekadar menjawab berbasi-basa dengannya. Yang pentingnya harus mendidiknya membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..

 

Khamis, April 12, 2007 8:45:00 PTG, Blogger silversarina

mentang-mentang anak murid cilik..kalau anak dara mau cikgu terkepit-kepit menahan angin dari punggung...maintain macho :P

 

Khamis, April 12, 2007 9:06:00 PTG, Blogger izinni

kenapa ya .. kebanyakan lelaki masa bercinta tak pernah dengor bunyi kentut tapi bila dah kawin .. makkkk aiiiii ... berlagu ria berdendang sayang dengan pelbagai irama. hahahhahaha

 

Khamis, April 12, 2007 10:50:00 PTG, Blogger merapuman

hampes, patutle bau busuk bila aku bukak blog ni tadi.

kentut selepas kahwin adalah dipanggil aromaterapi. free apa, nak pergi spa buat apa.

 

Khamis, April 12, 2007 11:02:00 PTG, Blogger BaYu SenJa

biarkan saja dia kenal kentut :)
rupanya ada bermacam jenis kentut, kentut bersiualan bunyinya.. kentut berekzos moto kap lama pun ada bunyinya, kentut tidak bersuara pun ada juga.. yang keliuar bersama bauan pun ada yang tidak berbauan pun ada..

bila kentut kerap di depan anak kecil, ini satu pendidikan alam :)

 

Jumaat, April 13, 2007 7:52:00 PG, Blogger banggugar

salam,
uncle mnunjukkan kefahaman yg patut diajar kepada sicilik dgn baik..
tahniah.. (",)

 

Jumaat, April 13, 2007 8:06:00 PG, Blogger KAMATO

Sesekali kena ajar jugak tu bahasa jawa

 

Jumaat, April 13, 2007 8:18:00 PG, Blogger lassadad

hihihihihi :-)
lucu jugak Pakcik ini

 

Jumaat, April 13, 2007 8:29:00 PG, Blogger ManjLara

laa ape tak jawap lam bahasa omputih gak! lara pon nak lajar nih...hehehe

 

Jumaat, April 13, 2007 9:07:00 PG, Blogger me3n

ckp kat adik tuh bochahkiye! ;p

 

Jumaat, April 13, 2007 9:45:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas
Yang itu amali matapelajaran biologi asas..he he he.

Bercakap bahasa Inggeris tak salah, asal jangan bercakap bahasa 'rojak' dah la... :)


Iman
He he he. Mesti lepas itu dia akan tanya, "sendawa' itu uncle......?"


Pa'chik
'Angin' uncle itu jenis aroma yang wangi... ha ha ha..


Ainin
Spesis 'burung bird manok' yang mana satu ni..? he he he..


Bagonk
Ha ha ha... Mangan seng orak-orak ngono la....


akirasuri
Salam kembali.
Ngaku tapi isin arek ngomong direct karo bocah cilik kuwi... :D


Tenno
Ada moral dan mesejnya tu..he he he.
Isk....'kentut ikut mulut' tu sendawa laaa.. hahaha


khairyn
Sesetengah perkataan, kalau marah dalam bah.Ingeris nampak biasa tapi kalau diterjemahkan dalam bah. melayu jadi janggal.. :)


Mummy Rizq
Kalau mummynya yang kentut apa pulak katanya..? he he he..


OS
Entah ! tak senonoh betul...ha ha ha


Cik Kema
Mana ada aroma daaaa....... ha ha


ILA
Mana ada depan budak kecik... itu belakang laaaa....
Budak kecil memang la, sentiasa curious ingin tau ... :)
Sopo meneh...ha ha ha..


Faizah
Farting itu pun kira kasar juga, kalau nak lebih formal sebut flatulence :)
'Kentut' itu salah satu perkataan Jawa yang dah diMelayukan. He he he.


