Isnin, September 03, 2007
Satu
Aku terpanggil untuk menghayati baris-baris puisi bertajuk Melayu karya Sasterawan Negara Datuk Usman Awang yang dihasilkan beliau sekitar 1996. Puisi ini agak panjang. Aku hanya memetik dan meminjam baris-baris tertentu yang kukira amat tajam, berbisa dan menghiris maknanya.

i
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.

ii
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

iii
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”.

Fikir-fikirkan…..


Dua
Aku.[Me]Layu. Kaku. Buntu.
Terjepit. Perit. Menjerit-jerit.
Resah. Gundah. Parah.
Buta. Teraba-raba. Di mana; Cemerlangnya? Gemilangnya? Terbilangnya?
Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Apanya? Namanya? Jasadnya? Maruahnya?

[Ops! Yang ini bukan puisi. Habis, kalau ini bukan puisi, ini apa? Entah!]

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/03/2007 12:07:00 PTG. |


29 Ulasan


Isnin, September 03, 2007 12:27:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... takkan Melayu hilang di dunia... tapi tanah Melayu bagaimana?

terlalu leka dengan kesenangan, terlalu suka pada hiburan,
terlalu malas nak berusaha namun nak cepat kaya...

entah laa...

 

Isnin, September 03, 2007 12:51:00 PTG, Blogger DeeN

kalau bukan puisi, mungkin jeritan minda luar sedar ;)

Me[layu]takkan kembali mekar tanpa iman, tanpa semangat, tanpa cita-cita, tanpa sokongan, tanpa uwang!!
- owh! Maaf, ini juga bukan puisi!

 

Isnin, September 03, 2007 3:34:00 PTG, Blogger Pa'chik

kalau bukan puisi... mungkin pukulit...
kekekek....

 

Isnin, September 03, 2007 3:45:00 PTG, Blogger NJ@Goboklama

mendalamnya,harapnya kami tersedar,hohoho!!!

 

Isnin, September 03, 2007 4:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bro, selamat merdeka.
ada pepatah melayu berbunyi, burung terbang dipipiskan lada.

[apa maksudnya haa?]

 

Isnin, September 03, 2007 5:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Yang tinggal cuma Keretapi Tanah Melayu kot! :)


Orochi,
Tajam menikam...!


nur@,
Tapi aku di dalam sedar.. :)

Jangan sekadar retorik ya.. :)


achik,
"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi..."

:)


Pa'chik,
'Pukulit'lah pulak! Isk! Merosakkan bahasa Melayulah Pa'chik nih! He he he !


Qist,
Kita semua kena wajib sedar... :)


Kel@mbu,
Selamat!

Tangkap burung itu dulu, kalau nak nak dipipiskan lada pun...Bila sudah berjaya ditangkap barulah sediakan lada, bawang, bilis untuk dimasak dijadikan lauk. Bukan begitu? :D

 

Isnin, September 03, 2007 9:55:00 PTG, Blogger farazdaq

Salam Purp,
Melayu itu kalau dlm bahasa jawa = lari?? mahu lari kemana kita?
wlau terlambat..kok enak temen to..nasi ambeng..wetenge ngeleh.

 

Isnin, September 03, 2007 10:24:00 PTG, Blogger Unknown

tengah fikir tak abis lagik neh.. ape eh? ehehe

 

Selasa, September 04, 2007 12:02:00 PG, Blogger ManjLara

duh, banyak yg perlu difikirkan tu. Tajam seh!

sukalah dgn puisi nih :D

 

Selasa, September 04, 2007 8:24:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Oh, saya bersarapan dengan puisi yang berkhasiat.

Kenyang tapi masih dahaga!

BP, mega sale di sana sini. Rakyat seronok. Silap letak keseronokan, sedar tak sedar kemerdekaan dan maruah agama serta bangsa juga on sale.

 

Selasa, September 04, 2007 9:12:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

[me]layu kah aku?!

 

Selasa, September 04, 2007 11:51:00 PG, Blogger akirasuri

oh oh!
merdehkakakakakaka!!!

he he he..

 

Selasa, September 04, 2007 1:15:00 PTG, Blogger kingbinjai

dude, kalau ko nak tahu sajak inilah yang menggerakkan aku utk menulis sajak sehingga ke hari ini

 

Selasa, September 04, 2007 2:15:00 PTG, Blogger zwitterion

puisi itu sangat memberi kesan..apa la yang tinggal dengan Melayu sekarang..huhu

 

Selasa, September 04, 2007 2:39:00 PTG, Blogger Ajzie

Merdekaaaaaaaaaa...merdekaaaaa merdeka.. kenapa makin lama 'a' makin sikit eik?????

