Khamis, September 06, 2007
Muar. Petang khamis itu.

Dari plaza tol Bukit Jelutong aku menyusur dalam rintik-rintik gerimis yang sekejap-sekejap lebat menuju ke arah selatan. Pemanduanku kali ini sengaja kubiarkan santai dan berlambat-lambat. Aku menyusuri Lebuh Raya Utara – Selatan yang sesekali diganggu oleh kon-kon jingga yang berjejeran di pinggir jalan itu dan kemudian berhujung di plaza tol Tangkak. Lalu menyusur pula melalui jalan lama Muar - Tangkak, menyeberangi Jambatan Sultan Ismail, meredah kesibukan Bandar Maharani terus menuju ke pekan Parit Jawa, seterusnya ke Parit Jamil [PJ]. Perjalananku yang selesa dan santai itu bernoktah di situ.

Perjalanan dari jalan besar PJ menuju masuk ke rumah peninggalan datukku itu melalui jalan – atau mungkin lebih jujur dipanggil lorong - yang amat daif keadaannya. Permukaan jalannya berlubang-lubang, berlopak-lopak dan terkopak di sana-sini. Sesetengah lubang hanya dikambusi batu-batu kerikil. Sesetengah lubang dibiarkan melompong begitu sahaja. Mungkin malam sebelumnya hujan turun. Lubang-lubang itu menakung air. Berbentuk-bentuk. Membulat, membujur, bersegi-segi, yang sukar diduga kedalamannya. Aku memandu dengan amat berjaga-jaga dan mengelak-ngelak namun sesekali terlanggar juga lubang-lubang dan bonggol-bonggol di sepanjang lorong itu. Sesekali juga terasa beberapa lantunan yang keras dan tajam mengetuk bahagian bawah keretaku.

Dalam aku menikmati keaslian panorama dan kehijauan kiri-kanan kampung itu, aku mencari-cari erti sebenar pembangunan, juga erti slogan Malaysiaku Gemilang bagi masyarakat kampung itu. Mereka bukan mengimpikan lebuhraya bertingkat mahupun terowong bestari. Apa yang mereka mahukan cuma jalan yang sempurna! Kata emak, aduan jalan rosak sudah berpuluh kali diajukan. Wakil rakyat jangankan kisah, menjengok bertanya khabar pun tidak pernah. Mungkin bimbang rim sukan kereta Mercedes Benznya itu rosak atau jajarannya lari kalau terlanggar lubang bila masuk ke kampung itu. Sabar dan tunggu sajalah mak, dekat-dekat pilihan raya nanti elok semulalah jalan itu, kataku.

Jet mewah RM200 juta boleh! Istana baru RM1.1 bilion boleh! Jalan kampung yang tidak seberapa itu takkan tidak boleh?! Takkan mahu berkira!?

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/06/2007 11:47:00 PTG. |


39 Ulasan


Khamis, September 06, 2007 12:16:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm...akauntabiliti awam kurang dihayati kot oleh mereka yang terpilih itu? mungkin juga bagi mereka cukup la setiap 3-4-5 tahun sekali diperbaiki jalan tu, kat kampung tu bukannya ramai sangat orang pun? mungkinnn...

 

Khamis, September 06, 2007 12:17:00 PTG, Blogger Unknown

Salam.

Memang betul la engko cakap. Kampung aku pun sama. Terpinggir je rasanya. Macam dah tak ada upaya orang kampung aku untuk terus hidup. Kesian.

'Diorang'? Entah.

 

Khamis, September 06, 2007 1:53:00 PTG, Blogger DeeN

Ya, time nak PRU nanti, cuba kamu balik kg lagi, musti dah berturap. Dan dihiasi pelbagai mak nenek poster yang cantik-cantik belaka. Dan tika itu kamu akan terpegun.. "Oh! Indah nian kg ku!" hak hak hak ..

Kg aku pun jalan sekerat elok sekerat macam batas ban. Sepanjang jalan ke kg kepala negeri tuh waduh-waduh ditar sampai berkilat! huhu

 

Khamis, September 06, 2007 2:05:00 PTG, Blogger farazdaq

Blackpurp;

bapak aku hari2 bising pasal longkang..dah bertahun2 minta dibaik pulih,,tak jalan2..itu takpa lagi no..tup2 longkang2 kaw. rumah2 depan yg dibetulkan dulu. Sok sek sok sek...ooo..ketua p**d* darah biru..buat rumah baru kat depan..ish tak baik no berprasangka..bapak aku bising terus-terusan.

