Esoknya saya pergi membeli katrij pencetak baru jenama HP di sebuah kedai alat tulis di Taman Melawati. Taman Melawati itu dekat dengan Zoo Negara. Sudah lama saya tidak ke Zoo Negara. Banyak binatang di Zoo Negara itu sekarang sudahpun tua-tua. Amoi kedai alat tulis itu tidaklah lawa sangat. Tapi walaupun dia tidak lawa tetapi dia baik hati. Orang tua-tua selalu kata, biarlah muka tidak lawa asalkan hati baik.
Katrij itu berharga RM68.00. Saya segan untuk menawar harganya. Bukan kerana Amoi itu baik tetapi kerana di kotaknya sudah ada tanda harga tertulis RM68.00. Saya tidak sangka rupanya saya mendapat hadiah bila membeli katrij itu, iaitu sebuah kipas angin USB berwarna hijau yang sangat comel. Saya sangat gembira tidak terkata kerana mendapat hadiah itu.
Saya terus memasang kipas angin itu pada lubang USB di buku nota Dell lama saya. Saya sangat suka hati.
Isnin, September 17, 2007 4:01:00 PTG, Unknown
Saya juga berasa sangat senang hati kerana saya baru sahaja membeli mesin pencetak baru semua dalam 1, jenama HP. Tapi tidak ada pula hadiah yang saya terima kerana membeli jenama HP itu. Kipas itu sangatlah comel. Tetapi kalau saya dihadiahi kipas itu, tentu saya menjadi lebih comel daripada kipas itu. hahaha...
Eh, baru lima hari ek? hehe.. tak sabar nak raya nih.
Isnin, September 17, 2007 4:25:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sastri,
Saya merasa sungguh terharu kerana awak terhibur membacanya... Terima kasih..
Mana boleh pinjam, kalau saya bagi awak pinjam saya nak pakai kipas apa? Panaslah saya nanti :p
Shahril,
Tak juga. Tengok mood dan ilham juga... :D
MM,
Eh! Sebelum ini panjang-panjang ke? Tak perasan pulak...:)
Maaf! Tak boleh! Kalau nak, beli sendiri... :p
pa'chik,
Dah leka menggodek kipas, entri pun terpendeklah.... :p
Ainin Naufal,
Itu pencetak yang di rumah, pencetak di pejabat saya guna Lexmark 3 dalam 1. Tapi saya tak suka pakai sebab katrijnya mahal, lagipun tak dapat hadiah kipas angin comel.. :p
Wah! Wah! Dah kemaruk nak berayalah tu... Koyok bocah-bocah waey ... :D :p
Rastom,
Terima kasih kerana ulasan saudara.
Saudara bijak membaca dan mentafsir sesuatu yang tersirat dari yang tersurat. :)
Ya, benar. Orang Melayu harus banyak belajar dari bangsa mereka kalau ingin maju dan bersaing dalam perniagaan. Itu kita kena akui.
ayu-mkay,
Pembeli tidak comel tapi sedang-sedang-sedang [baca : kacak] saja. Harap maklum. :p
ila,
Tak semua model dapat hadiah ila. Sekarang HP memang tengah promosi, siap ada peraduan, kalau menang boleh dapat Suzuki Swift lagi.... :D
Isnin, September 17, 2007 7:44:00 PTG,
aku sebuah kipas.
aku dilahirkan di sebuah kilang di shah alam. aku dibuat dari plastik. badanku amat comel dan kiyut.
pada suatu hari aku telah dibungkus dan dibawa oleh sebuah lori ke kedai. seorang lelaki telah membeliku dan meletakkan aku di atas meja di samping komputernya.
demikianlah kisah hidup aku sebuah kipas.
