Selasa, Ogos 28, 2007
Gambar-gambar ini walaupun gambar-gambar biasa dan kekampungan [mungkin entah apa-apa dan tak bernilai bagi sesetengah orang] tapi cukup memberi makna pada diriku. Di dalamnya ada cerita, ada jiwa, ada rindu, ada nostalgia dan adalah sebahagian dari kehidupanku.

Isk! Gambar kucing pun nak tangkap. Bukan apa. Ini kucing abah. Abah cukup kreatif bila menamakan kucing-kucingnya. Menggik, Todi, yang lain-lain aku tak ingat.


Ini reban ayam atau orang Jawa panggil kombong. Comel saja sebab ayam-ayam kampung bukannya mahu tidur di reban. Kebanyakannya gelandangan, tidur di dahan pokok. Cheh! reban ayam pun nak masuk blog. Ha ha ha

Pantang sungguh ayam-ayam ini melihat aku memegang kamera. Cepat-cepat dipanggil kawan-kawannya yang lain bergaya. Lihatlah, berbagai-bagai gaya ada.

Tungku untuk memasak nasi untuk majlis kenduri dibuat dari batang kelapa. Aku tangkap gambar ini sebab nampak klasik dan berjiwa. Generasi akan datang mungkin tak akan jumpa ini semua.

Untuk memasak dalam kapasiti yang banyak, yang menggunakan bapak periuk atau bapak kuali, orang kampung masih lagi menggunakan kayu api dari dahan pokok getah. Sebab itu agaknya rasa masakannya lebih asli dan berseni.

Nasi ambeng. Sekarang sudah dipermudahkan. Satu dulang sudah siap-siap dibahagi kepada empat bahagian. Jadi, tak payahlah lagi nak ‘bergaduh-gaduh’ dan berlaga tangan.

Rasanya dalam siri yang lepas-lepas pun sudah ada gambar serupa ini. Tapi sebab ini makanan kegemaran aku, aku letak sekali lagi. Ada orang panggil berkat. Ada juga yang panggil bontrot [jangan silap sebut ya!]. Yang itu belum dibungkus.

Bagi orang-orang bandar dan Melayu moden yang tak pernah tengok, inilah dia. Berkat atau bontrot yang sudah siap dibungkus.

Kelihatan Wak Paiman, Wak Jamal, Wak Aput, [tak perlulah kusebut semua nama, bukan kamu kenal pun..he he he] sedang membungkus nasi ambeng sambil bersembang isu-isu domestik dan internasional. Aku sempat curi-curi mendengar Wak Jas dan Wak Minhat berbincang tentang FTA, globalisasi dan neo-kolonialisme. Dahsyat juga wak-wak itu ya! Ha ha ha!

Ini pula pokok rambutan Gading Muor yang aku tanam. Benihnya dibeli di Pesta Konvo UPM. Pokoknya sengaja dibiarkan merendang. Sudah pernah berbuah sekali. Memang sungguh lebat buahnya. Manis buahnya semanis orang yang menanamnya juga. He he!

Ini pula pokok pulasan, pun kutanam 4-5 tahun yang lepas. Bersekali dengan pokok rambutan itu. Pun sudah sekali berbuah.

Semasa aku kecil-kecil dulu palma pinang [Areca catechu] itu masih kecil dan rendah lagi. Sekarang tingginya menjolok awan. Mungkin usianya lebih-kurang sebaya aku.


Ulangkaji: Koleksi Cerita Aku Balik Muor terdahulu; Siri 1, Siri 2, Siri 3, Siri 4, Siri 5, Siri 6 dan Siri 7.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/28/2007 08:07:00 PTG. |


56 Ulasan


Selasa, Ogos 28, 2007 10:08:00 PTG, Blogger aNIe

Kak lady suka tgk entry yang BP buat selepas balik dari Muor...banyak gambar2 nostalgia...susah nak lihat pemandangan mcm tu kat bandar...

