Selasa, Mei 08, 2007
Ruang empat segi sama itu agak sempit dan lembap. Dia masih berdiri pegun di satu sudutnya. Sesekali mencebil refleksi di depannya itu. Mindanya terganggu. Yang satu itu agak nakal dan melampau, fikirnya. Yang lain-lain masih sopan, mungkin masih kecil, mungkin menyorokkan diri atau mungkin juga masih malu-malu.

“Agak kurang manis kalau dilihat orang....” Getusnya. Ada riak-riak kecewa di wajahnya.

Dikuis-kuisnya. Sesekali yang dikuisnya itu berjaya meloloskan diri, sesekali tercapai juga ekornya. Cuba dicabutnya keluar beberapa kali. Bersungguh-sungguh. Tetap gagal. Entah kenapa yang satu itu degil sungguh.

Matanya terkedip-kedip, berkaca-kaca. Dia tercabar. Dia sudah nekad. Kalau tidak dihapuskan bukan saja menjolok mata tapi akan terjejaslah reputasi dan kredibilitinya. Dia terkocoh-kocoh keluar dari ruang itu. Dia tercari-cari sesuatu. Dia perlukan sesuatu yang tajam untuk dijadikan senjata. Matanya menangkap sebilah gunting kecil di para paling atas.

Perlahan-lahan dihulurkan hujung gunting itu ke dalam rongga yang sempit itu. Nyah kau dari sini…….! Bulu hidung nakal yang sehelai, yang terjulur kira-kira 0.2 cm dari permukaan rongga itu tumpas juga akhirnya.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/08/2007 02:07:00 PTG. |


41 Ulasan


Selasa, Mei 08, 2007 2:25:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... iskkk... ingatkan amende laa tadi... rupanya citer pasal bulu hidung yg nakal... :p

lagu Patience menjadi latar ek? :D

 

Selasa, Mei 08, 2007 2:42:00 PTG, Blogger ILA

ishhhh...En BP nieeeee...ingatkan citer pasal tikus..siap sebut pasai ekor tadi..
huh!!siap ukur bape pnjang bulu tu yeakkkk...iyyaakkkkkk!!!

 

Selasa, Mei 08, 2007 3:49:00 PTG, Blogger ManjLara

muahahaha... susah juga rupanya nak menumpaskan bulu hidung yang sehelai tu ye! apa pun, tahniah ler huhu...

 

Selasa, Mei 08, 2007 4:26:00 PTG, Blogger Unknown

hahaha..saspen betul ko punya cerita..aku sampai letak dua2 lutut aku kat dagu.

hehe..

 

Selasa, Mei 08, 2007 5:54:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas
Entah apa-apa kan..Bereksperimentasi lagi.:P

Baru nak mencuba-cuba pasang lagu tu..Cari lagu 'kupu-kupu' tak jumpa :)


Ila
Itu fiksyen semata-mata la. Tiada kena mengena samada yang masih hidup atau yang telah mati. He he.


lara
Hanya dengan ketabahan, kesabaran dan tidak mengenal putus asa saja dapat mencapai segala cita-cita. Ceewahhh..!


Azzam
Kau tanggalkan kedua lutut kau pasang kat dagu pulak ke..? he he he.

 

Selasa, Mei 08, 2007 6:26:00 PTG, Blogger Unknown

Oooo... mencabar kesabaran betul bulu hidung itu. Hehe.. lepas cabut tu rasa nak terbersin tak? muahahaha...

Err... 'buku kuwi' 50% cerito tenan. ehehehe...

 

Selasa, Mei 08, 2007 6:45:00 PTG, Blogger aNIe

Hahahaha...memang nakal yang sehelai tu ye...sempat pulak nak mengintai2 keluar ye.....

 

Selasa, Mei 08, 2007 8:21:00 PTG, Blogger Pa'chik

simpan misai la.. nanti takde masalah walau 50 lai yang keluar...

 

Selasa, Mei 08, 2007 8:33:00 PTG, Blogger Achik_Sufi

la...kenapa guntingkan bulu 2, biarla...baru nampak style skit.( style taik kucing...he..he..)

rasenye elok dijual bulu 2, sekarang nie orang kekurangan bulu hidung...betulke..?

 

Selasa, Mei 08, 2007 9:54:00 PTG, Blogger zino

cuba kaji dalam seminggu berapa cm bulu idung tu memanjang hehe

 

Selasa, Mei 08, 2007 11:40:00 PTG, Blogger KAMATO

ada petua kata kalau ngantuk bawak kereta, cabut bulu hidung..nanti hilangla ngantuk tu....kalau nak jalan jauh kene simpan bulu hidung tu...hehe

 

Rabu, Mei 09, 2007 2:44:00 PG, Blogger shahril aley

sungguh indah susunan ayat ko tu tapi ending die tu menyedihkan pasai cite ttg bulu hidung ko plak. sungguh tidak bersopan langsung penceritaan ko tu ;)

but keep it longer la beb...

