Sabtu, April 14, 2007
Dulu, 2002. Aku pernah aktif sekejap di dalam MLM. Waktu itu aku masih berkerja makan gaji. Waktu malam-malam banyak masa. Waktu malam-malam rasa bosan dan perlukan teman untuk ber’hu ha hu ha’.

MLM. Multi level marketing. Juga ‘meeting larut malam’. Meeting kami di Sentul Raya Boulevard. Setiap malam Isnin dan Rabu. Mula-mula mendaftar dulu terkena juga tempias kutukan. “Ha ha ha, jual sabun pun ada meeting..?”, “Ha ha ha, demonstrasi ubat ketiak pun nak pakai tie, pakai kot..?”

Mula-mula diperangkap datang meeting dulu aku cuma memakai jeans dan t-shirt. Gaya ringkas dan santai. Duduk di baris-baris depan. Baru sekali datang sudah kena berucap. “Saya Blackpurple. Dibawa ke sini oleh ...bla…bla…bla…. Di luar sana kerjaya saya adalah bla…bla…bla…“ Kemudian khalayak bertepuk tangan, gemuruh. Kemudian bersalam-salam. Mengucap tahniah. Wah..! belum apa–apa aku sudah jadi terkenal.

Meeting MLM penuh motivasi. Penuh inspirasi. Cakap berapi-api. Api keluar dari mulut ! Sambil meeting bertepuk-tepuk tangan. Sambil meeting bernyanyi-nyanyi. Sesekali lagu 'Gemilang' Ella, sesekali lagu 'Assalamualaikum' Rabbani, selalunya lagu 'Katakan Boleh'.

Sekarang, meeting MLM itu sudah lama aku tinggalkan. Sekarang meeting lain pula. Berbagai-bagai. Bukan lagi larut malam tapi larut tengahari atau larut petang. Tapi masih ada lagi cakap yang berapi-api cuma tiada lagi menyanyi-nyanyi. Bertepuk-tepuk tangan pun ada lagi. Client, jurutera atau arkitek perunding akan bertepuk-tepuk dengan meja menunjukkan kuasa. Kontraktor pula akan bertepuk-tepuk dengan dahi sambil berasap telinga !

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/14/2007 11:17:00 PG. |


47 Ulasan


Sabtu, April 14, 2007 11:30:00 PG, Blogger Sastri

MLM ~ biasa didengar tapi tidak pernah turut serta...

 

Sabtu, April 14, 2007 12:24:00 PTG, Blogger Unknown

MLM. selalu ada individu yang cuba menarik, tapi daku tidak pernah tertarik.

Kadang-kadang tak sampai hati menolak, tapi terpaksa berdiplomasi dengan bijak.

Masa begitu mengekang, kalau terjebak, takut keluarga pincang.

 

Sabtu, April 14, 2007 1:08:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas
:)

Ainin
Dulu fobiajuga. Dulu-dulu cuma suka-suka, nak berkawan hilangkan bosan dan memenuhkan ruang malam.

Sekarang tak adalah. Sibuk dengan syarikat sendiri. Kalau ada orang mempelawa pun, "Maaf, saya tak minat". Titik. :)

 

Sabtu, April 14, 2007 1:48:00 PTG, Blogger Kemat

aku tak gemar MLM nie atau yg aku paham direct selling..tp aku salute pada mereka yg sanggup tebalkan muka dan berusaha untuk menjual segala barangan produk MLM nie.. bukan senang wo...

 

Sabtu, April 14, 2007 2:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam.

yeay! ari setu orah akeh yo kerjo ne? :p

emm MLM tu satu hal. kurang kesukaan. setakat dengar mereka menghabiskan air liur bercerita mempromosi MLM pada saya, itu masih boleh tahan. kadang-kadang suka tengok mereka ni bersemangat mempromosi. tapi kemudian bila diakhir promosi mesti ada simptom-simptom memaksa suruh menyertai. dan saya selalu akan jawab, "Maaf, saya tak berminat." dan. lepas tu mesti kena marah dengan mereka. adeii! menci!

 

Sabtu, April 14, 2007 2:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

seronok juga tengok mereka (tak semua) keluar ramai-ramai, lepak kedai kupi sampai larut malam, bincang strategi... dah pagi baru nak balik. Esok tido.. tak de satu pun strategi tu jalan...