 

Khamis, September 06, 2007 2:06:00 PTG, Blogger Cik Keju

erm..kalau nak mintak tu semua skarang..mmg payah.. tp time nk dekat election nnt, jangankan mintak jln berturap tar, mintak jln berturap emas pon 'diorang' buat...

 

Khamis, September 06, 2007 2:29:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Jalan di kampong saya nampaknya ada perbahan dari zaman saya bersekolah dahulu. Tetapi masih sempit. YB pula sekarang dari kampong tu, tapi rumah "Istana" dia ada di di Pekan di tepi jalan besar. Apa nak peduli jalan sempit tu kan...

 

Khamis, September 06, 2007 3:41:00 PTG, Blogger zwitterion

time nak dekat PRU baru nak nampak muka manis YB..hampeh

 

Khamis, September 06, 2007 4:39:00 PTG, Blogger Mak Su

mungkinkah dekat2 nak memangkah semuanya akan jadi elok?

 

Khamis, September 06, 2007 4:42:00 PTG, Blogger NJ@Goboklama

kita hanya org.biasa,sama juga mcm tmpt lain yg tiada kepentingan utk org.kaya. Tengokle Puduraya tu,tak juga diupgradekn sampai skarang,ish,ish,ish,ish.....

 

Khamis, September 06, 2007 5:26:00 PTG, Blogger Mamamanja

sib baik kampungku ada menerima arus pembangunan... jalan dah bertar sampai depan tangga. kemudahan2 awam pun ada... syukur...

 

Khamis, September 06, 2007 7:38:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Tak lama lagi elok la jalan raya ke kampung tu. Nak lagi cepat, doa2kanlah wakil rakyat mati cepat...alahai.

 

Khamis, September 06, 2007 10:30:00 PTG, Blogger Kemat

apa kata pilihanraya umum kita wat 3 tahun sekali, 5 tahun lama sangat la,jalan dah rosak, rumah dah retak

 

Khamis, September 06, 2007 10:35:00 PTG, Blogger Pa'chik

iman,pilihanraya kecik hanya kalau tempoh penggal bersisa lebih dari dua tahun sahaja...
kalau mati la ni pun tak guna...

alahai... kampung aku dah diturap bulan nam hari tu lagi... kawasan linkungan 5km radius dari rumah aku rasanya, abeh semua jalan kampung diturap semula... :)
Syukur pada Allah.
Rasanya kat pahang hari tu, baru dua bulan diturap dah lobang-lobang balik dah...

 

Khamis, September 06, 2007 10:36:00 PTG, Blogger Pa'chik

lupa...
buatnya nak ngepau, sampai longkang pun ada dibuat kat satu tempat neh... tapi.. longkang gila lah.. air tak tau nak dialir ke mana... tutup longkang... satu batang besi pun takde... gila!!

 

Khamis, September 06, 2007 11:35:00 PTG, Blogger Nunn

Ya, mereka lebih gemar menggemilangkan harta mereka dulu, sebelum menggemilangkan amanah yang dipertanggungjawapkan.

 

Jumaat, September 07, 2007 12:04:00 PG, Blogger aku

gemilang hanya pada nama..ishk2..sedih betul dengan senario ni..

 

Jumaat, September 07, 2007 12:06:00 PG, Blogger zino

nampak nya kempen dah semakin hangat hehe

 

Jumaat, September 07, 2007 4:23:00 PG, Blogger akirasuri

dengar cerita..
jalan kat kampung saya pun baru di tar semula lepas janji-janji GE dulu kata lepas GE 2003 tu jalan akan ditar semula..
akhirnya dekat GE 2007 baru la nak di tar..
alahai..
berzaman betul..

 

Jumaat, September 07, 2007 7:47:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Alahai BP, tiba-tiba saya teringatkan lagu Aisyah Janji Manismu

Selalunya gemilang itu hanya di atas kertas dan dalam ceramah atau ucapan, tidak ketinggalan dilaung hebat dalam janji manis sebelum pilihanraya

Salam :)

 

Jumaat, September 07, 2007 11:03:00 PG, Blogger me3n

err tapi kat tempat aku jalan2 semua da dibaiki dengan pantas sekali. err paham paham je la setiap 4/5 tahun ;).