Nasi ambeng tu dulu masa kak lady duduk di Tengkera...Masjid Tengkera buat majlis maulud kami adik beradik makan setalam...seronok...rebut2 lauk...heheheh..tapi bontrot tu takdelah.... :p

 

Selasa, Ogos 28, 2007 10:15:00 PTG, Blogger Pa'chik

mintak sikit nasik ambeng tu... lapar neh...

 

Selasa, Ogos 28, 2007 10:17:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Pengomen no dua pula kali ni. Kak Lady sudah mendahului pulak. "Cik" no 1 masih berkurung ke?
Saya ada biras dari Muar. Tapi tak pernah lagi ke rumahnya di sana. Dia ada ajak-ajak ayam tapi belum berkesempatan lagi.

 

Selasa, Ogos 28, 2007 10:44:00 PTG, Blogger khairyn

salam
1. kuceng tu cumel
2. ayam2 tu seksih!
3. tungku besar dah ada, kayu api dah sedia, bapak kawah mak kuali pun dah tunggu.

err.. bila nak kenduri walimah? hehehe.

sat sat.. jangan marah ek.. sat jer

*pling*

 

Selasa, Ogos 28, 2007 11:56:00 PTG, Blogger Unknown

Itu, kayu-kayu dan tungku-tungku tu, dah hampir pupus di kampung saya.

Itu, nasi ambeng dan berkat, tu dah jarang-jarang ada di kampung saya. Alahai.

Tapi reban, kucing dan ayam-ayam tu masih menjadi 'warna' di sana. Kalau yang tu pun pupus juga, entah leee...

 

Rabu, Ogos 29, 2007 12:24:00 PG, Blogger zizie ali

cantikny reban, cantiknya kucing, cantiknya ayam, cantiknya nasi, cantiknya pokok kelapa, cantiknya...

 

Rabu, Ogos 29, 2007 12:33:00 PG, Blogger artisticklytouch

pertama kali jumpa nasi ambeng semasa menyertai baktisiswa di segamat. seusai kami berempat melicinkan juadah depan mata dengan gigihnya - takut dikatakan membazir - seorang makcik berkata;

"nasi tu rasa sesuap dua je, yang selebihnya bungkus bawak balik untuk orang-orang di rumah dik"

urrrrkkkk!!!! kami kekenyangan!

 

Rabu, Ogos 29, 2007 12:37:00 PG, Blogger artisticklytouch

opp.. lupa!

ya, aku juga anak sains muor

dulu...sblas taun dulu...

 

Rabu, Ogos 29, 2007 8:12:00 PG, Blogger Sastri

hmmm... teringat mangan nasi ambeng masa buat kenduri tahlil di kpg arwah atuk di Jogja... lauk2 nya 88.88% sama... :D

 

Rabu, Ogos 29, 2007 8:16:00 PG, Blogger debikdebuk

Kali pertama aku jumpa mertua aku dan pada ketika itulah aku merasai Nasi Ambeng... Aku suka.... sebab ada tempe.. hahahha... aku mmg suka tempe...

 

Rabu, Ogos 29, 2007 10:20:00 PG, Blogger DeeN

Gambar-gambar ini walaupun gambar-gambar biasa dan kekampungan [mungkin entah apa-apa dan tak bernilai bagi sesetengah orang] tapi aku suka sebab lebih kurang kampung aku saja isy.. isy.. kenangan mengusik jiwa sungguh!!

wop! wop! paling tak leh tahan neh. Nasi ambeng nih, slurrrrrppp!!

 

Rabu, Ogos 29, 2007 10:24:00 PG, Blogger KV

tak pernah pun makan nasik ambeng. Eh, bontrot tu lagi la tak pernah dengar! Huhu

 

Rabu, Ogos 29, 2007 10:57:00 PG, Blogger aku

tungku tu mmg nampak klasik..jarang nak nmpak zaman skrg..
nasi ambeng tu macam sedap..teringin pulak..:)

 

Rabu, Ogos 29, 2007 11:01:00 PG, Blogger Orked

ni menantu jawa mai dah ...kt kg sabak bernam tu, depa pakai tempurung nyorQ.

klasik la berkat tu...kt sini bungkuih pakai plastik dah...lauk2 tu depa bungkuih pakai plastik..daun pisang mak dah kait juai..hahahaha...

nasi ambeng tu tak buat takir ke?