Bak kata sorang orang kaya mlm ni, konon nak jadik fulltime, tapi jadik Fooltime.

Ko pernah miting sampai larut perak?

 

Sabtu, April 14, 2007 5:41:00 PTG, Blogger debikdebuk

Taktik terbaru MLM...dia tak akan cerita produk apa( konon2 biar kita tertanya-tanya laa..) Then kita akan dibawa ke port diorang dan sorang akan 'membasuh' kita sampai kita join... Paksa-memaksa ni yang aku tak gemar ni...

 

Sabtu, April 14, 2007 6:39:00 PTG, Blogger khairyn

Pernah beberapa kali ikut kawan-kawan pergi tengok presentation MLM. Teruja, masa tu je lah. Balik mesti dah hilang semangat. Memang tak boleh la... tak ada skill langsung buat MLM nih.

 

Sabtu, April 14, 2007 8:36:00 PTG, Blogger TedungS

MLM- mesti susah keje tu, asik kena marah je ngan tuan rumah

 

Sabtu, April 14, 2007 8:57:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

he..he.. aku pun pernah masuk MLM. Tepuk tangan, nyanyi lagu semangat semut, motivasi berapi-api.. last2 entah kemana.

Meeting dengan client & consultant pun sama juga, aku sangat setuju :)

 

Ahad, April 15, 2007 7:42:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Biasa dengar dan selalu dengar tetapi belum pernah masuk...

Ada juga kawan2 masuk MLM nih..tetapi semua tak menjadi.. ada yg siap dah berhenti kerja buta fulltime..last2 makan diri...

 

Ahad, April 15, 2007 7:50:00 PG, Blogger zino

yg bijak mengatur strategi boleh kaya raya dengan MLM ni.. tapi tu le kenalah lah berusaha lebih inisiatif atas kegigiah sendiri..

selagi rezeki tu halal tak kisah ke business apa..

 

Ahad, April 15, 2007 9:32:00 PG, Blogger zwitterion

sungguh tak minat..kalau nak beli barang kalau kena 'paksa' ng salesgirl pun tak tahan..terus x jadi beli. inikan pulak nak 'paksa' org lain.

 

Ahad, April 15, 2007 3:28:00 PTG, Blogger aNIe

Kak lady ni malas nak masuk mlm...sebabnya memang jenis tak pandai nak pujuk orang...pujuk tu pun macam paksa aje...tak syiok betul...

Lagi pun malas nak pi meeting2 macam tu....

 

Ahad, April 15, 2007 3:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sebenarnya, intipati cerita ini adalah tentang meeting MLM vs meeting perniagaan konvensional.. ha ha ha..


Kemat
Pengalaman 'bermuka tebal' itulah bekalan dan petua aku menjalankan bisnes konsultasi dan pembinaan lanskap aku sekarang. :0


akirasuri
Salam. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari untuk memanjakan diri sendiri.

Unsur halus memaksa itu yang saya juga anti.. :)


pa'chik
Ha ha ha. Aku suka sebab dapat jumpa ramai orang, dapat ramai contact...

Yang 'makan larut malam' tu entri aku akan datang... ha ha


debik
Betullah tu. Nak tarik datang ke meeting manis betul mulut mengajak kan, lepas itu siap la 'kena'..ha ha


khairyn
Ada macam-macam sebab orang masuk MLM ni. Ada yang nak kaya cepat (kononnya), ada yang nak ambil hati kawan, ada yang nak berkawan, ada yang nak penuhkan masa lapang, yang nak cari jodoh pun ada...... :)


tedungs
Yang kena halau atau kena kejar dengan anjing tuan rumah pun ada...he he


raeidzall
Bezanya; meeting MLM kena 'cuci' dengan motivator dan upline, meeting yang biasa di ofis dan tapak projek, kena 'cuci' dengan client dan konsultan...he he he..


