Jumaat, April 20, 2007
Nostalgia. Almarhum atok sedang bertemankan cangkul dan ayam jagonya.

Selain masa berjaga atok diisi dengan mengaji Al-Quran dan bersunyi-sunyian menelaah kitab-kitab agama berbahasa Jawa klasik, bermesra dengan tanah yang dipugarnya berpuluh tahun dulu itu juga adalah dunianya yang paling karib.

Titik keringat dan hanyunan tajak, cangkul dan parangnya itulah yang menghijaukan kebun itu dengan pokok buah-buahan juga deretan pokok nanas, ubi kayu, keladi, keledek, ‘wiwi’ dan pelbagai lagi.

“Kok kembang seng ditanduri. Kan apik nandur lombok rawit, pisang, katis…. Keneng dipangan.,.”** kata atok bila emak mencuri-curi menghias halaman tepi rumah atok dengan pokok puding dan bunga siantan. Emak akan diam, tersipu-sipu malu.

Itu dulu-dulu, semasa atok masih ada. Hari ini, atok tidak sempat melihat cucunya ini juga rupanya mewarisi bakat emak yang sentiasa mesra dengan kehijauan dan warna-warni flora itu. Bezanya, kalau dulu-dulu emak menyusunatur pokok bunga seringkas dan seselesanya, kini aku tidak boleh begitu. Harus berjiwa, berkonsep, bertema dan seceria rekabentuk dan lakaran perspektifnya. Harus bernyawa, berfungsi dan harmoni lembut dan kejurnya.

Kalaulah hari ini atok masih ada lagi, aku akan pimpin tangan atok menyusuri taman-taman dan seni rupabumi yang telah kami reka dan bina di sekitar Putrajaya, KL, Cyberjaya dan merata tempat lagi itu. Aku juga ingin ceritakan pada atok, pokok puding yang emak tanam itu kami panggil Codieum variegatum dan bunga siantan itu pula Ixora sunkist. “Patang taun arek ngapal kuwi tok…” ***. Aku terbayang-bayang wajah redup atok tersenyum bangga.


** “Bunga juga yang ditanamnya. Kan bagus kalau tanam pokok cili, pisang, betik... Boleh dimakan..”

*** “Empat tahun nak menghafalnya tu tok…”


TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/20/2007 10:57:00 PG. |


46 Ulasan


Jumaat, April 20, 2007 11:14:00 PG, Blogger Sastri

huhuhu... termengalir airmata bila ingat arwah atuk... dah setahun lebih dia pergi... terasa rindu pula saat ini... lebih rapat dengan atuk/nenek belah mak... maklum saja cucu sulung... semasa hidupnya pun, petang2 mesti dihabiskan masa dengan bertanam, berkebun selepas bersara dari menjadi Penguasa Bomba... Al-Fatihah untuk arwah atuk u dan arwah atuk i...

 

Jumaat, April 20, 2007 11:20:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

orang tua kat kg memang suka bercucuk tanam kan? dulu arwah nenek pon suka tanam² sayur keliling umah. pastu dia jual kat pasar, dapat la bbrp ringgit. padehal, duit yg arwah atuk tinggal lebih dr cukup. tp pada dia, itu semua satu kepuasan.

 

Jumaat, April 20, 2007 12:31:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Tengah aku pergi satu interview. Bila aku bagitahu yang aku pernah "berkecimpung" dalam lanskap-melanskap ni, orang yang interview tu tanya aku macam-macam nama scientific. Rosa Spp, Eugenia Grandis, Nipphelium Lappaceum dan beberapa nama lagi termasuklah Cycas Revolata dan juga yang engkau tunjukkan dulu - Ficus Benjamina. Alhamdulillah dapat jawab. Akhirnya Mamat tu tanya aku. Morinda Citrifolia? Aku terkalap. Boleh terlupa. Dengan penuh yakin aku kemudian menjawab, BUNGA TAHI AYAM!!

 

Jumaat, April 20, 2007 2:50:00 PTG, Blogger Unknown

Bunga tahi ayam - Lantana Camara hohoho.. aku ingat sampai sekarang sebab masa subjek rumpai dulu aku kena buat collection dan letak pokok bunga tahi ayam. Kira rumpai la, sebab nama tak sedap... hahaha...

