Selasa, Ogos 14, 2007
Kali ini menjawap tag dari sdra. Butaseni.

21 things I want in a lover

[1] 100% tulen kewanitaannya. [2] Beriman dan bertaqwa, [3] Memahami, tidak mengongkong dan toleransi. [4] Kesopanan dan kesusilaan. [5] Berjiwa kejawaan kemelayuan. [6] Hormat sesama manusia, flora dan fauna. [7] Pandai mengambil hati.

[8] Tahan gurauan ‘maut’! [9] Sifat keibuan dan keisterian. [10] Materialistik yang minimal. [11] Sederhana, menjauhi pembaziran. [12] Penampilan yang seksi asli. [13] Merajuk biar rasional. [14] Manja [bukan 'mentel' atau mengada-ngada tau!]

[15] Sensitif dan cemburu biar berpada. [16] Peramah tapi pot pet pot pet dan mengumpat mesti dijauhi. [17] Telus dan berintegriti [pergh!]. [18] Patuh dan mendengar kata. [19] Menerima aku seadanya [maklumlah aku tak kaya harta, kaya budibahasa dan rupa adalah..he he he…Perasan!…Uweks!] [20] Kreatif memasak [kemahiran dalam masakan Barat Jawa sangat dialu-alukan. He he he]. [21] Menjadi diri sendiri, bukan sebab senarai 20 itu...

Jika begitu, cerewetkah aku?

Calon-calon yang menghantar permohonan sudah disenaraipendek dan ditemuduga. Namun hanya seorang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Beliau sekarang sedang menjalani suai-kenal dan ragging. He he he. Tahniah kepada beliau. Yang tidak berjaya, jangan berputus asa, ramai lagi lelaki cemerlang, gemilang dan terbilang di luar sana. Alexander Graham Bell dulupun pernah gagal beberapa kali sebelum berjaya mencipta telefon.

[Emmmmm....Apa kata kalau aku tag sepupu Sophia Latjuba pula…Dan aku perlukan imuniti selepas ini agar tidak ditag lagi oleh sesiapa. He he he]

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/14/2007 07:07:00 PTG. |


34 Ulasan


Rabu, Ogos 15, 2007 7:48:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... tak menepati semua pun... macamana nih? LOL...

no. 17 tu dah pasti ada laa... keskeskes... no. 18 tu, err... kadang2 kurang sikit laa... :p

hat no. 21 tu, memang takkan mengubah diri semata2 nak 'meet the requirement' atau semata2 nak 'please' orang... sapa nak, kena terima diri ini seadanya la... :D

siapakah gerangannya yang di'tag' itu?

 

Rabu, Ogos 15, 2007 7:52:00 PTG, Blogger Nunn

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Rabu, Ogos 15, 2007 8:00:00 PTG, Blogger Unknown

BP!! Jangan ragging lelama sangat pada yang seorang yang berjaya layak ke akhir tu. Takut nanti dia lari!!!!hihi.

 

Rabu, Ogos 15, 2007 8:01:00 PTG, Blogger Nunn

bro, ko bukan cerewet, tapi ko banyak songeh jer kot ekeke...

peace!

 

Rabu, Ogos 15, 2007 8:27:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, kau cuma perlu tulis tiga hurup saja sebenarnya...

S A S

kekek...

 

Khamis, Ogos 16, 2007 12:02:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Saya pasti sepupu Sophia Latjuba tu pandai menyanyikan lagu Anggrek Bulan untuk BP ;)

:D

 

Khamis, Ogos 16, 2007 4:59:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

BP salah tu..Menjadi diri sendiri, bukan sebab senarai 20 ini...
taniah tuk Beliau...

 

Khamis, Ogos 16, 2007 8:15:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Nak dapat 100% tentu tak boleh tu. Bagi saya dapat 80% dah kira lulus! Kalau lebih, kira bonus lah.

 

Khamis, Ogos 16, 2007 9:06:00 PG, Blogger Mak Su

caiyuk, caiyuk..tahniah kepada yang telah disenaraipendekkan.. berusaha gigih.. caiyuk, caiyuk

 

Khamis, Ogos 16, 2007 9:20:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hahahahA takyahlah cancel ayat seksi tu,aku pun sama hahahahaha.
manja tapi bukan 'mantel',yang tu aku suka hahaha.tambah satu lagi untuk kau,yang selalu basuh baju suami isteri,bukan simpan sebulan sampai bercendawan kemudian hantar dobi banyak-banyak hahahaha stuju?