 

Rabu, Ogos 29, 2007 11:46:00 PG, Blogger NBK466

Lazatnya tgk nasi ambeng dlm dulang tuhhhh....BERKAT utk den jgn lupa nanti tau...he.he..he..

 

Rabu, Ogos 29, 2007 12:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

berkat aku mana bp?

 

Rabu, Ogos 29, 2007 1:37:00 PTG, Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~

bestnyerr..suasana kpung lg kan...kiter dulu la skali pi muar kat parit sulong..air itam tuh...umh kawannn...dpt gak la tgk org wat nasi tuhh

 

Rabu, Ogos 29, 2007 1:54:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

wahhh... Wak Paiman (aku agak je) siap berjegang bungkus bontrot. memang best, rasa tak sabo nak balik kg.

 

Rabu, Ogos 29, 2007 2:31:00 PTG, Blogger achik

ulangkaji siri 1-7.. ada test ke nih??? hehehe.. ;p

 

Rabu, Ogos 29, 2007 4:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam BP....skarang nasik ambang dah di asing2kan lauk nya kan . tp bukan senang nak bungkus bontrot cam dlm gambar BP tu . kena pandai gak kalo tak mau berterabur nasik bila kite angkat . mimie yg dah dekat 4 taun jd menantu jawa ni pun tak brape pass lg bungkus bontrot

 

Rabu, Ogos 29, 2007 4:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam BP....skarang nasik ambang dah di asing2kan lauk nya kan . tp bukan senang nak bungkus bontrot cam dlm gambar BP tu . kena pandai gak kalo tak mau berterabur nasik bila kite angkat . mimie yg dah dekat 4 taun jd menantu jawa ni pun tak brape pass lg bungkus bontrot

 

Rabu, Ogos 29, 2007 4:31:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

sungguh klasik! i likkee.....

kat kg aku sg air tawar di mana rata ratanya org jawa pun masih dikekalkan tradisi seperti ini. tapi tak pernah nampak nasi ambeng!

 

Rabu, Ogos 29, 2007 4:53:00 PTG, Blogger Unknown

Salam.

Wa pun lindu sama wa punya kampung ma! Lu tau mana timpat? Yong Peng lo! Kampung Temehel sana. Hali-hali wa lindu sama lia.

Okay la ho!

 

Rabu, Ogos 29, 2007 5:07:00 PTG, Blogger Unknown

salam :)

bab nasik ambang yang buat wa tangkap leleh neh!

ngeleh wetenge!

 

Rabu, Ogos 29, 2007 5:09:00 PTG, Blogger Unknown

to ah kim... huk aloh apek! silap2 lu adik angkat gua la.. wa dulu projek anak angkat kat temehel la. tunggu... nanti wa mau jejak kasihan sama lu...

 

Rabu, Ogos 29, 2007 5:09:00 PTG, Blogger indera kencana

Tumpang tanya, kalau di KL ni kat mana ada jual anak pokok Pulasan yang berkualiti tinggi..??

Areca catechu.. :)
Lama tidak menyebut perkataan tu..

 

Rabu, Ogos 29, 2007 9:27:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

wei,kampung kau memang sempoi.teringin aku nak pegi buat ramai ke situ.
nasi ambeng tu macam tabligh makan ek?

 

Khamis, Ogos 30, 2007 12:46:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Wak JP......hehehe...lama tak singgah kat blog ni....wa.....dengan irama lagi yang mengusik jiwa ni, akak macam duduk kampung tahun 80an dudulu....dengan ayam kampung, tungku batang kelapa....rasa macam dah balik kampung dah......indu eh... Dulu, kat kampung kita, tungku diperbuat daripada batang pisang.....tapi, serupa jugak le....sbb kita ni bukan Jawa, tak de le nasi ambeng.....cuma ada masakan pansuh jer....... semuya masak dalam buluh.....huhuhuhu....