 

Jumaat, April 20, 2007 3:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Sungguh molek bila keberterusan budi atuk pada tanah diwarisi ke generasi kita dalam cara yang berbeza.

 

Jumaat, April 20, 2007 3:45:00 PTG, Blogger Unknown

salam Bp, lama tak dtg... mmg org tua suka bercucuk tanam, arwah atuk pun dia suka bercucuk tanam pokok2 yg hasil boleh dimakan..tp saya malas skit.skrg anak cucu cuma tumpang makan hasil keringat atuk jer...mcam SAS gak saya bukan cucu sulung tp saya antr cucu yg dia paling sayang la...satu2nya cucu yg dibelikan basikal untuk ke sekolah...dah hmpr 2 tahun dia meninggal, alfatihah untuk mereka yg telah kembali

 

Jumaat, April 20, 2007 3:53:00 PTG, Blogger ILA

kal.atuk Bp tu ada lagi...tentu dia cakap "apik ehhhh kuwe gawe yo..tpi roso ne bazerrr waehhh..elok eh tanam pok.keceper,angger arek kaler2 yo pok.lombok..kan akeh kaler neh.."
(hehe..sory..pande2 waeh nyong gawe cerito~~)
anywy semoga smakin berkembang business anda.GD LUCK:)

 

Jumaat, April 20, 2007 3:55:00 PTG, Blogger ayu_mkay

wong tuo mbiyek2 memang inter nandor. tangan ne anyes, nandor opo wai mesti urip.

psstt, arek njalok nasihat lah pasal arek ngawe taman. foc ke ono cas se ;P

 

Jumaat, April 20, 2007 4:09:00 PTG, Blogger Unknown

Orang tua-tua memang macam tu apatah lagi yang memang duduk kat kampung. Keliling rumah penuh dengan tanaman yang hasilnya boleh dijadikan sajian untuk keluarga, malah boleh dikongsi dengan jiran tetangga dan saudara-mara.

Kalau kat bandar ni, nak masak asam pedas pun terpaksa beli serai kat kedai. Huhu....

Mak jual kangkung sebesar cekak gorila cuma 30sen (kalau tak silap) kepada peraih pasar tani. Sampai KL diorang kecikkan cekak kangkung tu sampai sebesar cekak anak monyet jeee. Jual dengan harga RM1. Alahai...

 

Jumaat, April 20, 2007 4:11:00 PTG, Blogger Unknown

Sampai KL, saya pulak yang terbeli kangkung tu. Aduhai...
(Agaknyalah...)

 

Jumaat, April 20, 2007 4:12:00 PTG, Blogger achik

nostalgia sungguh gambar tu... :)

 

Jumaat, April 20, 2007 6:56:00 PTG, Blogger Sya

Cam arwah nenek kak sya cakap gak.. kalau kak lady tu dok tanam bunga je dulu dia cakap.. kalau tanam cili dah boleh masak lemak dah

 

Jumaat, April 20, 2007 7:39:00 PTG, Blogger khairyn

Salam BP

Jari hijau nenek menurun ke emak tapi berhenti kat situ je. Saya? hehehe segala yang ditanam tak tahan lama. Alahai.

 

Jumaat, April 20, 2007 7:52:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Bestnya sempat merasa bermanja dengan atuk. Saya tidak sempat..kelam2 dalam ingatan :)

 

Jumaat, April 20, 2007 9:01:00 PTG, Blogger silversarina

Kisah atuk bp sentiasa 'hidup'... rajin dan mahir dalam kerjanya.... mesti dia tak pernah duduk diam.....

 

Jumaat, April 20, 2007 9:20:00 PTG, Blogger Unknown

saya tidak berpeluang mengenali atuk-atuk saya. sekadar nama yang boleh diingati. al-fatihah untuk mereka semua :)

 

Sabtu, April 21, 2007 6:30:00 PG, Blogger hakim dirani

Ya, Saya juga tak sempat jumpa atok saya. sedih..