 

Rabu, Mei 09, 2007 5:06:00 PG, Blogger akirasuri

nakal betul bulu hedung tu ;)

 

Rabu, Mei 09, 2007 9:58:00 PG, Blogger ayu_mkay

opo waelah cerito mu iki. pinter temen sih ngawe cerito koyo kui. sabar waelah.

 

Rabu, Mei 09, 2007 10:47:00 PG, Blogger achik

hahaha hampeh... ;p

 

Rabu, Mei 09, 2007 10:50:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

aiyark... ku pikir cerita ape la td.. citer bulu idung rupernyer. ekekeke.. :D

 

Rabu, Mei 09, 2007 11:07:00 PG, Blogger DeeN

hak, hak, hak. Aku tertipu rupanya. Ingatkan nak gunting ekor cicak tadi. Tp, tak manis digunting bulu idung tu. Lebih afdal kalo dicabut. Baru ada thrill! ha, ha, ha! Nandaiyo!!

 

Rabu, Mei 09, 2007 12:10:00 PTG, Blogger pB

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Rabu, Mei 09, 2007 12:12:00 PTG, Blogger pB

kah kah kah ..

teringat peristiwa dua minggu lepas.

Anak pB tegur adik pB ..

"apalah bulu hidung ayah chik ni panjang..."

masa tu dok tengah makan tengahari.

Nasib baik, adik pB tu tak tersedak.
Inilah orang pertama yang komplen pasal bulu hidung dia...

 

Rabu, Mei 09, 2007 12:17:00 PTG, Blogger INDERA KENCANA

Ingatkan cacing atau ular tadi :P

 

Rabu, Mei 09, 2007 3:26:00 PTG, Blogger 13may

hoh! ingatkan apa tadi....

hahahahaha:D

 

Rabu, Mei 09, 2007 4:41:00 PTG, Blogger Xis

Blackpurple
0.2cm..? you did measure it.. cool!

 

Rabu, Mei 09, 2007 7:48:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

.

Ainin naufal,
Dia tak jadi cabut la, gunting terus ! Berair-air mata kalau cabut tu.. Bersin ? Macam biasa buat jer…ha ha ha

Wes agak. Dramatik tenan cerito kisah uripmu yo…Wes entek mboco da’ingi. he he he..


Kak Lady,
Dia seorang yang perasan yang sehelai tu kot. Orang lain mungkin tidak kalau tak ditengok dekat-dekat. He he he…


Pa’chik,
Muka dia sangat kelakar kalau bela misai. (lebih kacak kalau tak bermisai..) Ha ha ha
Weh..tak senonoh la bela bulu hidung sampai terjulur, lagi-lagi kalau kerinting ..!


Achik Sufi,
Isk…kau ni. Kau nak beli ke kalau ada jual..? Orang Syria punya lagi ‘subur’ kot. ha ha


Zino,
Yang ‘terjulur’ boleh la ukur Zino, yang sebelah dalam tu macamana ? Gelap, tak nampak..he he..


Kamato,
Biasa buat ke bang ? He he he. Petua tu boleh disyorkan ke kabinet ni untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya akibat mengantuk. Tapi seksa ‘mencabut ni, berair mata silap-silap tak boleh concentrate memandu pulak. He he


shahril,
Seni itu datang dari berbagai cara. Samada dari segi penulisan, penceritaan atau juga ‘pencabutan’ bulu hidung. He he he


kingbinjai,
Eleh…! Macam kau tak pernah buat.. ha ha


akirasuri,
Kenakalannya itulah yang mengajar tentang kesabaran dan berazam untuk terus berusaha hingga tercapai matlamat. Tak gitu ? 



ayu mkay,
Opo salah toh ngawe cerito koyok ngono? Seni jugak jenengey kuwi :D


achik,
Ha ha ha. Jangan sesekali diimaginasikan aksi-aksi tersebut ya !


cikin,
Kau tukar la paragraf terakhir tu, jadilah cerita lain..he he he..


nuraddeen,
Uik..Tak ada kerja dia nak gunting ekor cicak.…. Lastik terus lagi bagus…he he
Setelah mencuba beberapa kali tapi gagal untuk mencabutnya itulah dia mengambil jalan mengguntingnya pulak. Ha ha


pB,
Kena pastikan ‘ia’ sentiasa sopan. Kurang kacak nanti kalau sampai terjulur. He he he.


Indera Kencana,
He he. Tak apa, paragraf terakhir itu boleh ditukar kepada ular atau cacing jika alergi dengan perkataan ‘bulu hidung’. :D


13May,
Cerita itu fiksyen semata-mata la..ha ha ha.


Xis,
Itu anggaran dengan mata kasar yang terjulur. Tak sempat nak ukur panjang sebenar sebab dah tergunting. :P


Lan Rambai,
Kau memang cekap sebab kau pun biasa buat kan…..! ha ha ha.

.

