Khamis. Pesta Buku Antarabangsa KL 2007, PWTC.
Aku menyusuri gerai demi gerai mencari buku-buku terbitan terdahulu. Karya-karya kemelayuan dan nusantara berlatarkan era dahulu-kala dan juga tulisan-tulisan berisi tapi sinis tentang kepincangan masyarakat dan bangsa.
Aku sentiasa tersentuh dengan karya-karya Almarhum Hamka yang digolong sebagai ilmu Yuntafa’u Bih itu. Memang sudah ada beberapa karyanya dalam koleksiku. Di situ aku menemui dua lagi karyanya yang belum kumiliki, Peribadi dan Merantau ke Deli. (aku juga sebenarnya sedang membaca karyanya Angkatan Baru dan akan membaca Terusir yang kubeli minggu lalu). Karya-karyanya sentiasa islamik, spiritual. Juga rintih manusia yang menginsafkan.
Kujuga berjaya mengesan tiga lagi karya Pramoedya Ananta Toer iaitu Gulat di Jakarta, Rumah Kaca yang ditulis semasa beliau di dalam tahanan di Pulau Baru juga Perburuan, yang juga ditulisnya semasa dalam tahanan kerana menentang penjajahan Belanda. Berkisar tentang perjuangan, pemberontakan juga emosi yang diolah dengan bahasa yang halus dan puitis bersira makna yang keras.
Aku sangat mengkagumi karya-karya Sasterawan Negara terutamanya A Samad Said dan Usman Awang. Aku tersentuh dengan karya-karya mereka yang tajam maknanya, indah bahasanya, tinggi seni sasteranya dan hidup ceritanya. Di Dawama, aku sempat membeli edisi khas SN Keris Mas iaitu Koleksi Terpilih Keris Mas, Darah dan Air Mata juga karya Usman Awang, Ini Saya Punya Kerja.
Ketika membelek koleksi-koleksi lama di satu gerai, aku menjumpai karya penulis Singapura tak asing lagi, Suratman Markasan, Subuh Hilang Senja, tentang ketidakpuasan sebahagian masyarakat di Singapura, antaranya dalam soal budaya, agama dan politik. Di gerai yang lain pula aku membeli novel terbaru Dr Talib Samat, Tenang Dalam Gelora, mengisahkan pergolakan peneroka Felda Tenang, Segamat di Zaman Konfrontasi.
Di Creative Enterprise, ada kartunis Ujang di situ. Aku sempat membelek-belek juga tapi akhirnya cuma membeli karya terdahulu Azizi Hj Abdullah, Ayahanda. Di satu gerai lain pula, aku terpujuk untuk memiliki novel kewartawanan Islam, Suu Phea, karya terbaru Abu Hassan Morad yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 2002 itu. Ini buku pertamanya kumiliki.
Semasa menyelongkar buku-buku di rak pameran penerbitan dari Indonesia, kuterpandang buku Pahlawan dan Cerita Lainnya oleh Karim Raslan. Berbanding dua bukunya yang lain, Ceritalah: Malaysia in Transition dan Journeys Through South East Asia: Ceritalah 2 yang pernah kubaca, buku ini merupakan terjemahan ke bahasa Indonesia tentang masyarakat Malaysia moden yang sarat dengan rasa ironi dan humor yang sinis. Di situ, aku mencari-cari juga kalau-kalau ada karya-karya dari Remy Sylado itu, tapi tidak terjumpa.
Mulanya buku Lat itu tidak termasuk dalam senarai pencarianku. Tapi aku memang menggemari kartun Lat sejak dari dulu lagi. Lakarannya dalam Kampung Boy bersahaja, jujur, penuh nostalgia dan mengusik jiwa. Aku suka menyimpan koleksi-koleksinya itu. Kali ini aku membeli Town Boy pula.
Memahami idea yang bertentangan juga adalah minatku. Bagiku, membacanya itu tidak semestinya mentaksubinya. Memahaminya bukan bererti menganutinya. Di satu gerai Gerakbudaya yang kukira unik itu (sekurang-kurangnya bagiku kerana banyak buku berbentuk revolusi, ekstrim dan pemikiran yang liberal), aku terpanggil untuk memiliki karya Fathi Aris Omar, Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi juga buku yang menghimpunkan artikel Syed Husin Ali, Merdeka Rakyat & Keadilan. Kedua buku ini kukira agak kritis tapi menyegarkan.
