Petang beransur senja. Aku menghampiri pintu pagar rumahku itu dengan malas dan jemu. Di pinggir jalan itu, seekor anak anjing terbaring kaku, sudah tidak bernyawa. Lalat-lalat liar menghurung. Kasihan, matinya dengan jiwa yang kosong, sepi dan terbiar.
Malamku tidak semesra malam-malam selalu. Sedang mata tidak teruja untuk lena. Aku rasa terganggu. Bukan kerana kenakalan mukus hidungku yang cair dan hangat yang tidak henti-henti mengalir itu. Bukan kerana gigitan berbisa di segenap sendi. Dan bukan juga kerana bayangan anak anjing
Begini. Mimpi kelmarin membakarku. Aku berkira-kira untuk mencari jawapan. Lalu bersendirian dalam sunyi malam yang resah, aku menguji diriku. Aku akur kerana aku yang mengizinkannya. Aku merenung dalam gelap sedang kegelapan itu disebabkan aku sendiri yang memadam sinarnya.
Aku ingin mencari ruang yang sengaja aku sempitkan. Aku ingin mengenal kedegilanku. Dalam kegelisahan malam yang panjang itu, aku
Kemudian aku membiarkan mindaku kosong, sunyi dan diam. Aku sememangnya selalu begitu.
Dan malamku berlalu begitu lesu dan panjang. Kemudian bayangan anak anjing malang itu datang dan pergi, berbalam-balam dan bersuara, “Jiwamu masih punya nyawa, jasadmu masih mempunyai roh dan hidupmu tak akan gelandangan, bersyukur dan pulanglah..” berulang-ulang sehingga lena menjemputku di duapertiga malam.
Label: abstrak
Sabtu, April 07, 2007 4:10:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
areyoung
:)
ainin
Teringat watak Musang Seguntang dalam drama purba Pendekar dulu-dulu. he he he
Iman
Wah...dalam maksudnya itu. Berseni dan bermakna. :)
pa'chik
Sebab anak anjing itu memang terbaring di pinggir jalan di luar pagar. Sebab melukis camar yang terluka sayapnya itu lebih mudah dari melukis orang yang tempang. Itu jawapan secara tersurat. Yang tersiratnya susah nak ditafsirkan di sini :)
ainin
Pulanglah kepadaNya dan kamu akan tenang. Itu mungkin boleh menjadi kesimpulannya. Tapi isi cerita dan konfliknya tidak begitu :)
adadia
Itulah, tambah keliru bila kekadang kita sendiri yang membuat ia jadi kelam begitu... :)
Kingbinjai
Hangus sampai ke tulang temulang.. :)
David
:). U too
eiysraa
Perkataan itu perkataan biasa, mungkin cuma olahan dan interpretasinya berbeza. :)
bang gugar
Salam,
Tidaklah setinggi mana. Cuma untuk memahaminya mengambil masa sedikit kot.. :)
bipeds
:)
tedungs
Apa yang 'minggir minggir'... ha ha
Debik
Rajin betul mamat tu blogging ek... he he he
13may
Perlahan-lahan la.. :D
Ahad, April 08, 2007 4:15:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Azzam
Betul..betul.. !
Yus
Maksud yang sebenar-benarnya mungkin cuma saya yang tahu kot.. :)
loveujordan
Kita mungkin tidak akan dapat mencari jawapannya kalau sememangnya tiada persoalannya. Atau sebenarnya kita sendiri sudah tahu, jawapannya itu ada dalam diri kita sendiri...Kita 'sesat' di dalam diri kita sendiri mungkin. :)
Kamato
Betul. Kita adalah apa yang kita fikirkan.. :)
Jamri
Pagi itu aku dapati anak anjing itu sudah dikambus / ditaburi tanah bercampur pasir dengan ala kadar oleh hamba Allah( tak tau entah siapa) di situ juga. Kasihan anak anjing yang tidak berdosa itu...
Selasa, April 10, 2007 11:09:00 PG,
Teruja baca entry ini, penuh dengan bahasa yang indah walaupun meluahkan keresahan
Kadang kala malam ku resah juga, resah menaggung beban yang akan datang esok dah hari selanjutnya. Merenung insan-insan tersayang yang tidur dengan wajah yang manis menyedarkan aku kenapa resah. Kan mereka ada disampingku
Rabu, April 11, 2007 6:03:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Merapuman
Kiranya aku dah berjaya men'tak faham'kan kau la ni ek.. :D
Lindosh
Pergh... komenmu.... :D
Mr PenyuBiru
Bukan la. Orang Jawa panggil 'kancilen' Ha ha.
Khairyn
Salam kembali.
Asalkan terjumpa jalan untuk pulang, Alhamdulillah...
B Rampai
Ya, sangat-sangat hampir. Nampak jelas tapi masih tak terjangkau tangan. :)
Salam kembali.
Achik
Seabstrak lukisan Picasso tapi seni dan harganya tiada.. :)
Eh, bila pulak aku melukis daa.....:D
Mummy Rizq
Malam tak abstrak. Minda yang abstrak. :)
Titicaca
Entah...! he he he :)
Zwit
'Sungguh'-sungguh ke..? :)
Ayu Mkay
Tajuknya sahaja seperti abstrak tapi ceritanya tidaklah seabstrak tajuknya. :)
Jiwa bukan kacau cuma diduga... :)
NBK
Yo ko tinggi bonar jang ...?
Cerita ini ditulis di ruang tamu rumah di ground floor jer.., mana ada tinggi daa...he he he.
Kak Sya
Ya, dugaan pun satu rahmat juga. :)
Kak Lady
Minda yang berfikir itu jarang mengganggu tidur saya, tapi tidur itulah yang selalu mengganggu minda saya untuk berfikir..:)
Bayu
Terima kasih. Bagus kata-kata kau. Dalam dan bererti maknanya.
Zizie
Warna anak anjing itu black tapi purplenya tiada...:)
Tq
Zino
He he he. Tak lah....
Am
Terima kasih. Tak seindah mana.
Resah itu satu ujian. Ujian itu hikmah. Hikmah itu untuk yang memahami. Sama-samalah kita bersyukur... :)
OS
Masjid mana lagi kau nak berjumaat minggu ini OS.. ? Abstrak betul tempat solat jumaat kau ni... :)
Raden
WOW apanya...? :D
Hakim
InsyaAllah. 'Kemenangan' untuk kita semua sebenarnya.. Itupun kalau kita redha bila sesekali diuji dengan 'kekalahan'... :)
Indera
Ya, cuma jangan terlalu mengikat diri dengan alasan taqdir. Berusaha, baru bertawakal dan berserah... :)
NBB
Terima kasih Dr.NBB. Stok actifed sudah habis, kena beli lagi di farmasi nampaknya. :)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.