SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA. SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MENGHAYATI HIKMAH RAMADHAN KALI INI DENGAN SEBENAR-BENAR PENGHAYATAN. SEMOGA KITA SAMA-SAMA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH. INSYA-ALLAH.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kita baru balik dari peperangan yang kecil untuk berhadapan dengan perang yang amat besar. Para sahabat bertanya, peperangan apa itu? Jawap Rasulullah, iaitu peperangan melawan hawa nafsu” [Hadith Riwayat al-Bayhaqi]
Cerita di perenggan-perenggan seterusnya ini memang tidak kurancang pada awalnya, agak tergesa-gesa dan mungkin nanti kurang tersusun bahasanya.
Begini. Baru sekejap tadi hatiku telah digerakkan Allah untuk memeriksa salah satu akaun e-suratku. Di dalam kotak masuk itu ada berbelas e-surat baru. Disebabkan masaku agak terhimpit, aku terpaksa memilih-milih. Tajuk kiriman dari seorang rakan, sdra. Zek dari persatuan alumni kami itu nampak biasa sahaja, tiada istimewanya. Namun selepas beberapa detik kumembaca baris-baris ayatnya itu jantungku mula bergetar. Catatannya agak ringkas tapi meruntun perasaan.
Sdra. Zek menyampaikan salam dan khidmat pesanan ringkas yang dikirim seorang rakan lama sekolej kediaman semasa menuntut dahulu, cikgu Roslina Baghawi, yang rupanya kini sedang tenat menderita barah serviks. Dan cikgu Roslina memohon sdra. Zek memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain.
" Assalamualaikum, di kesempatan yang ada ini, aku nak mintak maaf atas segala kesalahan sepanjang perkenalan kita. Mintak halal yg termakan & terminum. Aku dapat tahu minggu lepas aku menghidap kanser serviks tahap 4B, tahap yg akhir sekali. Kanser dah merebak ke hati and tulang sampai patah tulang pelvis aku. Sampaikan salam pada kawan2 lain"
Buat cikgu Roslina, biarpun kamu mungkin tidak membaca blog ini, kuturut bersimpati dengan penderitaan yang kamu tanggung itu. Apa yang kumampu, hanya mendoakan kesejahteraan kamu, semoga Allah meringankan penderitaan yang sedang kamu rasai itu. Semoga kamu terus diberi kekuatan, tabah dan cekal menghadapi dugaan dan ujian Tuhan itu.
[Kasihan. Dia masih muda……… Harapan saya agar rakan-rakan yang singgah di blog ini pun dapat turut sama mendoakan kesejahteraan cikgu Roslina…Terima kasih]
TTFN
Rabu, September 12, 2007 3:03:00 PTG, ILA
salam wat BP,
bila tbaca berkenaan "barah serviks" t'sebut..hati trus bergetar..minggu lepas baru jer bonda salah seorang blogest mninggal dunia akibat perkara yg sama.
anggaran nisbah psakit barah/kanser skrang 1:8(banding 5 tahun yg lpas 1:15).maknanya diantara 8 orang seorang akan hidapinya.
sebagai seorang pompuan..secara jujur risau dlm perkembangan tersebut.slain faktor keturunan, cara pemakanan & persekitaran menjadi puncanya.Apa sekalipun di harap rakan2 semua mjaga kesihatan & kurangkan fast food.
sesungguhnya jika sudah takdir..bila2 saja kita akan d uji oleh yg maha berkuasa.
Saya berharap..Cikgu Roslina kuat semangatnya.tahap 4B amat mnakutkan.Selagi terdaya,sya harap beliau berusaha apa yg termampu.
ee..eiii..pnjangnya sya cakap..
maaf ye Bp..akibat kesensitifan ini.oleh kerna bonda saudara juga telah d jemput oleh ilahi 2 thun yg lpas akibat perkara yg sma:(
SALAM RAMADHAN...
may allah keep u amongst d pious..
Khamis, September 13, 2007 1:09:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Amora,
Semoga doa kita semua diperkenankan Allah.
Selamat berpuasa....
p/s oh ya! jangan rambang mata bila berbelanja di bazaar Ramadhan. Macam-macam ada di bazaar Ramadhan Tmn Melawati :D
Flush,
Selamat berpuasa.
Cuma berkongsi sedikit pengalaman sebagai anak kampung dari perkampungan Jawa. Terima kasih juga untuk kau yang sudi membacanya. :)
Sas,
Amin.
Begitulah kehidupan. Sering diduga dan diuji.
ILA,
Salam kembali Ila,
Terima kasih kerana berkongsi. Begitulah dugaan dan ujian Allah. Semoga Allah meringankan penderitaan cikgu Roslina.
Apapun diri kita sendiri juga kena sentiasa berjaga-jaga dan beringat-ingat. Ya, banyak faktor-faktor yang menyumbang, gaya hidup, pemakanan, persekitaran, radikal bebas.