 

Khamis, Ogos 16, 2007 9:32:00 PG, Blogger flush

kahkahkah.. kena buli..
tahan ke dia.. kalo xthn mau angkat kaki la dia..

 

Khamis, Ogos 16, 2007 10:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

makkk, panjangnya list heheheh

 

Khamis, Ogos 16, 2007 10:53:00 PG, Blogger KV

ingatkan jam tu utk buat hantaran. Huhuhu

 

Khamis, Ogos 16, 2007 11:11:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
uiii..banyaknya syarat.
ni alexander graham bell. hari tu pakcik taip si thomas e. edison. huhu

 

Khamis, Ogos 16, 2007 11:34:00 PG, Blogger ontahsapo

kau tolong email aku lagu sang bangau tu.. geram pulak aku dengar...

 

Khamis, Ogos 16, 2007 11:47:00 PG, Blogger NJ@Goboklama

setuju dgn.sas,tak perlu ubah diri sendiri hanya semata-mata nak penuhi kehendak si lelaki. It's not fair tau! Patutnya, dua2 kena menerima diri memasing seadanya, lepas kawin barulah dimasukkan rencah toleransi, kesefahaman, didikan dan kasih yg.berpanjangan, auuwww!!!...

 

Khamis, Ogos 16, 2007 12:07:00 PTG, Blogger Orked

adoi...awai² lagi dh rejet!

tpkan kalo kita nk mcm kt dlm list tu kan.... diri kita ni msk tak dlm list org tu...!

 

Khamis, Ogos 16, 2007 12:39:00 PTG, Blogger izinni

21 things I (blackpurple) want in a lover:

21 = 2+1 = 3 = S+A+S = SAS = :-D

 

Khamis, Ogos 16, 2007 4:38:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Bukan kita yang menilai diri kita sendiri kan.... :)

Ya, ya. No. 21 itu asasnya tapi sebagai manusia kita kena sentiasa memperbaiki kekurangan diri kan... :)

Sophia Latjuba itu bercirikan nusantara dan kemelayuan paras wajahnya, macam gadis yang kena tag itu...... :p


nunn,
Isk! Komen mengutuk la ni ekk...he he he...


Yus,
Tak apa. Ragging secara berhemah dan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Kena kuatkan semangatlah. He he he.


nunn,
Ha ha ha. Aku lelaki penyenyap tapi sukakan kerasionalan.....


pa'chik,
Apa tu pa'chik? Kurang fahamlah... he he!


B Rampai,
Waalaikumussalam,

Sepupu Sophia Latjuba itu lebih gemarkan lagu-lagu pop Barat. :D

[Terngiang-ngiang lagu Anggerek Bulan yang pernah BR 'nyanyikan' di blog itu :D]


Wear,
Ya ,ya. Berlaku kesilapan teknikal di situ. Nanti saya edit. Terima kasih :)


Zabs,
Waalaikumussalam tuan Zabs,

Ya, betul!. Tiada manusia yang dijadikan Allah 100% sempurna serba-serbinya.


mak su,
Sesi suai-kenal dan ragging memang amat mencabar emosi. Hanya yang berjiwa cekal dan sabar, Insya-Allah berjaya. He he he.

 

Khamis, Ogos 16, 2007 5:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

butaseni,
Ha ha ha. Orang seni macam kita [senireka lanskap kira seni juga kan? he he] memang selalu seiya sekata...ha ha ha.

Setuju! Tapi itu kena pastikan juga mesin membasuh sentiasa berfungsi dan amah pula tidak suka-suka lari. He he he.


Flush,
Itu proses suai kenal dan mencari keserasian namanya. he he!


Faizah,
Eh! Kamu pun ada mohon kan? Maaflah nama kamu tercicir dari senarai yang disenaraipendekkan hari tu. He he he.