 

Selasa, September 04, 2007 4:56:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

farazdaq,
Salam kembali,

Memang sepatutnya kita kena 'berlari' bukan 'berjalan lenggang kangkong' :)

Taun ngarep agek ketemu sego ambeng meneh... :D


Lind,
Sekurang-kurangnya kamu masih mahu berfikir. Tahniah!


Manjlara,
SN Usman Awang tulis sajak itu tahun 1996. Sekarang sudah 2007. Bangsa yang disebutkan itu masih begitu lagi.....


B Rampai,
Salam kembali BR.

Kadang-kadang kata-kata boleh merubah sesuatu bangsa. Cuma bangsa yang satu ini agak liat sedikit untuk diubah minda dan jiwanya dengan kata-kata.

Ah! Saya juga sebahagian dari bangsa itu rupanya.


cikin,
Jangan [me]layu sebelum berkembang cikin. :)


akira,
Merdekaaaaaaaaaaa...!!! Mari kita tiiiiiiiiiiiiiiiiiiidurrrrrrr!


King,
Tahniah untuk kau! Kau sememangnya berbakat besar dalam penulisan puisi. Puisi kau selamba tapi berjiwa. Tahniah!


zwit,
Itulah yang kita harus fikir-fikirkan. Tapi difikir-fikirkan sajapun tiada ertinya juga, kalau kita masih tak mahu berubah..... :)

'Kita' itu termasuk aku juga..



ajzie,
Sudah tiada stamina agaknya..... :)

 

Selasa, September 04, 2007 5:40:00 PTG, Blogger Pa'chik

dirosakkan aku.. takpe... tak de kesan melampau..
dirosakkan oleh DiBiPi... itu yang teruk...

ada lagi melayu yang lain,
Rejimen Askar Melayu Diraja
Maktab Melayu Kuala Kangsar

 

Selasa, September 04, 2007 6:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Assalammualaikum BP,
Ada lebih 12 juta orang Melayu di Malaysia ini. Kalau seorang beri satu ide (bodoh pun takpa) yang boleh buat Melayu jadi Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang tentu berhasil kot?
Cadangan saya kita tulis yang baik2 je tentang orang Melayu. Kalau orang lain kata yang tak baik tentang orang Melayu, kita jangan marah, kita lihat betul atau tidak. Kalau betul, kita perbaiki, kalau tidak benar, takpa. Kenapa kita perlu marah? Kita pun pernah kata gitu tentang orang Melayu (diri kita). TDM pun pernah kata Melayu Mudah Lupa. So, sebelum betul kita tinggal jasad je, tanpa msaruah, kita kaum Melayu sendiri yang perlu pertahankan, betul ke saya merepek ni. Maaf kalau terkasar bahasa atau keterlaluan cara. Selepas 50 tahun Merdeka ni terpatriotik sikit.

 

Rabu, September 05, 2007 12:11:00 PG, Blogger khairyn

melayu. Dah terlalu banyak dikatakan tentang bangsa ini. Dari Dilema Melayu sampailah Melayu Glokal. Melayu yang berpegang teguh pada adat dikatakan Melayu kolot, Melayu yang terlebih moden dikatakan Melayu tak sedar diri.

Jadi Melayu yang macamana sebenarnya yang kita mahu? Tu 'melayu melayu' di atas tu yang perlu diperbetulkan peribadi dan kepimpinannya.

 

Rabu, September 05, 2007 1:33:00 PTG, Blogger Mak Su

kita ni macam kuat bermotto je ek, tapi lemah-gemalai dalam xtvt yg berpatutan

 

Rabu, September 05, 2007 2:09:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

kalian..apa yang kalian buat untuk bantu bangsa melayu? selain bersindir-sindiran? sayangkah kita dengan bangsa kita andai nya kita

tak pernah ke pasar tani membeli ikan di gerai cikmat, tapi ke TESCOBABA membeli belah..

tak pernah makan digerai mak kiah..nasi lemak sedap tapi ke THURSDAY TGI, MC DONOL, KCF..

tak minum kopi dia gerai cik amin tapi ke STARBUTT, KOPITIAM AH KONG minum secangkir kopi yg sama harga dengan seminggu belanja..

pikir2 kan lah kalian..apakah yang kita buat? apa sumbangan kita? dimana letaknya nanti melayu nih?
adakah kita masih tuan? atau tuan hanya pada nama..tapi hamba akhirannya?

