Mohammad Anwar Hakim, anak buahku, berusia hampir empat tahun. Dia memang jenis yang tidak reti duduk diam dan lasak sungguh.
Sedang dia terkinja-kinja di dapur, dia terjumpa sebiji bola di bawah tangga. Dia menyepaknya dengan cukup bergaya. Tidak sengaja terkena betul-betul di belakang kepala abah, atoknya. Dia terkekeh-kekeh ketawa kesukaan. Lucu sungguh baginya. Abah cuma tersengih sambil menggosok-gosok kepalanya.
Anak buahku itu mengutip bola itu semula dan menyepaknya sekali lagi. Tambah terkekeh-kekeh kesukaan lagi dia bila bola itu mengena lagi di kepala abah. Kali ini ayahnya ternampak perlakuannya itu, lalu dimarahinya anak kecil itu.
Bagi anak kecil itu, itu kelucuan baginya. Bagi ayahnya, itu kurang ajar. Aku, walaupun terhibur melihat aksinya itu tapi aku sependapat dengan ayahnya.
Moga-moga dia menjadi sehandal Allahyarham Mokhtar Dahari suatu hari nanti.
TTFN
Isnin, April 30, 2007 5:33:00 PTG, Sastri
setuju juga dgn pendpt ayah Anwar tu... kalau nenek dan atuk jawa i, mmg pantang budak2 main kepala org tua, kalau tak sengaja mungkin dimaafkan tapi kalau sengaja, mmg kurang ajar namanya... selain itu, perbuatan menguis orang dengan kaki juga dianggap kurang ajar bagi keluarga kami... kalau ikut dorang, mmg byk yg tak boleh berbanding dgn yg boleh...
Isnin, April 30, 2007 6:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
pa'chik
Ha ha ha. Ingatkan kau tersalah alamat.
Kau tengok tak salah satu parti komponen BN (alah Buketin Utama TV3 tu la...ahaks.. !). Bangga betul bila wak itu menjawap temuramah dalam bahasa Jawa, cuma dia sokong cikgu itu yang aku kurang bangga sikit. ha ha
Biar dimarahi semasa kecil. Tidak nanti bila besar jadi samseng pulak kang budak itu.. :D
Sas
Betul. Orang Jawa memang banyak pantangnya, 'mengusik' kepala dan menggunakan kaki itu salah satunya.
Sebab itu membentuk buluh biar semasa masih rebung... :)
TedungS
Sesekali tak apa tendang pakai tangan kalau tak sengaja. He he. Maradona itupun pernah pakai tangan menjaringkan gol apa. Tangan Tuhan katanya.. :)
Selasa, Mei 01, 2007 2:46:00 PTG, Unknown
yg pertama tu takpe sbb tak sengaja, dah masuk dua kali tu mmg kurang ajar namanya. tapi budak skrg umur2 baya tu mmg seperti belum faham perkara mcm tu kurang ajar namanya, mcm anak saya Aqil pun kadang sama. Bila kita tegur siap boleh jawab.."Why cannot? I just want to play"..hmm susah juga nak bg dia faham...huhu
Rabu, Mei 02, 2007 2:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kamato
Sengih atok memanjakan, marah ayah mendidik.. :)
king
He he he. Tak sengaja tak apa, tak kena kad merah...
merapuman
Mat rempit disayangi...siap dapat makan angin sambil terjun-terjun di kutub utara, best apa..ha ha ha..
Sayuti
Betul. Kena tune minda kanak-kanak itu dari awal...
Ajzie
Ya. Sebab itu pendidikan kena bermula dari rumah... :)
Luthfi
Kebiasaannya di Malaysia menggunakan Allahyarham untuk yang telah meninggal dunia. Rasionalnya Allah menyayanginya sebab itu dia dipanggil dahulu mengadap-Nya.
Itu pendapat saya :)
ad3ck
Itulah dia. Namapun budak. Kena pandai pakai psikologi juga kadang-kadang. :)
Yus
Ada pula orang kata, elok kalau budak umur macam tu lasak sikit, maknanya cepat belajar dam minda aktif. Cuma letih la sikit nak memantaunya. :D
Budak-budak memang macam tu. Curious :)
Akirasuri
Sepak bola pun sambil pakai kopiah tu. Itu yang tak tahan tu... :D
Dah jadi buluh tak boleh lentur dah kan...
pa'chik
'Mendiang' tu apa pulak maknanya ek pa'chik..?
