Rabu, Mei 23, 2007
Malam yang hangat itu aku meminjam sudut ruang tamu rumah - bersekali dengan meja makan, kerusi juga angin dari putaran kipas - seorang sahabat. Sahabatku itu Musa nama tipunya. Nama sebenarnya biarlah kurahsiakan untuk menjaga imejnya di mata umum.

Sedang pemusatan retina mataku hampir lapan puluh tujuh peratus di monitor komputer, pemusatan timpanum telingaku pula tidak sampai dua puluh tujuh peratus, agak terganggu oleh suara Musa, yang sedang berbaring di kusyen, berseluar pendek menayangkan peha dan betisnya yang berambut halus pendek itu.

Musa merungut-rungut, ‘Habis la.....apa la yang bangang sangat..!’

Sekejap-sekejap pula dia tertawa, mengekek-ngekek kegelian – entah apa yang digelikan pun aku tak tahu !

Kemudian dia senyap seketika.

‘Ya Rabbana….!’ Dia terpekik pula dalam bahasa Arab sambil menepuk tangan ke dahi.

Senyap lagi.

“Eeeiiiiiiiii….!’ Kali ini kepalanya pula dijunamkan ke celah kusyen.

Rungutan, kegelian dan pekikannya silih berganti dengan senyap yang sekejap-sekejap, di ruang yang kelam itu.

Sahabatku yang seorang itu bila menonton babak suspens dan lagak ngeri di tivi, memang begitu. Ulasannya penuh emosi dan sarkastik. Hero lembablah, crook bodohlah. Padahal itukan cuma cereka yang dilakonkan mengikut skrip. Tengok diam-diam sudahlah…..

Isk….betul-betul mengganggu konsentrasiku untuk berkarya - sebenarnya mencari ilham untuk memberi reaksi bagi komen entri bebal!


(Tak apa, fikirkan +ve, sekurang-kurangnya terhasil entri percuma ini.... :D)

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/23/2007 06:57:00 PTG. |


52 Ulasan


Rabu, Mei 23, 2007 7:06:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... sakit pewut gelak baca entri nih... isk isk... cam 'familiar' je aksinya menonton tu... LOL...

 

Rabu, Mei 23, 2007 7:30:00 PTG, Blogger khairyn

hahaha

nampak gaya yang 20% mendominasikan 80% tadi. Minority rules? lalalala

Cheh! gaya 'Musa' tengok tv persis bonda dan nenda menonton. Kami? 'Ala, mak, tu cerita tv jer' hahaha

 

Rabu, Mei 23, 2007 8:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku pon kadang2 camtu gak. terutamanya kalau ada aksi ngeri atau horror.
mula lah keluar' "Oiii!!! Wooppp!!!! Haaahhh!!!" bertalu-talu.
isk!

 

Rabu, Mei 23, 2007 8:29:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, aku pernah angkat kaki masa velociraptor nak geget kaki budak perempuan yang tengah panjat bumbung dalam jurasik pak dulu.

oit.. nanti kalau aku ada dividi kosong..aku hanto godfade triloji tu.. bak alamat.. tapi format avi je la... buleh?

 

Rabu, Mei 23, 2007 8:34:00 PTG, Blogger ontahsapo

mesti dia tgk cerita susuk tu, tak pun seekers...!!!!

 

Rabu, Mei 23, 2007 8:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ha ha ha. musa itu boleh join sekali dengan emak saya kalau menonton. aksi dan cakap-cakap diorang lebih seronok untuk dilayan dari menonton cerita jadinya. hahak :D

 

Rabu, Mei 23, 2007 9:44:00 PTG, Blogger lassadad

PAk Cik, Coba minum obat biar bisa konsentrasi, macam yg diiklankan oleh Dedy Cobuzier kalau di Indonesia, kal di malay saya tak tahu :-)

 

Rabu, Mei 23, 2007 9:53:00 PTG, Blogger david santos

Please, it puts fhoto of Madeleine in your Bloggue

Missing Madeleine!
Madeleine, MeCann was abduted from Praia da Luz, Portugal on 03/03/07.

If you have any information, please contact Crimestoppers on
0800 555 111

Please Help

 

Rabu, Mei 23, 2007 10:01:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Hehe emo betul si "Musa" itu

 

Rabu, Mei 23, 2007 10:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hahaha...sesungguhnya Musa itu telah memberi idea kepada kor untuk membuat entri dikala otak mu buntu memikirkan reply utk entri lain. Terima Kasih musa

 

Rabu, Mei 23, 2007 11:43:00 PTG, Blogger Achik_Sufi

memang betul tue...cam kawan achik sorang nie, time kite tengok bola die pulak nak jadi pengulas...siap pakai mickrofon lagi tue...melekat...

