Sabtu, September 08, 2007
Muar. Hari jumaat itu.

Masjid itu bersebelahan dengan sekolah rendahku dahulu. Sudah lama juga rasanya aku tidak menjejakkan kakiku di kawasan masjid itu. Masjid yang lama itu sudah tiada lagi. Menjelang Pilihan Raya Umum yang lepas, kerajaan telah menganugerahkan kampung itu dengan masjid baru – di tapak masjid lama. Sebenarnya, aku rindukan masjid yang lama itu. Mungkin kerana masjid yang dibina semasa era penjajah itu lebih neo-klasikal binaannya dan kejohoran sentuhannya. Mungkin juga kerana banyak kenangan lampau yang tersembunyi di masjid itu.

Di situlah tempat kami menyorok sewaktu ponteng kelas Bahasa Arab sewaktu bersekolah agama dahulu. Kolah di tepinya itu jugalah tempatnya Mael Keding yang konon-kononnya ingin membasuh muka itu mencuri-curi meneguk air semasa bulan puasa. Periginya tempat kami duduk-duduk di tangganya sambil menjuntai-juntai dan merendamkan kaki. Tiang bangsal tempat menyimpan keranda di belakangnya itu pula tempat kami menyendengkan basikal kami.

Hari ini, di tepi sebelah kanan masjid itu sudah berpagar dawai. Perigi, kolah dan bangsal itu sudah tiada lagi. Ada sepohon dua dan deretan renek-renek hiasan tertanam di hadapannya, tapi sayang lesu tidak berjaga. Rumpai pula menyubur separas dada di sudut belakang bilik air. Masjid itu walaupun nampak baru tapi bagai sudah hilang jiwanya di mataku.

Ruang di dalam masjid itu agak rendah lelangitnya, tidak bertiang dan lantainya beralaskan permaidani biru. Mimbarnya berukir cantik. Jemaah tidak ramai, sekadar cukup untuk menyempurnakan solat jumaat. Di sudut belakang adalah ruang yang bertabir untuk jemaah wanita. [Masjid itu juga dikunjungi jemaah wanita yang sudah agak berusia untuk sama-sama bersolat jumaat]. Di hadapan mimbar, di saf-saf paling hadapan, bersila jemaah-jemaah yang pernah dan biasa kulihat wajah-wajah mereka lebih sepuluh tahun dahulu. Yang dulu berambut hitam, sekarang sudah memutih dan jarang-jarang. Yang dulu bersongkok, sekarang sudah berkopiah, sudah berserban. Yang dulu berbaju Melayu Teluk Belanga atau Cekak Musang, sekarang sudah berjubah. Mataku merayau-rayau, tercari-cari kalau-kalau ada wajah-wajah jemaah sebayaku yang pernah dan biasa kulihat suatu ketika dahulu. Tetapi tiada. Langsung tiada. Yang ada hanyalah wajah-wajah remaja dan kanak-kanak yang semuanya sangat asing di mataku.

Sepuluh tahun lagi, jika aku diizinkan Allah untuk singgah di masjid itu lagi, mungkin segalanya akan berubah lagi, tidak akan serupa lagi seperti hari ini. Begitupun, entah untuk berapa puluh tahun lagi, aku tetap akan merindukan kenangan yang tersimpan di masjid yang lama itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum Ramadhan sampai, saya ingin menjemput kawan-kawan semua menjamu selera di SINI. Sila-sila. Layan diri. Jangan malu-malu.


TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/08/2007 04:27:00 PTG. |


41 Ulasan


Sabtu, September 08, 2007 5:00:00 PTG, Blogger Sastri

tak tangkap gambarnya? hmm... nostalgia kan? teringat pulak surau tua kat kampung nenek, banyak kenangan manis kat situ semasa Ramadhan...

 

Sabtu, September 08, 2007 8:02:00 PTG, Blogger Pa'chik

masjid lama lebih baik mungkin kerana ia datang dari jiwa yang benar-benar ikhlas mahukan Islam, ikhlas dari orang(-orang) yang mewakafkan tapaknya, yang bersama-sama membinanya, yang sama-sama mengimarahkannya sejak sekian lama. Juga kerna binaanya lebih kepada jiwa orang melayu, kesenian orang melayu...
mungkin lah...