 

Khamis, Ogos 30, 2007 9:30:00 PG, Blogger kingbinjai

damai sungguh bila membacanya

 

Khamis, Ogos 30, 2007 11:17:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Lady,
Terima kasih KL. Saya tangkap gambar-gambar itu dan abadikan dalam blog ini pun memang untuk dijadikan kenangan. Mungkin suatu hari nanti benda-benda itu semua akan pupus.… Kalau di bandar sekarang ini memang tak berpeluanglah jumpa pemandangan serupa itu.

Bila makan nasi ambeng, bab berebut-rebut lauk, tarik-menarik ayam [selalunya ayam masak semur] itulah yang seronoknya. 


Pa’chik,
Kalau dari Muor nak hantar ke KB, silap-silap basi di tengah jalan Pa’chik. Pos Malaysia Bhd bukan boleh percaya. He he he.


Zabs,
Salam kembali tuan zabs,

‘Cik’ itu telah bebas dari kuarantin, tapi khidmatnya masih diperlukan oleh kerajaan. Orang pentinglah katakan…

Kalau berkesempatan datang ke Muor, jangan lupa bersarapan pagi dengan satey di Bandar Maharani, makan tengahari dengan asam pedas ikan mayung di pantai Pt. Jawa, minum petang dengan rojak di Tg Emas dan makan malam dengan mi bandung Muor di Tg. Agas. 


Khairyn,
Waalaikumussalam,

Apa kaitannya kucing, ayam, tungku, kayu api, bapak kawah, mak kuali dengan kenduri walimah.. Eh! Kenduri walimah siapa pulak ekk?

He he he!


Ainin Naufal,
Bila pokok-pokok dah tiada lagi untuk dibuat tungku dan kayu api, bila generasi lama yang ada sekarang pergi, tak mustahil semuanya itu akan pupus nanti.

Kemodenan dan urbanisasi, semakin mengikis tradisi lama nenek moyang kita. :)


zizie ali,
Cantik itu subjektif. Kita memandangnya cantik, tapi mungkin tidak bagi orang lain. 


arts,
Ha ha ha! Aku teringat cerita cikgu Gitartong dalam entri dia dulu. Macam cerita kau itulah. Orang suruh bungkus, habis dilicinkannya!

Tapi aku tak salahkan kau berempat. Memanglah, kalau dah nasi ambeng di depan mata. Tak ingat apa lagi dah. Seranggggggg! Ha ha ha

Ooooo…..Kiranya ramai juga rakan-rakan blogger kelahiran SM Sains Muar ekk….


Sas,
Kalau dah serumpun, di mana-mana pun mungkin lebih kurang sama caranya, terutamanya lauk-lauknya. Kalau tak 88.88% pun, 77.77% mungkin sama. :D

Lagipun tradisi nasi ambeng dan berkat itu memang asalnya dibawa dari Tanah Jawa..


Debik,
Ya, ya. Tempe itulah salah satu identiti nasi ambeng. Tempe, kalau digoreng garing-garing, cicah pula dengan sambal kicap Jawa, perghhhh!


nur@,
Kampung kamu ramai orang-orang Jawa juga ke?

Ya, memang mengusik jiwa. Kalau diberi pilihan, kehidupan di kampung itu lebih mendamai dan mengasyikkan sebenarnya.


KV,
Kesiannya. Kena cuba rasa sekali KV. Sekali rasa mesti nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi….Tak percaya, cubalah! Sungguh!


aku,
Di kampung pun dah jarang majlis kenduri menggunakan tungku macam itu sekarang. Banyak yang dah menggunakan tungku besi.

Bukan ‘macam’ sedap. Tapi memang sedap!


Jie,
Tahniah berjaya menjadi menantu Jawa. He he he.

Tempurung kelapa? Tungku ke?

Kalau bungkus pakai plastik, aroma dan rasanya mungkin dah tak seharum dan seasli pakai daun pisang kan….. Kami yang di rumah pun siap bungkus satu-dua berkat dan buka balik bila nak makan, semata-mata nak dapatkan aroma dan rasa berkat yang asli. He he he.