Ontahsapo
Rebung kalau dipanaskan tak jadi lembik sangat ke nanti OS..? :D
eisraa
Rumah atoknya itu agak selamat, kalau di rumahnya sendiri memang siap segala 'langkah berjaga-jaga'..he he he..
Zizie
He he he. Sesuai jadi penjaga gol la kot...
Pegawai
Ha ha ha. Mau terlucut kain atoknya tu...!
Khamis, Mei 03, 2007 9:24:00 PG, ILA
dari segi psikologi kanak2,Anwar mrupakan kanak2 hyperaktive yg masih bley d kawal (b'dasarkan bacaan buku P'didikan Khas) mereka anggap perkara t'sebut tak salah..hanyalah skadar hiburan.Utk mereka memahami bahawa perkara tersebut adalah salah, agak mengambil masa b'banding kanak2 biasa. Biasanya bila tindakan ini b'laku tentunya ayah Anwar akan marah @ mgambil tindakan.Tindakan yg kasar akan m'buatkan Anwar brasa kecewa.Dia x kan anggap dirinya b'salah malah akan anggap ayahnya yg jahat.Oleh itu kpd BP, jika perkara sperti ini terjadi lagi, silalah cepat2 bawa anak saudaramu pergi pdang yg b'dekatan & ajar C Anwar cara myepak bola yg betul hingga k pintu gol.
note : tima kacih...di atas laluan motivasi d atas.hehehekkkk..permisi:)
Khamis, Mei 03, 2007 10:19:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pa'chik
Kau ni macam confident jer...! Ha ha
debik
Huh..Piala Dunia tuuuu......:D
Bayu
Dia lasak, kalau kena kepala dia sendiri mesti selamba punya... :D.
'Kepala' bagi masyarakat kita kan 'mulia'.. :)
Manjlara
Orang Jawa panggil buluh pulak 'pring'.... :D
a sufi
Pakcik dia ni garang, dia tak berani kot... he he he
Mummy rizq
Sebab itu seronok 'bermanja-manjaan' dengan atok... :D
Ila
Syabas... boleh ganti Ustazah Hjh Nur Bahiyah ni...
Ya. Mungkin 'memarahi' dengan menyelitkan sekali alasan 'kenapa tidak boleh..?' kepada kanak-kanak itu memang boleh diterima logika akal. Minda kanak-kanak itu hanya mampu mencerna 'sebab kenapa tak boleh' secara asas bukan rasionalnya dari segi yang lebih jauh dari itu...Tak gitu ?:)
B Rampai
Salam kembali. Khabar Alhamdulillah. :)
Kanak-kanak yang hiperaktif dan lasak itu tanda cergas dan membesar dengan normal. Kalau monyok dan pasif simptom yang tak elok juga.
Ya betul, asalkan 'dibimbing' dan 'dibelai' dengan betul..
Mya marya
Sementara mereka masih ada inilah masa untuk kita menjengoknya bang. :)
Ojo ngomong koyok ngono ah mas. Mana ada kaya...he he he..
Tapi bukan 'anak bapak' yang macam cerita P Ramlee itu. he he..
nur@ddeen
Ha'ah. Relevan kalau kita pandai mentafsirkan makna 'bagaikan aur dengan tebing' itu.. :P
huh.....
Azzam
Kau ni berniaga kain kapan ke..?
cik kema
Ya. Setuju. Dan sila rujuk juga respon jawapan saya untuk ila di atas :)
Saya 'membuli' pandai la... ha ha
nbk
Betullah tu. Asalkan kena caranya menegur. Kalau tak kena cara, makin teruk kang jadinya. :D
Cikin
Atoknya 'baik hati' sangat. Kalau neneknya siap la ... :D
Kak sya
Tugas emak-ayah la yang kena menegur ek... :)
13may
Ha'ah. Memang bagus tendangan budak tu. tepat dan agak kencang..!
Kak lady
Mereka terlalu kecil untuk membezakan mana yang boleh dengan mana yang tak boleh kan... :)
ainin naufal
Setuju. Saya alami sendiri. Dekat 20 tahun tinggal dengan atok, paling teruk pun kena tegur, kalau abah talipingganglah jawapnya. He he he.
purp, seorang kawan aku yang pergi ke ijok, dia bangga dengan masyarakat jawa di sana yang teguh dengan Islam. Tahniah untuk mereka juga. Tak kisah kalah, janji teguh iman.