Di salah satu simpang masuk ke kampung jiran yang jalannya menggerutu seperti jerawat batu itu. Sebuah pondok pengawal (macam perumahan mewah pula), sebatang pokok yang kering tapi kelihatan berseni, jambatan batu dan sebuah papan tanda tertulis “Satu lagi pelaburan oleh kerajaan negeri Johor Darul Takzim untuk rakyat. Hargailah pelaburan ini”, yang terpacak hampir satu dekad yang lepas. Jamri, kau perasan tak ?
Sekilas pandang seperti anak padi sedang menyubur. Parit ditakluki rumpai. Parit-parit di kampung sekarang langsung tidak diselenggara. Cetek, sempit dan bersemak. Berbelas tahun dulu ada juga jengkaut datang mendalamkan parit, sekarang tidak lagi. Agaknya suatu hari nanti kampung itupun boleh banjir jika begitulah sistem perparitannya. Tunggu TMJ berkembara melawat baru nak diselenggara kot….
Sebahagian jalan di kampung jiran sebelah. Memandu di jalan itu kena pandai mengelak lubang. Bila hujan, becak sana-sini. Agaknya kena tunggu pilihanraya baru jalan ini berturap semula. Maklumlah bukannya ada pelancong asing pun berkunjung ke kampung itu sempena TMM2007 ini. YB, sesekali turunlah, jengok-jengoklah nasib kampung-kampung yang solok itu…
TTFN
Label: Siri balik Muor
Selasa, April 03, 2007 4:13:00 PTG,
salam bro.....
cam kenal je signboard ngan jalan yg cam jerawat batu tu.... ala bro biasa le jalan kat kampung solok2 mane ade pihak yg nak amik berat ? sejak banjir tuhari , jalan kat sungai balang ngan kg air panas sg gersik dah teruk sgt . anyway...bile bro nak tepek gambo STM pt raaj tu? sekolah mimie tu
Selasa, April 03, 2007 5:38:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas
Kehijauan semulajadi. Juga nyanyian unggas. Bunyi angin mendesir. Oh...Syahdunya.. :)
Itulah dia. Semasa kempen, menabur janji. Bila dah pegang jawatan, batang hidung pun tak nampak...! :)
Azwa
Owh...negeri di bawah bayu ek...
Itu namanya keseimbangan, konsep permakultur. He he he
manjlara
Sesekali kena sinikal dan sarkastik sikit kot. :)
mimie
Salam,
Wakil rakyat buat tak nampak....
Sek. Tengku Mahkota dulu tahun berapa ek..? he he he
Jamri
Owhhh.... 200 meter ke depan ek...Ke depan masuk ke dalam atau ke depan arah ke Pt Yusof..? Nanti aku bayang-bayangkan rumah siapa.. he he he
tedungS
Biasalah. "Mereka' bukan fikirkan itu, 'mereka' fikir 'bahagian' untuk 'mereka' saja... :)
Ila
Kena sesekali menjejakkan kaki ke sana. Tak lengkap hidup kalau tak ke Muor..he he he.
Cik Kema
Cerita bernada semasa tapi menyelitkan unsur-unsur silam la kot...
Parit tu 'jeguran' pun best..he he he..
Selasa, April 03, 2007 8:30:00 PTG, Pa'chik
purp, kalau la mereka letak wakil rakyat ni orang tua yang nak mati, best jugak, satu tahun mati, satu tahun mati, maka terjagalah sikit kampung tu pasal kerapnya ada pilihanraya kecik kan.. haha...
ngundi tahun ni, kita mintak mereka letak calon yang nak mati la, lagi bagus. yang sakit kanser tahap kritikal lagi bagus, tak guna kalau sihat tapi tak datang melawat (dan membantu, bukan datang makan saja).
Rabu, April 04, 2007 12:58:00 PG, e.i.s.r.a.a
salam singgah. nasib baik setiap gambar ada keterangannya kalau idak saya nak kata kat nombor dua tu "waahhh ada padi kat longkang" hehe... pak lembu yang inteprem tu nampak cam malu2 je. hehe...
apsal orang yang berada di luar malaysia tak boleh mengundi eh (tempat saya)? rugi la... kami kat sini ada lebih 6 ribu yang cukup umur (layak mengundi). apa ke jadahnya ni? ikuti edisi siasat munggu hadapan.