Di gerai Institut Terjemahan Negara, kebetulan sedang dilancarkan novel Jerman, Siddhartha oleh Prof DiRaja Ungku A.Aziz. Memang teruja dengan karya hebat penulis Jerman, Hermann Hesse, pemenang Hadiah Nobel Sastera itu. Telah diterjemahkan ke 52 bahasa dan pernah difilemkan. Tentang kisah indah seorang anak muda yang mencari dirinya.
Sebelum melangkah keluar dari ruang pameran itu, mataku terpaku pada buku Johor, Dahulu dan Sekarang di rak Persatuan Muzium Negara. Mana mungkin sejarah silam negeri kelahiranku itu, dapat kulupakan begitu sahaja.
Dari PWTC kuterus ke Bukit Jelutong. Sepetang yang pendek, letih tapi puas !
II
Teringin juga untuk mengulas buku-buku itu, tapi sayangnya aku bukanlah sekreatif Jiwarasa.
TTFN
Label: Buku
Jumaat, Mei 04, 2007 4:42:00 PTG,
BP, terima kasih kerana glemerkan buku saya yg tak berapa glemer tu. Rasa malu sebenarnya nak tengok buku tu. Hihi... Baca dulu baru tau kenapa saya berkata begini.
Ayahanda oleh Azizi Abdullah dah pernah saya baca, rasanya 5-6 tahun sudah. Isnin lepas beli karya nostalgia beliau, 'Tukchai' terbitan Alaf21.
Kat booth mana beli karya Pramoedya tu? Saya memang mencari-carinya. Plz, kongsi maklumat, yek.
~Ainin Naufal~
Jumaat, Mei 04, 2007 5:00:00 PTG, MOKCIK AZWA
Wah banyaknya buku2 yang diborong si Jowo pinter ini... Akak dari dulu sememangnya meminati karya2 Hamka. Pramoedya pula...rasanya kali terakhir membaca karya beliau ketika bukunya digunakan untuk buku teks budak sastera zaman akak sekolah menengah dulu.
Sekarang ini sesekali masih mencuri2 masa membaca buku2 seperti ini sesekali jika asben membawa balik...kebanyakan masa memang baca case law ajer ler kerja akak nie...
Jumaat, Mei 04, 2007 6:35:00 PTG,
Terima kasih kerana sudi membeli, dan juga membacanya.
Saya tidak jamin soal mutu perbahasan dan analisa dalam buku tersebut.
Tapi saya berani beri jaminan ia meninggalkan "kejutan" kepada pembaca-pembacanya, khususnya yang tidak bersetuju atau belum biasa dengan gaya saya berhujah dan memberi analisa.
Apapun, sudilah kiranya Sdr menulis ulasan buku di blog ini, atau media-media lain, termasuk mencincang atau mengecam habis-habisan idea, analisa atau sisi pandangan artikel-artikel tersebut.
Semuanya (kecuali satu, tentang Hishamuddin Rais) dikarang antara pertengahan 2002- awal 2004 ... dengan latar Kuala Lumpur yang gelisah selepas sekumpulan aktivis Keadilan dan gerakan Reformasi dibungkam dalam jeriji besi ISA.
Ada teman memuji-muji buku ini, khususnya soal keragaman skop perbincangannya.
Tetapi, apa pun pujian, sebagai penulis saya sedar di mana pula kelemahan-kelemahannya.
Semoga ia memberi manfaat. Dan "Patah Balek" memang ditujukan kepada anak muda yang berfikir, yang sedang mencari-cari jawapan tentang persoalan negara yang berlegar-legar di sekeliling batang tubuhnya.
Selamat Membaca. Dan tidak perlu bersetuju. Terima kasih.
Jumaat, Mei 04, 2007 7:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
.
Sas
90% buku-buku itu terbitan yang terdahulu. Itu tujuan pun ke Pesta Buku itu mencari buku-buku yang agak berbeza nadanya, kalau buku-buku baru di MPH pun ada... :)
Boleh. :)
cik kema
Dah itu makanannya :)
Ainin Naufal
Tak mengapa. Semuanya bermula dari tiada kan...Saya suka membaca karya orang-orang baru juga. Suatu hari InsyaAllah akan menjadi nama besar jua kan.. :)
Buku itu di gerai Gerakbudaya.
azwa
Memang suka membaca. Walaupun belajar di aliran sains dulu, sekarang kerja bidang senibina dan pembinaan landskap, tapi bila lapang mencari-cari juga bahan untuk memenuhkan minda.