 

Jumaat, September 07, 2007 11:53:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Mereka lupa agaknya siapa yang memilih mereka.

Kalau nak berfaktorkan ramai orang atau tidak, di kawasan Bukit Tunku, Bukit Damansara dan Precinct 10, Putrajaya itupun tak ramai juga orang. :)


Ah Kim,
Salam kembali,

Marhaen cuma 'mentimun'....Menggolek, digolek sama sakitnya.


nur@,
Bila tiba PRU, jangankan jalan, jambatan, parit, sekolah, masjid, surau, semua kalau boleh nak dibaikpulih / ditambahbaik. Huh!


faradzaq,
Agaknya nak kena masuk dalam suratkhabar atau masuk Buletin Utama baru ADUN ambil tahu kot..


cikin,
Pemimpin berjiwa rakyat konon...


zabs,
ADUN kawasan itu yang dulu dan yang sekarang adalah exco negeri Johor. Tapi nampaknya tidak memberi apa-apa kelebihan pada kampung itu. Sedih...


zwit,
Datang dengan mesra, muka manis, janji manis, juga dan kain batik, kain pelikat, baja NPK, bla..bla..bla...


mak su,
Bukan mungkin mak su. Tapi memang itulah tradisinya....Mereka bekerja cuma bila dekat-dekat pilihanraya..


goboklama,
Kasihan sungguh rakyat.....


MM,
Bersyukurlah pada Allah yang mengurniakan kawasan MM wakil rakyat yang perihatin dan bertanggungjawap....


iman,
Belanja untuk meraikan kemerdekaan ke 50 hampir mencecah RM69 juta [sumber blog Roslan SMS] Takkan jalan yang tak seberapa belanjanya itu kena tunggu pilihanraya kot. Orang kampung pun bayar cukai... Isk!

 

Jumaat, September 07, 2007 12:15:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kemat,
Kalau 3 tahun sekali, tak sempat pulak 'mereka' nak perabis duit rakyat encik Kemat...ha ha ha!


pa'chik,
Di kawasan kampung kami itu belum nampak ada tanda-tanda satu apa kerja-kerja pun. Kalau adapun di kampung sebelah, itupun bukan bantuan kerajaan. Biasalah. Bila pilihanraya nanti, tak sampai seminggu pun semua kerja boleh beres!

Biasalah pa'chik. Di kawasan perumahan aku sekarang inipun serupa. Kuota projek ahli majlis dan ADUN tu...Sampai longkang pun nak disimen. ha ha ha!


nunn,
Bukan semuanyalah. Tapi kebanyakannya memang macam itulah. Mula-mula niat untuk memperjuangkan nasib rakyat, tapi bila dah pegang jawatan, mata jadi kelabu, nawaitu jadi lain...


aku,
Gemilang cuma untuk golongan dan masyarakat tertentu agaknya. Orang kampung tak perlu. Begitulah agaknya pendapat mereka.


zino,
Kempen jangan tak kempen....! He he he


akira
Alhamdulillah. Terkabul juga hajat orang kamung kamu nak lalu jalan bertar elok ekk... Orang tua-tua di kampung saya silap-silap 'mati kempunan' tak sempat merasa jalan bertar yang sempurna ....Kasihan orang kampung saya kan.


Bunga Rampai,
Itulah dia. Retorik semata. Slogan yang menggula-gulakan rakyat.

Di setiap pilihanrayalah juga akan terlahir ramai manusia yang hipokrit, penipu dan munafik.

Salam kembali.


ad3ck,
Tahniahlah pada kampung kau!

Berterima-kasih pada Tuhan [bukan pada kerajaan. :)]

 

Jumaat, September 07, 2007 4:11:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

ya,gemilang dan terbilang bukan kepalang.
sabar,sabar. pilihanraya dah dekat.time tu kau suruh mak kau mintak buat LRT kat kampung kau pun silap-silap lulus hehehe

 

Jumaat, September 07, 2007 4:17:00 PTG, Blogger Unknown

hal hal mcm ni selalunya selesai bila dekat2 dgn election day. tp kat kg PJ tu ada JKKK? aktif x?

 

Jumaat, September 07, 2007 5:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

butaseni,
Bukan cemerlang, gemilang dan temberang? He he he!