 

Sabtu, April 21, 2007 6:33:00 PG, Blogger BaYu SenJa

tokwan dari sebelah ayah mahupun mak tak sempat mengenali cucu mereka yang paling bertuah ni :)

bayu pernah berpakat dengan rakan di sekolah dulu, tanam pokok bila dah tamat sekolah. tengok pokok sapa yang akan hidup lama..tapi pokok bayu hidup pun macam tak mau saja.. hahahaha

 

Sabtu, April 21, 2007 9:41:00 PG, Blogger Ku Keng

Al Fatihah untuk Atok semoga sentiasa dalam keadaan yang bercahaya dengan nur yang penuh kerahmatan.

 

Sabtu, April 21, 2007 12:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas
Begitulah. Memori bersama atok-atok dan nenek-nenek kita akan tetap terpahat selama-lamanya dalam ingatan.

Semoga roh atok-atok kita semua sentiasa dicucuri rahmat Allah.


Cikin
Orang tua dulu-dulu, berbudi dengan tanah sudah menjadi darah daging. Kalau sehari tak memegang cangkul terasa sakit-sakit badan mereka. Sebab itu agaknya orang dulu-dulu dah tua pun masih sihat. Atok dulu umur dah nak masuk seratus tahun masa dia meninggal. :)


Indera
He he he. Kalau orang yang bertanya tu tak tau pasal nama saintifik boleh la 'goreng...

Semasa praktikal tahun pertama dulu, di sebuah majlis perbandaran, ada seorang staf ni pernah mengenakan kami nama dengan nama saintifik pokok, Bilakucium diageli. Kami ingat betullah. Rupanya 'bila ku cium, dia geli'. ha ha ha

(psst... nama saintifik biasanya di'italik'kan atau bergaris & huruf pertama perkataan kedua berhuruf kecil :) )


orochi
Lantana camara tu menarik apa sebutannya. Kalau dibuat nama kumpulan rock pun boleh top tu...he he he


Zudi
Berbudi pada tanah memang ada hasilnya. Atok dulu tanaman komoditi & buah-buahan. Cucunya ini pulak tanaman hiasan, menghasilkan punca pencarian. :)


Anielza
Salam.
Bagi mereka bercucuk tanam itu bukan setakat hobi tapi juga cara kehidupan. Mereka yang bersusah-payah memugar hutan dan membuka kebun, tak hairanlah darah mencintai kehijauan begitu kuat dalam diri mereka.


Ila
He he he. " Orak lah tok. Sa iki, nandur sebatang pokok pun wes atusan ringggit tok.. Akeh seng wes dhadi wong sugeh nandor pokok waey..." :)


Ayu mkay
Yo la. Nek tanganney panas. Nandor opo pun orak urip. :)

Sa iki tandur pokok kembang wes dhadi profesion, nek temen dhadi sugeh.. :)

Arek ngawe taman ? Pirang iwo bagetmu..Konco-konco FOC waey la...he he he.


Ainin
Orang tua dulu-dulu, berbudi dengan tanah sudah menjadi darah daging. Kalau sehari tak memegang cangkul terasa sakit-sakit badan mereka.

Kalau tinggal di apartment atau kondo, tanam dalam pasu la jawapnya ek....Boleh jimat, tak payah la beli kedai.. :)


achik
Saya terjumpa semula negatifnya kemudian cuci. Dan gunakan pengimbas simpan dalam bentuk digital. Jadikan kenangan... :)

 

Sabtu, April 21, 2007 12:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak sya
Dan, dulu di kampung tanah luas malas nak bertanam cili, sekarang bila dah tinggal di rumah teres, tanah belakang cuma sekangkang kera baru nak bertanam cili kan... he he he..


khairyn
Salam,

Orang dulu-dulu kata, menanam pun kena tangan yang 'sejuk', kalau tangan 'panas' susah nak subur, tak tau sejauh mana kebenarannya. :)


iman
Saya sempat 'bermanja' dengan kedua atok. Alhamdulilah, seorang nenek sebelah emak masih lagi ada dan sihat sekarang :)

Hubungan nenek-cucu erat dan akrabnya lain... :)


loveujordan
Terima kasih.
Orang tua dulu-dulu di kampung memang tak boleh duduk diam. Sakit-sakit pun masih memegang tajak dan cangkul. Sehari kalau berbaring tambah sakit badan, kata mereka :)


cik kema
Semoga roh atok-atok dan nenek moyang kita semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin


Hakim
InsyaAllah, kita berjumpa nanti di sana. Doakan kesejahteraan mereka. :)


bayu
Tak semua merasa bertemu atok dan nenek kan.. :)

Tidak bersiram dan berbaja kot... he he he..Tumbuhan pun perlu dipupuk dan dibelai... :)


Ku keng
Semoga almarhum atok sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan sentiasa damai di sana. Amin.

