Sabtu, Ogos 18, 2007
Agak-agaknya mana yang LEBIH tidak patriotik?

Tujuh yang ini;
  1. Geli geleman untuk mengibarkan Jalur Gemilang
  2. Bercakap Bahasa Melayu rojak dan tunggang langgang
  3. Menghina lagu Negaraku
  4. Mengkritik dan menegur kebobrokan pemimpin
  5. Tidak menjirus mangkuk tandas selepas ek ek
  6. Biadap dan menayangkan kesamsengan di jalanraya
  7. Membuang sampah merata-rata
atau tujuh yang ini:
  1. Menyalahgunakan kuasa sesuka hati
  2. Menyonglap wang rakyat sesedap rasa
  3. Pemimpin bebal dan korupsi
  4. Mendustai dan memperbodohkan rakyat
  5. Menzalimi dan menindas marhaen
  6. Membazirkan dana negara
  7. Pemimpin cakap tak serupa bikin
Fikir-fikirkan……

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/18/2007 03:07:00 PTG. |


46 Ulasan


Sabtu, Ogos 18, 2007 3:42:00 PTG, Blogger Sastri

pada pendapat saya, rakyat biasa yang sayangkan negara tapi masih sedikit lemah penguasaan bahasa Melayu saya (rasa bersalah sikit la sebab selalu juga cakap bahasa rojak ni), tujuh yang di bawah itu lagi tidak patriotik... jangan sampai negara ini tergadai...

 

Sabtu, Ogos 18, 2007 4:37:00 PTG, Blogger Pa'chik

hahahaha...
kau agak aku pilih yang mana? kkekekek...

 

Ahad, Ogos 19, 2007 10:19:00 PG, Blogger artisticklytouch

kesemua empat belas di atas.

 

Ahad, Ogos 19, 2007 11:06:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

yg di atas memungkin kamu disumbat ke ISA.

 

Ahad, Ogos 19, 2007 3:34:00 PTG, Blogger Alpha

Bagi golongan marhaen...enam yang atas

Bagi pemimpin...kesemuanya 7 terakhir...

 

Ahad, Ogos 19, 2007 4:29:00 PTG, Blogger tegezoot

Tujuh yg bawah punca kepada tujuh yang diatas.. kesimpulannya penyebab yg tujuh yg dibawah itulah sebenarnya tidak berpatriotik. Sebab merekalah penyebab ke empat belas perkara tak berpatriotik ini.

 

Ahad, Ogos 19, 2007 4:40:00 PTG, Blogger silversarina

hilangkan semua 14 sifat hodoh pemimpin dan rakyat.... berdaulatlah negara !!

 

Ahad, Ogos 19, 2007 7:11:00 PTG, Blogger zino

semua nya sama.. boleh di buang daerah..

tapi jangan tak tau kat rumah zino dah kebar bendera.. hehe

 

Ahad, Ogos 19, 2007 7:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Bahasa jiwa bangsa tau. :)

Sinis. Sebagai negara demokrasi saudari layak menyuarakan apa sahaja pendapat saudari. :)

[Isk! Terformal pula :p]


pa'chik,
Rambut sama hitam, hati lain-lain pa'chik. Lagipun ini negara demokrasi. Ha ha!


Art,
Arts, kamu tidak menjawap soalanlah. He he he..


Sitilina,
Eh! Kenapa pulak ya? Bukankah persoalan itu secara umum?

Sebab berkata benar?


alpha,
Secara konklusif, mana yang LEBIH tidak patriotik? :)


Tegezoot,
Tahniah pada komen kau! :)


kak LUJ,
Selagi bernama manusia, kebobrokan tetap ada di mana-mana. Apatah lagi kalau hidup mengenepikan surah dan sirah. :)


Zino,
Tahniah kerana mengibarkan bendera zino. Beli ke percuma? He he.