 

Sabtu, September 08, 2007 10:53:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,
Di kampong saya ada surau je. Semasa kecil saya bersolat Jumaat di masjid di kampong sebelah. Sampai sekarang masjid tu masih ada, dengan sedikit ubah suai. Tetapi nampaknya jemaah masih tak bertambah juga. Yang dah pencen2 je yang hadir nampaknya.
Di bandar pulak, setiap taman perumahan ada surau. Masjid pula setiap dua tiga kilomater ada satu, tersergan indah. Tetapi masalah yang sama, jemaah kurang. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini, surau dan masjid akan penuh semula, dan berterusan hendaknya. InsyaAllah.

 

Sabtu, September 08, 2007 10:56:00 PTG, Blogger Ku Keng

Dengan ucapan Ramadhan Karim. Semoga Ramadhan tahun ini terbaik dari yang terdahulu, bagi kita semua.

 

Sabtu, September 08, 2007 11:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Mana gambar masjid ni? dah lama tak ke sana...
selalu kalau balik kg, jumaat akau kat masjid parit ibrahim..

Masjid pt. nawi pun dah cantik, kat belakang tu pun ada sek. agama baru..

Mana pegi gendang surau tu yek? ada lagi tak?

 

Ahad, September 09, 2007 1:00:00 PG, Blogger aku

sungguh nostalgik...
selamat menyambut ramaadhan.. :)

 

Ahad, September 09, 2007 1:51:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
alhamdulillah masjid kat rumah saya masih macam dulu2 juga (tapi sudah 3 tahun tak balik. tak tahu macam mana sekarang). sentiasa ramai orang sebab dalam kawasan asrama sekolah agama. kalau tak ada budak2 tu tak tahulah berapa kerat jemaah yang tinggal.

makanan2 jawa tu semua saya dah pernah makan. cuma iwak gesek je tak.

 

Ahad, September 09, 2007 10:22:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Nostalgia lagi, dan saya agak sebak membacanya.

Pembangunan merubah segalanya, termasuk jiwa manusia :(

p/s sila ke teratak saya, ada sesuatu untuk BP dalam kotak komen entri Pelayaran.

 

Ahad, September 09, 2007 12:30:00 PTG, Blogger KV

masuk blog yg bp link kan tu, sakit kelapa (hiks kepala) kv. Tak faham satu apa pun. Tp makanan tu nampak sedap.;)

 

Ahad, September 09, 2007 3:03:00 PTG, Blogger zwitterion

kau ni buat aku ingat kat Mael Keding la..haha
ya..itu semua kenangan yang tak boleh dilupakan

 

Ahad, September 09, 2007 3:18:00 PTG, Blogger zino

banyak kenangan di masjid lama tu

 

Ahad, September 09, 2007 5:31:00 PTG, Blogger akirasuri

huhu..
dulu saya nak ke sekolah rendah/agama kena kayuh basikal hampir 3 batu..
tapi sungguh nostalgik kayuh basikal dikala pagi embun masih turun..
nostalgik! sungguh!

emmm..
surau ditempat saya juga sudah diganti..
tapi bangunan asal masih dikekalkan..
tapi surau lama dan susun atur yang lama sudah ditukar hampir 90%..
yang lama tu banyak memori..
memori bersama arwah bapak..
huhu..
:)

 

Ahad, September 09, 2007 9:46:00 PTG, Blogger ManjLara

hehehe..curi2 minum waktu basuh muka ya!

p/s - ramai sungguh tetamu kat 'rumah sebelah' tu ye? nasi ambengnye pun meriah sekali nampaknya :D

 

Ahad, September 09, 2007 10:47:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Tidak kira ia baru ataupun lama mudah2an ia terus meriah dengan kunjungan tetamu yang mencintai agama.

Salam Ramadhan.

 

Isnin, September 10, 2007 12:01:00 PG, Blogger BaYu SenJa

masjid.
entah la.. apa program yang sepatutnya dibuat oleh ajk masjid supaya masyarakat kembali dekat dengan masjd. Sekarang masjid sudang terasing dari jiwa masyarakat.
Paling sedih, banyak masjid2 sekarang tidak terurus dengan rapi.
Sini, di Syria masjid merupakan tempat paling terjaga. kalau ke tandas, tandas masjid lah yang paling bersih :)
mungkin yang pernah bayu masuk saja kot.. hehe

 

Isnin, September 10, 2007 12:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
Tak bawa kamera ke masjid hari itu. Sayang.... :)

Surau di kampung kami itu sudah menjadi struktur bangunan usang yang terbiar... Sedih...


