Selasa, April 24, 2007
Kami ke sungai itu untuk menyempurnakan projek tanam-semula spesis Cinnamomum inners, Tabebuia pentaphylla dan Swietenia macrophylla yang terpaksa dialih dari persimpangan Sri Gombak untuk memberi laluan kepada pembangunan DUKE.

Biarpun sungai itu tiada berkait dengan projek kami itu, disebabkan lokasinya amat bersebelahan, aku terpanggil untuk berkongsi keresahan dan suara hatinya.
Sungai Gombak, kejanggalan yang bermain di fikiranku ini mungkin tidak sehebat resah yang telah lama kau pendam selama ini barangkali.

Izinkan aku untuk terus menyusuri tebingmu kerana aku ingin terus tersenyum mengkagumi subur dan menghijaunya Cyprus sp., Imperata cylindrica dan Musa sp. itu. Aku juga mahu memahami kesetiaan aliran airmu meskipun dalam jemu dan bencimu menyapa bongkah-bongkah batu dan sampah-sarap yang rakus itu.
Seketika, aku bagaikan ingin ketawa bila terpandang papan tanda yang terpacak dan tertulis ‘Cintailah Sungai Kita’ di hujung itu, tapi memikirkan aku ini masih waras dan memikirkan situasimu itu mungkin suatu yang biasa bagi jiwa-jiwa, mata-mata dan tangan-tangan manusia yang pernah berjanji mencintai dan bersetia denganmu itu, aku pendam ketawaku itu begitu sahaja.

Nota jari
Cinnamomum inners
(Kayu manis), Tabebuia pentaphylla (Tekoma), Swietenia macrophylla (Mahogani), Cyprus sp. (spesis rumput), Imperata cylindrica (Lalang), Musa sp. (spesis pisang)

TTFN


 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/24/2007 01:57:00 PTG. |


44 Ulasan


Selasa, April 24, 2007 2:11:00 PTG, Blogger Sastri

teringat kat sg sarawak plak tetiba... dan teringat juga pada sebuah sungai di kota Jakarta... seperti Sg Gombak, ianya juga dipenuhi dengan sampah-sarap hasil dari tindakan mereka yg mencintai sungai itu dengan cara mereka tersendiri...

 

Selasa, April 24, 2007 2:51:00 PTG, Blogger Unknown

'sayangi sungai kita' tu simbolik je, beb! maksudnya..

1.buang je apa2 bila perlu.
2.prihatin kpd peluang pekerjaan bg pembersih sampah.
3.jd empangan kecil supaya air laut tk melimpah.
4.bykkan penyakit supaya kita beli ubat di klinik - baru berfungsi doktor kt sini dn peluang utk jd doktor pn lbih trbuka.

apa2 pn...aku suka mncing kt sg di m'sia ni..hehe.

 

Selasa, April 24, 2007 3:30:00 PTG, Blogger Alpha

Itulah jadinya bila orang harap pihak berkuasa aje untuk kutip sampah...ini sungai dibuat tempat buangan paling mudah..Ah orang Malaysia kan semuanya nak save duit (atau tambah duit) cara mudah!

Teringat aku betapa bersihnya sungai Singapura dan Thames...

 

Selasa, April 24, 2007 3:45:00 PTG, Blogger aNIe

Kalau takde orang buang sampah nanti takde pulak tukang kutip sampah...hahaha...

Signboard tu buat hiasan aje...orang kita ni masih lom pandai baca slogan kot...tak paham agaknya...

 

Selasa, April 24, 2007 4:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas
Itu belum cerita lagi tentang Sg Klang.

Teringat juga Sg Muor dan 'Sungai Mengalir Lesu', novel tulisan SN A Samad Said tu..... :)


azzam
Simbolik seperti 'betis' yang kau ceritakan itu. Kan.? ha ha

Orang kata sungai itu menggambarkan keperibadian sesuatu bangsa juga.. :)


alpha
Orang kita begitulah. Sudah jadi budaya yang dah hampir sebati.

Berjuta malah berbilion juga RM dibazirkan untuk membersihkannya. Akhir-akhirnya siapa agaknya yang ketawa untung ? :)


Kak Lady
Buang sampah dalam sungai tak merungut. Membiarkan sungai bersemak pun macam rasa tak bersalah tapi bila dah tersekat dan tersumbat sana -sini, banjir sana-sini masing-masing pandai pula menuding jari kan.. :)

 

Selasa, April 24, 2007 5:36:00 PTG, Blogger Unknown

kena tunggu banjir macam kat Shah Alam baru ada tindakan kot?