 

Sabtu, April 21, 2007 3:41:00 PTG, Blogger akirasuri

arwah nya'ie hitamkundang mengingatkan saya pada arwah bapak. huhuhu. orangnya, tua tapi aduh cintanya setia pada kebunnya. masa arwah bapak sakit-sakit dulu pun, kalau sekali-sekali arwah bapak dibawa pulang ke kampung, kebunnya jugalah yang pertama-tama dicari :)

*moga arwah nya'ie dicucuri rahmat dan tenang di sana :)
*dan moga hitamkundang sukses dalam bisnesnya :)

 

Sabtu, April 21, 2007 4:01:00 PTG, Blogger 13may

aku jugak tak berpeluang mengenali datuk aku...

 

Sabtu, April 21, 2007 4:14:00 PTG, Blogger Pa'chik

Semoga almarhum atok sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan sentiasa damai di sana. Amin.

purp, ko pun sama... Kok kembang seng ditanduri. Kan apik nandur lombok rawit, pisang, katis…. Keneng dipangan.,.

 

Sabtu, April 21, 2007 4:57:00 PTG, Blogger pB

tak sempat kenal atok..
cuma tahu dia seorang inspektor polis zaman british dulu ...

nostalgia sungguh gambor itu...

 

Sabtu, April 21, 2007 9:22:00 PTG, Blogger aNIe

Kak lady dulu cucu kesayangan atok...kemana saja atok pegi kak lady mesti mengekor dia aje...

Tapi bila kak lady dah kawin...jrg dpt menjengah dia...Al-Fatihah untuk semua yang telah pun kembali ke rahmatullah...

 

Ahad, April 22, 2007 12:19:00 PG, Blogger zino

zino sempat berjumpa atok.. masa zino masih kecil lagi belum bersekolah..

tapi dah lupa macam mana rupa atuk.. lepas tu tinggal dengan uwan sehingga sekolah menengah.. dan sekarang uwan pun telah meninggalkan kami..

alfatihah..

 

Ahad, April 22, 2007 1:13:00 PG, Blogger ManjLara

BP, berbudi pd tanah kite tak akan rugi. tak kira, hasil buah2, sayur2, hatta bunga2an sekalipun, kita tetap takkan rugi. itu pula kata arwah ibu saya :)

beznye, jd awaklah yg menjadikan KL ini indah dan berwarna-warni gitu ye? wow! banggenye.. patutler tulisan kamu jg selalu 'berjiwa'! mcm org yg terlibat dgn kerja2 seni atau seumpamanya!

yang *** tu meaning??

p/s - wah glamernye nama pokok puding kat depan umah saya tuh! hehe

 

Ahad, April 22, 2007 2:10:00 PG, Blogger KAMATO

Jiwa minat bertanam atok itu telah mengalir ke jiwa cucunya agaknya, cuma atok suka tanam keluar buah tapi cucu suka tanam pokok takda buat

 

Ahad, April 22, 2007 3:29:00 PG, Blogger shahril aley

aku suke ayat yang dilafazkan oleh arwah atuk ko. memang orang kampung lebih suke kepada tanaman sayuran@buahan boleh lah di buat santapan untuk anak atau cucu yang datang menziarah. kalau bunge hanya jadi santapan mata saja.

teringat masa kecil ketika arwah atok & opah masih hidup. slalu je dapat makan buahan hasil tanah mereka & masakan kampung. kalau mereka datang menjengguk kami sekeluarga di KL(bapa aku je tinggal luar Perak) pasti ade buah tangan terutama sago jadi kegemaran kami adik-beradik. Skarang aku terasa sedih teringatkan mereka di alam barzakh

 