Pa'chik,
Mungkin.

'Keakraban' manusia dan masjid itu lebih kuat dan bermakna lagi kalau manusia itu sama-sama 'membesar' dan 'bersahabat' dengan masjid itu. :)[Ah! macam berfalsafah pula ...]


Tuan Zabs,
Salam kembali,

Di sekeliling kampung kami, ada 3-4 buah masjid. Itu tak termasuk surau. Begitulah, hanya menjadi tempat orang-orang tua dan orang-orang pencen berkumpul. Anak-anak muda semua sudah 'lari' ke bandar [termasuk saya..:(]

Di bandar, masjid merata, besar dan cantik-cantik, tapi sayang sunyi. Seminggu sekali ramai pun bila solat jumaat. Bila bulan puasa pula, di awal-awal Ramadan penuh sesak, bila sampai di pertengahan dah mula berkurang, orang sibuk nak beraya...Oh...!

[Saya mengingatkan diri saya sendiri sebenarnya...]


Tuan Keng,
Insya-Allah. Moga-moga.

Ahlan wa sahlan ya ramadan... :)


Jamri,
Aku tak bawa kamera hari itu Jam. A'ah, dah baru. Ya, ada sekolah agama baru. SKPN pun dah banyak blok bangunan baru nampaknya.

Tak perasan mana gendang itu sekarang ekk..Ooooo..kau solat di Parit Ibrahim rupanya.... Siapa imamnya sekarang ekk?

Aku,
Tempat jatuh lagikan dikenang..........

Selamat menyambut Ramadan juga untuk kau...


eisraa,
Salam kembali,

Kebanyakan masjid begitu. Bila semua orang-orang tua dah tiada nanti, tak tau siapa pula bakal menggantikan diaorang. Di kampung kami imam, bilal, tuan khatib semuanya dah tua-tua belaka.

Tahniah! sekurang-kurangnya kamu pernah merasa... :)


B Rampai,
Salam kembali BR,

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Tempat jatuh lagikan dikenang
Inikan pula tempat bermain



[Saya sudah membacanya. Saya suka kata-kata Aku hanya mahu ke seberang itu... Terima kasih...]


KV,
Tak faham tak mengapa. Tengok gambar pun dah boleh faham kan...He he he.


Zwit,
Ini cerita pasal mesjid la, bukan pasal Mael Keding.... He he he.

 

Isnin, September 10, 2007 12:36:00 PTG, Blogger DeeN

Cerita pasal masjid, kat negeri aku masjid dah dipolitikkan. Yg itu tak buleh buat, yg ini tak buleh baca. Ntah! Tp mujur gak org2 masjid tidak cepat melatah. Moga makin ramai umat Islam memakmurkan masjid!

Er.. blog jawa kamu memang best. Tp aku rugi sebab tak paham apa maksudnya. Ceh! Rugi saja ada darah jawa, tp cakap pun tak reti. Huhuhu.. er.. ade ke kelas bahasa jawa? :)

 

Isnin, September 10, 2007 12:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zino,
Banyak kenangannya, mungkin sebab banyak menyembunyikan rahsia...Maklumlah dulu budak-budak memang nakal. :)


akira,
Samalah kita. Memang nostalgik. Nanti-nanti nak cerita pasal mengayuh basikal pulak. Insya-Allah. :D

Struktur bangunan masjid lama walaupun nampak usang tapi lebih nyaman. Masjid yang baru walaupun cantik dan moden tapi panas.... Kenapa ekk..?


Manjlara,
Itu Maellah, bukan saya..He he he.

Sila-silalah. Sementara belum bulan puasa ni...He he he..


Iman,
Betul. Struktur dan senibinanya tak penting. Bagaimana untuk mengimarahkannya itu yang lebih penting...

Salam Ramadhan juga...