Luthfi
??? Macamana boleh ke topik itu pulak mas..? he he he.


ajzie
Kena betul-betul yang berjiwa cekal dan 'bermuka tebal' baru boleh berjaya cabang MLM ini.. Saya pun bukan orangnya... :)


Zino
Saya setuju. Biasanya orang akan skeptikal dan memandang sinis MLM. Kalau dah rezeki orang itu di situ, InsyaAllah...Yang pasti rezeki saya bukan di situ. :)

Apapun kalau malas berusaha, buat kerja apapun tidak akan berjaya.. :)


Zwit
Kalau kena 'paksa' kawin macamana pulak..? (Eh...terkeluar topik pulak...ha ha)


kak lady
Saya dulu-dulu bersemangat la juga KL. Tapi bila dah ada syarikat sendiri ni, tak ada masa dan tak cukup tangan dah... Dan banyak perkara lain yang nak di'pujuk'...he he he..

 

Ahad, April 15, 2007 3:53:00 PTG, Blogger banggugar

salam,
sekarang miting sudah berasap2 mulut dan berapi2 rokok.. hahaha (",)

 

Ahad, April 15, 2007 4:46:00 PTG, Blogger BaYu SenJa

takdak pengalaman nak kongsi... hanya pengalaman menjadi penonton kepada gerakerja depa selain berpengalaman berbudi dalam menolak jualan mereka....

memang bersemangat abang2 semua... berusaha lagi!! caiyok !!!

 

Ahad, April 15, 2007 4:57:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Aha entri ni la yang saya tunggu. Ok, cepat sambung hehe

 

Ahad, April 15, 2007 5:06:00 PTG, Blogger Unknown

aku paham ngan mlm neh.. kekadang cara dorang bercakap tu. bleh cair gak la aku neh nak menjoinkan diri.. nak2 plak bila ckp bab2 yg dah berjaya tu.. wahh

 

Ahad, April 15, 2007 5:33:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

haha... pernah ikut jaringan MLM... selama satu tahun... tidak ada profitnya sama sekali :)

yah... mungkin rejeki saya memang bukan di bidang itu... :)

 

Ahad, April 15, 2007 6:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Bang gugar
Salam..
Ya, ya, Lagi-lagi kalau meeting yang panas. Memang membara dan berasap ! Mulut dan telinga juga ! He he.


bayu
Itu pun pengalaman juga. :)

Harus percaya apa pun yang kita buat bila tekun, tabah dan tak mudah berputus asa, insyaAllah akan berjaya. Dalam bidang apa sekalipun.. :)


Iman
Sudah menjangkakan komen itu... Terima kasih kerana entri MLM di blog Iman itu juga yang mencetuskan idea cerita ini :)


Lindosh
Sesetengahnya menganggapnya 'terpedaya', sesetengahnya menganggap 'peluang'. Terpulang. Ha ha

Aku dah lama 'pencen' MLM. Sekarang cuma pengguna yang setia. :)


Bagonk
Samalah kita. Tapi semasa aktif 2002 dulu, agak lumayan juga..:D

Sekarang hanya menumpu bisnes syarikat sendiri. Ya, rezeki saya juga bukan di MLM. Hanya tinggal sebagai ahli dan pengguna. :)

 

Ahad, April 15, 2007 7:47:00 PTG, Blogger silversarina

I dengar MLM pun rasa tak minat, malu satu nak menjual... I pulak suka beli terus dari kedai, fix price and tak payah dengar salesman bagi info...ada jugak I kata pada my hubby... mungkin I ni dilahirkan sebagai pembeli..yelah kalau dah semua nak menjual sapa nak membeli ????

 

Ahad, April 15, 2007 10:51:00 PTG, Blogger AyunasiA

tak semua org ada skill memujuk org sampai org yg mendengar tu rasa bersalah/serba salah kalo tak beli/join. :p

 

Ahad, April 15, 2007 11:10:00 PTG, Blogger MYA MARJA

Orang yang banyak masuk duit dalam MLM ini tiga sahaja:

1.Tauke syarikat dan konco-konco,

2.Orang-orang di barisan depan, iaitu 001 hingga 100,

3.Stokis negeri atau daerah,...

..yang lain-lain buat kerja kadang-kadang macam kuli batak tetapi akhirnya yang kaya tauke syarikat dan konco-konconya! Apabila sudah rasa tidak boleh masuk duit lagi, dibubarnya syarikat lalu dibuat syarikat MLM yang baru pula, dengan nama yang baru..

Demikianlah adanya...