Asyik mengadap pelan dan membaca buku landskap dan dokumen kontrak pun jemu juga.... :)
tedungS
Bahasa Jiwa Bangsa ! :)
Aku anti orang berbahasa rojak sebetulnya, serius. Bagi aku, kalau nak cakap Melayu cakaplah Melayu betul-betul. Kalau nak cakap Inggeris, cakaplah Inggeris betul-betul juga. :D
mudin
Salam. terima kasih singgah di sini.
Aku memang suka mambaca karya-karya yang berbeza pendapat dan berlainan idea seperti itu.
Buku Pram itu di gerai Gerakbudaya.
nbb
Saya tidak membaca di tebing sungai tapi di atas katil dan sofa :)
Entri saya sebelum ini pun tentang sungai.. :)
nur@ddeen
Itu pun kira sikit. Banyak lagi buku-buku 'pelik' aku tak jumpa semalam.. :)
Boleh. Rekabentuk dan tema pun konsep kampung juga lah ekk.. :)
Sdra Fathi Aris Omar
Salam,
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan buah pandangan sdra di sini. Saya amat menghargainya
Saya sebenarnya telah agak lama mengikuti tulisan saudara secara senyap di pelbagai artikel dan media alternatif lain. Serupa saya mengikut tulisan sinikal dan menikam Sdra Hishamuddin Rais itu.
Saya tertarik dengan banyak pendirian saudara sebenarnya, walaupun saya tidak semestinya menyetujuinya seratus peratus. Tapi sekurang-kurangnya ada rasional yang dapat difikir-fikirkan. Saudara tidak sahaja mengkritik kebobrokan pemerintah, tapi saudara juga tegas menegur pembangkang.
Saya akan cuba membaca dan menilai sebaik mungkin tulisan saudara di 'Patah Balek' itu nanti. InsyaAllah, saya kan cuba berkongsi apa yang dapat saya cerna dari tulisan-tulisan saudara itu di ruang yang sesuai.
Terima kasih sekali lagi atas kesudian saudara berkongsi di sini.
Manjlara
Ada dua-tiga lagi Buku Tukya yang menikam kan... Saya suka komentar sosialnya. :)
Jumaat, Mei 04, 2007 9:27:00 PTG, khairyn
aduh! Cemburunya ada orang beli banyak buku.
Hamka juga penulis yang saya suka. Ada Tenggelamnya Kapal Van De Vick (aisey tak ingat ejaan), Di bawah lindungan Kaabah dan beberapa lagi buku tulisan beliau.
Saya suka tulisan sasterawan negara kita. Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi. Paling saya suka 'Ranjau Sepanjang Jalan' buku mak masa beliau muda-muda. Sayang, buku tu sudah tak dicetak lagi kerana ada unsur2 anti-kerajaan. Saya pernah sekali saja tonton cerita ini di tv.
Sabtu, Mei 05, 2007 4:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
.
achik
Taklah banyak mana. Kalau nak diikutkan nak beli lagi tapi takut tak terbaca pulak nanti...Cukuplah itu untuk stok 7 bulan. :)
Akirasuri
Kamu tidak memborong juga ?
Buku mana satu nak pinam ? :P
Kesemua Sasterawan Negara memang hebat-hebat belaka karya dan seni penulisan mereka. Nama pun 'sasterawan' kan. :)
iman
Tak banyak manapun koleksi, kalau nak disewakan :)
Itu buku pertamanya yang cuba-cuba saya beli dan cuba-cuba pula akan saya hayati isinya :)
Khairyn
Ya, saya juga memliki ,Tenggelamnya Kapal Van der Wijck dan Di Bawah Lindungan Bulan itu. Telah saya baca 2-3 kali juga sejak zaman permulaan remaja saya dulu :D
Buku Ranjau Sepanjang Jalan itu ada lagi di pasaran, cetakan terbaru pun ada. Saya punya cetakan yang lama, warna kertasnya pun dah menguning. :)
Kak Lady
Biasalah Kak Lady. Ada orang suka makan nasi lemak, ada yang suka makan burger, ada pulak suka makan roti canai. Selera masing-masing kan... :)
Entah kenapa, saya lebih suka karya-karya yang sinikal dan mencabar :)
Adadia
Ooo, yang menulis buku Kehilangan itu kan..? :)
Wear
Membaca itu macam 'sarapan pagi'. Kan kosong perut dan tak bermaya kalau tak bersarapan pagi. (Tapi jangan ambil makanan yang banyak kolesterol, nanti mendatangkan penyakit pula !)
