Seorang wanita yang sedang duduk-duduk di hadapan sebuah pusat urut telah menggodaku agar masuk ke tempatnya. Dipendekkan cerita, kami akhirnya telah berada di dalam pusat urut itu [perlu ditekankan di sini, urut refleksologi ya, bukan urut lain…]
“Saya macam pernah nampak awaklah. Di mana ya?” Kata seorang tukang urut lelaki yang agak muda itu ketika aku mula merendamkan kaki.
“Saya memang biasa masuk tv…” Kataku, selamba. Puteri sudah mula tergelak-gelak .Lelaki itu berkerut sekejap wajahnya, mungkin meneka-neka, mengingatkan sesuatu atau mungkin juga kagum agaknya kerana ada selebriti yang datang berurut di tempatnya.
“Inipun saya senyap-senyap datang sini, takut nanti kalau orang tau, ramai datang minta autograf....” Kataku lagi.
Dialog seterusnya tidak perlulah kuceritakan.
Sesekali urutannya membuat aku terasa geli, sesekali pula terasa sakit yang amat sangat bila tukang urut yang berlengan sasa itu bersungguh-sungguh memicit dan menekan kuat urat-urat di kakiku. Aku membuat wajah selamba, seperti tiada apa-apa berlaku, sambil konon-kononnya membaca suratkhabar, tidak macholah nanti kalau sampai terjerit, adoiii!
TTFN
Rabu, September 26, 2007 10:22:00 PG, aNIe
Kak lady pernah jugak urut refleksologi tu bagai nak pecah perut menahan ketawa...geli wooo....masa memula dia pegang kaki tu nasib baik tak kene terajang....hahahaha...
Selebriti?? Jap tengok gambar...ye ke...ada ruma selebriti ke? Hahahahah.....selalu tgk kat blog muka yang sebelah tu aje...yang sebelah tak tau camaner...
Rabu, September 26, 2007 12:58:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Sebenarnya taklah sakit sangat, biasa-biasa jer… :p
Nasib baik dia tak tau yang datang berurut itu blogger jowopinter kan…he he he…
Nampak gaya nak kena insurankan bulu mata ni… He he he.
cikin,
Terima kasih. Terima kasih. :p
bunga rampai,
Salam kembali BR,
Mana ada shopping BR. Cuma beli barang basah di Carrefour. :D
Urutannya boleh tahan, mungkin, itu kali kedua saya berurut refleksologi. [Kali pertama di tempat lain 4-5 tahun dulu]. Itu losen urut.
Tulang berkalsium tinggi. He he he.
mya marja,
Waalaikumussalam mas,
Itulah juga yang situkang urut itu kata. Seeloknya kena datang lagi dalam 1-2 minggu selepas urutan pertama. Banyak angin. :)
orochi,
Mana boleh bagitau, nanti semua orang kenal... ha ha!
[jangan percaya pulak ..!]
iza,
Dah 4-5 tahun rasanya. Patutlah kadang-kadang hangin satu badan. he he he.
Pa'chik,
He he he. Itu kena juga. Tapi yang itu nanti-nantilah. He he he.
zino,
Orang berbudi, kita kena berbahasa zino. He he he.
Rabu, September 26, 2007 2:07:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
akira,
Isk! Mengurat siapa? Wanita tukang urut yang menggoda saya itu sudahpun menopauselah. :p
kelAmbu,
He he he! Kalau percuma, setiap hari pun tak apa....
ah kim,
Sakit bercampur geli geleman. He he!
nbk,
Muka aku memang setiap hari, pagi dan petang keluar dalam tv. Tapi monitor tv CCTV la..... ha ha!
Dia entah tau entah tak blog itu apa.. he he!
kak lady,
Itulah dia. Sekejap-sekejap geli, sekejap-sekejap sakit. Masa geli, nak ketawa pun ada, tapi masa sakit diam-diam jer la... he he.
Saya selebriti yang low profile kak lady...he he he.
Bro' Gayour,
Selalu berurut mana bro? Bro' aktif melukis tangan kena urut selalu tu....He he he.