 

Isnin, April 16, 2007 3:20:00 PG, Blogger Pa'chik

kau cakap cari kontek, aku teringat satu budak ni, dia join satu mlm ni, kawan dengan geng atasan saja, sebenarnya dia cuma nak jual jam saja. Banyak la jugak dia buleh jual.

yang sorang lagi, dia ni kontrektor, nak dapat projek buat rumah bg orang yang dapat bonus rumah saja...

 

Isnin, April 16, 2007 8:41:00 PG, Blogger Unknown

MLM ni kalau rajin mmg boleh jalan. tp cik kema ni malas... tak pernah berjaya. sekadar parking nama jer... hehe

 

Isnin, April 16, 2007 9:55:00 PG, Blogger Mummy Rizq

dulu meeting.. sekarang dating!

 

Isnin, April 16, 2007 12:46:00 PTG, Blogger ILA

SEMOGA BERJAYA BOSSSS!!!!
ada keuntungan, ingat2 ler..kami semua~~~
pssttt..mnanti weddg card..muehehehe:p

 

Isnin, April 16, 2007 12:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sekarang pun hadapi meeting yg masing nak tunjuk sapa lbh power. Kuman cam kv ni kena tahan telinga je lah. Seb baik takde nyanyi bagai.;)

 

Isnin, April 16, 2007 1:08:00 PTG, Blogger Unknown

mlm? aku suka mlm. mlm la masa aku rehat. mlm la masa aku minum teh smbil tgok bola. eh..bukan ke? ooo..MLM. tk trlibat.

ni le bahana aku blajar tk abis. lain org ckap lain aku paham.

- cara aku 'meeting larut malam' lain, beb! hirup jari..hahaha!

 

Isnin, April 16, 2007 1:22:00 PTG, Blogger Unknown

well said indeed!! tp kalau meeting berlarut larutan dgn org gomen best. ada makan makan he he..

MLM? x minat.

 

Isnin, April 16, 2007 1:56:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

loveujordan
Itulah. Perkataan MLM itu memang 'berhantu'. he he he
Apapun pengalaman saya selama setahun dua di jaringan itu banyak juga pengajarannya. :)


norasiah
PR kena mantap.. ! Muka kena pakai 'topeng' he he he


mya matja
Ya. Kalau termasuk tempat yang salah, ruang itu akan jadi lubuk, terutama MLM yanag pakai skim piramid. Memang tak akan ke mana...


Pa'chik
Itulah yang aku maksudkan. Selama satu dua tahun itu, aku dapat juga berkena-kenal dengan bintang filem ternama, cuma rezeki aku dalam bidang lakonan tak ada kot (walaupun tak kurang kacak dan berbakat..ha ha ha ha ha !)

Dan berkat 'berkenal-kenal' dengan stranger, dapat juga projek buat landskap.. :)


cik kema
Ha'ah. Kena tabah dan ekstra-rajin. Pun dah 4 tahun menumpang nama. Cuma pengguna. :)


Mummy Rizq
He he he. Nak dating pun tak sempat la. Sibuk memanjang !


Ila
Berjaya apanya Ila ? Itu kan cerita lama. Tahun 2002 tu. He he he. Lama dah 'pencen' la..

InsyaAllah. Doa-doakan.. :)


Kasutvincci
Saya kalau meeting di ofis sendiri bolehlah tunjuk kuasa. Tapi kalau meeting dengan konsultan atau client, giliran saya pula kena 'bambu'. Biasa la... :)


Azzam
Kalaulah aku aktif lagi, kau orang pertama aku nak bawak ke meeting MLM tu.. ha ha ha..


Amora
Kontraktor pulak yang 'rabak poket' kalau bawak orang 'gomen' makan selepas meeting.. Paling-paling nak di hotel juga tu...he he he..

 

Isnin, April 16, 2007 2:04:00 PTG, Blogger Lan Rambai

Kalau meeting dgn kontraktor besar.... depa yang hentak meja!

 

Isnin, April 16, 2007 2:43:00 PTG, Blogger achik

MLM ni kena orang yg pandai bercakap... :D

 

Isnin, April 16, 2007 3:39:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Begitulah adatnya mencari rezeki, terpaksa menelan kepahitan angkara manusia. Namun siapakah yang sebenarnya lebih baik dalam situasi itu? Siapakah yang lebih beruntung? Si penepuk meja atau si penepuk dahi?
Saya rasa engkau tahu jawapannya. Teruskan usahamu Bang... Kejayaan kita, kita yang tentukan sendiri...