 

Khamis, Mei 10, 2007 10:13:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Hehehehe ... tipikal cerita BP :)

 

Khamis, Mei 10, 2007 11:21:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

Muahahaha...alahai bulu hidung pun boleh jadik bahan entry...memang kreatif...ingatkan orang pompuan aje yang sensitif pasal mende2 macam nie...orang lelaki pun concern gak ek...

 

Khamis, Mei 10, 2007 12:17:00 PTG, Blogger Alpha

Kalau malas nak potong, aku cadang ko bela misai lebat ala-ala Datuk K...orang pun tak tau mana misai mana bulu idung!

BTW, kengkadang aku cabut aje...terutama kalau masa driving balik BP!

 

Khamis, Mei 10, 2007 1:19:00 PTG, Blogger admin

bp... u simpan tak? patut lepas gunting tue, amek gambor, lagi nampak reallll.....

 

Khamis, Mei 10, 2007 1:34:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

dalam soal GENDER ni kan.. bab bulu hidung ar paling tak adil sekali.. kalo lelaki bulu hidung terkuar pun tak der orang heran..tapi kalo pompuan nmpak bulu hidung skit jer..dah kena tegur gila2.. terukkan..

Oh mana keadilan?
hahaha..BP orang kata kalo lelaki terjulur bulu hidung itu barulah JANTAN!

 

Khamis, Mei 10, 2007 1:46:00 PTG, Blogger Unknown

ye..ye..dah hapdet..ye..ye..dah hapdet..

 

Khamis, Mei 10, 2007 5:07:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

aku fobia bila nampak bulu idung terjulur keluar.. lelaki yang selalu kan! ooppss.. jgn feel offended plaks!

 

Khamis, Mei 10, 2007 5:28:00 PTG, Blogger Taiko

kalau cabut saja bulu hidung itu, lebih stim rasanya. cubalah! anda takkan menyesal.

 

Khamis, Mei 10, 2007 6:21:00 PTG, Blogger ontahsapo

apsal kau cabut, biar jer lah... itu yg buat geli tu bila sesekali ditiup angin....

 

Khamis, Mei 10, 2007 7:12:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Dia inginkan cahaya kot. Lemas dok bergelap dalam tu. Di tambah pula terpaksa dok bersempit dengan pendatang2 kumbahan yang tegar... hehehe

 

Khamis, Mei 10, 2007 8:05:00 PTG, Blogger Kemat

dude, ader petua tak nak kasi bulu hidung lambat panjang tak..letih jika asyik kene gunting selalu jer..

 

Khamis, Mei 10, 2007 10:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hahahah...bulu idung kor panjang ker JP? pastikan gunting tu tak bosar. Kot tak muat lubang idung kor tu nanti.

 

Jumaat, Mei 11, 2007 12:03:00 PG, Blogger BaYu SenJa

hakhaka..
cerita bulu hidung rupanya.
bulu telinga dah cabut belom?!

 

Jumaat, Mei 11, 2007 10:27:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Bunga Rampai,
Hehehe… Ada mesej motivasi yang tersembunyi sebenarnya dalam cerita tu… :D


Azwa,
Lepas ni nak cerita pasal bulu kaki pulaklah…Itu menjaga kebersihan dan keterampilan namanya.. he he he


Alpha,
Pernah juga cuba membela misai dulu-dulu tapi nampak kelakar la. Nampak macam tak kacak la pulak… ha ha

Ooo..Macam petua Kamato tu ekk…ha ha


ita,
Isk…. Nak simpan buat apa ? Tak nampak kalau ambil gambar sebab halus sangat…. :P


Tiara,
Apa la kamu mengarut ni Tiara ? :P
Bukan setakat bulu hidung saja Tiara, bulu apa sekalipun e.g bulu ketiak, kalau terkeluar memanglah patut ditegur. Tak manis tu. Apatah lagi kalau perempuan. Kebersihan itu kan sebahagian dari iman. 

Wah…Jantan ekk ! Mesti bulu hidung Beckham kamu tu terjulur-julur ekk… ha ha


azzam,
Ok. Nanti singgah…


Mummy Rizq
Samalah. Fobia dan geli jugak. Agaknya sebab diaorang nak nampak lebih maskulin kot. Ha ha ha.


Taiko,
Huh…Stim apanya kalau sampai berair-air biji mata. Terbersin-bersin lagi…


Tuan tanah,
Cerita motivasi sebenarnya tu.. 


Ontahsapo,
Huh...Geli apanya, gatal ada la..ha ha


Iman,
Yang satu tu jer yang nakal nak main-main di luar. Yang lain-lain baik dan mengikut kata..he he he..


Pegawai khalwat,
He he he


Kemat,
Bulu hidung tu kan baik. Penapis tu....Setakat ini belum jumpa lagi petuanya, cuba kau google kan.. :D


Dobot,
Taklah. Yang sehelai tu jer yang nakal.. ha ha


Bayu senja,
Erk.... Tak nampak la pulak... hehehe.