Sabtu, Mei 26, 2007
Awal pagi tadi. Saat alam pun masih belum bangkit dari lenanya. Minda meronta-ronta mahu jaga tapi mata pula malu-malu untuk membuka pejamnya. Tubuh tergigil-gigil sejuk. Pendingin hawa itu lalu kututup. Kukuit selimut itu ke samping. Bantal peluk lonjong meleper yang terselit di celah betisku itu kucampak ke tepi. Stokin putih berkarat itu kulurutkan dari kaki. Selepas menggosok gigi, membasahkan muka dan melembapkan rambut, kukeluar dari bilik itu dan dengan malas kuturuni anak tangga yang agak samar-samar itu.

Di dapur, aku menguak pintu peti sejuk. Mencongak-congak, mencari ilham sebelum mencapai telur ayam Omega LTK yang cuma tinggal sebiji. Memang kepakaranku sejak dulu lagi memasak sajian nusantara yang rumit-rumit dan mencabar (sambal tutuk dan pentul-pentul* contohnya), jadi tidaklah mengkagumkan bila sepagi itu aku berjaya menghasilkan sajian yang paling ringkas, telur goreng mata lembu. Kuningnya membonjol ke tepi, sungguh artistik dan seni! Bentuknya pula agak abstrak dan mencabar minda, bulat bukan, lonjong pun bukan.

Aku tersangat malas untuk menghangatkan air, apatah lagi untuk menjerangnya walaupun tersedia ketuhar mikrogelombang. Secawan air Milo yang malas untuk melarut itu pun sudah cukup sempurna. Kukapit pula telur goreng itu di antara dua keping roti - yang sudah dua hari tarikh luputnya. Tak mengapalah, selagi belum berkulat roti itu masih boleh dimakan. Kuciumi permukaannya yang empuk itu sebelum kukunyah beberapa kali. Mindaku memujuk-mujuk tekakku agar menelan sahaja kunyahan itu. Sebentar-sebentar kureguk larutan Milo itu jadi pelincir.

Sedang kukhayal dalam duniaku menikmati kunyahan roti bertelur itu, timpanum telingaku menangkap sesuatu, antara ada dan tiada.

“Bagaimanakan kumula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap wajah bererti
Manakah ilhamku”

Melodi sifu M Nasir yang mengasyikkan diiringi vibrasi, berlagu dari fungsi penggera Nokia hitam di meja sisi ranjang bersaiz raja itu. Pukul enam dua puluh tujuh pagi tajam itu, lenaku terputus, mimpiku (atau halusinasi?) terusik, sebelum sempat aku menghabiskan roti bertelurku itu.

* - jemput-jemput

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/26/2007 03:27:00 PTG. |


45 Ulasan


Sabtu, Mei 26, 2007 3:41:00 PTG, Blogger Sastri

Beriya-iya i baca... rupanya hanya mimpi... :p dejavu ek... macam betul-betul terjadi tapi sebenarnya belum terjadi lagi kan? :D

 

Sabtu, Mei 26, 2007 4:05:00 PTG, Blogger Pa'chik

huish.. dalam mimpi pun malas gak...

err.. kalau di dunia sebenar.. kau akan buat macam tu ke?

 

Sabtu, Mei 26, 2007 8:15:00 PTG, Blogger lassadad

ada iklan milo di post-nya :-)

 

Ahad, Mei 27, 2007 12:30:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.

cerita wak ni tak ada titik penting. banyak sangat cerita sampingan hinggakan tajuk asal cerita hampir hilang. -> komen pengkritik akedemi penulisan.. konon2 nye la...=)

hebat juga mimpi wak ni. dalam mimpi2 pun sempat lagi masak. pesan ayahanda saya dolu2, kalau dalam keadaan separa sedar kita makan sesuatu, pastikan apa yang kita makan. kalau dalam separa sedar makan mee, rupanya makan cacing. iyerkk... macam kes kena culik dek orang bunian. selangkah ke alam misteri. =)

 

Ahad, Mei 27, 2007 1:06:00 PG, Blogger shahril aley

mimpi yang indah tidak kekal oleh itu kau harus pujuk kembali mata-mata mu untuk pejam kembali...
macam tu la aku buat kalau terjaga dari mimpi indah....hehe...
alhamdulillah menjadi gak

 

Ahad, Mei 27, 2007 1:11:00 PG, Blogger JBM8141

tafsir mimpi percuma -
Ini menunjukkan kau perlu kahwin secepat mungkin... wargh wargh wargh...