 

Isnin, April 16, 2007 4:12:00 PTG, Blogger Unknown

pernah masuk MLM beberapa kali..tapi bila bab meeting2 sampai larut malam ni yang paling tak boleh ikut...selalunya kecewa...mungkin tiada dalam darah kot nak buat MLM ni...

 

Isnin, April 16, 2007 6:21:00 PTG, Blogger NBK466

Yg samapi tgh2 MLM tuh meeting ko dating jang???

 

Isnin, April 16, 2007 10:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

oo dah jadik tauke upernya.bagus la.

 

Isnin, April 16, 2007 11:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hi bp,
Aku datang balik dah.

MLM? Dah banyak dah duit aku habis sebab aku boring dengan tukang kempen yang datang opis, pastu aku masuk.

Taknak citer arr pasal mlm ni.

Aku dah pindah url.

 

Selasa, April 17, 2007 7:30:00 PG, Blogger banggugar

salam,
ada sampai hati yg panas juga ke?..

 

Selasa, April 17, 2007 8:49:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

aku xpenah join MLM. aku susah nk terima utk masuk MLM. so, aku tak rs aku bleh convince org utk join skali. wlpn aku byk ckp tp aku xpandai nk pujuk org utk masuk itu dan ini.

 

Selasa, April 17, 2007 10:32:00 PG, Blogger Sya

MLM ni.. bila kena approach kak sya join tapi tak pi meeting, ada gak pastu pegi 2-3 kali pastu naik muak le pulak..

 

Selasa, April 17, 2007 12:54:00 PTG, Blogger KAMATO

setakat ni masih tak tergoda lagi nak join mlm

 

Selasa, April 17, 2007 2:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Lan
Ha ha ha. Kontraktor besar projek pun besar. Masuk berjuta-juta, memang la berani hentak meja..

(Lan, aku dah dapat kesan lokasi kau semalam..ha ha ha..)


achik
Kalau pandai bercakap lebih elok masuk politik. He he he


Indera
Terima kasih. Setuju.
Itulah dia. Ada yang sanggup menghadapi risiko menjadi si penepuk dahi, dan ada juga yang lebih suka berada di 'zon selesa' menjadi si penepuk meja.

Apa-apapun rezeki masing-masing...


raden
Kalau masih bujang, mungkin satu keseronokan keluar malam tapi bila tiba masanya memang akan 'mengalah', apatah lagi kalau tak meningkat... :)


nbk
2 dalam 1 la.. he he he


Mr Penyubiru
Alhamdulillah. Kecil-kecilan. Jauh lagi perjalanan. Rumah kau tak nak lanskap ke..? :)


King
Ha ha ha.
Tajam dan sinis maknanya tu. Apapun cerita ini tak bemaksud sedikit pun nak menyindir sesiapa .. :)


Mazudi
Selamat kembali.

MLM cuma singkatan dari satu perkataan. Cerita ini lebih berfokus kepada meeting sebenarnya. :)


bang gugar
Bukan setakat hangat dan panas, malah berasap..! he he


Cikin
Rezeki ada di mana-mana, MLM cuma salah satunya. Bagi yang serasi la. :)


Kak Sya
Saya pun mampu bertahan lebih kurang seahun dua je. Sekarang dah 'bersara' awal dah. :)


Kamato
Saya dulu pun tak mudah tergoda tapi tersangkut jugak. Itu dulu la. Sekarang 'pencen' dah.. :)

 

Jumaat, April 20, 2007 2:20:00 PG, Blogger shahril aley

aku cukup anti skit dgn org yg bergelumang dgn dunia MLM.knape?? mereka ni(bukan semua tp sesetengah) tak pandai nak berterus terang bile nak ketemu berbicara ttg program MLM. dah brp kali aku kena tipu alasan ade small gathering la @ nak lepak & jumpe2 tp disebaliknye ade udang disebalik batu.

konon2 nak bg motivasi menjadi kaya cepat tp dorg kena beringat bukan smua boleh jadi kaya sebegitu tp kena usaha & pengorbanan yg tinggi. masing2 ade cite2 sendiri so biarlah mereka mencari haluan hidup.bukannya MLM hanya jalan tunggal menentukan kekayaan mereka.