 

Selasa, April 24, 2007 5:53:00 PTG, Blogger silversarina

'jernihnya' air sungai gombak...
sayang , makin hilang sungai di negara tercinta, mungkin suatu hari nanti kanak-kanak tak kenal apa itu sungai :(

tak de ke diambil tindakan nak memulihkan sungai ???

 

Selasa, April 24, 2007 6:21:00 PTG, Blogger weAr

orang kita buka paip x kuar air sungai kaler coklat tu...sbb tu x hargai...

jgn smpai water supply kita sprti orng jepun.x cukup air smpai paip sinki n flush toilet from 2 different sources...

 

Selasa, April 24, 2007 6:56:00 PTG, Blogger Unknown

Tiba-tiba terkenangkan kampung halamanku, Sungai Besar. Tapi cuma namanya saja besar. Sungainya tak ada pun. Marilah berkunjung ke kampung. Sangat sesuai bagi kaki pancing.

 

Selasa, April 24, 2007 8:23:00 PTG, Blogger Pa'chik

owh... Musa sp. tu sejenis pisang..

kalau Musa KP sejenis apa purp?

 

Rabu, April 25, 2007 12:38:00 PG, Blogger zino

zaman zino kecik2 dulu ada satu sungai yg menjadi tempat kami berendam..

sekarang ni dah jadi sebuah parit kecil je.. mana pegi air nya?

 

Rabu, April 25, 2007 1:01:00 PG, Blogger khairyn

oh ho Duke

Damansara-Ulu Klang Expressway. Sebelum saya tinggalkan UK untuk ke UK (hehehe) proses kerja tanah baru bermula.

Masalah sungai kotor sebab hampir semua kumbahan dialirkan ke sungai sebelum di rawat dan kalau di ampang, kilang2 byk didirikan tak jauh dari tebing sungai. Kos nak bersihkan sungai pulak bukan murah. Pernah baca proses membersihkan sungai Thame yang diteraju oleh pengarah (if not mistaken) sur name Fish. Tonton juga dokumentari tentang anak sungai yang dibuka semula di Korea.

Satu hal nak bersihkan sungai yang dah tercemar. Tempat2 riadah tepi sungai pun tak terurus. Tebal sungguh habit kita suka buang sampah merata-rata ni.

 

Rabu, April 25, 2007 2:24:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hmm dulu selalu main godak parit masa zaman muda-muda. heh~ tapi sampai sekarang parit dekat depan rumah tu masih bersih lagi. oh oh!

 

Rabu, April 25, 2007 3:47:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

BP ... kue arek ngkubang yooo ? banyunyeee wes entek lah ... ko kelalen opo ? haaahahah

 

Rabu, April 25, 2007 9:21:00 PG, Blogger ILA

pok.kayu manis mcm ner ngupernya??
sila tunjuk....
cuma reti bila dah siap utk buat masak jerrrr...
(kukur kepolo seng orak gatel~~)

 

Rabu, April 25, 2007 10:00:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Adanya orang macam kau membuat aku sedar dengan lebih baik lagi secara saintifik tentang betapa pentingnya kita sayang kat sungai kita.

Selalu selalu lah buat ingatan

 

Rabu, April 25, 2007 10:45:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Amboi banyak bahasa sains dalam entry ini yang Am tak pernah dengar, bagus juga tu, beri ilmu pada Am.

Nampaknya BP buat kajian dulu sebelum entry ni ya

 

Rabu, April 25, 2007 11:11:00 PG, Blogger 13may

waaa....semak betoi!

 

Rabu, April 25, 2007 11:58:00 PG, Blogger INDERA KENCANA

Tahap mentaliti orang kita terhadap kepentingan sungai masih lagi terlalu rendah... Entah di mana silapnya.

P/S Aku suka pada Arachis pintoi. Cuba engkau tanam dari sepanjang Sungai Gombak tu sampai ke tengah Bandar KL. Aku mesti suka giler!!!

 

Rabu, April 25, 2007 12:33:00 PTG, Blogger ontahsapo

apsal kau cerita sungai tapi kau tunjuk gambar padang rumput...? hehehhe....

 

Rabu, April 25, 2007 12:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

orochi
Itu la. Selalunya macam itulah. Dah terjadi baru nak ambil tindakan. Dah terlambat.


loveujordan
Banyak sungai di ibukota dah dikonkrit tebingnya. Dah jadi longkang besar. :)

Yang penting 'pulih'kan mentaliti dan kesedaran orang kita dulu kot... :)


wear
Di Puchong, air paip pun kadang-kadang macam teh susu. :)


ainin naufal
Suatu hari nanti 'sungai' hanya jadi tinggalan sejarah agaknya.