 

Khamis, Mei 24, 2007 3:31:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.

alamak, kita geng la musa! kasi saya 5! kalau cerita seram pun tak jadi seram bila saya komen tentang realiti/ munasabah yang berkaitan. wak pernah tengok tak 'retual pemanggilan arwah'? ala2 seekers versi indon tapi ni lagi real. orang lain tengok rakaman tu siap ngingau2 lagi (lelaki ni), tapi bila saya tengok saya menangis.

dan mungkin sebab2 saya se geng dengan musa, saya tak masuk panggung. kim salam kat musa.

 

Khamis, Mei 24, 2007 5:05:00 PG, Blogger Faizah

lucu giler la pulak..hahhahhahha..syok la citer ni..judul apa ye?

 

Khamis, Mei 24, 2007 7:44:00 PG, Blogger Unknown

haha.. Musa tu tau kau buat cerita ni dalam blog?

 

Khamis, Mei 24, 2007 8:23:00 PG, Blogger MYA MARJA

Tulis dalam genre apa? Novel agaknya..

 

Khamis, Mei 24, 2007 8:33:00 PG, Blogger banggugar

salam,

hahaha..

saya pun ssah rasa nak tmpu kalau tengok crita ramai2 dibelakang ada tukang ulasnya..

(",)

 

Khamis, Mei 24, 2007 8:42:00 PG, Blogger Kurma2Biji

hhaah nampak nya musa memang hebat menarik perhatian orang..

 

Khamis, Mei 24, 2007 8:58:00 PG, Blogger me3n

ahaha. kemsalam kat musa. ;p.

 

Khamis, Mei 24, 2007 9:31:00 PG, Blogger kingbinjai

simbah je dengan asid!

 

Khamis, Mei 24, 2007 9:38:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Belum lagi kamu tengok ayah aku berganding ngan paksu aku tengok wrestling kat ruang tamu rumah kami.

Kami semua terpaksa layan jugak wrestling sebab takleh konstret dengan tidur.

 

Khamis, Mei 24, 2007 9:52:00 PG, Blogger arianna adrizal

oh, ingatkan tgk bola ka.. wrestling kaa... ish2..

 

Khamis, Mei 24, 2007 10:26:00 PG, Blogger Taiko

damm! hari tu masa tengok wayang sumolah, mamat sebelah aku tu menonton macam menonton kat rumah. siap tolong pahamkan kawan dia bila dia paham maksud sesuatu scene. tapi aku rasa, kawan dia memang dah paham. spoil sungguh!

cabut saja bulu betis kawanmu itu. nescaya dia akan insaf.

 

Khamis, Mei 24, 2007 10:36:00 PG, Blogger achik

terlebih menghayati cite la tu.. hehehe ;p

 

Khamis, Mei 24, 2007 11:18:00 PG, Blogger DeeN

Mungkinkah dia sedang menonton siri yg panjang berjela pada waktu malam dan diulangtayang pada waktu petang..? Ngeri & dramatik betul cerita tuh...!! Patut tak habis2. ha,ha,ha,

 

Khamis, Mei 24, 2007 12:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Takdirnya begitu, dan anda dapat menghasilkan entri yang ini.

 

Khamis, Mei 24, 2007 12:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kalau dengan aku, dah lama kena penyepak.

 

Khamis, Mei 24, 2007 12:09:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

aku cukup tak suka tengok tv dengan orang yang suka membebel depan tv sorang2..Sungguh dia boleh buat aku bangun dari situ...

 

Khamis, Mei 24, 2007 12:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas,
Sakit perut gelak ekk, I yang sakit jiwa tau. Nasib baiklah tetamu .... he he he..


Khairyn,
Bila berkarya penumpuan dari gangguan sebarang bunyi memang penting... :)

Serupalah juga dengan abah saya. Tapi taklah seemosi dan sesarkastik Musa itu... :D


kamarul,
Ha ha ha. Aku tengoklah juga darjah kengerian dan keseraman cerita. Kalau 'tak mencabar', boleh dikawal lagi.... :D


Pa'chik,
Bahaya tu kalau di panggung, kang tersepak kepala orang depan pulak... :P

Boleh, sangat dialu-alukan. Nanti aku emel kau. Segala kos aku akan tanggung... :D


Ontahsapo,
Dia tengok NCIS, malam tu kalau tak silap...

Musa tu kronik lemah semangatnya, cerita tak berapa seram dan ngeri pun takut nak tengok... He he he...