Ahad, April 22, 2007 5:18:00 PG, Blogger kingbinjai

sedih plak aku baca isen ni

 

Ahad, April 22, 2007 5:54:00 PG, Blogger banggugar

salam,
atok BP seorang yg berpendidikan agama ya?..
(",)

 

Ahad, April 22, 2007 6:14:00 PTG, Blogger Unknown

nak tgk hasil cucuk tanam bp plak.. ngeh ngeh

 

Ahad, April 22, 2007 11:40:00 PTG, Blogger izinni

Salam black,
betul lah apa orang cakap .. berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
orang2 tua dulu gemar berbudi pada tanah sebab mereka rasa makin dekat dengan Pencipta.
Saya? tanam apa pun tak jadi. hehhehehe ... setakat boleh menikmati keindahan alam yang diciptaNya. :)

 

Isnin, April 23, 2007 12:59:00 PG, Blogger Aku Ramarama

kangen karo bapakku...
huhu atuk masih ada..bapak yang dah takde..

 

Isnin, April 23, 2007 2:59:00 PG, Blogger tuan tanah

Dulu saya hairan kenapa nama pokok tu pokok puding. Macam nama makanan!

Selain itu, saya rasa agak pelik sebab daunnya warna kuning dan merah. "Eh, kat sekolah cikgu ajar klorofil kaler hijau. Maksudnya pokok puding takde klorofil la ye mak?"

 

Isnin, April 23, 2007 11:03:00 PG, Blogger Mummy Rizq

aku rasa mesti atok berbangga dengan kau...

 

Isnin, April 23, 2007 11:17:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Memang bener kata Atok sampeyan Mas, setiap melakukan sesuatu harus dengan penjiwaan sepenuh hati sehingga pemaknaannya akan lebih mendalam dan selalu menghidupkan hati sebagai panglima setiap perbuatan kita....turut bangga sama Atok.

 

Isnin, April 23, 2007 11:25:00 PG, Blogger Unknown

ko terer bab 'pokok-memokok' ni kan? aku nk mintak ko tolong tgok kan pokok mangga jepuj aku le. tk mmbesar lgsung..bantut kot? hehe..

arwah atuk aku pn terer 'memokok'..keliling rumah arwah di penuhi dgn brmcm jenis pokok buah2an. skrg..abg aku take over..kira okay la kalu dbandingkn dgn aku yg tau mkn 'buah' je..hahaha!

ok..beb! nk tnm pokok jmbu batu plak!

 

Isnin, April 23, 2007 6:50:00 PTG, Blogger TedungS

bila org dah tkde baru kita teringat dan menyesal tk buat itu dan ini. aku rasa mcm tu gak bila atuk aku pergi 4 thn yg lepas..

 

Selasa, April 24, 2007 12:28:00 PG, Blogger Izham Miyake

bro...

ada buat bisnes nursery kah?

 

Selasa, April 24, 2007 12:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Isk..isk..atuk tu lelaki kan? Atuk aku takde dah. Tp mujur nenek aku ada. Ada gak teman aku bercucuk tanam dan sifu yg selalu ajar aku berkebun. Moga2 lepas nih aku dapat jadik peladang berjaya. Idup nenek aku!!!!

 

Selasa, April 24, 2007 1:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Akirasuri
Mereka generasi terdahulu yang meneroka hutan tebal jadi kebun, jadi berbudi dengan tanah itu semacam dah satu kewajiban dan cara hidup mereka . Sebab itu juga agaknya orang dulu-dulu sentiasa sihat dan umurnya panjang, sebab sentiasa exercise

* Moga-moga. Amin
* Terima kasih (pssst… hitamkundang ke kundanghitam. ? :D )


13may
InsyaAllah, akan dapat berjumpa di sana nanti 


Pa’chik
Amin.

Kembang sa iki larang regone pa’chik. Cycas revoluta kuwi seng duur sak kaki waey wes atusan regone.. :D


pB
Kira atok pB tu dulu seorang wira la ekk..

Gambar itu salah satu dari dua gambar eksklusif yang sempat ditangkap sebelum pemergian atok. 


