Jambatan Sultan Ismail
Bandar 'pencen' Maharani
Masjid 'kembar' tepi sungai
Tanjung Emas
Jalan Temenggung Ahmad
Pekan Parit Jawa
Kehijauan Bukit Mor
Simpang 4 Parit Jamil
Pokok kekabu pinggir titi
Pepohon getah berjejeran
Palma kelapa sawit berceracak sana-sini
Antena tivi menjolok awan
Anjung papan tak berpagar
Bilik termenung berdinding sekerat
Laman tidak berumput
Anak-anak ayam berkejar-kejaran
Tahi lembu basah di tepi jalan
Senyuman rindu emak
Wajah resah abah
Omelan atok Tuk
Ceria dan cerita adik-adik
Keletah anak-anak buah
Nasi ambeng
Sambal goreng Jawa
Tempe goreng
Ikan gesek; ikan kapak, ikan layur
Mi siput masak lemak
Mee bandung Muor
Sambal tumis emak
Sambal totok abah
Asam pedas ikan mayung
Sayur bening daun so
Bagai melambai-lambai.....
Dekat dan mendekat
Kawan-kawan!
Jaga diri kalian
Jangan nakal-nakal
Rindu-rindukanlah saya ya......
Kita bersenda lagi di minggu hadapan
Dengan izin Allah.
TTFN
Khamis, Ogos 23, 2007 12:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Muor,
Insya-Allah. Aku takkan lupa. Kemestian. Penuh lagi nampaknya bonet kereta aku nanti.
Uiks! Tak larat aku nak sampaikan salam kau pada semuanya.
He he he.
Cikin,
Ok. Berapa paket nak? :)
alpha,
Terima kasih alpha. Aku saja nak 'mengujakan' diri. Tapi memang aku tunggu-tunggu nak balik Muor pun. He he he.
nur@,
Insya-Allah.
Iyalah tu. He he he
Ok. Siap!
bayuk,
Selamat! :D
Khamis, Ogos 23, 2007 5:05:00 PTG,
pa'chik.. aku muor kat jln daud.. umah bapak aku ler.. umah mertua kat seri menanti.. aku ade 2 3 kawan kat pt jamil.. ape tah lagi kat pt jawa.. tu lom kire pt bakor atau sg abong....
pt sakai dan pt perupok tempat permainan aku..
pt perupok drt tempat aku berendam.. pt keroma tempat aku jatuh beskal... hehehehehhe
sori black termengarut lak kat sini.. ape-ape hal bawak kete jgn bawak stail gangster mat arip... kekekeke
Sabtu, Ogos 25, 2007 10:17:00 PTG, hanny
ada beberapa soalan nak tanya..
1) apa tuh ika gesek ngan ikan layur.. ikan lele saya tahu...
2) sambal totok tuh sambal camne?
3) sayur bening daun so tuh amende?..sayur bening tuh masak air kan....daun so tuh daun amende?..
sudilah kiranya dapat merungkai persoalan saya nih...
windu sangat sangat nak makan nasi ambeng pt kasih teriman!!!!!
Selasa, Ogos 28, 2007 11:09:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Zabs,
Salam kembali tuan zabs,
Puteri kraton 10 hari dikuarantin oleh kerajaan....he he he
Tak sempat makan semua pun, 'tangki' perut saya kecil. Makan sikit pun dah penuh. He he he. Tapi adalah bawa balik ‘bekalan’ ke KL. Perencah mi bandung dan satu dua makanan 'tradisi' Muar :D
Amora,
He he he.
Sesekali dengar lagu itu di luar musim raya pun ok juga kan...
Kak LUJ,
Lepas ini terus balik ke Malaysia terus kan.... Apa ole-ole dari Jordan untuk saya? he he he.
Bilik air 'dinding sekerat' itu semasa dulu-dulu. Tapi nostalgia itulah salah satunya yang memujuk hati untuk selalu balik ke kampung. He he he.
Mimie,
Isk... Kenapa tak cakap awal-awal? He he he.
Kalau ternampak kelibat kereta sukan ungu buruk memecut di Pt Jamil, parkir di depan pasar Pt Jawa atau pasaraya Best Full, bukan orang lainlah tu... he he he
Pa'chik,
Kesiannya kau......
Muor,
Kau respon komen Mimie tu, bukan komen pa'chik la Muor...
Tak mengapa. Orang Muor kan memang peramah-peramah belaka..he he he
NBK,
Terima kasih jang! :p
Aku kalau bab-bab balik kampung memang sentiasa teruja dan bersemangat! [walaupun 1-2 bulan sekali balik kampung] Ha ha ha.
