[KEMASKINI; Kita dikejutkan dengan berita yang menunjukkan bahawa ujian DNA mayat kanak-kanak di beg sukan itu adalah mayat adik Nurin Jazlin Jazimin. Kasihan.... Buat ibubapa dan keluarga Allahyarham adik Nurin Jazlin, kita cuma mampu menghulurkan rasa takziah dan simpati yang amat. Semoga mereka tabah dan diberi kekuatan menerima ujian, Qada dan Qadar Allah ini. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham adik Nurin Jazlin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. Yang pasti sudah ada tempatnya nanti di syurga]
-----------------------------------------------------------------------------------------------
ENTRI ASAL:
Misteri kehilangan adik Nurin Jazlin sehingga ke hari ini masih belum terungkai. Bayangkanlah seandainya adik Nurin Jazlin itu anak kita, adik kita atau saudara terhampir kita. Kita cuma mampu bersimpati dan berdoa, keluarganya merasa lebih dari itu. Semoga di Ramadan yang penuh hikmah dan barakah ini, Allah swt mempermudahkan usaha-usaha untuk mencarinya seterusnya mempertemukan kembali adik Nurin Jazlin dengan keluarganya. Amin. Lawati blog
www.nurinjazlin.blogspot.com Bagi manusia berfikiran waras, beg sukan adalah bekas untuk menyimpan pakaian, tapi bagi manusia yang berfikiran luar batas kewarasan, beg sukan dijadikan tempat untuk menyimpan mayat kanak-kanak tidak berdosa. Bagi manusia yang normal, timun dan terung adalah spesis sayur tapi bagi manusia yang berhati syaitan, timun dan terung dijadikan alat memuaskan nafsu serakah. Kasihan, kanak-kanak secomel itu - yang belum puas mengecap nikmat hidup diperlakukan sekejam itu. Syaitan dan hina sungguh pelakunya! [Babi di Melaka itu jauh lebih mulia dari manusia jenis ini!].
Khabar dari media luar melaporkan, Dr Sheikh Muszaphar terpilih menjadi angkawasan Malaysia yang pertama. [Dipetik dari
the Star ]. Belum ada berita rasmi dari media Malaysia kerana pengumuman rasmi dijangka hanya akan dibuat oleh PM pada hari jumaat. Jika laporan media itu benar, bermakna juga Dr Sheikh Muszaphar merupakan pakar bedah ortopediks, pengusaha restoran, peragawan dan blogger Malaysia pertama ke angkasa lepas! Tahniah!
Dan syabas juga kepada Kapten Dr Faiz.
TTFN
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/20/2007 10:27:00 PG. |
Khamis, September 20, 2007 1:26:00 PTG,
Sastri
dah lama hilang Nurin, tapi masih belum ada khabar berita yang menggembirakan kedua orang tuanya... memang simpati akan keadaan keluarganya... dengan keadaan kesihatan Nurin lagi, pasti membimbangkan... harap dapat ditemui sesegera yang mungkin...
memang binatang sebenarnya manusia yang membuat perilaku sedemikian ke atas anak kecil yang tak tahu apa... menakutkan bukan? harap pelaku itu dapat ditangkap dan dihadapkan di muka pengadilan... tapi kalau sas, baik bunuh jer binatang tu bila dah dapat... tiada belas untuknya!
tahniah kepada Dr Sheikh yang menjadi kegilaan ramai gadis dek kerana rupanya yang kacak tu... :D syabas juga kepada Dr Faiz... kedua mereka adalah model yang patut dicontohi dan menjadi motivasi kepada remaja dan kita semua dari segi kejayaan mereka...
Khamis, September 20, 2007 2:06:00 PTG,
Butaseni@Wan Raja
bagi aku kes adik nurin ni hanya tuhan saja yg boleh tolong.kita cuma mampu minta.bab beg sukan pulak bagi aku org cina pun tak sanggup nak masukkan babai melaka tu dlm beg,nikan pulak org.bab angkasawan tu pulak aku rasa Dr Syeik tu dapat sebab dia hensem kot,so nampak org Malaysia ada klas skit kot,bab bakat Dr Faiz lagi bagus kot hehehe
Khamis, September 20, 2007 3:07:00 PTG,
Mak Su
hari tu baca sutkabar ada kat hutan melintang dengan warga myanmar. pasal beg tu, nauzubillah... berjawablah nanti.... Tahniah gaks kat 1st blogger yang jadik angkasawan tu.