 

Ahad, Mei 27, 2007 3:45:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

lho ... aku fikirkan endok kee geseng ... ireng ! cit ... ko ni bp ...

macam ni ko .. kena ronda kat hujung parit jamil - simpang bukit mor ni ... beli telur sejibik lagi kat kedai ayam tuuu ... ha ha ha

 

Ahad, Mei 27, 2007 4:01:00 PG, Blogger akirasuri

he he he mimpi pun sempat berfikir contoh sambal tutuk ek :p

huwallah piye iki.

selamat berhujung minggu :)

 

Ahad, Mei 27, 2007 3:29:00 PTG, Blogger Unknown

Setakat jemput2 apalah sangat. Kak boleh masak lempeng apa :D

 

Ahad, Mei 27, 2007 3:45:00 PTG, Blogger TedungS

telo sebiji, jemput2... ha, tu la petanda org nak nk masuk meminang tu

 

Ahad, Mei 27, 2007 3:58:00 PTG, Blogger achik

cheh mimpi rupanya.. huhuhu ;p

 

Ahad, Mei 27, 2007 4:00:00 PTG, Blogger silversarina

hahahaha..kelakarnya mimpi.... details pulak tu, siap nampak tarikh luput roti dan wajah seni telur mata lembu....

 

Ahad, Mei 27, 2007 6:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Biasa kita alami macam itu kan..? Kadang-kadang macam bermimpi dah gosok gigi, rupanya masih dalam selimut. :P


pa'chik,
Tidak. Karakter yang agak berbeza :D


Luthfi,
Dan iklan sambal tutuk juga :D


Azzam,
Aku ada tambah-tambah sikit tu...he he he..


Eisraa,
Tajuk itu tiada kena mengena dengan entri sebenarnya... Mimpi / halusinasi mana bertajuk? :)

Takkan kamu tak pernah mengalami situasi seperti itu?


Shahril,
Nak kata mimpi sepenuhnya pun tak juga, sebab aku macam ingat benda tu dah betul-betul terjadi, rupanya tak...


jbm,
Ha ha ha. Kalau ikut tafsir kitab 'Primbon Jawa' lain...


Wak Katimin,
Tunggu pasar malam Pt Jawa lah...ha ha ha..


Akirasuri,
Sebab ingatkan betul-betul, itu yang sempat bagi contoh, rupanya mimpi (halusinasi ?). :)Entah...

Selamat...


Zalisa maz,
Wah...Kagumnya! Bukan senang nak buat lempeng. [Lempeng kalau cicah dengan sambal tumis..perghhh!]


TedungS,
Aku terima jer siapa yang masuk meminang. [Siapalah yang sudi meminang aku ni] Ha ha ha.


Achik,
:D :)


loveujordan,
Itu saya tambah-tambah. He he he.

 

Isnin, Mei 28, 2007 12:02:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Hahahah...kempunan makan roti telur yek? cian kor, meh sini...aku masak untuk kor. Aku letak roti yang dah seminggu tamat tarikh luput nak?

 

Isnin, Mei 28, 2007 12:24:00 PG, Blogger Amanitium Cho

haha, bosan gila mimpi makan roti telur. kalau pizza ke, lagi best. :D

 

Isnin, Mei 28, 2007 2:40:00 PG, Blogger banggugar

salam,

saya datang ni...

la.. saya pun termimpi jugak

(",)

 

Isnin, Mei 28, 2007 9:12:00 PG, Blogger ayu_mkay

mimpi siap bleh goreng telur langsung makan.. sabor saborrrrr.

 

Isnin, Mei 28, 2007 9:36:00 PG, Blogger pB

maksud mimpi ...

peti sejuk minta diisi.
sudah terlampau kosong ....

 

Isnin, Mei 28, 2007 10:33:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

erk..tido pon sempat mimpi masak ekk? erm..memang patut kawen ngan 'org' pandai n rajin masak ni.. nnt dah xyah nk mimpi masak sendri lg. ekekek.. :D

 

Isnin, Mei 28, 2007 11:27:00 PG, Blogger 13may

wah! tido dlm keadaan lapor nih...hahha

 

Isnin, Mei 28, 2007 11:34:00 PG, Blogger NBK466

Den pun pepagi mmg makanan tak leh nak masuk perut...takat air panas cam milo or nescafe buleh ler...lewat sikit baru buleh pekena sarapan...Perut lambat bangun daa...

 

Isnin, Mei 28, 2007 12:47:00 PTG, Blogger Mak Su

baca cerita telur ni macam baca cerita "patah sayap terbang jua" plaks... penuh emosi...

 

Isnin, Mei 28, 2007 1:14:00 PTG, Blogger kingbinjai

ceh!

oit oit pegi rumah pena tak? pegilah boleh beli narayuda hak hak hak

 

Isnin, Mei 28, 2007 9:53:00 PTG, Blogger Unknown

Roti bertelur???? Spesis makhluk apa tu? he he he.

Cet, antiklimaks! :P

 

Selasa, Mei 29, 2007 8:46:00 PG, Blogger khairyn

Ahhhh telur, roti dan milo...

bersulamkan tahi gigi ahahah

nikmat kah? :)

 

Selasa, Mei 29, 2007 9:21:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Sib baik tak mimpi bangun tidur masuk tandas buang air.

Kalau tak, mau kena cuci cadar.