Selasa, September 18, 2007 9:51:00 PG, Orked
dulu2 sy p melawati gak..time print plan ke... tp skrg ni ade satu kedai kt sri gombak..org melayu..kira ok la service dia..sbb pernah tempuh byk pengalaman nk wat blue print kt kedai2 org2 kita ni...berniaga mcm nak tak nak je..serik nk p 2-3 kali nak pula time kita mmg kecemasan.
* mmg comei kipas tu, lagi pun kaler ijau tu :)
Rabu, September 19, 2007 10:40:00 PG, blackpurple @ jowopinter
debik,
He he he. Tak apa, pemanas mug tu bulan depan boleh pakai …
Bagus betul HP itu kan, macam-macam hadiah comel dia bagi.… Boleh buat koleksi….:D
aku,
Mana-mana kedai alat tulis yang menjual barangan HP rasanya ada… Selamat mengusha! :D
eisraa,
Salam kembali,
Terima kasih. :D
Seeeejuk sangat! Sampai menggigil-gigil kesejukan..He he he.
Nak duit raya? Boleh. Bagi akaun bank, nanti saya masukkan…. :p
sitilina,
Saya bagi 7/10 markah untuk karangan kamu itu. He he he
Pembetulan: Lelaki itu beli katrij la…..Kipas itu percuma……… :D
Kak Lady,
Tak boleh pinjam! Nanti kalau rosak siapa nak ganti…haaaaaa.. :p
Karangan ini ditulis oleh kanak-kanak antik yang riang…… he he he
mudin,
Jealouslah tu…he he he.. Carilah di mana-mana kedai alat tulis yang menjual barangan HP…. :D
kel@mbu,
Kalau adapun hadiah aircond, 0.07 kuasa kuda punya kot… ha ha ha.
akira,
Terima kasih. Tiba-tiba saya terasa seperti begitu comel sekali. He he he!
arsaili,
Karangan kanak-kanak riang begitulah…he he he…Di Australia ada jumpa tak kipas macam itu…. :D
qistina,
Terima kasih.…terima kasih……terima kasih…..He he he..
Rabu, September 19, 2007 11:21:00 PG, blackpurple @ jowopinter
debik,
He he he. Tak apa, pemanas mug tu bulan depan boleh pakai …
Bagus betul HP itu kan, macam-macam hadiah comel dia bagi.… Boleh buat koleksi….:D
aku,
Mana-mana kedai alat tulis yang menjual barangan HP rasanya ada… Selamat mengusha! :D
eisraa,
Salam kembali,
Terima kasih. :D
Seeeejuk sangat! Sampai menggigil-gigil kesejukan..He he he.
Nak duit raya? Boleh. Bagi akaun bank, nanti saya masukkan…. :p
sitilina,
Saya bagi 7/10 markah untuk karangan kamu itu. He he he
Pembetulan: Lelaki itu beli katrij la…..Kipas itu percuma……… :D
Kak Lady,
Tak boleh pinjam! Nanti kalau rosak siapa nak ganti…haaaaaa.. :p
Karangan ini ditulis oleh kanak-kanak antik yang riang…… he he he
mudin,
Jealouslah tu…he he he.. Carilah di mana-mana kedai alat tulis yang menjual barangan HP…. :D
kel@mbu,
Kalau adapun hadiah aircond, 0.07 kuasa kuda punya kot… ha ha ha.
akira,
Terima kasih. Tiba-tiba saya terasa seperti begitu comel sekali. He he he!
arsaili,
Karangan kanak-kanak riang begitulah…he he he…Di Australia ada jumpa tak kipas macam itu…. :D
qistina,
Terima kasih.…terima kasih……terima kasih…..He he he..
ad3ck,
Bukanlah. Nama kedai itu Advanco….Jangan lupa singgah ofis aku sekali nanti ekk…..:D
Jie,
Ofis saya memang di Melawati. Memang betul, kebetulan di sebelah kedai amoi itu kedai alat tulis Melayu. Saya pernah ke situ sebelum ini, tapi perkhidmatannya kurang memuaskan hati. Itulah kali pertama dan terakhir ke situ. Bukan tak nak tolong bangsa sendiri tapi saya ini cerewet sikit, kalau boleh semua nak sempurna. :D
Suka sungguh warna hijau ekk, patutlah blog hijau segala…he he he…
ah kim,
Waalaikumusalam,
He he he…
bunga rampai,
Waalaikumusalam,
Apa agaknya pengajaran yang BR dapat cungkil dari cerita ini..?