 

Ahad, Ogos 19, 2007 10:25:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

black kalo aku kibarkan bendera muor.. dikira patriotik ke?
atau dikira taksub? hahahah

 

Ahad, Ogos 19, 2007 11:50:00 PTG, Blogger aNIe

Kalau macam tu pilihan yang diberi...agak2...sampai merdeka tahun depan pun tak boleh nak jawab ni...

 

Isnin, Ogos 20, 2007 1:42:00 PG, Blogger akirasuri

komeng untuk entri ini:

oh oh!
saya pilih semua di atas.
la la la la~

komeng entri di bawah:
ha ha ha.
kalau buat nasik ambeng pun sedap jugak.
klasik sikit kan :D
erk?
bila ni nak jemput ke muar makan nasik ambeng kenduri walimah bro!
hahak.
sila jangan mengelat :p

la la la la~

 

Isnin, Ogos 20, 2007 2:38:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ada lagi ke org patriotik sekarang ni?

 

Isnin, Ogos 20, 2007 8:55:00 PG, Blogger Mak Su

no 4 yang di atas tu patriotik...

 

Isnin, Ogos 20, 2007 9:00:00 PG, Blogger kingbinjai

susah nak pikir ni hahahaha

 

Isnin, Ogos 20, 2007 10:06:00 PG, Blogger achik

mmmm... tgh fikir-fikirkan nih.. hehe ;)

 

Isnin, Ogos 20, 2007 10:55:00 PG, Blogger NBK466

Jawaban yg 'sudah terang lagi bersuluh' bak kata penjajah Belanda tuh..ha.ha.ha..ha..

 

Isnin, Ogos 20, 2007 12:22:00 PTG, Blogger ILA

7 di atas mlambangkan sikap
7 di bawah mlambangkan tanggungjawab..
Segala2nya tidak boleh d terima sbgai patriotik:D

kau bgitu sinisssssss..C Jowo Pinterrrrrr..hihikkkkk...

 

Isnin, Ogos 20, 2007 1:02:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

7 di bawah itu lebih tidak patriotik kerana ia adalah faktor yang menyumbang kepada sikap 7 di atas itu.

Apa pun, no.4 dalam 7 di atas itu sangat patriotik dan berjiwa besar!

hari Merdeka nanti, BP berpatriotik kat mana? menyibuk eh :))

 

Isnin, Ogos 20, 2007 1:10:00 PTG, Blogger Nunn

erm..susah nak jawap nih,

wa mmg geli-geleman untuk.....
rasanya, itu contoh patriotisme yg masih boleh diguna-pakai lagi kot! :P

 

Isnin, Ogos 20, 2007 1:46:00 PTG, Blogger Rush Murad

kesemuanya kecuali....... Bahasa Melayu rojak.... sebab aku pun selalu guna bahasa Melayu Rojak atau Pasar atau tidak ber'grammar' yang betul... tidak patrotik kah aku? yg lelain tu.... memang sesuwaiii... lelagi yg kutuk lagu Negaraku dan kutuk bangsa Melayu Islam.... tanam hidup2 budak tuh.... kurang ajar tahap melampau....

 

Isnin, Ogos 20, 2007 2:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Muor,
Sejujurnya aku tidak ada menyimpan bendera Malaysia. Bendera Johor adalah.

Eh! Macamana rupa bendera Muar ekk... He he he


Kak Lady,
Susah sangat ke soalan itu kak Lady? He he he


akira,
Kamu tak menjawap soalan la akira. Kan yang mana LEBIH tidak patriotik tu...he he he..

Nasi ambeng memang terkenal di Pt Jawa. Wes terbayang-bayang sambel goreng, iwak gesek, ayam kampung masak semur. Pergh! Kemecer tenen!

La la la.... Sang kodok..oh sang kodok...