‘Takir’ yang macam sampan itu ke? Tempat kami tak buat.


NBK,
Memang lazat jang. Kalau tak kuat iman, satu dulang itu makan sorang-sorang pun boleh habis. He he he.

BERKAT apa pulak ni jang? ha ha ha.


kadok,
Orang yang datang bertahlil saja yang dapat berkat kadok. He he!

 

Khamis, Ogos 30, 2007 11:47:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Lovelyzz,
Suasana di kampung sekarang pun dah tak seasli dulu-dulu. Dah ‘tercemar’ dengan kemodenan.

Pt Sulong di Batu Pahat. Tengok saja ke? Tak merasa? :D


Wak,
Kabare wak? Wak seko endi ki?

Itu bukan Wak Paiman lah. Suka-suka wak jer. Ha ha! Itu jiran yang memang seorang warga Indonesia asli.

Baliklah ke kampung wak sementara sempat. :)


achik,
He he he. Mengulangkaji tak semestinya ada ujian chik. Yang ini untuk menajamkan minda dan intelektual namanya. He he he.



mimie,
Salam kembali mimie,

A’ah. Tapi tengok tempatlah. Ada sesetengah tempat jemaah kena bahagi-bahagikan sendiri. Dan ada juga yang lauk-lauknya di letak dalam satu pinggan.

Betul. Ada seni dan caranya nak membuntal dan mengikat berkat itu. :D


Mummy Rizq,
Ya. Ya. Sungguh klasik!

Tak menghairan kalau ada sesetengah masyarakat Jawa yang dah tak buat lagi tradisi makan nasi ambeng. Sesetengah tempat ada yang dah pakai buffet pun.


ah kim,
Salam kembali,

Laaa… kau orang Yong Peng rupanya. Dulu-dulu aku selalu juga ke sana. Tapi ke kuarters SAJ. [tapi masa itu nama dia belum diswastakan jadi SAJ lagi]


Cik Kema,
Salam kembali,

Ya, Memang sewajarnya kamu meleleh. He he!

Wah! Cik Kema kok iso ngomong Jowo!


Indera,
Kalau nak dapatkan benih-benih pulasan klon terbaru, mungkin boleh dapat di UPM atau MARDI Serdang. Di sesetengah pusat jualan Pejabat Pertanian pun ada rasanya. Di KL rasanya susah nak cari nurseri komersial yang jual benih pokok buah-buahan, lainlah kalau di sekitar Muar atau Batu Pahat

Teringat pantun lama, yang baris pertamanya, “tanam pinang rapat-rapat..” itu. :)


Butaseni,
Nama pun kampung..... :)

Mungkin lebih kurang sama cuma lauk-pauk dan penyediaannya tak sama. Dan yang uniknya ada berkat/bontrot.


Merakemas,
Sementara masih ada kampung dan benda-benda tradisi itu semua, inilah masanya nak 'bermesra' dan 'bermanja', esok-esok bila semuanya dah pupus mungkin kita tak akan jumpa lagi... :)

Pakai batang pisang? Kuat juga rupanya batang pisang itu ekk.


Kingbinjai,
Suasana kampung memang mendamaikan. Syahdu. :)

 

Khamis, Ogos 30, 2007 12:08:00 PTG, Blogger Mak Su

kucing tu posing kat pangkin ker? aku rindu gulai ayam kampung ler.... meleleh air liur

 

Khamis, Ogos 30, 2007 12:10:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Semuanya menarik dan berjiwa. Saya suka.

Jadikan buku siri-siri itu :)

 

Khamis, Ogos 30, 2007 12:31:00 PTG, Blogger Unknown

knp gambar kucing nampak cam bengang je.. sure kucing tu pemalu. tp gambar yang tempat memasak tu first time tgk guna batang kelapa..

