Bila sudah ramai-ramai, tiga-empat meja di gerai Awe itu akan bercantum memanjang menjadi satu. Kemudian melayan selera perut sambil konon-kononnya mengatur strategi. Aku seperti biasa, nasi goreng ikan masin, sup ekor dan jus epal tanpa ais. Awe pun sudah faham, tiada ajinomoto dan ekor mesti di bahagian yang pangkal-pangkal. He he he.
Makan-makan di gerai Awe sampai awal pagi. Waktu jalan-jalan di Kuala Lumpur sudah mula sunyi. Satu yang aku suka, kita tak perlu risau apa yang orang lain makan, berapa ramai yang makan atau berapa banyak meja yang bercantum. Habis makan, masing-masing akan bayar sendiri-sendiri. Mereka kata perniagaan sendiri, bayar pun sendiri-sendirilah.
Itu dulu. Sekarang bila aku sudah membabitkan diri secara serius dalam perniagaan konversional bergelut dengan kontrak dan projek, situasinya lain. ‘Makan-makan lepas meeting’ masih ada tapi ‘makan larut malam’ sudah hampir tiada kerana jarang-jarang meeting kami waktu malam. Kalau adapun mungkin sesekali kerana menyiapkan dokumen tender di saat-saat akhir.
Sekarang, selepas meeting atau lawatan tapak projek, kalau ‘terpaksa’ mempelawa client ataupun konsultan makan-makan, mulalah mencongak-congak. Apatah lagi bila tiga-empat meja bercantum menjadi satu, walaupun cuma di restoran tidak berbintang (biasanya mereka cuma pandai memilih tempat-tempat makan yang bagus-bagus sahaja…!.), sah memang ‘kopak’ …..!
TTFN
Selasa, April 17, 2007 2:43:00 PTG, INDERA KENCANA
Teringat di suatu masa, client ajak pi makan. Dah tu panggil kengkawan dia sekali. Saya doa-doa moga dia akan membelok ke mana-mana warung. Sekali dia membelok ke restoran mamak. Saya mencongak-congak.
Habis sahaja makan, saya terpaksa membayar bil sejumlah RM150.00. Mujur di dalam poket siap sedia dengan wang sebanyak itu. Tetapi berkata-kata di dalam hati. Alangkah sukarnya mencari sesuap nasi...!!
Selasa, April 17, 2007 4:09:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sastri
Entah ada lagi entah tidak gerai Awe tu..... he he he
Dulu semasa 'makan gaji' boleh claim, kita pun boleh la tumpang sekaki makan sedap sekali. Sekarang bila syarikat sendiri, keluar duit sendiri laa... Client pulak tu pandai memilih empat yang class ..hu hu hu..
Indera
Itulah dia. Mereka dah menjadualkan waktu yang sesuai untuk bermesyuarat dan pandai juga menganggar yang meeting itu habisnya pada waktu makan tengahari kot....
Sebab itu sentiasa kena pastikan duit di dompet cukup sebelum mempelawa client makan... :)
Ya. dan lebih sukar lagi mencari sesuap nasi yang benar-benar berkat... :)
pa'chik
Ha ha ha. Bagi la contact no pa'chik. Senang nak jemput sekali nanti...ha ha
raiedzall
Itulah dia. Dibuatnya dah siap makan baru perasan dah 'terlari' budget, tak ke haru....
Rabu, April 18, 2007 4:58:00 PTG, ILA
huk alahai..melaseeeee~~
to b honest bukan sang kontraktor sajer...tpi kmi sbgai forwarder pun turut terkena gitu..kdang tu bos buat2 lagak ada duit..pas tu kenyit mata tanya kat sya..any petty cash???
i ned 2 b positive..bnda2 tu semua under operating expenses. bila close a/c..at les bley kurangkan profit syarikat..yeahhhh!!!
is mean..kurangkan resiko d knakan cukai:p
Rabu, April 18, 2007 6:10:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Iman
Sekarang ini buat apapun semuanya bersebab , ada muslihat:)
Pa'chik
Kalau dalam tender biasanya masuk dalam preliminaries, tapi kalau kena 'ketuk' tiap-tiap hari dan memilih tempat pulak tu, lari juga budget . he he he
TedungS
Laaaa... Gerai belakang Pusrawi / Tabung Haji itu la. Tapi sekarang tak tau la beroperasi lagi ke tidak.. :D
izinni
Masalahnya client selalu buat meeting waktu pagi ke tengahari. Habis meeting mesti diaorang akan ajak makan-makan. Tapi yang membayarnya kita. Biasa la... Ada udang di sebalik mee...:)
ajzie
Saya 'tauke' syarikat kecil-kecilan Kena keluar duit sendiri. Kalau claim pun pusing-pusing duit saya jugak yang keluar. :)
bang gugar
Betul. Awe memang pandai menjaga hati client :)
Amora
Pindah ke Jln Tun Razak tu kan...?