Kamarul,
Emmm... Subjektif. Relatif. :)


mak su,
Itulah helahnya [trick]. Bergantung siapa yang menjawapnya... Tak percaya cuba tanyakan ahli politik :)


King,
Ha ha ha.


achik,
Fikir, jangan tak fikir. He he


nbk,
Ekau rasa 'puak-puak yang pegang kuasa' itu pilih yang mana? ha ha ha.


ila,
Jadinya, mana yang LEBIH tidak patriotik? :)

Eh! Soalan saya itu agak neutral kan... :)


B Rampai,
Salam kembali BP,

No. 4 dalam 7 yang teratas itu bergantung kepada siapa dan bagaimana seseorang itu melihatnya. Saya sengaja meletakkan ciri yang itu di situ. BR faham maksud saya? :)

Berpatriotik di mana-mana pun serupa BR. Patriotik itukan letaknya di jiwa dan di minda. [Wah! Macam bagus-bagus pulak saya ini ekk!]


nunn,
Mengibarkan bendera itu salah satu cara untuk menzahirkan perasaan patriotik. Tapi bukan itu saja satu-satunya cara juga. Kan? Yang paling penting minda dan jiwa. :)


Rush,
Orang awam yang bercakap bahasa rojak mungkin boleh dimaafkan. Tapi kalau pemimpin, yang membuat dasar, yang beriya-iya berkempen memartabatkan bangsa kemudian bercakap bahasa rojak, memang tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Ya, ya! Memalukan orang Muor sungguh! [Tapi ada juga apa yang dikata 'mamat' itu betul kalau dipandang dari segi 'menegur', cuma bab yang dia menghina Islam itu memang kurang ajar...]

 

Isnin, Ogos 20, 2007 2:11:00 PTG, Blogger Unknown

Salam.

7 + 7 = 14.

Okay.

 

Isnin, Ogos 20, 2007 3:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP:=,
Satu Malaysia dah tahu jawapan nya. Tapi yang 7 di atas tu tak mungkin akan hancur negara jika dilakukan, berbanding 7 yang dibawah jika diamalkan. Sebaiknya jangan diamalkan, baik oleh rakyat lebih2 lagi oleh pemimpin.

 

Isnin, Ogos 20, 2007 4:25:00 PTG, Blogger Ajzie

patriotik cara sekrang.. bendera penuh satu kereta?.. yeke?

 

Isnin, Ogos 20, 2007 5:01:00 PTG, Blogger 13may

oh! tu penjajah zaman moden tuh...hehhe

 

Isnin, Ogos 20, 2007 5:49:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hhhhhhhmmmmmmmm susah nak pikir tu,14-14 tu sama saja.tp kalau tip[u rakyat bagi aku sama macam rap cina dalam youtube,kan?

 

Isnin, Ogos 20, 2007 5:53:00 PTG, Blogger flush

yg pasti 7 dibawah lebih teruk dari 7 diatas.. mungkin sbb aku pun sikit2 tu ada jgk tergolong dlm tu..

 

Isnin, Ogos 20, 2007 6:14:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ah Kim,
Pandaiiiiii!


Tuan zabs,
Salam kembali,

Betul. Setuju. Tapi kalau soalan itu diberikan kepada pemimpin[yang mungkin tergolong di dalam 7 yang terbawah itu], apa jawapan mereka agaknya? :)


ajzie,
Emmm....Susah nak cakap... :)


13may,
Yang mana maksud kamu? He he he..


butaseni,
Terpulang dari perspektif mana. Orang kampung mungkin jawap lain. Dan pemimpin [yang terasalah] pula mungkin jawap lain. Agaknya. :)


flush,
Ramai yang sependapat. :)

 

Isnin, Ogos 20, 2007 7:00:00 PTG, Blogger Rina

agak-agaknya jawapan BP..sama tak dengan kita..hehek..

 

Isnin, Ogos 20, 2007 8:57:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bukan enciklah. tp pelaku kepada 7 perkara di atas. huhu.