 

Khamis, Ogos 30, 2007 1:36:00 PTG, Blogger zwitterion

gambar ayam?..allergik..allergik..hehe.pos sikit nasi ambeng tu..ms aku kat johor dulu ada dlm 3kali aku mkn nasi ambang..aku suka cerita kampung ko ni..:)

 

Khamis, Ogos 30, 2007 2:55:00 PTG, Blogger Alpha

Ermm nasi ambeng...sedapnyeeee.

Walaupun elok jugak dibahagikan camtu tapi aku rasa yang main campur tu lagi klasik...laga tangan pun laga tangan la...best apa berebut2 terutama masa bebudak dulu!

 

Sabtu, September 01, 2007 1:00:00 PG, Blogger Nunn

ha'ah, aku suka gambo2 nih.. model-modelnye pon fotogenik :)

 

Sabtu, September 01, 2007 10:43:00 PG, Blogger DeeN

hehehe .. kg aku tak der la yg org jawa kecuali keluarga aku yg berdarah keturunan jawa versi siam hehehehehehe ... dah tak asli pun! Semuanya dah jadi rojak!

Tp, yg penting aku keturunan Nabi Adam + Hawa dan umat Nabi Muhammad saw kan, kan .. kire kite sedara ler neh hehehehe.. :)

 

Sabtu, September 01, 2007 2:45:00 PTG, Blogger zino

memang banyak nostalgia bila kat kampong ni..

 

Sabtu, September 01, 2007 3:13:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Salam,
Menarik dan klasik gambar-gambar ini. Elok disimpan sebagai koleksi di hari tua dan tatapan generasi akan datang.

 

Sabtu, September 01, 2007 6:16:00 PTG, Blogger akirasuri

ayamnye akeh ek?
he he he...

oh oh..
kawasan saya nasi ambengnya lain..
tak ada dibahagi-bahagi lauknya macam tu..
tapi makan berkat memang sedap..
lama dah tak makan berkat..
huhu...

 

Sabtu, September 01, 2007 6:48:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Ayam itu bergaya di anjung rumah peninggalan atok... :)

Ayam kampung walaupun agak liat, tapi masak apa pun sedap mak su!


B Rampai,
Salam kembali BR,

10-20 tahun lagi, mungkin gambar itu sajalah yang dapat ditatap untuk melepaskan rindu pada suasana itu. Mungkin nanti tradisi yang diceritakan di dalam gambar2 itu akan pupus mungkin... :)

Terima kasih. :)


Amora,
Mungkin sebab pertama kali bergambar... :D

Tungku yang kau selalu tengok guna batang apa ek?


Zwit,
Ayam kampung pun alah juga ke..? Kesiannya....

Kena datang kampung akulah kalau nak rasa yang segar...he he he..


alpha,
Betul. Aku rasa aku pun lebih suka yang belum diasing-asingkan. Lebih nikmat rasanya kan... Cuma mungkin generasi sekarang geli kot kalau buat macam itu..Agaknyalah...


nunn,
Gambar itu bercerita dengan jujur. Itulah sebabnya.... :)


nur@,
Macamanalah agaknya orang Siam cakap Jawa ya..? Ha ha

Ya, ya. kita bersaudara... :)


zino,
Betul. Macamana kita pergi jauh merantau sekalipun, kampung halaman juga tempat yang selalu kita ingat-ingat dan rindu-rindukan......


iman,
Waalaikumussalam,

Terima kasih. Sememangnya itulah tujuan saya mengabadikan gambar-gambar itu di dalam blog. :)


Akira,
Orak akeh bangeti. Belo ngawe panganan dewek waey... Nek kue arek tuku, bapakku orak dol... he he he..

Ikut tuan rumah jugalah.. Di kampung kami, ada juga yang tidak diasing-asingkan lauknya.

:D

 

Ahad, September 02, 2007 3:21:00 PG, Blogger Achik_Sufi

salam,
moga c hat slalu...

 

Isnin, September 03, 2007 12:54:00 PG, Blogger Unknown

nasi ambeng tu mmg makan reramai eh? mcm besh je

 

Isnin, September 03, 2007 9:27:00 PG, Blogger me3n

sebagai salah seorang jawe pinter hehe, ku juge pernah makan berkat tuh ramai2 setiap kali ade kenduri jiran2. rindu plak kat kampung sepang tuh hehe.