Cikin
8 tahun, sicilik yang pernah diceritakan dalam entri beberapa bulan yang lepas.
Curious..... :)


esis
Itu bahasa sopan 'kentut' kot..he he he..


zwit
Mana ada.... harum laaa..... ha ha


Am
Kisah benar. Mungkin la kot sebab melodinya unik sikit. He he he..


weAr
Betul. Proses pembuangan toksik dari badan tu..


debik
Ya, ya, itu bukan lagi pandai tapi sudah tahap genius...! Ha ha


zino
Itu pembelajaran non-formal. he he he


Amora
Tak sempat laaa.... Sudah 'ter'... :P


13may
'cikgu' tak bertauliah..ha ha ha


goboklama
Kalau soalan yang itu, kena tanya cikgu betul la...:)


ita
Yer lah tu.... orang 'di sana' itu bila pulak..he he he..


azzam
Hidung Sammy Vellu kot lebih tinggi... :)


achik
Uncle itu mesra orangnya. Sebelum itu makan lamb chop, itu yang 'ter...'tu. he he he..

 

Jumaat, April 13, 2007 10:10:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak lady
Itu kira pengetahuan am juga tu KL..he he


Indera
Ya. Setuju. Tapi harus mengambilkira sensitiviti dan tahap minda kanak-kanak juga kan. Kalau terlalu berterus terang dan formal mungkin mindanya belum cukup dewasa untuk mencernanya. :)


loveujordan
Saya bukan cikgu... :)
He he he. Mungkin kot... :P


izinni
Kemungkinan 2 sebab; samada masakan isterinya terlalu sedap atau terlalu tidak sedap. Boleh macam tu..? he he he


merapuman
Ha ha. Kalau lepas makan petai, silap-silap boleh pengsan...


bayu
Ada logiknya komen itu. :)

Fakta menarik tentang kentut


King
He he


bang gugar
Salam kembali.
Memberitahu setakat yang tau, apalah sangat :)


Kamato
Itu kena buat kelas khas sebab pengerasnya mahal.. :D


Luthfi
Kehidupan memang begitu. Sesekali lucu, sesekali serius. :)


lara
Yang mana satu...? Yang pruu...ut tu ke..? :D


ad3ck
BM pun belum cekap, bahasa Jawa lagi la. He he he.

 

Jumaat, April 13, 2007 1:00:00 PTG, Blogger AyunasiA

tentang kentut, mesti ramai pernah dapat email pasal nih http://kullager.blogspot.com/2007_03_01_archive.html

 

Jumaat, April 13, 2007 3:51:00 PTG, Blogger Titicaca

itu bukan pendidikan seks asa tu..itu namanya translation BM to BI hahaha..

 

Jumaat, April 13, 2007 5:51:00 PTG, Blogger NBK466

Betui ka ada ayat2 gitu dlm komik DOREMON...tak semenggah ler kalu gitu...

 

Sabtu, April 14, 2007 2:07:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam.
saya wes merono, merene, kuwe orah 'update blog' lagi wak? :D

 

Sabtu, April 14, 2007 10:34:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

teringat dulu masa saya kecik2 pantang org ckp perkataan kentut saya dgn automatiknya akan tutup hidung...hehehe

 

Sabtu, April 14, 2007 11:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

rosak2 uncle ni..

 

Sabtu, April 14, 2007 11:44:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Norasiah
Tak pernah dapat pulak... :)


Titicaca
Ye ke..? Ha ha ha


nbk
Kalau ekau baca betul-betul cerita itu, perkataan yang 'haid' dan 'payu dara' itu di majalah Bintang Kecil majalah remaja untuk 12 tahun ke atas). He he he.


akirasuri
Salam.
Akeh kerjo la. Dino setu agek sempet lebok ney cerito baru.. he he


kk
Kenapa tak tutup telinga sekali...? He he he


cikgu GT
Ini tak ada dalam syllabus ek cikgu..? ha ha