Kak Lady
Samalah. Saya paling rapat dengan atok sebelah abah. Cuma agak terkilan sikit sebab tak ada di sisinya semasa dia pergi. Tapi alhamdulillah dapat menolong menguruskan jenazahnya sampai ke dalam liang lahat. 

Saya pun dah agak jarang menjenguk nenek sebelah emak di kampung. Semasa dia ada lagi nilah kalau nak bermanja pun kan.. 


Zino
Saya sempat berjumpa kedua atok. Nenek pulak, yang sebelah abah tak sempat jumpa tapi nenek sebelah emak masih ada dan sihat lagi sampai sekarang 


manjlara
Ya, betul asalkan berbudi pada tanah ( dan menanam tanaman yang halal la…!)

Terima kasih. He he he. Saya memang terlibat sepenuh masa dengan kerja-kerja seni pun, tapi senibina la.. 

Terjemahan *** itu kan ada tertulis di bawah sekali tu… :D


Kamato
Ada juga pokok untuk landskap yang berbuah kamato, tapi buahnya tak boleh dimakan la, malah silap-silap beracun… 


Shahril
Sekarang, pokok bunga pun boleh mendatangkan duit tapi kena pandai komersialkan la.. 

Sekarang bila aku balik kampung, selain dari buah-buahan yang arwah atok dan abah aku tanam dulu, pokok rambutan dan pulasan yang ku tanam 3-4 tahun lepas dahpun berbuah.. Bangga ..! :D


King
Nostalgia lama membangkitkan sedih. Tapi indah 

 

Selasa, April 24, 2007 2:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

bang gugar
Salam,
Atok seorang hafiz. Juga imam kampung. Bila bercerita tentang agama, tak lekang dari bercerita tentang Wali Songo 


lindosh
Kalau kau rajin jalan-jalan sekitar Lembah Klang ni, banyak juga la hasil ‘seni’ kami… he he he


izinni
Salam,
Ya, betul tu. Tapi sekarang ni sesetengah ‘mereka’ lebih suka berbudi pada tanah dengan menanam cerucuk dan konkrit. Sesetengahnya pulak rakus menggondolkan kehijauan.. 

Psst. Orang tua dulu-dulu kata, tangan panas tu.. he he


Nilam
AlFatihah. Doakan selalu kesejahteraan almarhum bapamu di sana.

Kue wong jowo yo ? Jowo ngendi ? :D


Cik Tuan
Eh..apa nak dihairankan… Macam-macam nama ada, ada yang macam nama tahi binatang, ada yang macam nama misai binatang, yang nama tongkat dan kacip orang pun ada… he he he

Selain puding, daun Irresine berwarna merah, Coleus pulak berwarna-warni… ada lagi 3-4 spesis lain.


Mummy Rizq
Agaknya begitulah.. 


Nananging
Ya, betul seperti katamu itu mas. Harus berkemahuan, bersungguh-sungguh dan ikhlas.

(Membaca patah-patah perkataanmu seperti sedang membaca karya Prof Dr Hamka.  )


azzam
Ha ha. Itu kena tanya Pomologis la. Kau tak letak baja la tu kot..?


TedungS
Buat apa maksud kau..? :)


tenno
Nurseri tak ada, tapi ada nurseri la panel, kebanyakan di Johor.. :)


adikyah
Kami adik-beradik panggil kedua-duanya atok. Kekadang yaie dan nyaie.. :)

 

Jumaat, April 27, 2007 2:27:00 PTG, Blogger Rush Murad

orang-orang jawa ni memang rajin kan? masa kecik2 dulu kalau balik ke Sri Merlong atau Belahan Tampok kat Batu Pahat, sure gembira sakan, sebab keliling rumah ada pokok buah-buahan... semua ada. la ni pokok2 tu tak der sapa jaga... ntah berbuah lagik ker tidak..... poko2 yang dah tua dan mati pun banyak....

 

Isnin, April 30, 2007 4:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

rush
Mereka yang mula-mula datang dan meneroka hutan menjadi tanah kebun Rush.

Pokok-pokok buah yang atok tanam dulu banyak yang dah mati,saki baki yang tinggal kalau ada pun dah tua sangat dan tak berbuah dah... :)



Psst....sekarang mereka datang membina bangunan pencakar langit dan menjadi buruh pulak... :)