 

Isnin, Ogos 20, 2007 10:27:00 PTG, Blogger Orked

owh....soklan bocor PMR dah keluar?


Jwp sy kesemua di atas!

 

Selasa, Ogos 21, 2007 6:19:00 PG, Blogger khairyn

ish! mana letak bendera 2 tahun lepas tu ek? :)

dlm sambutan nanti diaorang buat tak kek bendera nih? nak gak makan hahahaha

 

Selasa, Ogos 21, 2007 1:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rina,
Saya yang buat soalan, tak bolehlah bagitau jawapan. Nanti berat sebelah. He he he.


sitilina,
OOohhhhhhh......


Jie,
Termasuk yang no. 4 dalam 7 yang teratas tu? :)


Khairyn,
Tahniah kerana kamu ada juga menyimpan bendera JG. Saya tak simpan. Sungguh! He he he

Mesti buat punya, yang besar-besar! Nanti bolehlah masuk dalam Buku Rekod Guiness. Ha ha ha!

 

Selasa, Ogos 21, 2007 4:55:00 PTG, Blogger DeeN

Tak payah fikirlah. Yg kat bawah tuh, bukan saja tidak patriotik malahan plastik dan patut dilastik.

er..er.. buleh dapat bendera free tak? hehehe...

 

Selasa, Ogos 21, 2007 6:57:00 PTG, Blogger ManjLara

okeylah, saya fikirkan sekarang, jawapannya selepas pilihanraya saja nanti ya! :P

 

Selasa, Ogos 21, 2007 10:35:00 PTG, Blogger BayuKK

BP...semua jawapan yg di atas

 

Rabu, Ogos 22, 2007 12:09:00 PG, Blogger Unknown

elehh.. same je semua

 

Rabu, Ogos 22, 2007 9:05:00 PG, Blogger gayour

selesai masalah kalo semuanya benar-benar BERIMAN!

 

Rabu, Ogos 22, 2007 10:55:00 PG, Blogger KV

sat, nanti nak pikir dulu. Hehe

 

Rabu, Ogos 22, 2007 4:01:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

kedua dua 7 amatlah tidak patriotik!

 

Rabu, Ogos 22, 2007 7:37:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

err.. apa soalannya..
[biasalah ,melayukan mudah lupa]
:P

 

Rabu, Ogos 22, 2007 7:58:00 PTG, Blogger el-Maaniq

Penting sangat ke yang mana patriotik, yang mana tidak?

Datang awal ke Dataran Merdeka, sertai pembarisan, patriotik?

Lebih patriotik Alam Flora selepas acara!

 

Khamis, Ogos 23, 2007 4:54:00 PG, Blogger aku

Bercakap Bahasa Melayu rojak dan tunggang langgang..

oohh,saya terasa secara tibe-tibe..

 

Khamis, Ogos 23, 2007 10:37:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nUr@,
Bendera pun nak harapkan subsidi. Tak patriotik sungguh kamu! He he he


Manjlara,
Kenapa? Nak tunggu dapat baja dan kain batik percuma ke? He he he.


Bayukk,
No 4 dalam tujuh yang pertama itu dikira tidak patriotik juga ke? :D


lind,
Mana sama...... :D


gayour,
Setuju! Kalau semua manusia berpegang pada hukum, surah dan sirah, Insya-Allah aman negara.


KV,
Jangan fikir lama-lama KV... he he


Mummy Rizq,
Ok... :)


Kel@mbu,
Entah, aku pun dah lupa! Ha ha ha.


el-maaniq,
Sinis! Aku suka!

:)


Aku,
Cili apa kau makan? He he he.

 

Jumaat, Ogos 24, 2007 5:03:00 PTG, Blogger Izham Miyake

selalunya paku dulang paku serpih.

biasalahtu.. kalau tak, takkan ada orang cipta perumpamaan tu betoi tak?

aku nyampah betul dengan pemimpin sekrg ni..

cuma aku masih boleh bear the living lagi..