Khamis, September 20, 2007 4:55:00 PTG,
ILA
Salam buat BP,
1) banyak spekulasi yg timbul sekarang..setelah khilangannya.Cuma yg kesalnya ada pihak yg tak bertanggungjwab mnyalahkan parent nurin di atas khilangannya:(
2)Polis menyatakan kmungkinan juga, kanak2 yg mati tu mrupakan warga asing.
3)wahhh..kal.benar dia, kira tepat jgkaan sya!!.Beliau punyai own blog sndiri ker? apa addrsnya?
Khamis, September 20, 2007 11:41:00 PTG,
zino
pagi tadi ustaz wan sohor bani leman mengajak kita bertawasul kepada Allah..
petang nya berita pengesahan DNA mayat yg di temui dengan keluarga nurin ada persamaan..
semuga keluarga Nurin tabah menerima ketentuan Allah..
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..
al-fatihah..
Jumaat, September 21, 2007 12:04:00 PG,
TokNabe
Berita terkini, kalau betul itu adik Nurin,alfatihah untuknya. Moga :
1. Arwah ditempatkan di syurga.
2. Orang yang melakukan tu ditangkap dan di adili.
3. Jenayah kejam di Malaysia akan tiada lagi.
4. Pemimpin2 negara ambil berat pasal benda2 ni bukan saja berlumba2 mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record...itu dan ini.
Jumaat, September 21, 2007 8:04:00 PTG,
khairyn
Ada 16 lagi ibu bapa yang sedang kehilangan anak2. Semoga anak-anak mereka dijumpai kembali dalam keadaan sihat dan tidak cedera.
Anak2 buah di KL sudah di beri amaran untuk tak ikut sesiapa terutama 'pakcik miau miau'. Tapi apa kudrat mereka?
Sabtu, September 22, 2007 9:01:00 PG,
Bunga Rampai
Salam BP,
Al-Fatihah.
Air mata saya menitis ketika mendapat tahu bagaimana adik Nurin diperlakukan. Binatang sungguh orang yang melakukannya! Hingga kini saya sebak setiap kali mengenangkan adik itu. Ya Allah, berilah hukuman setimpal kepada manusia yang melakukan kezaliman itu.
Sekarang ini musim membeli-belah hari raya. Kedai-kedai sarat dengan pembeli. Pesan saya agar anak-anak kecil usahlah dibawa shopping. Mana nak beli baju, mana nak tengok anak. Silap-silap baju tak terbeli, anak pulak hilang! Alaaa, ukur jer baju anak tu atau pastikan saiznya ... haa, pilah membeli tanpa gangguan!
Hehehe saya membebel pagi ni BP. Bukan apa, tahun sudah saya terserempak dua kes anak hilang masa shopping raya. Mujur jumpa.
Baju raya dah tempah atau beli yang siap? eh,eh, menyibuknya saya! :D
Sabtu, September 22, 2007 10:45:00 PG,
Orked
Al-Fatihah dan salam tahziah...sedih sungguh nasib si kecil yang manis ini. Ada perkataan yg lebih kejam utk ditulis utk menggambarkan perilaku penjenayah tersebut tetapi sy sendiri tidak tergamak utk menulis....ttp manusia tanpa belas ini sanggup ...
Seluruh negara menangis melihat berita di TV sewaktu imam membaca doa..meleleh air mata selaju airmata saya ....
Sabtu, September 22, 2007 2:07:00 PTG,
ManjLara
Adik Nurin
Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Kini saya berdoa supaya penjenayah yg bertanggungjawap itu segera ditemui dan dihukum.
Dr Syeikh Muzaphar
Semoga dapat mengharumkan nama negara.
dah lama hilang Nurin, tapi masih belum ada khabar berita yang menggembirakan kedua orang tuanya... memang simpati akan keadaan keluarganya... dengan keadaan kesihatan Nurin lagi, pasti membimbangkan... harap dapat ditemui sesegera yang mungkin...
memang binatang sebenarnya manusia yang membuat perilaku sedemikian ke atas anak kecil yang tak tahu apa... menakutkan bukan? harap pelaku itu dapat ditangkap dan dihadapkan di muka pengadilan... tapi kalau sas, baik bunuh jer binatang tu bila dah dapat... tiada belas untuknya!
tahniah kepada Dr Sheikh yang menjadi kegilaan ramai gadis dek kerana rupanya yang kacak tu... :D syabas juga kepada Dr Faiz... kedua mereka adalah model yang patut dicontohi dan menjadi motivasi kepada remaja dan kita semua dari segi kejayaan mereka...