Tak minat memancing la. Biasa memancing ikan di Carrefour jer.. :D


pa'chik
Oh... itu spesis yang suka mengusung tilam ..! ha ha ha


Zino
Sama lah di kampung Muor sana. Banyak sungai dah menyempit dan mencetek. :)

Pemanasan global antaranya kot.. :D


khairyn
DUKE juga dihangatkan isu setinggan yang tak nak berpindah. Tapi sekarang dah selesai..

Susah nak memelihara sungai kita kalau mentaliti dan kesedaran diri masyarakat kita tak berubah. Akhir-akhirnya banyak duit yang terbuang, menguntungkan segelintir pihak sedangkan sungai tetap macam itu juga. Penguatkuasaan pulak cuma 'hangat-hangat tahi ayam'.. :)


akirasuri
Biasalah, kecik-kecik dulu suka juga berkubang dalam parit, bugil lagi..he he he.. Sekarang parit di kampung Muor dah semakin mengecil dan mencetek. :(


wak katimin
Huh...orak gelem aku arek njegor njero sungei koyok kuwi. Ndelok pun orak mentolo.. :D


Ila
Yang itu pokok kayu manis untuk tujuan ornamental, kayu manis untuk masakan itu Cinnamomum zylanicum, jarang ditanam untuk tujuan landskap. Rupanya hampir sama cuma struktur daun agak berbeza. :)


Mazudi
Tq. Tanggungjawap bersama sebenarnya tu. Sungai banyak menyimpan cerita, sejarah, fungsi dan kepentingannya. Kalau tak dijaga, suatu hari pun boleh pupus ...


am
Tak jugak Am. Memang dah setiap hari bermain dengan istilah-istilah itu, terbiasalah. :)


13may
Dalam semak tu silap-silap ada orang tengah menyorok...he he he


Indera
Itulah dia. Masyarakat kita belum sampai tahap betul-betul menghargai kepentingan sungai.

p/s. Arachis pintoi itu dah jarang ditanam sekarang Indera. Dalam 7-8 bulan pertama ditanam nampak cantik tapi bila masuk tahun kedua tak menarik dah. Mudah diserang fungus. Kalau kawasan kecil ok la, kalau besar, sakit nak maintain :)


OS
Iytulah dia. Bukan dalam sungai ada rumput tapi dalam rumput ada sungai. he he he.

 

Rabu, April 25, 2007 1:24:00 PTG, Blogger achik

agaknya boleh kira sungai yg bersih kat m'sia ni...

sg klang tu lebih 'teh tarik' dari teh tarik... ;p

 

Rabu, April 25, 2007 2:13:00 PTG, Blogger me3n

bahasa saitifik jengkol per ek? hehe.

 

Rabu, April 25, 2007 3:18:00 PTG, Blogger Xis

Blackpurple
if you're in KL.. do come to my house yea.. need some advice on plants and gardening... boleh nggak?

 

Rabu, April 25, 2007 3:24:00 PTG, Blogger NBK466

Wah...hijau mata memandang...tuh padang sawah ker padang lalang?

 

Rabu, April 25, 2007 4:50:00 PTG, Blogger Unknown

kat umah aku ada sungai.. namanya sungai perai.. tapi dia busuk.. hehe penah ada org mati lemas kat situ..

 

Rabu, April 25, 2007 7:12:00 PTG, Blogger Unknown

herm... seksi la nama saintifik tumbuhan2 tu ;)

 

Rabu, April 25, 2007 8:54:00 PTG, Blogger TedungS

cintai la sg kita. kena tunggu pilihanraya baru dia clear tu kot heheh

 

Rabu, April 25, 2007 9:12:00 PTG, Blogger ManjLara

BP, tak terujalah nak cakap pasal *Sg.Gombak tuh, tentang Imperate Cyliendrica tu lagi bez rasanya :D

*tp kepentinganya ttp harus di'pulihara'..

 

Rabu, April 25, 2007 10:29:00 PTG, Blogger BaYu SenJa

sungai Sungai Petani lebih sadis !!! mungkin dah tak dapat diselamatkan....

 

Khamis, April 26, 2007 12:45:00 PG, Blogger KAMATO

Kempen hargai sungai kita sebenarnya gagal, tak taula bila hasrat murni itu boleh tercapai

 

Khamis, April 26, 2007 6:08:00 PG, Blogger Ajzie

Sungai Sarawak ada ikan terubuk.. hihihi

 

Khamis, April 26, 2007 2:11:00 PTG, Blogger DeeN

sungai sudah di downgrade menjadi longkang. Sebab tu, kebanyakan orang buat bodo je tengok sampah sarap tu. Kalau generasi mude nak tengok sungai bersih kena reka mesin kembali ke zaman silam la :D

 

Khamis, April 26, 2007 7:42:00 PTG, Blogger Unknown

mungkin ramai yg tak faham maksud sebenar slogan cintailah sungai kita tu...ingat suruh bg mkn sampah banyak2..hehe

 

Khamis, April 26, 2007 7:55:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Depan umah kampung atuk saya ada ban/tali air sebesar anak sungai. Dulu seronok jadi tempat bermandi2an manusia2 prak dari bandar. Tapi sekarang tak boleh buat macam tu sebab sungai tu telah disalurkan bahan2 buangan kumbahan dari jiran yang tak prihatin.