KV,
Jam kesayangan saya tu... he he he...


eisraa,
Salam kembali,

Dah nama pun 21, sebagai blogger yang bertanggungjawap, telus dan berintegriti, saya jawaplah 21. :D

Itu sebagai motivasi. Moralnya, jangan mudah berputus asa. :)


Ontahsapo,
Ok. Nanti aku emelkan. Kalau dibuat nada dering telefon bimbit pun amat sesuai... Satu lagi sesuai untuk menidurkan budak [dan emak budak juga] ha ha!


Goboklama,
Ya, ya.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya lelaki yang masih belajar
Terkurang terlebih tolong tegurkan...

:)


Jie,
Senarai itu cuma apa yang diinginkan, dan tak semestinya kita dapat. Akhir-akhirnya ciri yang no. 21 itu juga asasnya. :)


izinni,
Wah! Pandainya.... :D

 

Khamis, Ogos 16, 2007 6:03:00 PTG, Blogger artisticklytouch

wah...tag ni ada di mana-mana...siapa yang menciptanya ya... susah-susah sangat, suruh je mak carikan...

 

Khamis, Ogos 16, 2007 6:53:00 PTG, Blogger akirasuri

bro!
bila nak menikah ni dengan saudari yang tagged tu :D
tak sabar nak makan nasi minyak orang muar ni :D

 

Khamis, Ogos 16, 2007 11:07:00 PTG, Blogger me3n

hehe cerewet untuk yang ini tak ape. sebab ini untuk mase depan yang jauh. ;).

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 2:23:00 PG, Blogger Unknown

"letih" aku baca sampai 20 tu.. tapi bila sampai yg 21. baru legaaaaaaa.. itu yg sebenarnyaaa

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 2:57:00 PG, Blogger aku

tahniah kepada beliau & anda juga..

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 8:56:00 PG, Blogger Titicaca

sokong no.21: kalau ikut ISO jer..mungkin agak bosan..

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 9:20:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

Huh JENUH..BP aku rasa ko cerewet..

sas kemas kain baju..balik kg skrang.. ekekeke...

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 11:16:00 PG, Blogger 13may

hehhe...kim salam sepupu Sophia Latjuba tu yea...hehhe

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 11:24:00 PG, Blogger achik

mesti sepupu Sophia Latjuba tu berjaya dgn cemerlang dlm sesi ragging.. tahniah2 ;)

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 4:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Art,
Jom kita cipta tag yang mencabar, lepas itu kita tag orang pulak..... [Isk! Tak ada kerjalah!...]:D

He he he..


akira,
Di Muor memang banyak restoran yang jual nasi minyak. Semua lazat-lazat belaka! Tapi saya lebih suka nasi ambeng. :P

La la la....[sambil menyanyi-nyanyi sang bango...oh sang bango...!]


ad3ck,
Ya. Pelaburan juga itu namanya kan... :D


Lind,
Isk! Baca itupun boleh letih ke? :D


aku,
Kepada kamu juga! :)


titicaca,
Tapi jangan pula sampai menjadikan yang No. 21 itu sebagai alasan untuk tidak muhasabah dan memperbaiki diri ... :)


Tiara,
Cerewet yang ini tak apa, jangan cerewet dot dot dot..

He he he.


13may,
Insya-Allah. He he he


achik,
Itu kena kamu tanya beliaulah sendiri..he he he..

 

Jumaat, Ogos 17, 2007 5:10:00 PTG, Blogger khairyn

Cepat BP

Semua sifat-sifat yang baik ada pada 'beliau'. Kamu harus pantas menghalalkan 'beliau' dengan kamu. hahahaha

jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama lalalalala

 

Sabtu, Ogos 18, 2007 3:57:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Khairyn,
He he he.... :p

Alon-alon angger klakon. He he he..

 

Selasa, Ogos 21, 2007 5:01:00 PTG, Blogger DeeN

Aku doakan tiada wanita-wanita di Malaysia dan di dunia global yg menepati ciri2 yang ko sebut kecuali Sas! hak hak hak .. bravo! bravo!

Aku lapo nasik ambeng la, purp. bila lagi neh? ;)

 

Rabu, Ogos 22, 2007 1:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nur@,
Amin.

Aku pun lapar juga ni. Teringin sangat nak makan nasi ambeng. Susah betul nak cari restoran yang jual nasi ambeng di Lembah Klang ini kan.... he he he.