Bayu Senja,
Itulah tanda 'kelemahan' umat Islam agaknya. Teringat kata-kata blogger Hamka di blog Kereta Mayatnya, tanda-tanda kelemahan umat Islam itu boleh dilihat di masjid-masjid sewaktu berjemaah waktu Subuh. Cuba kita bayangkan kalaulah solat jemaah Subuh itu seramai dan semeriah solat jumaat....?!

[Oh! Saya mengingatkan diri sendiri juga...]

Yang lebih teruk apabila masjid dipolitikkan. Tak boleh tazkirah semasa solat tarawikhlah, tak boleh panggil ulama itulah, ulama inilah...Isk!. Nak beribadah disekat-sekat, kalau nak buat konsert senang pula...



King,
Ya, sama-samalah kita menghayatinya. Insya-Allah.


Nur@,
Itulah dia. Di negeri paling maju di Malaya ini lagilah. Tak boleh tazkirah semasa solat tarawikhlah, tak boleh panggil ulama itulah, ulama inilah...Isk!. Nak buat ceramah agama disekat-sekat, tapi nak buat konsert senang pula...

Terima kasih. Kalau nak belajar bahasa Jawa sila ke blog Wak Jaman. He he he.

 

Isnin, September 10, 2007 2:25:00 PTG, Blogger ILA

eerr...masjid tu ada "pnjaganya' tak??
biasanya kalau surau @ masjid lama, tentu ada qariah yg x 'terlihat'....

 

Isnin, September 10, 2007 3:00:00 PTG, Blogger Pa'chik

lagi satu purp, kalau ajk yang dilantik pun susah nak nampak kat mesjid, seminggu sekali pun belum tentu.. hahah...

ingat lagi syarat pertama nak jadi ajk mesjid? dulu aku ada tulis kat blog.

 

Isnin, September 10, 2007 3:11:00 PTG, Blogger jinggo

salam untuk anda....
apa-apa hal pon............
selamat menyambut ramadhan......

 

Isnin, September 10, 2007 8:51:00 PTG, Blogger aNIe

Bila cakap pasal masjid lama...teringat masjid di kampung kak lady...masjid dibuat dari papan...di bahagian baruh masjid ada sebuah kolah besar...macam kolam renang...ada tangga menurun ke dalam kolah tu...bila hampir senja suasa suram boleh meremang bulu roma kalau bermain di tepi kolah yang ditinggalkan tu...

Kalau 10 tahun nanti bukan tempat tu aje berubah...rasanya BP pun dah berubah...mungkin lebih berisi...perut naik sikit..sebab dah berteman..teman pulak pandai memasak...hehehe...pastu bukan dtg seorang...bukan berdua...kot2 dah berlima... :P

 

Isnin, September 10, 2007 11:22:00 PTG, Blogger khairyn

masjid ne makin gah, jemaah ne makin sitik yo wak yo.

iki lho pembangunan & permodenan.

wakakakaka huh! pelat.

 

Selasa, September 11, 2007 9:38:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

BP selamat menyambut ramadhan..
Tanda kat calendar 26/9 .. :D

 

Selasa, September 11, 2007 1:25:00 PTG, Blogger achik

selamat berpuasa.. semoga masjid tak hanya penuh di masa2 tertentu je..

 

Selasa, September 11, 2007 1:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ila,
'Penjaga'nya cuma tok siaklah... :D


pa'chik,
Itulah dia. Biasanya di masjid bandarlah. Kadang-kadang AJK pun bersolat di tempat lain. Datang sesekali pun cuma masa mesyuarat pemilihan jawatankuasa masjid.


Jinggo,
Salam Ramadhan untuk kamu juga. Semoga kita semua sama-sama diberkati Allah :)


kak lady,
Susah nak jumpa masjid lama-lama yang menggunakan kayu dan papan lagi sekarang. Kalau adapun di ceruk-ceruk kampung. Klasik binaannya dan nyaman kalau duduk di dalamnya....

He he he. Insya-Allah. Kena pastikan perut tak naik nih. He he he.


khairyn,
Tahniah kerana bercakap Jawa. :D

Ya, ya. Itulah harga yang harus dibayar untuk sebuah modenisasi.


Tiara,
Selamat untuk kau juga.

Jangan lupa kalau buat jamuan berbuka 26/9 itu nanti jemput sekali kami... :p


achik,
Selamat untuk kamu juga.