Memang la, tapi progress claim selalu lambat keluar, itu pun setelah puas 'mengejar'... he he he..
mummy rizq
Claim pun macam tak claim sebab duit sendiri jugak.. :)
ila
Kalau syarikat konglomerat mungkin tak nampak bebanannya. Syarikat baru nak menapak macam saya ni kekadang sakit jugak kalau selalau kena 'pau'.. he he he...
Khamis, April 19, 2007 10:20:00 PG, Izham Miyake
Biasalah beb, keluar2 makan ni make sure dompet tebal lah.
And make sure jugak, duit dalam bank acessible.
Or else, sediakan credit card. Gua memang tak suka credit card tapi dalam hal2 emergency duit not so available, credit card sangat berguna utk menjaga muka bila berdepan dengan client, even potential client pun.
Macam tu lah orang bisnes, dapat banyak, habis pun banyak, mostly bukan kat diri sendiri.
If you don't mind bro, gua taruk link ke blog ini. Hope you can do the same thing.
Thanx!
Khamis, April 19, 2007 11:35:00 PTG, zino
belanja klein dan konsultan ni macam pesawah menanam padi la..
kenalah membajak..menyemai dan akhirnya menuai hasil.. nasib baik banyak le hasil tuaian.. nasib tak berapa baik kurang le..
tapi kalau nasib malang hasil tak seberapa.. tapi itulah petani.. tahun depan menyemai lagi.. menuai lagi..
tapi kan kalau nak belanja zino pun ok.. hehe
Jumaat, April 20, 2007 2:13:00 PG, shahril aley
biasa la tu BP kite nak cari @ maintain client kena la mcm tu. takut dorg kate kite tak appreciate 'sokongan' depa. baru2 ni pun bank pun ade blanje department lunch kat hotel(nasib baik hotel brp tapak je dgn ofis aku).ade gak bank tepon tanye bile nak mkn dengan dorg plak.ishish....good service la ;)
Jumaat, April 20, 2007 10:16:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Cik Kema
Masalahnya kebanyakan meeting habis waktu makan tengahari. Lagipun selalunya diaorang yang ajak, tak kan nak lari kot....
Itupun pelaburan juga namanya ... he he he...
Yus
Belanja makan 'pakwe' atau 'makwe' mahal macamanapun tak terasa, tapi bila belanja makan client kenapa terasa ek...? he he he
Akirasuri
Salam kembali,
Ada projek ke nak yang dioffer ni...? he he he
bang gugar
Salam,
Boleh, sekali kalau tak malu apa salahnya..he he he...
Monster Mom
Belakang Pusrawi itu memang banyak gerai makan. Ada yang sedap ada yang entah apa-apa rasanya. Tak tau pulak wujud lagi ke tidak deretan gerai-gerai tu. Tak apa, balik M'sia nanti ajaklah abang Tedung...:D
Tenno
Kadang-kadang 'terlari' budget masalahnya... Kalau tempat yang berbintang bolehlah hulur kad, kalau kedai mamak kari kepala ikan...? Silap-silap kena cuci pinggan...ha ha ha
Silakan. Nanti aku linkkan juga blog kau tu... Terima kasih.
azzam
Bola apa yang kau tengok tu bro'..? Tak senonoh la kau ni...ha ha ha
Mengko nek wes lebar kerjoku, aku mampir la ngomahmu yo... :D
achik
Biasa la.. Kalau dah sepuluh kepala, purata RM15 seorang. RM150 la...Itu kalau 10 dan RM15, kalau lebih...? ha ha
Entertain yang macam tu selalunya menyimpan makna tu.. :)
ayu_mkay
Nek melebuney wakeh yo syukur tapi masaelahey projek wes suwi siap, payment pulak arek entok berjaman...Kuwi seng orak tahan....
kamato
Macam melabur juga la kan.... tapi silap-silap rugi terus...he he he
king
Boleh. Bak sini nombor kau..? ha ha
zino
Biasanya membajak dan mengerjakan sawah teruk-teruk, hasil padinya tak seberapa. Mungkin tak cukup baja kot...tak pun mungkin dimakan serangga perosak..he he he...
Bolehhh.... :)
shahril aley
Dah jadi budaya kan sekarang...? :)
ad3ck
Idea cerita ini pun berasal dari MLM yang itu la.. :D
Selasa, Mei 01, 2007 12:11:00 PG, merapuman
MLM, kawan2 aku pun menggunakannya.. sekarang kurang aktif sikit sebab bersepah merata. MLM pun sebulan sekali and selalunya hari khamis mlm jumaat .. bukan sengaja .. kalau boleh lebih baik duk rumah lebih2 lagi hari hujan .. tapi mengenangkan kawan dari utara yg hujung minggunya tak serupa .. redah jugak le.
Hmm... nanti nak try gak laa gerai Awe tu... :p
jadi kontraktor, kena sediakan ongkos khas untuk belanja klien dgn konsultan... bagi mereka, kontraktor byk duit... bila ada peluang, memang tidak boleh tidak, mesti nak 'sembelih' punya... :D