BR beli satu katrij HP, kemudian BR ambil kipasnya, katrijnya itu bagi saya ya… :D
achik,
Tukang ceritanya saja yang tak comel…He he he…
tulip,
Salam kembali,
Kesimpulannya, kipas itu memang comel…. :D
nur@,
Kalau boleh nak warna biru tapi tak ada….. he he he…
HP selalu buat promosi. Macam-macam hadiah ada. Semua comel-comel belaka….. Kalau nak kipas angin comel kena cepat-cepat beli sebelum stok kehabisan….he he he
Kamu salin dan tampal komen adik eisraa itu ekk…he he he…
cikgu gitar,
Isk! Bukan selera saya amoi tu… Ha ha ha..
Selamat berpuasa. Anak kau dah pandai apa?
Zwit,
Saya memang tak layak dipanggil comel, kalau dipanggil sasa tu layaklah…[uwek!]
Rabu, September 19, 2007 3:05:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sf,
Balik njohor...Nang Muar... :)
Kue?
zino,
Harganya dah macam itu harganya. Kipas itu memang dapat percuma pun...... He he
khairyn,
He he he.
Apalah awak ni... Kalau dah percuma tentulah termasuk harga kipas sekali....
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca nak sambung malas... :p
N Rizq,
Apanya yang pelik??!!
Memang comel! Belikanlah Rizq satu MR :D
King,
Awak punya mesti tak comel macam saya punya kan...?
Ha ha ha!
iza,
Salam Ramadhan. Alhamdulillah.
Tak apa, biarlah kipas comel itu glamour sekejap... :D
Tiara,
Eleh..! Jealouslah tu....
Air cond kita pun ada.... :p
cikin,
Mana boleh! Sayang nak bagi kat orang.... :D
lovelyzz,
Sangat sesuai. Kena cepat beli sebelum kehabisan stok! :D
flush,
Itu karangan budak darjah dua..... ha ha!
Pegawai,
Epson tak ada. Baik kau tukar pencetak kau ke HP cepat-cepat. :D
arianna,
Dengan adanya kipas angin itu saya merasa sungguh nyaman ketika berpuasa... he he
Selamat berpuasa... :)
13may,
Sejak ada kipas itu saya rasa sihat selalu..
ha ha!
Khamis, September 20, 2007 1:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
iman,
He he he. Setiap diri orang dewasa itu memang mempunyai jiwa kanak-kanak...:)
p/s. Memang asyik mendengar lagu ustaz Akil itu...Yang Perjalanan 2 dia nyanyi dengan Hijaz kan... :)
jinggo
Waalaikumussalam.
Isk! Termasuk kau dah 77 orang nak pinjam. Mana boleh!!! :D
Selamat Berpuasa....
lind,
Nak beli kena cepat. Nanti habis...! He he!
ah kim,
Salam kembali,
Dah ada di atas itu... :D
nbk,
Itu stail karangan budak sekolah rendah jang...he he he...
Belilah satu jang bagi kek anak ekau tu...
faizah,
Advanco. Mesti kau nak beli jugak ni kan..? He he he. Selain dari hadiah kipas USB yang comel, ada juga yang dapat frame gambar, tapi tak comellah...he he!
LOL... entri ni macam catatan harian yang cikgu suruh buat masa di darjah dua atau tiga... keskeskes... memang terhibur membacanya... kipas angin kecil yang comel tu boleh dipinjam tak? :p