Rabu, April 04, 2007 1:11:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
pa'chik
Aku pun terfikir macam itu juga. Mungkin kampung aku nanti berpeluang didirikan satu universiti baru, lebuhraya baru dan masjid baru.. :)
Kain batik, kain pelekat dan baja NPK tak 'mainlah' semasa pilihanraya kecil.. :)
loveujordan
Media selalu bercerita yang indah-indah sahaja. Biasalah.
Gambar pun mempunyai 'jiwa' dan 'nyawa'.. Bagi sayalah. :)
bipeds
Bersolek cantik-cantik, rupanya peha penuh kurap kan... :)
izinni
Di Johor, orang kata kalau letak calon seekor kambing 'bandot' pun boleh menang....tapi kena wakil partai yang 'itu'lah.. :)
eisraa
Lembu itu malu-malu sebab gambarnya akan terpampang dalam blog.. he he he
Itulah. Ada tu pula yang dah diberi peluang mengundi, mendaftar pun tidak... :)
bang gugar
Mungkin padang itu lebih sesuai dijadikan lokasi sukaneka acara mencari belalang... atau berlari dalam semak..!
bayu
Ha'ah. Cantik. :)
ajzie
Lokasi gambar-gambar itu diambil di kampung jiran sebenarnya.. :)
Kingbinjai
Ha ha ha.
Lindosh
Jalan itu kalau lalu di atasnya, melambung-melambung badan, sakit punggung.... :)
azzam
Kita yang dah duduk di kota ini, bila sesekali balik ke kampung yang terasa 'keterpinggirannya'. Mereka yang di kampung mungkin selesa dengan apa yang ada. Agaknyalah.
Mya
Isk...tak gatal-gatal ke main kat bersemak tu... ?
'Orang-orang penting' pun dah lupa kewujudan padang itu agaknya.. :)
Rabu, April 04, 2007 2:33:00 PTG, INDERA KENCANA
Adakah rumpai yang banyak bermaharajalela dalam parit itu kerana mendapat bekalan baja yang cukup dari ladang kelapa sawit kat sebelah tu. Sama seperti masalah yang dihadapi oleh banyak Kelab Golf apabila hendak menyelenggara kolam-kolam mereka.
P/s teringat pokok kopi belakang rumah engkau yang dapat baja free..
Rabu, April 04, 2007 8:41:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Cikin
Cuba kira berapa ekor lembu ada di dalam gambar itu..? Itu belum termasuk ayam yang menyorok dalam semak tu.. :LOL:
Indera
Kebanyakan parit-parit di kampung begitu. Mungkin kesan pembajaan di kebun-kebun di tebing-tebingnya ada pengaruhnya juga..
Yang pasti tiada kena mengena dengan 'kerja' aku tu.. he he he
Amora
Begitulah kalau ADUN orang luar, susahlah nak tolong...Di Johor semua kampung bermula dengan 'Parit" :)
achik
Paras lutut tu, nak main bola pun tak tau macamana...
Kalaulah itu padi, sungguh produktif ekonomi kampung itu barangkali..
topeq
Ada la sikit-sikit. 'Sipi-sipi' mengena la kot .. :)
Iman
Agak sinikal tu. Cuba tanya-tanyakan MB. He he he.
Khamis, April 05, 2007 2:07:00 PG, Izham Miyake
tapi bukan biasanya kampung2 orang jawa cenggitu ke? dari muar, batu pahat ke klang banting, sepesen aje kampungnya.
tapi okay la.. senang nak kenal kampung jowo.
saya ni pun jowo jugak. pada keturunannya aje.
tulah masalahnya dengan Johor ni. sekali sekala kena undi pembangkang bagi wakil rakyat BN bukak mata sikit. bukan nak paling tadah, tapi kasi ajar sikit aje.
pastu undi la BN balik.
Khamis, April 05, 2007 12:45:00 PTG, Bunga Rampai
Salam :)
Moga sihat ceria, dan apa khabar Puteri Keratonmu? Eh, eh, ke situ pulak saya, menyibuk sungguh!
Aah, hampir tak kenal rumah baru BP ini, bertambah hensem, sehensem tuannya, pasti :)
Beberapa minit juga membaca semua entri yang ketinggalan (aduh, ini belum lagi blog kawan-kawan lain). Cerita kuala berlumpur itu menarik perhatian saya, bagus isinya.