Akirasuri,
Serupa abah saya juga, tapi volume suara dan emosi abah terkawal sikit. Kalau kita memang sekali menonton oklah, tapi kalau disaat-saat kita sedang berkarya dan mencari ilham...? Iskkk...


luthfi,
Ubatnya senang sahaja, tutup komputer dan tonton bersama-sama... he he he


Iman,
He he he... Musa..Musa....


Dobot,
Ya, Ada hikmahnya juga. Musa menjadi sumber inspirasi sehingga terhasil entri ini. Terima kasih ekk Musa !


achik sufi,
Suruh dia jadi pengulas sukan la ganti Hasbullah Awang tu. :D


eisraa,
Salam,

Saya jarang tengok tivi kecuali cerita-cerita yang betul-betul saya minat. :)

Eik, kena sampaikan salam ke ? Kang dia tanya pulak macamana orang boleh kenal dan kirim salam kat dia. Tak pasal-pasal kamu popular Musa ! He he he.


faiza,
Malam Isnin lepas. NCIS kalau tak silap. Suspens sangat ke cerita itu ? :D


Orochi,
Ha ha ha. Itu yang bahaya tuuu....

 

Khamis, Mei 24, 2007 1:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mya marja,
Merangka komen entri saja bang.. :)


bang gugar,
Salam,

Itulah dia. Tapi biasanya kalau tengok bola memang susah nak diam.... :D


kurma2biji,
Tahniah Musa !


ad3ck,
Adehhh...sorang lagi kirim salam. Macamana nak sampaikan ni ekk... :D


kingbinjai,
Isk... Nanti lain jadinya pulak pengakhiran entri ini, takpun tak terhasil terus entri ini.. :D


mazudi,
Biasalah tu kalau dah peminat gusti. Tak pasti macamana pulak reaksi Musa agaknya kalau menonton gusti... Isk..isk..isk...tak sanggup untuk nak bayangkan.


arianna,
Lama menghilang Anne ? :D

He he he. Itulah dia.


taiko,
Isk. memang bengang kalau ada yang bercakap dan mengulas dalam panggung.

Tak sampai hati nak cabut bulu kaki dia, mesti dia tak bagi lepak rumah dia lagi nanti.. :D


achik,
Itulah dah kalau terlampau menghayati.. he he he..


nuraddeen,
Cerita apa dan yang mana satu maksud kamu ni? Maklumlah aku selalu biarkan tivi sengaja terbuka tapi jarang menengoknya.... :D


zabs,
Begitulah. Bila kita fikir yang positifnya....:)


gitartong,
Isk... Brutal sangat kau ni cikgu... ha ha ha


mama ri....,
He he he. Jenis 'hangin' juga MR ni ekk...?

 

Khamis, Mei 24, 2007 1:14:00 PTG, Blogger NBK466

RABBANA...ingatkan tgk siaran LIVE bola atau pun WRESLING sampai begitu sekali gayanyer...

 

Khamis, Mei 24, 2007 1:53:00 PTG, Blogger Xis

Blackpurple
you almost got me there.. hahaha.. but then.. that reminded me of my ex housemate when I was in USA.. he was somewhat like Musa when watching TV.. :)

 

Khamis, Mei 24, 2007 1:54:00 PTG, Blogger KV

tu belum lg tgk gusti. Makcik kv siap sakit2 badan lps tgk gusti. Emosi sungguh!

 

Khamis, Mei 24, 2007 2:01:00 PTG, Blogger Unknown

owh! itu tandanya dia seorang yang amat prihatin dan penuh penghayatan. kem salam kat dia... hehehe.

p/s - pa'chik... kema mmg mcm ni. hihi.

 

Khamis, Mei 24, 2007 2:02:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

ok lah tu... at least ada "live" depan ko....

 

Khamis, Mei 24, 2007 3:50:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

salam bp..
lain kali kalau nak idea yang bernas utk entrymu,
pastikan musa tengok tv di sebelah hehe
anyway..entry lu sume memang best.

 

Khamis, Mei 24, 2007 3:59:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

waa..sungguh emosional Musa bukan nama sebenar tu ekk..! :D

 

Khamis, Mei 24, 2007 5:53:00 PTG, Blogger Unknown

Musa... Musa.... hahahahha...

La la la...

 

Khamis, Mei 24, 2007 6:32:00 PTG, Blogger Petiais

aku plg benci bile..

dia yg tibe2 dtg nonton tv di tgh jln cerite..nih apehal mati lak..pompuan ni saper plak?..nape dia buat mcm tuh?