Selamat berpuasa. Selain detoksifikasi jiwa dan minda, puasa juga salah satu proses baikpulih dan detoksifikasi tubuh yang baik!
NBK,
Amin. Semoga doa kita diperkenankan-Nya.
Selamat berpuasa, bersahur, berbuka, bertarawikh dan bermoreh buat ekau juga jang…
Taiko,
Selamat berpuasa. Moga-moga kita sama-sama diberkati Allah.
Bertarawikh di mana tahun ini?
Kemat,
Amin.
Itulah yang seeloknya kita sesama saudara muslim lakukan. Hari ini mungkin hari dia, akan datang entah bila mungkin hari kita pula.
nur@,
Moga-moga. Amin.
Selamat berpuasa. Semoga kita sama-sama dapat ‘menyempurnakan’ puasa kita tahun ini dengan ‘sesempurnanya’.
Manjlara,
Memang betul. Tapi e-surat sdra Zek itu dihantar ke akaun e-surat saya yang rasmi, alhamdulillah akaun itu jarang ‘diceroboh anasir luar’. Tapi akaun e-surat saya yang lain-lain itu memang kerap menerima kiriman e-surat yang bukan-bukan. :D
Moga-moga. Amin.
Selamat berpuasa..
Cik Kema,
Salam Ramadhan.
Saya juga begitu. Semoga keberkatan itu bersama-sama kita.
Ainin Naufal,
Salam Ramadhan.
Moga-moga. Amin.
Alhamdulillah, awal pagi ini lena saya telah dikejutkan oleh satu panggilan telefon.... :D
Iman,
Salam Ramadhan.
Berat ujian dan dugaannya. Mudah-mudahan dia terus cekal.
Pa’chik,
Semoga doa kita diperkenankan Allah.
Selamat berpuasa, bersahur, berbuka, bertarawikh, bermoreh pa’chik….
Bangun sahur pukul berapa pa’chik? Terawikh berapa rakaat? Ada tazkirah tak? :D
Khamis, September 13, 2007 2:21:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nunn,
Ya, begitulah. Setiap manusia itu lain dugaan dan ujiannya. Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup hebat diduga, rupanya ada insan lain yang lebih hebat dugaannya.
Selamat berpuasa.
king,
Moga-moga.
Redha pada setiap dugaan yang datang itu tetap akan ada hikmahnya.
ad3k,
Semoga kita berpuasa dengan 'sebenar-benar' erti berpuasa.
Amin bakish,
Moga-moga begitulah hendaknya.
Selamat berpuasa. :)
Orochi,
Selamat berpuasa dengan sesempurna puasa. :)
akira,
Amin. Semoga doa kita semua diperkenankan Allah.
Selamat berpuasa, bersahur, berbuka, dan berterawikh.... :)
ah kim,
Salam Ramadhan. Selamat berpuasa bro'.
mak su,
Itulah yang kita doa dan harapkan dari-Nya.
Shahril,
Hari ini, Tuhan menduganya dengan penderitaan yang sebegitu. Dugaan untuk kita tak tahu lagi, mungkin esok, mungkin lusa.
Serunai Faqir,
Selamat berpuasa. Teruskan berkarya untuk bangsa saudara...
Begitulah perjalanan hidup kita. Tapi setiap dugaan itu ada hikmah di sebaliknya. Insya-Allah.
Azhad,
Selamat berpuasa. Semoga puasa kita tahun ini lebih diberkati dan dirahmati Allah.
Amin.
Khamis, September 13, 2007 5:02:00 PTG, tokasid
salam pak jowopinter:
Innalillahi wa Inna Ilahi Roji'un buat Cikgu Roslina.
Semoga cikgu redha dengan ujian besar yg cikgu hadapi ini.Saya percaya walaupun terdapat pelbagai perasan dalam hati cikgu ketika ini, namun saya yakin cikgu redha. Ujian yg cikgu alami ini tidak mungkin saya dan yg lain2 dapat hadapi dgn tabah.
Selagi hayat dikandung jasad, istiqamahkan amalan setakat termampu.
Pak Jowopinter, jika berkesempatan berhubung dgn cikgu Roslina, sampaikan salam dan baritahu ramai saudara seIslam yg mendoakan beliau walau kami tidak mengenali beliau secara peribadi.
Jumaat, September 14, 2007 8:41:00 PG, Bunga Rampai
Salam BP,
Saya amat percaya semua penyakit ada ubatnya, kecuali maut. Andai tiada ubat, kita harus pandang dari sudut lain/positif. Penyakit itu sendiri sebenarnya adalah ubat - 'ubat rohani' - satu daripada caraNya mengubat dosa-dosa kita.