Moga-moga. Insya-Allah.

 

Selasa, September 11, 2007 2:54:00 PTG, Blogger me3n

wah bagus ar ko promote makanan n sajian wong jowo. merujuk kat blog monggo-mampir.blogspot.com. :).

 

Selasa, September 11, 2007 5:16:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

masjid yang neo-klassikal itu rasanya lebih utuh dgn jemaahnya dari pada yng baru kan?
slamat berpuasa.nanti kalau kau ada rezeki re-construct baliklah masjid lama tu :D.

 

Selasa, September 11, 2007 5:20:00 PTG, Blogger 13may

sayu plak baca entri nih...

Selamat berpuasa boss:)

 

Selasa, September 11, 2007 8:15:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

bila terkenang citer2 lama ni, itu tandanya kite sudah tua. hehehe.. :p

 

Rabu, September 12, 2007 2:55:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam Ramadhan BP, selamat berpuasa :)

 

Rabu, September 12, 2007 4:27:00 PG, Blogger Achik_Sufi

selamat berpuasa...semoga kedatangan ramadhan menjadi bulan ibadat buatmu...

 

Rabu, September 12, 2007 9:03:00 PG, Blogger KAMATO

Sesungguhnya aku amat kangen untuk menjamah berkat bungkusdaun pisang itu

 

Rabu, September 12, 2007 10:18:00 PG, Blogger gayour

selamat menyambut dan meraikan semahunya ramadhan al mubarak yang mulai wahai sobat. moga puasa kamu kali ni lebih baik dan diterima semuanya oleh Allah. moga kamu sihat dan berbahagia. amin

 

Rabu, September 12, 2007 10:51:00 PG, Blogger Mak Su

wajah sebaya semua dah merantau jauh ya... selamat menjalani ibadah puasa dan maaf zahir batin di blog

 

Rabu, September 12, 2007 12:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ad3ck,
Kalau tidak kita siapa lagi nak perkenalkan tradisi sendiri.

Kalau nak resepi makanan Jawa pun ada. Klik saja di pautan Resep Panganan Jowo di blog itu. :D


butaseni,
Barang yang lama memang lebih rapat dengan kita, mungkin sebab kita membesar bersama-sama dengannya. :)


13may,
Kenangan lama. Begitulah. Syahdu.


Kamarul,
He he he. Sementara larat ini, elok ditulis dan diceritakan semua, nanti bila dan benar-benar tua sambil bermalas-malas di kerusi malas boleh baca semula. :D


B Rampai,
Salam dan selamat menyambut Ramadhan untuk BR juga. :)


achik sufi,
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari-Nya. Insya-Allah.


Kamato,
Makanan kalau dibalut dengan daun pisang, selain klasik, lebih harum dan lebih enak. Ah! terasa seperti ingin makan lagi...dan lagi...dan lagi...berkat itu. :D


Gayour,
Selamat dan salam Ramadhan untuk kamu juga bro'. Semoga kita sama-sama diberkati Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini.


mak su,
Anak muda merantau mencari rezeki. :)

Selamat untuk mak su juga.

 

Khamis, September 13, 2007 11:03:00 PG, Blogger shahril aley

terliur aku melihat nasi ambeng sempena ramadhan ni. ishish...bukan sudah adat ke yg muda akan pergi merantau jauh mencari rezeki. kemungkinan akan bertemu dikala musim perayaan masin2 akan pulang ke kampung.tunggu saja aidilfitri bakal menjelma :)

 

Khamis, September 13, 2007 1:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shahril,
Betul. Lagipun peluang kerjaya di kampung agak terbatas, mungkin.

Biasanya begitulah. Bila solat sunat Aidil Fitri nanti, dapat berjumpa semulalah dengan rakan-rakan sekampung atau rakan-rakan sesekolah yang lama tak berjumpa. Ada yang dah bersusun 'bala tentera'. He he he.

 

Sabtu, September 15, 2007 2:59:00 PTG, Blogger shahril aley

bab bersusun 'bala tentera' tu ko bile lagi plak?

 

Isnin, September 17, 2007 1:23:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Shahril,
Insya-Allah...... Tungguuuuuuuuuuu!

He he he