Mulai hari ini..bangunlah melayu..bangun selamatkan bangsa mu walaupun sudah hampir rebah..

kuatkan hati mu..walaupun semakin sakit hingga parah terhadap muda mudi melayu masa kini..

yang tinggal sisa-sisa yang ingin melayu maju..bangunlah.. jangan malu menjadi melayu..

Maaf BP..saya teremosi.. saya sayang kan melayu..saya melayu.. jangan di hina..terasa hingga ke lubuk hati..

 

Rabu, September 05, 2007 2:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
agak2 puisi pertama tu paklah dan geng2nya penah baca tak eh?

tajam menikam. bisa berbisa.

 

Rabu, September 05, 2007 4:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pa'chik,
Yang lebih malang bila pembesar yang kononnya memartabatkan bangsa tapi segan-segan bercakap guna bahasa Melayu..hu hu hu..


tuan zabs,
Salam kembali tuan zabs, Saya suka ulasan tuan. Sememangnya kita bebas memberi pendapat. Terima kasih.

Bagi saya, sebagai orang melayu memang kita kena berani bersuara. Bersuara, maksud saya memberi buah fikiran secara neutral tanpa dibatasi faham kepartian yang sempit atau kongkongan yang membelenggu pendapat kita dari disampaikan secara bebas dan umum.

Entri saya berkait dengan puisi SN itu. Tiada maksud saya untuk mengusik sentimen kemelayuan. Puisi itu bagi saya menggambarkan keresahan dan kemelut bangsanya 10 tahun dahulu. Tapi hari ini, setelah 10 tahun puisi itu ditulis, kalaulah beliau masa ada lagi mungkin beliau sudah boleh tersenyum sedikit. Barangkali.

Hari ini, bangsa Melayu bukan bangsa yang lemah, gelandangan atau mudah diperkotak-katikkan tapi kita harus sedar, semangat yang berkobar-kobar, kata-kata atau slogan sahaja tidak cukup. Buktikan, bukan sekadar retorik sahaja. Dan memperkasakan bangsa Melayu bukan sekadar luarannya atau kosmetik sahaja tapi harus juga dalamannya, jiwanya, budinya, bahasanya, akhlaknya, agamanya.

Saya rasa sudah sampai masanya kita harus berpijak pada kenyataan. Kita jangan terlalu dibuai kegemilangan bangsa kita yang lampau, atau berbangga dengan ketuanan kita.

Bangsa mana yang ramai menjadi Mat Rempit? penagih dadah? penguasa yang rasuah? pemimpin korup?

Ah! Maaf, terpanjang pula respon saya. :)


Khairyn,
Entah.

Oh ya! Kalau tidak menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dikira tidak cukup Melayu dan tidak patriotikkah? :)


mak su,
Malangnya Melayu itu kuat bersorak,
Terlalu ghairah pesta temasya


Memetik kata-kata Allahyarham SN Usman Awang. :)


Tiara,
Betul. Elok kita periksa-periksa dan nilai diri kita sendiri dahulu. Setebal mana sifat Melayu dan jiwa Melayu itu ada di dalam diri sendiri.

Jangan dilupa, dahulu dikata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Kalau kita benar-benar Melayu, benar-benarkah kita sekarang bertunjangkan Islam?

['Kita' itu termasuk aku juga..:( ]


Eisraa,
Salam kembali,

Wallahuallam...

Bagai sembilu... [bukan Sembilu Datuk YH tau....:p]

 

Rabu, September 05, 2007 5:04:00 PTG, Blogger 13may

eh! hang orang jawa kan???

hahha hahha

 

Rabu, September 05, 2007 5:49:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

allah huakbar!! takbir tanda semangat hehehe.

ps: melayu ramai kat JOM HEBOH

 

Rabu, September 05, 2007 10:11:00 PTG, Blogger aNIe

Memang tajam dan sinis sajak dari Sastrawan Negara tu....rasanya memang elok dipaparkan agar banyak akan menyedari kesilapan yang sering kita lakukan...dan semoga kita akan dpt memperbaiki diri...

 

Khamis, September 06, 2007 12:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

13may,
Jawa pun salah satu rumpun Melayu jugalah... he he he..


Butaseni,
Juga di kaki-kaki tangga pusat membeli belah, di AF, Malaysian Idol, One in a Million, bla...bla...bla....


kak lady,
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. :)