 

Jumaat, April 27, 2007 12:23:00 PG, Blogger debikdebuk

Ibarat kata Pak Menteri...ramai yang cantikkan tebing sungai dari air sungai...

 

Jumaat, April 27, 2007 9:09:00 PG, Blogger Unknown

'Cintailah Sungai Kita' tuh slogan untuk org yg tak buta hati...
Harapkan mata je celik tp hati buta, xder maknanyer semua jenis slogan ke aper ke...bila banjr salahkan sana sini.

 

Jumaat, April 27, 2007 12:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik
Sungai-sungai dalam hutan sana la kot bersih lagi, itupun kalau hutannya tidak digondolkan... :)


ad3ck
Jengkol, Pithecellobium jiringa. Kau suka makan jengkol ek.. :D


Xis
Boleh. Email no. tel & alamat. Jarak rumah kita pun bukan jauh sangat rasanya. He he he.


nbk
Ha ha ha. Kampung ekau ada sungai tak.. ?


lindosh
Seramnya... Mesti 'berpuaka' tu.. :D


cik kema
Buat nama anak pun ok jugak tu. he he he


tedungs
Pilihanraya kecik terutamanya. Tengoklah di Ijok tu. Bertuah orang Ijok ek.. :)


manjlara
He he he. Imperata cylindrica itu pun boleh dikomersialkan kalau tau caranya.. :)


bayu
Dulu sungai di Singapura pun kotor juga tapi bila dah dipulihkan dan mentaliti rakyatnya tak macam rakyat negara kita, sekarang dah bersih dah.. :)


kamato
Susah nak tercapai selagi kesedaran tak ada.. :)


ajzie
Sungai Pahang pulak dengarnya banyak ikan Arowana, Sungai Muor pulak terkenal sebab Tanjung Emasnya...:)


nur@ddeen
Ha ha. Sungai berkonkrit. Suatu hari nanti nak tengok sungai yang asli, kena buka buku sejarah atau ke muzium la kot.. :)


Yus
Papan tanda itu cuma sebagai sebahagian dekorasi sungai...Yang untung adalah yang dapat kontrak buat papan tanda tu... :)


iman
Di depan rumah atok saya di kampung pulak paritnya dah menyempit dan mencetek. Air cuma tinggal siparas betis.. :(


Debik
Ha ah. Tebingnya cantik berlandskap, dalamnya penuh sampah dan bersemak...


anielza
Biasalah. Orang kita pandai mencipta slogan tapi tak pandai mempraktikkannya.... :)

 

Jumaat, April 27, 2007 3:29:00 PTG, Blogger zino

ini komen Datuk Azmi Khalid..

yg di bersihkan tebing sungai bukan nya sungai.. pasal tu sampai sekarang sungai masih kotor !!!

 

Sabtu, April 28, 2007 5:12:00 PG, Blogger hakim dirani

Ada segelintir masyarakat kita apabila tempat yang ditegah untuk melakukan, maka di situlah dia nak melanggar sangat.

Apa kata kita buat papan tanda, "sila rosakkan sungai anda"
mungkin baru mereka nak pelihara.

 

Sabtu, April 28, 2007 7:20:00 PTG, Blogger kingbinjai

wei! sampai gombak awat tak tipun aku?!

 

Ahad, April 29, 2007 2:23:00 PG, Blogger Unknown

salam..morning..dah hapdet..dah hapdet..

 

Isnin, April 30, 2007 7:14:00 PG, Blogger Achik_Sufi

camniela...kau tukarkan nama sungai gombak kepada sungai AMAZON baru depa takut nak dekati, kenapa...? kan sungai AMAZON banyak ular ANACONDA, jadi mesti depa taku punye. ADD ME K

 

Isnin, April 30, 2007 5:19:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino
Itulah dia. Sungaiya tak secantik dan seindah tebingnya...


Hakim
Dah mentaliti dan kesedaran masyarakat kita macam itu nak buat macamana. Takkan sampai nak kena pasang CCTV kot..?


Kingbinjai
Ofis aku kat Melawati je. Senang-senang telefon la... Boleh kita minum-minum... ha ha


Azzam
Salam. Ok...Nanti kalau sempat aku jengok... :D


a.sufi
Ha ha.

K. Nanti akan diup datekan ek...