BP tidak pernah mengecewakan dengan bab-bab nostalgia ... *alahai*
Khamis, April 05, 2007 1:08:00 PTG, AyunasiA
nak teka. ada 2 ekor lembu kan? sekor lagi anak dia tgk nyusu kat sebelah dia tu, tak nampak.
cakap2 pasal pilihanraya, harap2 ada lah wakil pembangkang bertanding kat kawasan cik Lina akan datang. bukan apa, aku nak mengundi la weiii. teringin tau. tak pernah lagi ada pengalamanmenunaikan kewajipan pada negaraaa. aritu tak dapat sebab takde lawan 2-2 kerusi. huhuhu
Khamis, April 05, 2007 4:02:00 PTG, pB
Ingatkan jalan kat negeri yang sokong bulan jer yang berlubang lubang..
Negeri sokong dacing pun dua kali lima...
BP, YB tak baca blog , sebab tu dia tak tahu ttg keterukkan jalan tu...
Agak agak nyer orang kampung sini, repair moto berapa kali sebulan..??
pB suker gambor parit tu..
sejuk mata memandang..
Jumaat, April 06, 2007 3:47:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Wear
Di kampung itu rata-rata semuanya rumah banglow, bukankah rumah 'sesebuah' itu dipanggil banglow..? Tapi banglow kayu separa batulah...:)
kak lady
Tuan lembu itu pun tak perlu risau pergi jauh-jauh merata kampung untuk mencari rumput yang subur dan menghijau.. he he he..
tenno
Johor lain. Letak calon 'buta kayu' pun boleh menang...
Jowo 'murtad' la ni ek.. :D
Kau dah mendaftar ke belum..? ha ha
Zino
Teringat 'batu kikir jombatan bosi...' he he he..
Jamri
Owhhh.....Nanti aku cari. Rumah aku masuk ikut jambatan dalam gambar tu pun boleh, masuk ikut Pt Salman dekat simpang kedai Wak Usop tu pun boleh... he he he
Mummy
Kagum Datuk Azalina kalau dia tengok tu...ha ha ha..
Lan
Betul lah tu. Aku cuma sokong pasukan Johor masa Johor menang Piala Malaysia dua kali dulu. Nostalgia. Siap cuti sekolah masa tu..ha ha ha..
Masa tu bukan setakat jentolak, bapak jentolak pun datang kot...ha ha ha
nbk
Bukan senang nak jumpa padang macam tu jang... he he he..
B Rampai
Salam kembali.
Hensem tu tak la..tapi manis ada la kot...he he he
Lama tak nampak BR? Sibuk ?
Terima kasih. Puisi itu lama juga untuk menyiapkannya. Untuk mendapatkan sukukata yg sama (12) di setiap baris itu yang rumitnya. :)
Norasiah
Tak tepat, teka lagi ek.. he he he..
Pilihanraya umum yang lepas kawan saya, muda lagi, bertanding atas tiket bulan di Pt Sulung. :)
PB
Di bandar dan pekan memang cantik jalannya tapi jalan-jalan di pedalaman teruk....
Sebab itu 'mereka' asyik salahkan blogger sahaja...!
Ted
Kamera digital Sony Cybershot jer... :)
Luthfi
Sememangnya di kampung mas... :)
Titi
Ya, macamanapun kampung tetap berjiwa, bernyawa, nyaman dan syahdu. Tak serupa dengan bandar......
Sya
Betullah tu. Kena tunggu pilihanraya la nampaknya baru jalan itu elok semula.......Itupun nasib.... :)
Selasa, April 17, 2007 2:58:00 PTG,
black... ni kampung sebelah yg menghala ke selatan ker utara?
mende ketua kampung buat arrr?
tido ker?
bukan dah bagi peruntukan ker upah org bersihkan parit...
kalo penuh rumput camtu camner ler nak berenang...
makan hujan air pon tersekat tak ngalir ke laut.. pastu naik ler air kat area darat.. pastu bukak ler pusat pemindahan kat sekolah rendah area-area situ...
ermm mane razali anak cikgu kassim yerk? takkan tak balik muo.. kekekekek
segar plak mata ni melihat kehijauan yg ada...
rasanya di mana2 kampung, keadaan jalan memang terbiar... bila tiba musim pilihanraya barulah ada sedikit sebanyak pembaikan dibuat...