Rabu, September 26, 2007 5:37:00 PTG, tokasid
salam wak pinter:
Saya bila bab urut ni memang surrender siang-siang. memang tak boleh tahan sakitnya. Baik nak luka pisau dari di urut. Saya ingat 8 tahu lalu ketika saya kena bell's palsy(ahmar muka), saya makan ubat dan kunyah chewing gum, tapi mertua insist saya gi urut. Bayangkan urut di batang leher dan mula,di tekan macam urut kaki. Rasa nak terkencing terberak pun ada masa tu.
Sehingga kini, saya belum pernah berurut lagi.
Khamis, September 27, 2007 1:34:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
blue_cherry,
Selebriti yang selebet… :D
Gelinya macam kena geletek kan…. he he he
kak sya,
Perasan betul mamat itu ekk….
Itulah. Rasa macam nak ketawa pun ada …… :D
ILA,
Memang ‘sedap’, 40 minit pun macam tak terasa…
Betul, terutamanya titik-titik tertentu pada tapak kaki.
RM20 untuk 40 minit. Kira murah juga berbanding tempat lain….….
Mummy Rizq,
Dah jalan-jalan shopping di kawasan Bkt Bintang tu, singgahlah urut refleksologi sekali MR…..he he he..
achik,
Jangan tersilap urut dahlah. Nanti nak kendurkan urut jadi tersalah urat pulak. He he he.
NBB,
Mungkin dia tak perasan saya tangkap gambar sebab saya guna kamera telefon. Mungkin juga dia malu-malu, maklumlah kaki selebriti. He he he.
Frodo? Kecik hati Frodo kalau dia baca komen doc itu. He he he
arsaili,
Lama tak minum air tebu. Buka puasa petang ini dapat air tebu pun segar juga kan… he he he
Khamis, September 27, 2007 3:00:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
tokasid,
Waalaikumussalam,
Lucu juga baca cerita doc itu. Saya setakat ini pun baru 1-2 kali saja berurut refleksologi. Semasa kanak-kanak dulu pernah juga 2-3 kali berurut kaki sebab terseliuh main bola. Urut di bahagian badan lain tak pernah rasanya....
Pa'chik,
Ooooo....Ingatkan urut untuk lelaki tu, yang macam Tabib tu buat. Tabib apa ke namanya. Alah...Tabib berserban yang gambarnya dulu selalu keluar iklan di suratkhabar tengah cakap di hp tu... He he he
butaseni,
He he he.
Nasib baik aku dapat kawal dari nak ketawa sebab geli, dan kawal nak menjerit sebab sakit. He he!
kamato,
Betul. Hari itu pun tukang urut itu syorkan datang lagi dalam 1-2 minggu lepas itu. Tapi tak pergi pun lagi. :D
king,
Ayat siapa king? Ayat wanita itu atau ayat selebriti itu? he he!
Tiara,
Cheh! Banyak-banyak benda, bulu kaki aku juga kau fokuskan ekk. Sungguh kurang sopan ...! :p
ah kim,
Apek, tak sabar nak beraya nampak! He he!
sf,
Sesekali kena berurut. Buang angin dalam badan. He he he.
lan,
Banyak apa gambar aku dah keluar dalam blog. Kau jer tak perasan... He he he!
Jumaat, September 28, 2007 11:06:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Jie,
Apa nak dimalukan pun kak Jie. Dah memang sakit. He he he.
13may,
Masa tengah urut tak best. Geli. Sakit. Tapi lepas urut rasa bestlah. Angin dah kurang dalam badan. He he he.
Puteri Ezza,
Nasib baik urut refleksologi tak sampai ke peha ekk. He he he.
ainin naufal,
Urut di kampung lagi best. Dulu di kampung saya ada seorang nenek tukang urut, wak Kamisah namanya. Lepas dia urut memang ringan rasa satu badan. :D
Zwit,
Best apanya. Geli geleman + sakit! He he!
LOL... rupanya berselindung di sebalik suratkhabar tu ek... :p ingatkan memang tak sakit... muka ada seorang minah ni, dah berkerut-kerut menahan sakit... :p
kesian lelaki muda tu, terkulat2 dia memikirkan selebriti mana pulak lah yang datang berurut kat tempatnya bekerja tu... :p