 

Khamis, Mei 24, 2007 11:16:00 PTG, Blogger aNIe

Hahahah....tu mau kene duduk dengan cik abang akak tu...mau aper dpt dibalingnya...

 

Jumaat, Mei 25, 2007 12:53:00 PTG, Blogger Unknown

tak pe la sesekali kene tolerate dgn si musa(bkn nama sebenar) x de teman tu.. tp kalau masuk tgv dia tetap mcm gitu ke? he he

 

Jumaat, Mei 25, 2007 12:58:00 PTG, Blogger Mamamanja

daku pun kengkadang cam 'musa' tu gak... (tgk ngan penuh penghayatan... g2 ler...)

 

Jumaat, Mei 25, 2007 5:11:00 PTG, Blogger Amyz!

cis.. mengganggu konsentrasi betul! hahaha.

 

Jumaat, Mei 25, 2007 5:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk,
Nasib baik bahasa Arab. Kalau bahasa lain susah juga nak faham... he he he..


xis,
Berbeza manusia, berbeza juga karakternya :)


KV,
Huh..Dia ikut bergusti sekali ke ? :D


cik kema,
Elok jadi pelakon kalau macam itu. Tentu dapat menghayati watak dengan berkesan. :D


Mummy,
'Live' yang mengganggu konsentrasi :D


Tiara,
'Loqlaq' itu apa Tiara? :D


butaseni,
Salam.
Kalau karya ringan-ringan dan bersahaja bolehlah, kalau karya yang artistik tak boleh. He he he.

Trimas... :)


cikin,
Itupun dah diedit entri ini biar nampak terkawal sikit emosionalnya. He he he

[Musa, kalau awak terbaca komen ini, maaf ekk...:P)


ainin naufal,
Tak nak tanya kenapa saya pilih nama Musa?

He he he.


petiais,
Samalah kita. :D


kak lady,
He he he. Saya tak suka baling-baling, diamkan sajalah...


amora,
Sebab toleratelah terhasil entri ini... :P


mamamanja,
Kekadang ke selalu MM? :D


amyz,
Ha ha ha. Bukan senang nak 'berkarya' ekk....

 

Jumaat, Mei 25, 2007 6:10:00 PTG, Blogger tegezoot

orang macam musa tu jenis yg kuat penghayatannya! bukan senang nak jumpa tu! kau kenal dia kat mana?

 

Jumaat, Mei 25, 2007 6:11:00 PTG, Blogger DeeN

haha cerita apa lagi kalau bukan Sembilu kasehhh. Karya pengarah hebat, er..cuma hasilnya ada kurang. mungkin itu satu taktik nak pikat penuntun? Hm... bila dapat tgk filem melayu yg tidak layu [maaf ckp].

teringin sgt kalau karya saudara Ramlee Awang Murshid di layar atau di kaca tivi.

opss, aku terbabas dr tajuk entry. harap maklum!

 

Jumaat, Mei 25, 2007 10:47:00 PTG, Blogger silversarina

Berjasa jugak Musa kawan you tu...bagi idea entry ni...

I kalau tengok tv tak suka bising2 kecuali ketawa kalau cerita kelakar...

 

Sabtu, Mei 26, 2007 7:03:00 PG, Blogger banggugar

salam,

mungkin dari sini jugak kita dapat mengesan bakat kawan2 menjadi pengacara program tv..

hehehe

(",)

 

Sabtu, Mei 26, 2007 7:33:00 PG, Blogger Ku Keng

Musa bersorak dan bertepuk tangan tak bila hero berjaya atau menang dalam pergaduhan?

 

Sabtu, Mei 26, 2007 10:55:00 PG, Blogger ILynn Virgobiru

die puas tgk tv mcm tuuuu
heheheh

 

Sabtu, Mei 26, 2007 3:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

tegezoot,
Itulah. Tak ramai yang boleh mencapai khusyuk dan tawaduq sebegitu.

Mula kenal Musa di alam siber jugak..he he he


nuraddeen
Setahu aku Musa alergik dengan cerita Melayu. Dia tengah tengok NCIS masa itu kalau tak silaplah.. :D


loveujordan,
Banyak kalau nak buat entri berdasarkan gelagat dia...he he he..


bang gugar,
Salam,

Itu bukan pengacara, itu pengulas... :D


Tuan Keng,
Bersorak pernah rasanya, tapi bertepuk tangan tak perasan pulak... :D


ilynn,
Tepat !

 

Ahad, Mei 27, 2007 1:09:00 PG, Blogger shahril aley

kire ni entry bonus utk ko la. hahaha....tahniah setiap perkara berlaku mesti ada hikmahnya.