 

Isnin, September 03, 2007 9:47:00 PG, Blogger Izhal

very good post. terasa rindu kat kampung pulak... nak balik kampung le petang ni sebab kampung saya on the way dari opis ke rumah...

 

Isnin, September 03, 2007 12:31:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik sufi,
Salam kembali,

Alhamdulillah. Sudah selesai semua urusan kamu...? :)


lind,
Kalau kamu larat, nak makan seorang diri pun boleh... he he he


ad3ck,
Tahniah!!!

Alah, tak jauh manapun Sepang itu kan... :D


izhal,
Trimas. Untuk tatapan masa depan... :)

Kalau dekat macam itu, setiap hari pun boleh balik kampung ek .... :D

 

Isnin, September 03, 2007 5:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Black.....
ambeng itu menginggatkan aku pada kampong ku
pengen mangan ambeng iki.....
nang bangi iki nnag di nek ku Ngolek iii Black weiiiiiiiiiiiiii
aayuh enakeey
aruah bapak ku nek balek songko kenduri mesti aku nunggu nang ngarep PINTU (ngehngehngeh) seronok mangan nang kodong pisang kuwi
terliuq aku nooooooooooooooooooooo

 

Isnin, September 03, 2007 5:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Dilla,
Wong Jowo karo sego ambeng kuwi kan koyok lagu karo irama. Orak keneng dipisahne..

Wenak tenan yo...!

:D

 

Selasa, September 04, 2007 12:08:00 PG, Blogger ManjLara

itu gambar tungku untuk memasak yang belum digunakan lagi kan? ia menggunakan batang kelapa kan? hmm.. klasik sangat, belum pernah tengok lagi :) thanks 4 sharing!

 

Selasa, September 04, 2007 11:10:00 PG, Blogger Rush Murad

rasanya aku dah tak berkesempatan lagi jumpa benda2 tu, walaupun suatu waktu dulu sesekali aku jumpa.... kalau arwah mbah ada, pasti aku suruh dia buatkan nasi ambeng tu... makan dengan ayam engkong.....isshhhh! Nostalgik sungguh entry nih.....

 

Selasa, September 04, 2007 4:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

manjlara,
Ya, ya. Itu tungku sebelum digunakanlah. Sayang, saya tidak sempat menangkap gambar semasa dan selepas tungku itu digunakan... :)

Sama-sama


Rush,
Itulah dia. Semakin lama semakin terhakis tradisi kampung Melayu Jawa lama-lama. 10 tahun lagi entah ada lagi entahkan tidak tradisi nasi ambeng seperti itu...

 

Rabu, September 05, 2007 3:34:00 PTG, Blogger izariza

x pnh makan nasi ambeng .. btw, unik sungguh tungku masak di buat dr batang kelapa .. 1st time ngk ..ko dh try hiway, melaka-muar? nnti senang ler nak round2 melaka :D

 

Rabu, September 05, 2007 5:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Faizah,
Ruginya kalau tak pernah merasa nasi ambeng... :D

Pernah lalu situ, tapi Raya tahun lepaslah. Masa itu belum siap semua. Dari Muar terus sampai Alor Gajah. Tapi banyak traffic lightlah... Mengganggu kelancaran pemanduan..... :D

 

Jumaat, September 07, 2007 2:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

cerita pasal kampung boleh buat aku tak karuan...syahdu tgk gambo2 tu..terutamanya nasi ambeng..!!

kecik2 dulu sanggup bercelik mata tunggu abah balik kenduri, nunggu bontrot laa.. pelagi! ..hehee

~cik ketumbar~

 

Jumaat, September 07, 2007 4:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

cik ketumbar,
Apa-apa saja yang bersangkut dengan kampung halaman memang bisa membuat kita tidak karuan.. :)

Untuk gambar-gambar nasi ambeng yang lain sila ke monggo mampir :)