Amora,
Maknanya wakil rakyat itu cuma berkerja masa nak dekat-dekat pilihanraya sajalah ekk... :D

JKKK rasanya tiada masalah. Cuma ADUN dah kata kata tunggu...tunggu...tunggu... Nak tunggu apa tak tahulah....huh!

 

Jumaat, September 07, 2007 7:58:00 PTG, Blogger Unknown

yeah.. tunggu je la pilihanraya.. akan ditaburi janji manis.. lepas mengundi ilang kemana.. jalan dok gitu jugak haha inilah dia politik

 

Jumaat, September 07, 2007 10:23:00 PTG, Blogger izinni

errr ni lari topik ... nak resipi sambal goreng jawa boleh? hehehhe

suruh la JKKK call tv3 .. mesti tak sampai seminggu orang PJ dapat jalan baru. hehehhe

 

Jumaat, September 07, 2007 11:18:00 PTG, Blogger Abang Long

Tiba - tiba sahaja YB begitu ambil berat. Boleh berjalan kaki masuk ke lorong rumah.

 

Sabtu, September 08, 2007 12:12:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
kalau nak jalan tu licin ala2 haiwey senang je. lahirkan sorang lagi 'mawi', kompem ada pembangunan. agaknya la. mawi tu orang johorkan? eh ke bukan. tah. tak kenal.

 

Sabtu, September 08, 2007 1:45:00 PG, Blogger khairyn

oh bukankah rakyat disarankan bersyukur.

bersyukurlah sebab masih ada jalan walaupun bercumpang-camping hahaha

 

Sabtu, September 08, 2007 8:53:00 PG, Blogger kingbinjai

ah apa susah undilah lagi! mana tahu 5 tahun lagi pun tak berturap!

 

Sabtu, September 08, 2007 1:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sob.. sob..

 

Sabtu, September 08, 2007 4:50:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

jalan tu dari dulu memang macam tu, tak de sapa nak ambik kisah. Lopak2 sekadar dikambus begitu saja..

 

Sabtu, September 08, 2007 5:19:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Lind,
Kalau setakat menabur janji, munafik itu namanya...


izinni,
Nanti saya usahakan. Kena telefon dan tanya mak saya dulu ni... :D

Itu dah ada dalam agenda... :)


abang long,
Siap nak bermalam di rumah penduduk kampung kalau boleh.... Sungguh berjiwa rakyatlah katakan... [tapi masa kempen pilihanrayalah...] :)


eisra,
Salam,

Siapa Mawi? Bagus sangatkah dia? Saya tak kenal pun? :p


Khairyn,
Ha ha ha.

"Terima-kasihlah kerajaan. Terima kasih. Kami amat berterima kasih". Macam itu ke? Ha ha!


King,
Ha ha ha! Cemerlang, Gemilang, Terbilang!


cikgu Gitar,
Wah! Aku dengar Bajet 2008 menyebelahi guru. Tahniah untuk guru-guru seperti kau...[Bila nak belanja minum? he he!]


Jamri,
Semakin lama, semakin teruk pula aku tengok jalan itu. Keluarga kau kira ok lagi Jamri, sebab rumah orang tua kau di tepi jalan besar. Macam kitaorang ini.....?!

Isk! Nama saja ADUN ahli exco.

 

Isnin, September 10, 2007 9:30:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

black ko gegor jerk umah pak cik kasssim kat seri menanti.. alaa penghulu baru sri menanti.. saper name anak dia tu yerk? razali? yg kije loyer.. yg kengkononyer mewakili muor.. yg org kampung tak pernah jumpe lepas dia jadik wakil org muor.. heheheheheh

 

Isnin, September 10, 2007 11:40:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Jie,
Ehmmmm..... Ini mungkin merujuk pada entri yang di atas itu kan... Itulah. Tempat jatuh lagikan dikenang..... :)


Muor76,
He he he.

Elok gegar terus rumah ADUN, Dr Robiah Kosai tu....He he..

 

Khamis, September 13, 2007 10:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

semukim kite...aku parit nipah.. :)

 

Jumaat, September 14, 2007 2:29:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kumb@ng,
Oooo...Parit Nipah ekk. Bila lalu jalan beteng ke pekan Pt Jawa dulu-dulu memang selalu lalu situ... :D