Minda kita juga begitu. :)
(Macam 'bagus-bagus' saja aku ni.. :D)
Mya Marja
Orang kata, 'kita adalah apa yang kita makan'. Kan ?
Ha'ah kebanyakannyalah. Tapi novel-novel baru yang 'berkenan' di hati pun baca juga. Teringin juga memiliki 'karya' saudara suatu hari nanti :)
bayu senja
Kamu di Syria sana pun berpeluang membaca karya-karya dari sana kan. Masih bertuah juga :)
cik t. tanah
Kesiannya...
Di sana lebih 'antarabangsa' lagi agaknya pesta bukunya.. :)
Jiwarasa
Terima kasih dan terima kasih.
InsyaAllah. Kalau ada kesempatan nanti teringin juga untuk mengulas dan berkongsi di blog ini.
Mazudi
Aku bukan memilih dari mana tapi isinya. he he he
Rasanya aku juga pernah bacanya di perpustakaan sekolah dulu-dulu. Sekarang baru nak memilikinya sendiri :D
kamato
Banyak memborong ?
Saya sengaja memilih hari bekerja ke sana untuk mengelakkan 'kesesakan' itulah.. :)
Zino
Setahun sekali, apalah salahnya. Boleh jadi 'harta' yang boleh diwarisi juga di kemudian hari tu.. :)
titicaca
Rugi rasanya kalau terlepas..... :)
.
Isnin, Mei 07, 2007 1:25:00 PTG, Rush Murad
selesai membaca entry ni, rasa terkilan pula. Memang bercadang ingin ke sana, sudah pun berada di The Mall, cuma tinggal melintas jalan sahaja... tetapi kerana fikir terlalu ramai orang berpusu-pusu, niat asal untuk ke PWTC dibatalkan.... mungkin di lain kali... Pramoedya - antara penulis kegemaran...
Selasa, Mei 08, 2007 1:40:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
khairyn,
Ha’ah, seperti jawapan Ainin Naufal itu.
Saya pernah terjumpa cetakan terbaru itu di MPH Bangsar Shopping Village, kalau tak silap saya
Nak kena poskan ke Scotland ke ? :)
A. Sufi,
Ya, ya. Karya-karya Hamka memang ‘menikam’… Tenggelamnya Kapal Van der Wijck dah baca ?
Ainin Naufal,
Terima kasih tolong jawapkan.
kingbinjai,
Bukan ke kau pergi dengan Mudin hari tu..?
bunga rampai,
InsyaAllah.
Bergantung kepada masa. Kenalah dihabiskan sebelum 2008. Tapi bila terjumpa buku-buku menarik lain di kedai buku nanti, bertambah lagi koleksi yang belum dibaca tu.
Salam kembali.
13may,
Ulat bulu bukan boleh menghasilkan sutera ke..? Gatal woo kena ulat bulu…! He he he
ILA,
Kalau dah berkeluarga pun apa salahnya. Kena pandai cari masa la.. :D
Selamat !
Rush Murad,
Oooo…. Memang berpusu-pusu dan bersesak-sesak. Tempat meletak kereta pun penuh sesak. Hari minggu dan cuti umum lagilah sesak. Tapi rasanya tahun ini tempatnya lebih sesuai berbanding tahun lepas.
ontahsapo,
Kau pergi hari khamis jugak ke ? Jumpa juga Ujang masa tu. Kau cari karya agung siapa OS? Raja Ali Haji ? Fansuri ?
azzam bellamy,
Tahniah ! Belum beli lagi buku Faisal Tehrani yang itu. Nanti aku cuba cari. Puisi-puisi sufisme Isa Kamari memang menarik. Lagu-lagu dia pun unik.
Terima kasih. Jangan lupa jemput ! :D
ajzie,
Bila dah di negara orang baru terasa kan... :)
petiais,
Ini belum cukup panjang lagi sebenarnya... :D
mummy rizq,
Cuma mungkin genrenya berbeza... :D
Wow... bestnyer... byknyer buku2 yg dibeli... terasa rugi pula tak dapat pergi bersama... pasti byk yg bole diborong... nanti nak pinjam karya Pramoedya Ananta Toer tu ek... Enjoy your reading... :D