Kak Lady,
Mestilah. Takkan nak letak lagu sedih-sedih pula....he he
Kopi 434 sekarang dah merata dijual di Lembah Kelang, tak payah bawa dari kampung dah kak lady... :D
Arts,
Aku ada bawa perencah mi bandung Wak Rabu. Nak? He he he
Kau dulu budak Sek Men Sains Muor juga ke Arts?
Eisraa,
Salam,
Idul Fitr nanti balik Malaysia tak? :D
ad3ck,
Alhamdulillah. Dahpun selamat! :)
Aku,
Dan bersyukurlah sesiapa yang masih mempunyai kampung. :)
Selasa, Ogos 28, 2007 11:11:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Khairyn,
Dah hampir dua bulan kot. Semangat kena ada! He he he
Pergh! Kopi 434 Muor pun sampai juga ke Glasgow. Bangganya, bangganya...! :D
lind,
Alhamdulillah. Selamat .. :)
Mi bandung Muor memang sedap tak terkata, tiada yang tidak sedap melainkan yang sedap-sedap belaka!...Nyum...nyum...nyum....
rosram,
Kamu berendut di mana dulu? Di Tanjung Emas ekk...he he he..
Bab-bab sejarah Muar, sdra Muor76 itu lebih pakar. Dia itu pakar rujuk. : )
Kamarul,
Alhamdulillah. Dahpun balik... : )
Kadok,
Baliklah kadok. Bak kata sdra. Muor76, takkan nak tunggu sampai ada LRT, sampai ada lapangan terbang. He he he.
MR,
Selamat balik Muor. 'Kampung' yang di depan SMS Muar itukan..he he he...
Mak su,
Selamat!
13may,
Dahpun selamat balik bandar semula.... :D
Jie,
Alhamdulillah. Dah selamat pergi dan selamat kembali.
Yang ini pra-Hari Raya.. :D
Anielza,
Lagu itu kan cukup kena dengan tema entri ini. Tak semestinya hari raya, bila-bila balik kampung boleh dinyanyikan beramai-ramai. he he he.
Tak apa, tak sampai pun dua bulan lagi kan...
Selasa, Ogos 28, 2007 11:15:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Hanny,
1. Ikan gesek itu ikan masin dalam bahasa Jawa. Ikan layur itu lebihkurang macam panjang talipinggang bentuknya. Saya pun tak tau apa nama lainnya. Cuma di Muar saja saya jumpa ikan itu.
2. Sambal totok, cuba baca entri lama saya di SINI :D
3. Ya, betul, sayur air. Daun so itu daun belinjau. Kalau dibuat sayur bening dicampur su'un, memang sedap!
Entri selepas ini ada gambar nasi ambeng... :D
Butaseni,
Kampung aku dah tak orang bela lembu lagi sekarang. Rindu betul nak tengok tahi lembu tepi jalan. He he he.
Balik kampung mengembalikan nostalgia lama.... hu hu hu...
Tuan keng,
Ya kah? Restoran mana satu agaknya …...
Izhal,
Balik kampung tak dapat merehatkan fizikal, tapi sekurang-kurangnya dapat mengendurkan ketegangan minda. : )
KV,
Siapa yang dimaksudkan itu KV? Dah balik pun...He he he
Akira,
Ada berjuta rakyat Johor. Mana larat saya nak sampaikan salam semua dik oi...
Sesungguhnya tiada 'maksud' yang tersirat. Semuanya yang tersurat belaka. Harap maklum. He he he.
Zino,
Owh.... Menjengok anak di SMS Muar kan... :)
Sas,
Apa agaknya komen yang dipadam itu ekk.. :p
Sas,
Dah rasa ayam goreng dan serunding kelapa itu? he he he.
Arianna,
Nak tumpang sampai mana Anne? sampai Pt Jamil ke sampai Melaka? he he he
jgn lupe bawak balik mee sipot,
jgn lupe bawak balik rempah pak rabu,
jgn lupe beli otak-otak,
jgn lupe gak bawak balik telur pindang,
dan jgn lupe baca doa naik kenderaan,
kem salam kat jambatan tak siap kat pt jamil,
kem salam kat brader bundle kat pasor time hari ahad,
kem salam kat ikan pt jawa,
kem salam kat bus mayang sari pt jamil,
kem salam kat ribath...
huahuahuhauahuahuahuah