Doa saya mengiringi Cikgu Roslina, moga tenang menghadapi kesulitan ini. Moga juga dia terus tabah berubat, di samping meredhai ketentuan Allah SWT, seterusnya tidak henti-henti memohon ehsanNya.
Salam Ramadhan untuk BP, selamat berpuasa. Moga segala ibadah kita kali ini lebih diberkati dan dirahmatiNya.
Jumaat, September 14, 2007 3:23:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Achik,
Kita harapkan begitulah. Amin
Selamat berpuasa…. :)
tokasid,
Salam kembali. Terima kasih menjengah ke blog ini… :)
Ya, sungguh perit dugaan yang diterimanya. Dengan kekuatan rohani dan rasa redha cikgu Roslina, insya-Allah akan dapat meringankan sedikit penderitaan yang ditanggungnya.
Rumahnya tak jauh dari ofis saya sebenarnya dan kami rakan-rakan memang mempunyai program lawatan dan program lain untuk membantunya.
Insya-Allah. Semoga doa kita semua untuk kesejahteraan cikgu Roslina diperkenankan Allah.
aku,
Salam kembali,
Selamat berpuasa…
Tenno,
Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraannya.
Rasa-rasanya dalam pertengahan 30an. Kalau sudah di stage 4B memang agak genting. Sudah merebak ke organ-organ lain. Apapun semuanya kuasa Allah.
Qistina,
Ya, semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah menghadapi dugaan yang sebegitu….
B. Rampai,
Salam kembali BR,
Begitulah. Sememangnya, setiap dugaan dan ujian yang datang tersirat hikmah di sebaliknya.
Amin. [Saya pasti, cikgu Roslina tentu terharu jika berpeluang membaca kata-kata sokongan dan doa dari rakan-rakan di sini. Biarpun saling tidak mengenali tetapi rasa ikhsan dan perrsaudaraan seislam ‘mengenalkan’ rakan-rakan semua dengan dia. Alhamdulillah]
Selamat sama-sama menghayati hikmah dan keberkatan bulan Ramadhan dengan sebenar-benar penghayatan…
lind,
Selamat berpuasa…. :)
Titicaca,
Dia lain dugaannya, kita mungkin lain pula dugaannya nanti.
Salam Ramadhan….. :)
Rush,
Amin,
Selamat berpuasa.
Tahniah! Cukup ke seminggu Rush…? He he he. Tapi oklah, sekurang-kurangnya merasa juga berpuasa di Johor….. :D
Sabtu, September 15, 2007 6:24:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
13may,
Ya, sungguh kasihan..
Selamat berpuasa bro'. Jangan tinggal teraweh ya... :D
hitomi,
Apa khabar hitomi? Selamat berpuasa.
Amin. Mudah-mudahan begitulah.
Jie,
Salam Ramadhan. Selamat berpuasa. :)
Amin.
Begitulah kehidupan. Sentiasa diuji dan diduga.
[b]y,
Selamat datang ke dunia jowopinter...
Selamat berpuasa.
Zwit,
Amin. Sama-samalah kita doakan kesejahteraannya. Hari ini hari dia....esok lusa mungkin hari kita pula..
Zino,
Amin. Semoga doa kita semua dimakbulkan Allah..
Kak Lady,
Begitulah yang kita harapkan kak lady. Menghadapi saat-saat genting begitu, kalaulah diri saya sendiri entah bagaimana agaknya untuk menghadapinya.
Selamat berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini memberi lebih keberkatan buat kita semua.
art,
Amin.
Selamat berpuasa juga untuk kau. Berpuasa di pulaulah kali ini ekk... :)
Kamarul,
Amin.
Salam Ramadhan, selamat berpuasa....
Isnin, September 17, 2007 10:55:00 PG, Unknown
BP..Tersentuh hati akak membaca kisah Cikgu Roslina...akak doakan dia dimudahkan urusan dalam menangani dugaan ini dan dikuatkan semangat utk mengharunginya..apapun kejaiban itu hanya milik Allah...insya'allah, jika semua dgn izinNya, tiada apa yg mustahil...semoga Cikgu Roslina juga tidak berputus asa dan terus berusaha dan bertawakkal...amiinn...
Selamat berpuasa BP..semoga kita diberi hidayah dan rahmatNya...
Isnin, September 17, 2007 1:32:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Raden Galoh,
Amin.... Semoga Allah memperkenankan doa kita semua.
Kita mengharapkan begitulah, agar cikgu Roslina kuat dan tabah menghadapi dugaan ini, sepertimana tabah dan kuatnya semangat kak RG. Sebenarnya saya juga kagum dengan ketabahan kak RG dalam menghadapi dugaan yang hampir serupa itu.
Selamat berpuasa kak RG.
walau hy kenal pada nama...semoga cikgu roslina tabah menghadapi dugaan dan semoga berkat bulan ramadan akan bertemu penawar...insyaallah.
BP, selamat menjlnkan ibadah puasa.