 

Selasa, Mei 29, 2007 11:30:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Macam betul-betul terjadi. Tapi mimpi la.. :D


Dr. dobot,
Kalau luput seminggu dah tentu tumbuh cendawan tu. Haiwan jagaan kau tu pun tak sudi nak makan kot. He he he.


amanitium,
:D Bosan tak apa, jangan penat… He he he


bang gugar,
Salam,
Sila-sila…
Mimpi apa bang?


ayu mkay,
Mimpi ini memang agak unik sikit. Gabungan mimpi dan halusinasi :D


pB,
Saya tak berpuas hati dengan prop dan jalan cerita mimpi itu sebenarnya. Macamana peti sejuk itu boleh kosong, sedangkan realitinya macam-macam isinya…. :P


cikin,
Biasanya cuma orang pandai memasak yang selalu bermimpi memasak ni kan.. he he he.. :P


13may,
Patutnya mimpi ini waktu tidur siang di bulan puasa baru relevan ekk…. :D


NBK,
Ha ha ha. Ekau lain jang. Ada orang tolong buekkan sarapan. Aku pun jarang sarapan awal, selalu brunch terus :D


Mak Su,
Macam pernah baca. Tulisan SN A Samad Ismail kan…. J


kingbinjai,
Ada jual sana ekk?
Memang dulu nak beli, tapi tak terbeli sampai sekarang. Beli terus dari kau lah… :D

 

Selasa, Mei 29, 2007 11:35:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ainin naufal,
He he he. Cubalah. Boleh tahan juga sedapnya. :P


petiais,
:D


mr penyubiru,
Kenapa? kenapa? :D


khairyn,
Tahi gigi sendiri apa salahnya. He he he.


mazudi,
He he he. Kau pernah 'ngompol' tak kecik2 dulu?

'ngompol' - kencing malam

 

Selasa, Mei 29, 2007 1:45:00 PTG, Blogger Unknown

Huh, memang anti klimaks. Patut baca dari bawah. :p

 

Selasa, Mei 29, 2007 2:26:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

salam bro,
petua nak frest bila bangun tido........terus ke jamban.hehehe
betul best gile

 

Selasa, Mei 29, 2007 2:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

terima kasih atas sokongan sdr. : )
Alon2 angger kelakon ...

 

Selasa, Mei 29, 2007 2:34:00 PTG, Blogger KV

heheehe...mcm2 la bp ni.:P

 

Selasa, Mei 29, 2007 2:45:00 PTG, Blogger ontahsapo

bukan aku sorang jer yg terkena...?

 

Selasa, Mei 29, 2007 2:52:00 PTG, Blogger zwitterion

itu la beriya-iya baca..rupanya mimpi..
akibat baca entry ko yg sambal tutuk dulu tu, aku teruja cuba resipi tu.mak aku siap kagum lagi..haha

 

Selasa, Mei 29, 2007 3:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Alarm tu dah bunyi berapa ya? Dah subuh gajah baru sedar!! Asyik mengoreng telor yang satu, dalam mimpi rupanya!!

 

Selasa, Mei 29, 2007 4:29:00 PTG, Blogger ManjLara

adeila.. cerita sebijik teloq omega LTK pon bleh buat sy tekekek-kekek ketawa nih :P melampau tuh...

p/s lg suatu masa M.Nasir tu peberet sy juga, malangnya iwebmusic tak simpanler :( so sy putarkan kat blog multiply sy :P (promo..) thanks 4 sharing da story :D

 

Selasa, Mei 29, 2007 5:24:00 PTG, Blogger DeeN

Owh! Malasnya nak komen.

Eh, macam dah penah komen dah la entri neh. Betul ke neh..? :P

 

Rabu, Mei 30, 2007 4:02:00 PTG, Blogger Pa'chik

purp.. agaknya.. bila la telur tu nak menetas jadi entri baru ye... haha..

 

Rabu, Mei 30, 2007 4:58:00 PTG, Blogger Xis

Blackpurple
gosshh.. I gotta make some for myself tonight.. it's been sometime since I had that roti telur.. how have you been doing, by the way?

 

Rabu, Mei 30, 2007 5:33:00 PTG, Blogger tegezoot

aku suka kopi o panas dan dipecahkan telur belum masak kedalam kopi o tu! jadilah kopi telur!

 

Rabu, Mei 30, 2007 7:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Orochi,
Baik baca komen terus! He he he


butaseni,
Salam orang seni,
Memang la…. Hehehe


SF,
Sama-sama.
Sekali lagi tahniah berjaya membukukan karya sdra itu. 


KV,
Itulah dia. :P


OS,
Terkena apa OS? :D


zwit,
Wah! Aku turut kagum kerana kau berjaya mencuba resepi yang rumit dan mencabar itu. Tahniah! :D


zabs,
6.27am, belum ‘gajah’ lagi. Sempat lagi tu bang. :D


manjlara,
Mana ada melampaunya. He he he.

p/s. Boleh pakai format lain kan kalau nak masukkan lagu itu dalam blogspot….
Sama-sama. :D


nuraddeen,
Kamu jawap dalam mimpi kot. :P
Deja vu?


pa'chik,
Ha ha ha. Dahpun menetas sekejap tadi. :P


Xis,
He he he.
Ok. Cuma sekarang ini agak 'menyibukkan' diri. :)


tegezoot,
Isk. Boleh masuk ke tekak ke?